My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

yeeeehaaaa sekarang ni time cuti sekolah yang panjang sudah tiba. so macamana planning percutian sahabat-sahabat semua..?? sure dok busy mencari tempat percutian atau merancang aktiviti-aktiviti untuk anak-anak...tidak kira la kita merancang percutian di mana pun either bercuti di dalam or luar negara apa yang penting PERANCANGAN mengikut kemampuan atau BUDGET poket kita..;)..sekiranya percutian tanpa perancangan kadang kala boleh menyesakkan poket (kewangan) kita...terutamanya jika penggunaan kad kredit untuk percutian..di mana ia menjadi punca kepada tanggungan hutang dan secara tidak sengaja akan mengganggu perjalanan kewangan kita..

SO...apa yang harus kita lakukan untuk merancang PERCUTIAN kita..??

mulakan langkah PERTAMA dengan menyenaraikan tempat percutian yang ingin pergi dan anggaran perbelanjaan untuk pergi bercuti termasuklah penginapan, makan, minum, pengangkutan dan bayaran lain seperti minyak, tol, cenderahati dan lain-lain lagi..

langkah KEDUA lak kita hendaklah merajin kan jari jemari kita yang lentik ini untuk melayari internet atau menyelak-nyelak iklan di akhbar untuk mengetahui lebih lanjut tempat yang bakal di terjah..

seterusnya melangkah ke BUDGET kita...adakah budget mencukupi atau tidak...sekiranya budget tidak mengizinkan untuk kita bermalam maka seharusnya percutian kita adalah untuk sehari saja..jangan bersedih la plak kan sebab tidak boleh bermalam...ada juga tempat yang menarik boleh di jadikan lokasi percutian untuk sehari sahaja seperti di kawasan perkelahan di sungai dan laut yang berhampiran rumah kita...bagi yang mempunyai bajet yang lebih, tidak salah keluar dari daerah kita untuk menuju ke destinasi pelancongan menarik di Malaysia...boleh la CUTI-CUTI MALAYSIA...;)

sekiranya keputusan telah di ambil untuk bermalam di tempat percutian maka seharusnya kita memilih hotel atau resort yang sesuai dengan budget yang telah di rancangkan...dengan membuat semakan harga dan hendaklah kita menempah awal hotel atau resort agar tidak di kenakan caj yang tinggi...

seelok-eloknya kita membawa bekalan makanan yang kering seperti roti & serunding untuk di jadikan bahan lapik perut sebelum main meal kita...harus juga di ingat kan bawalah pakaian yang bersesuaian dengan tempat percutian kita misalnya di pantai atau tanah tinggi bagi mengelakkan kita terpaksa membeli sebab ketiadaan pakaian yang bersesuaian...

setelah sampai ke tempat percutian hendaklah kita lakukan perbelanjaan yang berhemah supaya tidak terlebih budget yang boleh menyebabkan mood selepas bercuti juga terganggu akibat daripada sikap boros kita yang boleh menjadi punca kepada gangguan perjalanan kewangan...




12 lovely reply:

thanx 4 sharing sis.. tips yang sangat bagus..

huhuhu.. aku pun nak gi holiday gaks.. tapi, doktor dah nasihatkan aku supaya tidak pergi ke mana-mana sangat since condition aku skang ni tidak berapa memberangsangkan.. sebab kepala baby dah sah-sah ke bawah and kekadang tu sudah ada braxton hicks a.k.a false contraction... so, dok rumah jer lah aku jawabnya...

tapi, aku nak gak pi holiday.. sian kat si Kakak and si Dedek ni, tau!!!

Selamat bercuti kepada kawan-kawan.Best nye dapat bercuti. huk huk

good tips.. lady nak tambah skit.. bila gi bercuti jangan lupa bawak bekalan ubat.. mana lah tahu tetiba sakit pening atau demam atau luka ke.. sekurangnya ada peti kecemasan.. :)

btw, selamat bercuti pada yg ingin pergi bercuti.. lady suka beli majalah libur setiap bulan.. banyak cadangan tempat bercuti sekitar malaysia dalam majalah tu..

:)

kelly bulan 12 nie kan bulan cuti...;)tu yg nak share tips nie...

aini x yah laa g tmpat yg jauh2...g laa yg dekat2 sian gak kat kakak & dedek...beb ko jaga kesihatan k...jgn lasak2 sgt tau..;)

Lady tenkiu wat tambahan pasal ubat tu...yer laa sakit pening nie bukannya ader signal kan...so kena masuk dalam list WAJIB NIE..;)

ummu Masyitah...selamat bercuti juga yer..;)fisa pun baru jer kali nie dpt bercuti dgn family..;)

ermm..memula ingatkan hubby nak hadiahkan percutian sempena my besday lepas..sekali lain plak ku dapat :P hehehe..nak sangat pergi bercuti..dah lama memerap ni..harus ku suruh en.hubby baca blog mu fisa :)

nice tips..tp selalu beli brg tersasar dr senarai..huhuh

sasha...alhamdulillah dapat gak present dari x dpt langsung sure lg sedey kan...;)..anyway jgn lupa sruh cik abg terjah blog nie yer...hehehe moga2 ati die trbuka untuk g CUTI2 M'sia...;)

ummi husnadania...adat la tu kan kite pompuan nie mmg suka sgt tersasar dlm bab berbelanja...hahaha kita serupa la tu...;)