My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

quotes dari sini...pic aku yang edit...;)...adik aku yang snap pic...:P

oh!!! sudah sebelas hari aku tidak mengemaskini blog ku ini...bukan kehendak aku menyepi kan diri...bukan juga kemahuan aku mendiamkan diri...hakikatnya tuntutan kerja yang memaksa aku menyepikan diri...

so apa kah yang membuat kan aku menyepikan diri ni...last friday aku ada meeting dengan client dekat TTDI Jaya....macam biasa la sebelum meeting aku kena make sure diri aku ni lengkap dengan segala info yang berkaitan...aku kena siapkan report untuk meeting tu...meeting tu actually berkaitan dengan ketidakpuasan hati client aku dengan Auditor dia...so die suruh aku review draft Audit Report yang telah di siapkan...banyak gak laa persoalan yang di timbulkan...so aku kena well prepared untuk menjawab soalan-soalan dia..

maka haruslah aku mengkaji dari mana datangnya figure2 tersebut...lupa pulak aku nak bagi tau...aku kena review dari tahun 2000 hingga 2008 punya data...itu lah yang membuatkan aku memaksakan diri untuk menyepikan diri seketika...memang nak termuntah nombor aku di buatnya bila kena review untuk 8 tahun punya....berpinar-pinar mata aku di buatnya bila melihat nombor-nombor yang kecil....bayangkanlah kalau A4 paper 3 helai terpaksa di sambungkan untuk memuatkan jadual pengiraan...bukan sehelai dua tetapi berhelai2 yang harus di selak dan di semak semula...

aku perlu refer pada data dalam bentuk Excel yang memuatkan working paper serta data dalam bentuk UBS software yang memuatkan ledger...arghhhh memang serabut aku di watnya...alhamdulillah presentation aku selesai dengan jayanya pada hari jumaat lepas...esok pula client tu ajak aku berjumpe dengan Auditor dia untuk closed up the Account...

lepas presentation tu aku punyaaa laa rasa kepala aku nie kosong..phewwww lega yang teramat2 sangat....ringan jer rasa kepala ni....


source pic click here


Antara kerja dan gaji…yang mana satu criteria utama korang dalam memilih pekerjaan…adakah korang memilih sesuatu pekerjaan itu berdasarkan kerja yang bakal di laksanakan atau berdasarkan gaji yang bakal di terima…kalau aku laa kan aku akan memilih kerja yang bakal aku laksanakan…aku tidak memandang gaji yang bakal aku terima…bagi aku la kan kerja yang bakal aku laksanakan mestilah sama dengan impian masa depan sekiranya aku bekerja sendiri…aku memang mencari dan mengutip pengalaman dalam pekerjaan yang aku lakukan…agar pengalaman ini dapat ku gunakan pada masa hadapan….tidak kiralah berapa pun bayaran yang ku terima asalkan pekerjaan itu menambahkan pengalaman aku…ianya boleh la ku katakana sebagai value added kepada ijazah yang ku terima...

Terpikir juga di fikiran ku kenapa kini masalah siswazah yang menganggur menjadi isu semasa yang paling kerap di bincangkan…boleh ker aku katakan di sini bahawa kebanyakan siswazah yang mengganggur tidak mempunyai misi jangka panjang…sebelum aku meneruskan hujah ku…ribuan kemaafan ku pohon kan kepada para siswazah yang menganggur…apa yang ku hujah kan ini berdasarkan pandangan peribadi ku semata-mata…bukan semua siswazah berada di dalam kategori ini..ingin ku tekankan di sini KEBANYAKAN siswazah…

Aku pernah menerima resume dari siswazah yang baru sahaja menamatkan pengajian…di dalam resume itu die letakkan expected salary tapi bila aku semak bahagian pengalaman malang sekali dia tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang di pohon malah expected salary yang di pohon tidak setimpal dengan pengalaman yang ada…aku rasa bersimpati sungguh…jelas sekali mereka Cuma mengharapkan agar HANYA mempunyai pekerjaan dengan bayaran yang di rasakan berbaloi dengan ijazah yang mereka perolehi tanpa memikirkan apakah pekerjaan itu benar-benar sesuai untuk mereka…atau pun mereka mengharap kan dapat bekerja dengan government...di mana every month wajib dapat payslip...

Ianya bagaikan menjadi fenomena di mana jika anda pemegang ijazah seharusnya anda di bayar tinggi…aduhaiiii hakikatnya di alam pekerjaan terlalu ramai pemegang ijazah yang mengharapkan perkara yang sama seperti anda…jadi di mana kah value added anda…di mana kah kekuatan dan kelebihan anda…nilah di katakana mind setting…kita dah tetapkan bahawa HIGH EDUCATION should get HIGH PAY…maka terjadilah fenomena lain pula dimana kita akan mengejar high salary pay rather than we build credibility and focusing on work done…

Bila dah kerap menukar kerja kita terasa bangga pula dengan pengalaman kerja di bidang yang berlainan di dalam industri yang berbeza…kita akan rasa gah dengan sikap menukar kerja sebab kita sudah tertumpu kepada gaji yang tinggi sahaja…sedangkan hakikatnya pengalaman yang kita dapat hanya dua tiga bulan sahaja…ermmmm ini berdasarkan pengalaman aku yang mempunyai pekerja yang berhenti hanya kerana mendapat tawaran yang lebih tinggi dari apa yang ku tawarkan…tidak sampai setahun berhenti dari opis aku…terdengar hembusan angin mengatakan sekarang ni dia menjadi penganggur terhormat….dalam tempoh setahun ni dia bekerja di empat syarikat yang berbeza industrinya dan berlainan bidangnya….akhirnya menjadi penganggur terhormat bila mana majikan terakhir merasakan pengalaman yang beliau ada tidak standing dengan jawatan yang di tawarkan….alahaiiii tak terkata ku di watnya…bertambah aku rasa sedih dan simpati…bertambah lagi laa penganggur…

Sebagai majikan di sini ingin ku tekan kan bahawa aku tidak memandang tinggi pada sehelai kertas yang di panggil IJAZAH…apa yang ku harapkan PENGALAMAN dan KREDIBILITI yang bakal di applikasikan….Jadi bagi mereka-mereka yang telah mempunyai perancangan masa depan seharusnya MEMILIH PEKERJAAN yang bakal di laksanakan bukan MEMILIH GAJI yang bakal di terima…

korang boleh juga baca article dari sini sebagai rujukan dalam membuat pilihan kerja...



hari ni aku nak menceritakan kebaikan dan keburukan bentuk perniagaan yang bakal korang set up secara general sahaja..untuk pengetahuan korang kan di Malaysia, sesebuah perniagaan boleh beroperasi dalam tiga bentuk iaitu:

  • Keempunyaan tunggal
  • Perkongsian
  • Syarikat

Keempunyaan tunggal - hanya seorang pemilik sahaja

Kelebihan
  • kebebasan mutlak dalam membuat keputusan.
  • tidak memerlukan modal yang besar.
  • kejayaan perniagaan adalah kejayaan anda juga.
  • mempunyai hubungan langsung dengan para pelanggan.
Keburukan
  • bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kegagalan perniagaan.
  • menanggung beban semua hutang dan risiko perniagaan.
  • untuk mengembangkan perniagaan tambahan modal di perlukan namun dana mungkin terhad.

Perkongsian - mempunyai rakan kongsi

Kebaikan perkongsian
  • berkongsi kerja dan berkongsi modal.
  • keputusan akan menjadi lebih baik melalui pandangan rakan kongsi.
  • sumber kewangan yang lebih dari gabungan rakan kongsi.
  • gabungan idea, pengetahuan, kemahiran, buah fikiran dan sumber-sumber daya yang lain.
Keburukan perkongsian
  • anda bertanggungjawab ke atas keputusan yang di buat oleh rakan kongsi
  • risiko dan hutang-hutang perniagaan akan di tanggung sekalipun ia berpunca dari tindakan rakan kongsi.
  • setiap rakan kongsi juga bertanggungjawab melunaskan hutang-hutang yang di tinggalkan rakan-rakan kongsinya.
  • Perselisihan faham dan pertikaian mudah berlaku di antara rakan kongsi
  • pembubaran perniagaan sekiranya rakan kongsi menarik diri atau meninggal

Syarikat - entiti berdaftar yang ditubuhkan oleh sekurang-kurangnya dua orang dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.

Kebaikan Syarikat
  • pemegang saham tidak terikat kepada milikan syarikat.
  • pemegang saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
  • pemegang saham dilindungi oleh tatacara perundangan.
  • potensi perkembangan perniagaan yang lebih tinggi
Keburukan Syarikat
  • proses penubuhan melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
  • liabiliti/tanggungjawab adalah terhad, maka pihak syarikat kewangan akan cukup berhati-hati untuk memberi dana.
  • penjualan saham kepada orang awam tidak di benarkan.
keputusan di tangan korang...apakah pilihan bentuk perniagaan yang bakal korang set up nanti...bagi pandangan aku la kan sekiranya korang mempunyai modal yg besar pilih la perniagaan berbentuk syarikat..kerana ianya di jamin risiko bukan milik peribadi kerana syarikat dan korang adalah entiti yang berbeza...

walaubagaimanapun sekiranya korang terasa bagai kan budak baru nak menapak dalam dunia perniagaan milikan tunggal adalah pilihan sebaik-baiknya sebagai asas kepada dunia perniagaan yang sebenar...untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran perniagaan korang boleh la melayari website Suruhanjaya Syarikat Malaysia..


source pic please click here


sumber pic di sini...

merisik khabar ker merisik orang ni...hehehe entry ni aku khususkan kepada proses merisik anak dara orang...ahakss siapakah yang merisik ni...siapa yang kena risik...hehehe sudah terang lagi bersuluh konpem bukan aku yang dirisik dan bukan juga aku pergi merisik...entry ni aku wat sebab adik aku bakal melalui proses merisik...actually dia dah kenal pun pihak sebelah 'sana'..p di sebabkan ayah aku ni memegang kuat adat melayu so kena laaa melalui proses ni..

sebenarnya merisik ni merupakan langkah pertama dalam adat istiadat masyarakat melayu sebelum sebuah majlis perkahwinan di langsungkan..namun ketika ini ada di kalangan kita yang tidak lagi melalui proses merisik ni...termasuk lah diri ku ini...hehehe...maklumla sesi perkenalan telah berlaku terlebih awal jadi proses merisik tak perlu la di laksanakan (walaupun ayah agak marah sebab aku tak ikut adat ni)...sebenarnya proses merisik ni di lakukan agar pihak lelaki dapat memastikan bahawa perempuan yang ingin di kahwini bukan kepunyaan orang lain...

seharusnya proses merisik ini di laksanakan andainya pasangan yang ingin berkahwin tidak mengenali antara satu sama lain...selalunya proses merisik ni di laksanakan oleh wakil keluarga pihak lelaki sendiri...ketika ini sebentuk cincin akan di berikan kepada perempuan yang dirisik sebagai tanda setuju...akhir sekali kedua-dua belah pihak akan berbincang untuk menetapkan tarikh peminangan yang akan di adakan sebelum perkahwinan itu di langsungkan...




bila kita sebut kafin sure di minda kita terbayang kan kopi panas...pergh!!! sedapnya bau aroma kopi ni kan.. namun kebanyakan kita sebagai ibu bapa tidak menggalakkan anak kecil minum kopi namun tanpa kita sedari mungkin kita memberikan minuman yang mengandungi kafein kerana makanan dan minuman yang mengandungi kafein memang banyak ditemui....antara makanan mengandungi kafein termasuk kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta minuman ringan...coklat memang menjadi kegemaran kanak-kanak so klau tak bagi minum kopi janganla juga kita bagi anak-anak kita makan manisan yg berperisa kopi...boleh gitu..??

untuk makluman kafein yang bertindak serupa pada kanak-kanak mahupun orang dewasa, merangsang sistem saraf utama....paling BAHAYA bila pengambilan kafein yang terlalu banyak boleh menyebabkan gementar, sakit perut, pening, sukar memberi tumpuan, sukar tidur serta peningkatan kadar degupan jantung dan tekanan darah..kesan pengambilan kafein ini juga bukan sahaja melibatkan orang dewasa malahan kanak-kanak juga sehinggakan pengambilan yang sedikit juga boleh menimbulkan kesan berkenaan...aduhhh seharus nya kita gusar bila anak-anak kita mula bertindak cergas lain macam jer...

oleh itu elakkan la memberi anak kita makanan dan minuman yang mengandungi kafein... jadikanlah pengambilan air kosong, susu atau 100% jus buah buahan sebagai pilihan utama mereka...sedap juga apa jus buah buahan ni tau...;)


Sumber rujukan : myMetro

ader laa satu kisah ni...orang keliling aku ni hah kalau tengok irfan makan sure dok bising-bising kata anak die ni jenis yang tak nak makan...kadang-kadang makanan yang di suap tu anak die dok kemam jer pastu dia buang tak nak di telan...p bile aku suap aku tengok budak tu makan la plak...pernah ada sekali tu kan bila aku nak masak bubur irfan aku tanya la...anak die makan bubur kosong tak..?...die kata anak die tak makan bubur kosong..anak dia makan bubur yang letak bahan-bahan plus garam skit...kebetulan time tu bahan-bahan memang tak de dan aku memang tak masuk kan garam pun dalam bubur irfan so aku masak just untuk irfan la kan...

aku tanya orang itu anak die nak makan apa...dia jawab tak per la nestum ada..anak die memang suka makan nestum...ook fine...aku pun suap laa irfan bubur kosong tu...macam biasa la irfan ni bubur kosong pun jalannn jer...jenis yang tak memilih...cuma nestum je die tak nak...aku beli nestum 1 tin kecik tak terluak langsung...last2 nestum tu aku sedekah kan kat orang...

berbalik pada kisah orang itu kan...time aku suap kan irfan...anak dia dok usha jer irfan makan...so aku try test laa mintak izin nak suapkan anak dia skali...die kata try jer la tak kisah sebab anak dia memang tak makan bubur kosong...so apa lagi aku pun suapkan laa anak dia...sian tengok dok terkulat-kulat pandang irfan makan...last2 1 mangkuk bubur kosong d share dua orang...alhamdulillah budak tu makan rupanya...terkezut orang itu...so aku tanya laa pernah wat bubur kosong bagi anak dia makan tak..?? dia kata tak pernah pun..sebab dia memang dah letak macam-macam bahan bile 1st time bagi anak dia makan bubur...daaaaaa gitu rupanya...so bukan salah anak dia tak nak makan laa kan..


Susu ibu mengandungi semua nutrien dalam jumlah yang tepat untuk memenuhi keperluan bayi. Oleh sebab itu kita tidak perlu memberinya makanan lain termasuklah air kosong. Walaupun kebanyakan orang-orang lama mengamalkan pemberian air kosong sebagai membersihkan usus bayi. Usah lah kita risau akan kekurangan atau merasakan bahawa susu ibu sahaja tidak mencukupi. Ini kerana komposisi nutrisi susu ibu berubah mengikut keperluan bayi yang membesar. Maka gunakanlah masa sebaik yang mungkin dan perhatikan bayi kita membesar untuk tempoh enam bulan pertama kehidupannya.


Cecair kuning: Kolostrum
Dalam beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan,payudara kita akan menghasilkan kolostrum, sejenis cecair pekat yang berwarna kuning. Jangan lah di buang cecair pekat ini. ketahuilah bahawasanya kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi. Walaupun jumlah kolostrum yang dihasilkan mungkin sedikit tetapi ia sangat kaya dengan nutrien dan faktor imun yang akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit. Ada di kalangan para ibu yang merasakan bayi tidak kenyang jika hanya dengan kolostrum yang sedikit ini. Harus di ingatkan bahawa bayi yang baru lahir tidak memerlukan makanan yang banyak.

Susu matang
Susu matang adalah susu yang dihasilkan tiga atau empat hari selepas bersalin. Jumlah susu matang akan bertambah banyak sekiranya kita meneruskan penyusuan susu ibu secara ekslusif. Bermakna lagi banyak permintaan dari bayi lagi susu matang di hasilkan.

Komposisi penyusuan
Kita di galakkan memberi susu ibu kerana komposisi susu ibu turut berubah sewaktu bayi menyusu. Kandungan lemaknya makin meningkat pada penghujung masa penyusuan. Dimana susu akhir ini membuatkan bayi kita merasa kenyang dan berhenti menghisap. Begini lah cara nya bayi kita mengawal selera mereka. Bukan kita yang mengawal selera bayi kita.

maklumat ini ku peroleh dari SNP breastfeeding guide




ooopss nie bukan cuti untuk 3 hari akan datang..p cuti 3 hari yg lepas...hehehe bermula ari jumaat hingga lah ari ahad...cuti 3 hari membuat kan aku malas nak memulakan kerja hari ni…wake up fisa!!!...hehehe cuti 3 hari ni korang kemana..?? aku tak keluar negeri pun cuma keluar daerah jer…

ari jumaat hari Maulidur Rasul so pagi tu just layan siaran langsung sambutan Maulidur Rasul kat tv… memandangkan ari jumaat agak terbatas waktunya so tengahari memasak & melepak di depan tv sahaja hinggalah ke petang…petang jumaat cik abg aku ajak keluar cuci mata di Parkson…memang cuci mata jer sebab aku cam tak ‘teringin’ lak nak bershopping…just beli present utk baby kawan aku & cik abg sambar 1 helai jeans…pastu tak singgah kemana pun terus balik umah…on the way balik tu hujan yang teramat lebat telah turun membasahi bumi…Alhamdulillah hujan rahmat tu…

Ari sabtu pagi aku ada ‘date’ dengan zaza kat Putrajaya…dating kul 9 pagi spai 11 lebih….ermmm bermandikan peluh di buatnya…tak terasa langsung hembusan angin…padahal kitorang dating kat taman lagi tu…oh!!! Betapa panas nya cuaca sekarang…selepas hampir 2 jam zaza jadi mamarazzi tiba lah masa nya aku berangkat ke destinasi yang lain pula…

Destinasi kedua untuk ari sabtu adalah ke Bndar Baru Bangi…menuju teratak abang aku untuk membersihkan diri dan memanjakan diri di dalam perbaringan sambil meluruskan pinggang…hahahaha ayat tak leh tahan wei…abang aku selaku tuan rumah time tu nak keluar so die telah merelakan teratak nya di gunakan untuk kami melaksanakan misi berehat…pergh!!! Bestnyaaa dapat memanjakan diri…syoknyaaa tdo dalam air cond yg sejuk…aduhhh kat luar panas sangat wei time tu…

Jam 3 petang usai puas merehatkan diri aku bergerak ke destinasi ketiga…menuju ke Seri Kembangan ke rumah sahabat aku yang dalam pantang….alhamdulillah aku berjaya melaksanakan misi lawatan muhibbah…(khas untuk aini : beb kuih yg ko jamu kitorang tu sedap arrr…t ko belajar buat jangan lupa bagi aku rasa yer..hehehe…eh chop!! Make sure ko pantang cukup tau…hahahaha…)

Destinasi seterusnya iaitu destinasi ke empat pula…aku menuju ke Seremban…memenuhi jemputan makan rumah kakak ipar aku…menu nya teramat laaa meriah spai tak tau nak makan apa2…last2 aku makan udang bakar dengan buah2han jer….hehehe bukan apa before spai tu cik abg aku ajak makan dulu tu yang rasa kenyang lagi…air memang wajib berbotol2 aku minum…aduhaiiii bahang wei…dok dahaga jer…

Jamuan tak habis lagi aku dah minta izin mengundurkan diri…memandangkan time tu time untuk irfan berkepit & time tdo die…so apa lagi mau di tunggu…balik jer la kan…spai umah dalam kul 11 lebih…pergh!!! Ngantuk & penat wei…aktiviti jalan2 hari sabtu…

Ari ahad kemana pula..?? ermmm ahad lak memenuhi jemputan perkahwinan…mula2 menuju ke bt 9 kampung Medan…sahabat lama cik abg aku melangsungkan perkahwinan….selepas itu menuju ke kampong jawa…rumah saudara cik abg aku…sory aku tak ingat gelarannya…sbb kan cik abg aku nie saudara nya terlalu ramai….;) spai di sini mak mertua aku ada skali…so melepak lama laaa skit kan…membiarkan cik abg aku melepaskan rindu dendamnya kepada ibunda tercinta…hehehe biarkan aja…

ahad petang lak keluarga mak saudara cik abg aku datang berkunjung …usai bersolat magrib mereka pun meneruskan agenda mereka seterusnya ingin membeli barang dapur…hahahaha macam ada hal penting jerk kan…hehehe saja je mereka datang singgah…lepas mereka keluar terus kitorang plak keluar untuk menikmati makan malam…hehehe makan malam di kedai tom yam jer...