My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor


Assalamu'alaikum wbt...

merujuk kepada tajuk di atas...sebenarnya post ini secara tidak langsung berkait rapat dengan post semalam kisah anak suka menggigit...aku rasa kebanyakan anak-anak memang suka mengamuk kerana mereka rasa kan kita ni sebagai ibu bapa mereka tidak memahami apa kehendak mereka...irfan pun kadang-kadang mengamuk kalau kehendak nya aku tak ikut..memang satu cabaran yang hebat kalau kita gagal mengatasi anak yang kuat mengamuk ni...

so far amukan irfan masih lagi di bawah kawalan....alhamdulillah dia jenis yang mendengar kata...cuma kena bagi sedikit penerangan kat dia...contohnya kalau dia berdiri kat atas baby seat apa kesudahannya...kalau dia memanjat kerusi apa kesudahannya...kita tak boleh cakap terus perkataan JANGAN....lagiiii laaa dia akan buat...bertuah betul lagi di tegah lagi sukaaa di buat..so kena psiko sikit dia baru laaa dia kendur sikit...but still akan buat balik...:p

ada juga anak-anak kawan-kawan aku yang jenis cepat mengamuk dan lambat nak memujuk...kesian juga tengok mereka-mereka ni berusaha untuk memujuk anak mereka...selalu sangat mengambil masa untuk makan pujukan....aku nak share sikit la info pasal anak mudah mengamuk ni kan...
artikel Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
Sindrom Anak Mengamuk
Kanak-kanak lingkungan usia dua hingga tiga tahun cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami.

‘Temper tentrum’ atau mudah marah dialami budak gagal berkomunikasi dengan baik.

sambungan artikel ini lagi..
Pakar sebuah pusat perubatan Amerika Syarikat, Dr Jay Hoecker menyifatkan tantrum adalah satu proses tumbesaran yang normal. Ia juga bukan penyakit dan mulai hilang apabila usia kanak-kanak semakin meningkat.

“Apatah lagi jika anda dan dia sudah boleh berbual dan berkongsi pendapat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh. Sebenarnya, tantrum dilihat oleh kebanyakan pakar psikologi kanak-kanak sebagai luahan rasa kekecewaan seseorang kanak-kanak tidak kiralah sama ada ia dari sudut fizikal, mental atau emosi.

“Kekecewaan itu ada kalanya kerana kesukaran anda sebagai ibu bapa memahami kehendaknya disebabkan penguasaan perbendaharaan kata yang sedikit,” katanya yang menulis di Mayoclinic.com.

Tantrum dianggap normal kerana sebahagiannya berpunca daripada kegagalan anak kecil itu menguasai kemahiran asas. Misalnya, gagal membuka atau menutup butang baju. Ini disebabkan ada segelintir kanak-kanak memiliki kecenderungan untuk mudah marah berbanding kanak-kanak lain dan lazimnya faktor seperti letih, lapar atau tertekan menyebabkan mereka mengamuk.

Apabila usianya semakin bertambah, dia akan belajar menangani emosi yang mencetus kemarahan. Dia juga selalunya sudah mampu menguasai pertuturan dengan baik serta semakin berdikari.

Namun, dalam lingkungan usia dua hingga tiga tahun, anak kecil ini cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami. Membaling barang, menghentak-hentak kaki atau menjerit sekuat-kuat hati adalah cara meluahkan kekecewaan itu. Ada kala luahan kemarahan itu berlaku selama 20 saat atau mungkin hingga berjam-jam lamanya.

Dr Hoecker berkata, kanak-kanak mula memperlihatkan kemarahan (tantrum) pada usia dua atau tiga tahun. Namun, ada juga kanak-kanak yang mula mempamerkan sikap tantrum pada usia yang lebih muda daripada itu. Apabila dia berusia empat atau lima tahun, dia masih mudah mudah tetapi apabila usia semakin meningkat, penguasaan bahasanya juga meningkat dan anda boleh mengajaknya berbual dan mudah bertolak ansur.

Tantrum ialah tingkah laku untuk menarik perhatian. Justeru, satu cara untuk meminimumkan tantrum si kecil anda adalah dengan tidak mempedulikannya. Selalunya, dia akan menjerit lebih kuat dan menarik perhatian. Jadi, ambil peluang itu untuk berbincang tentang sikapnya.

Apabila si kecil meradang, penting untuk anda bertenang dan mengawal kemarahan. Menjerit padanya atau memukul hanya akan memburukkan lagi keadaan. Selalunya, apa yang terbaik untuk anda dan si kecil yang mengamuk ialah suasana senyap tanpa anda mengalah dan tunduk padanya. Dia akan diam dengan sendiri apabila dia gagal menarik perhatian anda.

Jadi perlukah anda menghukumnya sebagai balasan ‘mengamuk’? Logiknya tentulah tidak. Walau sebesar mana pun kemarahan anda kepadanya, cara terbaik ialah mengingatkannya sikap itu tidak betul.

Justeru, mengelak kemarahan anak kecil itu adalah lebih baik. Mulakan dengan diri sendiri dengan memberi perhatian dan pujian padanya bagi membina keyakinan dirinya. Secara tidak langsung dia tahu anda menyayangi dan mengambil berat.

Perhatikan juga tanda-tanda yang boleh menyebabkannya marah dan cuba alihkan perhatiannya.

Beri sedikit kebebasan pada si kecil anda. Misalnya, jika memesan minuman tanya dia apakah air yang diinginkan, jus atau teh. Jika memintanya memberus gigi tanya padanya, hendak berus gigi sebelum atau selepas mandi?

Beri perhatian kepada permintaannya dan jika tidak boleh ditunaikan beritahu sebabnya. Sebagai ibu bapa anda lebih memahaminya, jadi jangan bawa dia membeli belah pada waktu tidur semata-mata hendak mengejar jualan murah.

Bagaimana jika dia tiba-tiba mengamuk walaupun anda sudah cuba sedaya upaya mengelak berlaku tantrum?

Jangan marah, sebaliknya cuba bertenang dan senyum.
Cuba fahami mengapa si kecil anda marah.
Alih perhatiannya.
Dakapnya, belai rambutnya dan tenangkan dia – mungkin kadang kala anak-anak akan terus menjerit, jadi tinggalkan dia sekejap. Jangan pedulikan dia dan lihat bagaimana reaksinya.
harapan aku pada mereka yang mempunyai anak yang kuat mengamuk ni agar SABAR la menghadapi kerenah anak2 ini...juga aku mengharapkan agar aku juga dapat berSABAR dalam melayan karenah bujang aku sorang tu...isk isk isk kadang2 terkucil jugak sabar aku tu...




6 lovely reply:

Uda, apa yang si irfan pakai tu?wahaha=D

so far Kira x pernah pulak mengamuk lebih²..alhamdulilah senang dikawal tp kdg² tu adelah jugak dia berkeras nak 'popo' @ keropok atau nak gi taman bile lalu kat taman tp xdelah sampai berguling² atas lantai heheheee

tapi betullah kak, budak² mcm nie kena 'handle with care'..x boleh terus tegas dgn dorang nanti lagi menjadi² perangai dorang huhuhuu

wina selalu jugak jumpa budak² yg kuat mengamuk sampai pukul² mak atau ayah sbb x dpt ape dia nak atau yg sampai berguling² atas lantai

ain cuba ko teka...hahahahaha...bersungguh tau dia nak pakai benda tu...lawak betul bila d ingatkan...:D

wina...alhamdulillah kira under kontrol kann...

tu la fisa pun pernah tengok gak ada anak2 yang dok berguling2 atas lantai dengan siap menjerit2 lagi...sian laaa dengan anak2 ni...isk isk...

sangat teruja my doter sudah pandai cakap sikit2 jadi tahu juga kemahuan dia.. :)

hi dear finie..

best kan kalau anak kita dah boleh nyatakan apa kemahuannya...;)