My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

wah majlis pertunangan la plak...hehehehe dah lama tak update blog tetiba citer majlis pertunangan...harus pelik ni...actually entry ini adalah sambungan bagi entry merisik yang pernah aku buat...siapa lagi kalau bukan adik aku yang akan bertunang....

berdasarkan ino yang aku dapat dari sini sebenarnya

Ikatan pertunangan adalah satu perjanjian yang dipersetujui oleh pihak keluarga lelaki dan perempuan untuk menjodohkan anak mereka dalam tempoh tertentu selepas upacara merisik dan meminang dijalankan. Lazimnya di hari pertunangan, pihak lelaki turut menghantar belanja yang disertai dengan beberapa hadiah iringan.

Dalam adat ini, hantaran tepak sirih merupakan satu bingkisan paling utama, penuh bermakna lagi syahdu berbanding daripada bingkisan–bingkisan lain yang dipersembahkan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Daun sirih terpilih digubah indah disertai kapur, gambir dan buah pinang yang telah dikacip.

Di antara barangan hantaran yang kebiasaannya dibawa oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan iaitu

- sirih junjung yang digubah cantik untuk mengelapai hantaran
- sebentuk cincin pertunangan
- satu set bahan persolekan
- bunga rampai
- sepasang baju
- kuih muih
- buah-buahan

Setiap jenis hantaran diletakkan di dalam sebuah pahar dan hantaran-hantaran tersebut akan dikelapai oleh sirih junjung yang telah digubah tadi. Pada kebiasaannya, bilangan barangan hantaran adalah berangka ganjil dan mengikut kemampuan pihak lelaki serta mengambil kira kemampuan pihak perempuan.

Buah-buahan dan bunga rampai lazimnya merupakan barang hantaran wajib kerana sifatnya yang manis dan berbau wangi. Ia boleh dianggap sebagai harapan kedua-dua belah pihak agar perjanjian perhubungan tersebut akan berterusan dan berkekalan hingga ke ikatan perkahwinan.

Semasa upacara pertunangan rombongan lelaki akan disambut mesra dan dihulur tepak sirih yang telah disusun kepada tetamu sebagai mengalukan kedatangan rombongan tersebut. Seperti diketahui umum, sirih, pinang, kapur dan gambir sememangnya begitu sinonim dengan masyarakat Melayu.

Manakala hantaran-hantaran pertunangan akan diletakkan di tengah-tengah majlis dihadapan sekalian hadirin. Ketua perwakilan pihak lelaki duduk berhampiran dengan ketua perwakilan pihak perempuan. Sirih junjung diletakkan dihadapan mereka sebagai bunga majlis. Rundingan seterusnya adalah berkisar tentang tempoh pertunangan, jumlah hantaran belanja dan perjanjian untuk menghadapi takdir jika pertunangan itu putus atas apa-apa jua sebab.

Selepas mendapat kata putus mengenai perkara-perkara yang dibincangkan, istiadat menyarungkan cincin akan dijalankan. Cincin disarungkan ke jari manis tangan kanan gadis. Maka dengan tersarungnya cincin pertunangan ini, rasmilah pertunangan tersebut.


memandangkan majlis ini bakal di adakan pada hari Sabtu minggu hadapan maka rumah mak aku telah di jadikan markas dalam membuat barang-barang hantaran...alhamdulillah adik aku lagi sorang tu berseni orangnya maka hantaran yang akan di beri adalah dari kretiviti adik aku...harap maklum hanya adik sorang sahaja yang mempunyai seni kraftangan ini...hehehe aku hanya ada seni mencari duit....kalau nak aku buat konpem bentuk bunga jadi bentuk angsa....hahahah....keras wei tangan aku ni hah...:D



4 lovely reply:

wah..
x sabar lak mo tgk decoration hantaran yang adik ko buat...

huhuhu..
mana taw dapat inspiration

boleh sahaja...t aku upload kat sini...:D

lady masa kawin dulu hantaran wat sendiri gak tapi giler2 sempoi yang simple2 je lady reti buat heheh

pandai gak la tu LAdy kalau dh ada bentuknya...hehehehe simple tapi menarik ok jugak tu...:P