My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor





ari nie lagi 2 hari, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan nama lain Hari Raya Korban..Aidiladha di sambut secara besar2an dan istimewa bagi umat Islam selain daripada sambutan Aidilfitri..Ianya disambut pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun..bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah dan diikuti dengan solat sunat dan khutbah Aidiladha serta mengadakan ibadah korban samada pada 10,11,12 atau siang 13 Zulhijjah..

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t...

bagi dri ku plak aku tertanya2 pada diri sendri...apakah pengorbanan yang telah aku lakukan..???x kira la pengorbanan kepada keluarga, agama, bangsa dan negara...(negara tu cam besar jer kan)...kadang2 terlintas jugak fikiran aku ini adakah perkara yang aku lakukan selama ini yang aku anggap sebuah pengorbanan itu hanyalah untuk kepentingan diri aku sendiri...namun aku harus akui sepanjang perjalanan hidup ku harus ader pengorbanan yang di lakukan sama ada ianya mencukupi atau tidak...sama ada pengorbanan itu satu penghargaan untuk diri sendiri atau penyesalan yang x dapat untuk aku berpatah balik...

berkali-kali aku selalu mengingati diri aku sendiri, tiada istilah penyesalan dalam kamus hidup ku andai aku tersalah langkah...untuk berpatah balik bukan jalan terbaik maka haruslah ku anggap kan ia sebagai satu pengorbanan...perjalanan harus d teruskan dan berdoa moga terdapat sinar d penghujung jalan...

maka sempena ketibaan Aidiladha ini, ingin ku ucapkan kepada semua sahabat2 tersayang SALAM AIDILADHA dari aku sekeluarga...ingat la pengorbanan yang di lakukan tiada penyesalan di sebaliknya...berkorban lah selagi masih ada peluang, bukan sekadar pada sambutan semata-mata, tetapi biarlah berterusan sepanjang masa...HARUS juga d ingat kan laksana la pengorbanan itu pada sesuatu yang d redhai Allah...




5 lovely reply:

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BUAT SIS FISA SEKELUARGA..

salam aidiladha jugak pada kelly sekeluarga yer..;)

Salam Raya Haji buat mu sekeluarga... ;).

Salam Aidiladha buat sis fisa dan keluarga :)

salam aidiladha mrs azad...;)