My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

ehsan pak cik google

Fenomena gerhana matahari separa dijangka berlaku hari ini bermula jam 3.01 petang sehingga 5.38 petang dengan fasa pertamanya berlaku jam 3.01 petang dan mencapai tahap gerhana maksimum jam 4.26 petang...Kalau korang nak tau aku ni selalu sangat tertinggal keretapi pasal fenomena gerhana...Fenomena kali ni lak aku dapat terhidu dari awal sebabnya dok google benda lain jumpa benda lain...Dengan secergas yang boleh aku pun buat la entry ini..So sempena fenomena ini, aku di maklumkan bahawa umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat kusuf atau solat sunat gerhana matahari dan disertai khutbah khas gerhana...

AMARAN: Jangan lihat gerhana matahari dengan mata kasar..aku ingat lagi time aku kecik-kecik dulu mak aku letak kan baldi berisi air depan umah klau nak tengok gerhana matahari kena tengok kat dalam air tu...korang pernah buat tak macam tu...

apakah yang di maksudkan Gerhana Separa...?
.....Gerhana separa pula merujuk kedudukan bulan yang hanya menutup sebahagian matahari.Gerhana matahari separa pula akan kelihatan dalam lingkungan bayangan penumbra bulan (bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah)yang lebih luas meliputi Eropah Timur, Afrika dan Asia. .....

ni lak info yang aku baca kat BH online...
....Lau berkata, secara amnya, gerhana matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru yang berlaku serentak dan selari dengan bulan melintasi laluannya di antara matahari dan bumi. Ini menyebabkan matahari tertutup sebahagian atau secara keseluruhannya.Oleh itu, katanya, gerhana matahari separa yang berlaku kira-kira jam 3 petang bakal kelihatan apabila bulan mula menyentuh cakera matahari.

"Keadaan ini dikenali 'sentuhan pertama' iaitu permulaan fenomena gerhana matahari separa berkenaan. Bagaimanapun, kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan 'sentuhan pertama' gerhana pada masa ini disebabkan cahaya matahari yang terlalu terang," katanya.

Tambah Lau, gerhana hanya akan dapat dilihat apabila bulan menutupi matahari secara perlahan dan membentuk sabit tua (gerhana matahari separa) sehingga liputan maksimum dicapai kira-kira jam 4.25 petang. Sentuhan akhir iaitu pada kira-kira jam 5.40 petang, bayangan bulan mula hilang secara beransur-ansur.

Lau turut mengingatkan, fenomena itu tidak dapat dilihat terus menerusi mata kasar kerana boleh memudaratkan dan membutakan mata manusia.

"Untuk melihat gerhana matahari secara selamat, Angkasa mencadangkan beberapa cara seperti penggunaan Projektor Pinhole dengan kotak panjang, Projektor Pinhole dengan kadbod, solarscope, kaca mata khas gerhana matahari dan teleskop dengan penapis matahari," katanya......


uikksss boleh buta arrr kalau kita tengok gerhana directly dengan mata kasar...bahaya sungguh nie...patut la mak aku suruh tengok dalam baldi berisi air jer...ermmm jangan nakal2 tengok direct yer..;)


6 lovely reply:

sis fisa.. kelly pun nak share sikit..

Ummul mukminin Saidatina Aishah berkata, "Dan sesungguhnya sudah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan orang ramai sambil memuji Allah dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah.

Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendaklah kamu mendirikan solat sunat gerhana dan bersedekah serta memperbanyak mengingati Allah. Sabda Nabi SAW: Wahai umat Muhammad, jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis." (Riwayat al-Nasai)

dulu tak tahu dok tgk ngan mata kasar lepas tu mata rasa cam berpinar giler... nampak mcm kabus jap... lepas tu janji tak buat dah hehe..

sis.. lana pun bt entry pasal gerhana nih.. same ajer dgn sis.. lana ambek dr berita harian jugak.. ops!! kantoi

kelly thanx 4 d sharing...;)baru ku tau...gud infor ni...

Lady tu la pasal...dulu2 mak x bagi p fisa till curik2 tgk gak p berpinar2 d watnya...hehehe jangan coba2 lagi yer..;)

Lana...sama2 share info dari BH ONline yer...;)

Fisa masa kejadian ni kami on the way dari temerloh ke merapoh,nak ke hospital di KB...

ummu masyitah dpt tgk x..? ehhh nape ke hospital ekk..??