My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor




betul ker berbahaya ekk...info nie aku dapat dari forum SI jom kita layan dulu info yang ku copy & paste kan di bawah ini...

"Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.


Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.

Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebut boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.

Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi."

SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007)




amacam korang...sudah baca ker info di atas..ermmmm seram gak ekk...no wonder laa mak kita dolu2 suka pakaikan kita kain lampin yang putih tu kan...konpem tiada masalah kesihatan...cuma kena la merajinkan diri wat cucian kan...orang skang lak nk mudah dan senang...so pakai & buang...hehehe termasuk lah diri ku ini...bukan nak mengata orang lain pun...p tu laa kan harga CD bukannya murah...ihikkksss boleh tercekik leher d watnya...alasan munasabah untuk d nilai kan...p lagi munasabah kalau kita pikirkan penjimatannya la plak...aduhaiiii pas baca info kat atas nie kan...aku mula laa dok terpikir untuk mengumpul stok CD...biar susah dulu senang kemudian...;)..sebelum stok CD ku cukup kena jugak laa aku memakai kan irfan ku sayang dengan DD...so JANGAN x beli DD kalau stok CD lom cukup lagi...;)...JANGAN lupa menambahkan stok CD untuk MENGHAPUSKAN penggunaan DD...





10 lovely reply:

tu la kak.. memang ingat nak ber CD..
tapi, rasanya nak tunggu 2nd baby laa... huhu

CD ni kan.. kalau baby dah kencing sekali kene terus tukar atau mcmana eks? hehe.. lady tak penah pakai..

sis..memang bestlah bercd ni..
selain dari boleh menjimatkan cost.. boleh juga menyelamatkan insan yg kita sayang.. bagiu kelly banyak faedah yang kita boleh dapat..
so apa yg ditunggu lagi.. jom le bercd semua...

lana pung x pnh bercd.. ingat nk try jgk laa..

baru je belajar bercd..jimat..cuma byk kerja cikit..tapi bila hantar alya kat umah BS guna dd..aduh,risau..

x per la sya asalkn kita dh pasang niat awal2...x pe2 tunggu kedatangan yg kedua plak ekk...ehhhh biler tu darwisy nk jd abg agaknyer...;)

CD boleh d guna pakai selama 4 jam tau Lady...klau sekali kencing nk tukar jenuh gak laa kan...die konsep yg sama dgn DD cuma nya CD boleh d guna semula selepas d cuci...;)..errmmm t dh ader baby Lady leh try k...4 d time being jgn lak d pakaikan c ari & molly dgn CD lak yer...hehehe

kelly jom jom jom berCD...hehehe stok CD irfan baru je sampai ader lg 1 kali prewash yg perlu d lakukan...so irfan akan FULL CD x lama lagi..yehyehyeh...

Lana klau lom pnh try guna CD...try beli 1 dulu pasti jatuh cinta...hehehe jatuh cinta lagi...lagi lagi ku jatuh cinta..jatuh cinta pada CD...;)

sasha skit jer keje tambahan yg perlu d lakukan...bandingkan dgn penjimatan yg kita wat...cukup BERBALOI kan....errrmmm pasal nk bg BS tu mula2 fisa pun cam reluctan sbbnya harga Cd tu bukannya murah kan...p dh pesan awal2 kat BS...x yah basuh just masukkan dalam plastik bag jer...hopefully x der laa ape2 yg jadi kat CD tu...;)