My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

click for pic source
assalammu'alaikum...korang-korang aku nak share skit cerita yang bikin hati aku panas dan menggelegak sikit...tajuk kat atas tu merujuk kepada kisah yang terjadi di depan mata aku tauu...alahai kesian sungguhhh laaa c ibu ni bersungguh-sungguh merayu kat anak dia supaya menemaninya di kampung...c anak boleh buat dekkk je bila c ibu tanya...

alkisahnya bermula bila c ibu ni mendapat tahu yang anak dara nya telah memulakan cuti pengajian selama sebulan maka c ibu ni pun menghubungi c anak dan mengajak c anak ni pulang bersama dengannya ke kampung memandangkan c ibu ni sudah berkelana selama 2 bulan d rumah anak lelaki nya yang telah berkahwin....hakikatnya anak lelaki dan menantu mak cik ni tak kisah tetapi hati orang tua kan yang tak berapa nak selesa duduk rumah orang lain lama-lama ni kan...jadi bila dapat tahu anak dara dia dah start cuti semester apa lagi mak cik ni pun menyuruh anak dara nya datang ke rumah anak lelaki dia....

memang betul c anak dara ni datang tetapi datang hanya sebagai lawatan untuk melihat ibu nya sahaja...alangkah kecewa nya hati c ibu ni.....puas memujuk c anak buat muka selamba jek...tak dak bersuara apa-apa pun...alahai kalau adik2 aku buat macam tu dah lama aku melaser kan diorang...aku sebagai orang luar yang melihat kan kejadian tu pun rasa sedih jek tau tengok muka mak cik tu...hanggok betul arr anak dia tu...hangin aku tauuu...isk isk apa kan daya aku hanya orang luar maka hanya dapat menonton sahaja drama yang terjadi d depan mata aku ni...antara dialog diorang
c ibu : 'petang ni kita balik kampung ye...'
anak : ' tak tahu pun nak balik..kenapa tak cakap awal-awal...'
c ibu : ' tadi kan mak dah bgtahu nak balik kampung...'
anak : 'tak perasan arr...mana nak tahu...'
c ibu : 'kalau macam tu malam nanti baru kita balik la...'
anak : 'orang tak bawak baju...tak de baju nak pakai nanti...'
c ibu : 'kat kampung kan ada banyak baju lain....'
anak : 'tu baju buruk...old fashion arrr...' (padahal baru jek 6 bulan sambung belajar)
c ibu : 'laaaa mana ada buruknya kan elok di susun dalam almari...'
anak : 'isk IC pun orang tak bawak arr...tak yah arr balik kampung...bukannya ada apa pun....'
haiyaaaa apaaa laaa yang susah sangat mau balik kampung weiii....kesian laaa kat ibu tu...aduhhh aku betul2 tak paham tau...kenapa c anak tu sanggup buat ibu dia macam tu...aku yang emo terlebih tengok 'drama' ni tau....KALAU laa aku boleh menyampuk sure aku guna dialog ni...
'wei badigol apa ke susah sangat ko nak balik kampung ni..'
'balik jer arrr....baju2 yang ko tak bawak tu cantik sangattt keee...'
'apa punya anak arrr ko ni...memang tak sedar diri d mana asal ko tu...'
'baru 6 bulan keluar kampung dah nak berlagak....'
'cakap macam bagus2 jek...'
'mak ko tu sanggup bergolok bergadai nak bg ko sambung belajar...ko buat mak ko macam ni pulak...aku hempukk kangg...'
ermmm aku sedar lontaran dialog ni tersekat kat kerongkong aku je la memandang kan aku tak berani nak menyampuk hal rumah tangga orang ni kan...kalau korang kan apa yang korang buat ekk..?

click for pic source

8 lovely reply:

dear.. rasa cam nak lempang je budak tu ..

kan l@n@ kan....ku pun rasa nak lempang jek...tapi apa kan daya...budak tu tiada kaitan dengan diri ku ini...:(

Heeee.... Geramnya aku dEngar!!! Tak sedar diri betul! Pangggggggg kan. Isk!!!! Aku lak yang sakit jiwa tau :p.

aini...tauuu tak per kann....eeee memang tak sedar diri betul budak tu...gaya baju kurung pun tak mau pakai dah tauu....makin sakit bila ko tengok muka toet dia tauuu...:(

ishh..teruknya budak tuuuuuuuuuu..sampai hati dia buat mcm tu kat mak dia

ayu..kalau tengok gaya mak dia yang lembut tutur bahasa tu kan lagiii menyampah tahap gaban kat anak dia tauu..sian tegok muka mak cik tu tau..

(bukan untuk membela c dia) Kadang2, kita kene faham jugak kenapa dia jadi macam tu... mungkin ada pengaruh yang menyebabkan dia jadi sedemikian.. tetapi, tidak menghormati ibubapa tu memang sgt dikesalkan.. maka, tugas kita (klau jadi org terdekat dgn budak tu) ialah cuba masuk dgn dia.. klau setakat kita tgk dia dgn pandangan jelek selalu (setiap kali tgk dia, mesti rasa geram nak tumbuk tampar).. itu bukan jalan penyelesaian yang baik... janganlah kamu melihat orang yang melakukan kesalahan sebagai orang yang bersalah tetapi lihatlah orang yang melakukan kesalahan sebagai orang yang sakit.. orang yang melakukan kesalahan kita hukum secukupnya tetapi orang yang sakit kita akan ubati dan menjaga dia dgn rapi supaya dia sembuh.. maka, manakah satu jalan penyelesaian yang lebih baik dan berhikmah ?... kita fikirkan..

hai dear -| Analah ana |-...

terima kasih sudi berkongsi pandangan di sini...

kalau laa fisa di kalangan mereka yang terdekat dengan budak tu sure dah selidik...memandangkan kita ni orang luar maka sekali pandang cara dia buat mak dia yang buat kan kita rasa nak marah....sangat2 tak patut...