My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

*warning : entry terpanjang aku sempena 10 tahun aku dalam kerjaya...;)

Assalammualaikum wbt....

diam tak diam kan dari tahun 2001 hingga kini 2011 dah 10 tahun aku meninggal kan zaman belajar dari erti kata lain zaman gelaran seorang pelajar....so maksudnya dah 10 tahun aku bergelumang dengan kerjaya aku...*wah!! macam bagus je perkataan kerjaya tu kan...:p

macam seronok je bunyi nya dah 10 tahun tu kan...uhuksss padahal dalam tempoh 10 tahun ni macam-macam cerita dan macam-macam kisah yang terjadi..pahit manis semuanya di adun dalama rasa yang sedap hingga menjilat jari...;) *hahahaha aku bab bermonolog sambil berfantasi memang pandai kan...:p so korang apa yang menarik dan tertariknya dalam tempoh 10 tahun ni kan...jom tengok list yang aku buat ni ekk...*poyos arr siap ada list lagi tu....

after grade tahun 2001 :
  • kerja pertama - cashier kat Econsave time ni asal kan boleh je keje ni...yang penting aku dapat duit...*sebenarnya aku guna SPM je wei nak mintak keje ni...;)
  • gaji pertama - tak silap aku dalam RM 400...skit kan ihikss ni gara-gara tak cukup sebulan kerja aku dah C.A.B.U.T...hahahaha tak tahan wei dok berdiri jek dari start masuk keje sampai balik...tak di bernarkan duduk...sakit kaki aku...
permulaan kerjaya :
  • 2nd kerja - kerani akaun kat opis belakang rumah mak aku jek...time lunch wajib aku merempit balik...;) kat sini aku terima gaji dalam RM 600...
  • dalam tempoh 6 bulan selepas aku 'master' dalam buat akaun gaji d UP kan lagi 2 kali ganda...:D alhamdulillah...
  • bermula la era aku mengenali dunia perakaunan...di sini juga aku mengenali FULL SET OF ACCOUNT...from Balance sheet to Profit & Loss hingga laaa berkaitan semua adjustment...
  • aku kat opis ni lama tak lama ada la jugak tak silap aku sampai 2 tahun...
  • so memandangkan dalam tempoh 1 1/2 tahun aku hanya buat kerja yang sama maka kebosanan telah melanda bilamana aku mencari kepuasan dan cabaran dalam bidang perakaunan...opis ni hanya buat trading account so simple accounting treatment...
  • aku mula mencari kerja lain yang offer lebih dari ini...means bukan sahaja dari segi gaji tetapi cabaran juga harus la berbeza kan...
cabaran bermula
  • alhamdulillah tahun 2002 aku di terima sebagai Finance & Admin Manager di sebuah syarikat kontraktor bumiputera...
  • di sini laa bermula nya era cabaran yang terhebat di mana bukat sahaja aku yang menguruskan akaun syarikat malah aku perlu mencari projek financing...aku perlu membuat cash flow projek..pada masa yang sama aku perlu monitor projek sedia ada...di tambah pula aku perlu mencari tender-tender baru...mengisi BQ adalah tugas aku...bukan sehelai dua helai malah pernah aku sediakan BQ setebal kamus OXFORD!!
  • seperti yang aku jangkakan di sini lah bermula nya juga era di mana aku mengenali dunia perniagaan, selok belok dan permainan politik dalam mengisi dan memohon tender...*cissss tang ni memang aku tak suka beb...
  • aku pernah membuat perjalan yang bermula dari Klang seterusnya aku menuju ke Wangsa Maju dan singgah di Hulu Klang dan meneruskan perjalanan ke Kajang sebelum menuju ke Shah ALam dan berakhir di Klang juga...wah!!semuanya berlaku dari pukul 10 pagi sehinggalah pukul 8 malam...
  • amat2 meletihkan tambahan pula dengan kerja-kerja di pejabat..tetapi aku sentiasa ENJOY sebabnya aku suka kerja-kerja yang begini...yang membuat kan aku rasa tercabar bukan shaja dari segi KESABARAN malahan kualiti kerja aku juga harus berada di dalam keadaan yang TIP TOP...
  • namun jodoh dengan opis ni juga tidak berapa lama selepas aku berkahwin aku terpaksa meletakkan jawatan atas sebab-sebab yang tertentu yang tak perlu la nak aku reveal kan disini...
  • 2004 aku mendapat kerja di pejabat pemaju perumahan...alhamdulillah di sini aku juga mendalami ilmu perakaunan aku dalam industry yang berbeza dari sebelum ini...alhamdulillah di sini aku tidak di perlukan untuk kesana atau kemari...aku hanya berstation di pejabat dari 9 pagi hinggalah 5.30 petang...
  • seperti yang korang maklum kan laa aku ni jenis yang tak suka rutin yang sama maka level KEBOSANAN aku akan mencapai tahap yang maksimum yang mungkin...maka pada 2005 aku nekad untuk berhenti dan bekerja sendiri...sebelum aku berhenti sempat juga la aku membeli sebijik rumah kan...;) alhamdulillah...
era bekerja sendiri
  • tahun 2005 bermula era aku bekerja sendiri...aku berkongsi dengan abang aku membuka firma perakaunan sendiri...tambahan pula mak aku selalu berpesan 'tolong la tengok-tengok kan abang kau tu...' hehehe teringat dialog sebelum aku berhenti...'mak tak kisah asal kan kau dapat tolong abang kau tu'... oooopss korang jangan tanya pulak kenapa mak aku cakap macam tu ekk...adalah kisah di sebalik nya...;) alhamdulillah en suami aku juga memberi green lite memandang kan aku bekerja sendiri ni maka senang la skit dia nak ajak aku kemana2 je pun kan...:p
  • sebelum aku terlupa la kan sebenarnya abang aku pun ada opis sendiri kat Bangi maka aku di saran kan membuka cawangan di Klang
  • opis pertama : di rumah mak...selama setahun bersiaran di sini -2005
  • opis kedua : dalam tahun 2006 berpindah ke Kompleks PKNS...*itu pun selepas mak aku dok bising rumah dia dah penuh dengan kertas2 dan kotak2...hehehe tak boleh nak melawa rumah kata dia...;)
  • opis ketiga : pada tahun 2007 berpindah di Bandar Klang..aku berpindah selepas mendapat tawaran berkongsi pejabat dengan Associates Partner Secretary aku...lagi pun opis kat Kompleks PKNS tu hanya muat 2 biji meja jek...paham-paham je la kan document berlambak-lambak dan berkotak-kotak...last2 ada yang dok atas kotak time nak buat kerja...haru biru maka WAJIB la berpindah kan...lagi pun sewa nya sama jek aku kena bayar dalam RM 500...haishh baik aku pindah Klang je kan tambahan pula senang skit aku dan staff nak balik tak perlu laaa kena bayar tol kan...;)
  • opis terkini : di Bayu Tinggi bersebelahan Bukit Tinggi...selepas hampir 5 tahun bersiaran dan berkongsi pejabat dengan Associates Partner tu aku mengambil keputusan untuk berpindah selepas aku punya dokumen tiada lagi tempat untuk di letak...tambahan pula semenjak firm aku mengambil alih lagi satu firm maka bertambah-tambah la lambakan kotak dan dokumennya...hingga kan Associates Partner aku naik sesak tengok opis...hehehe sebelum dia sound baik aku pindah...betul tak...?hehehe
  • alhamdulillah 2011 aku mempunyai opis sendiri walaupun berstatus PENYEWA...;) itu sudah memadai bagi aku...insya ALlah aku ada merancang untuk memiliki pejabat sendiri...kita tungguuuu je la ye...korang doa kan tau...;)

SO alhamdulillah aku bersyukur kehadrat ilahi atas limpah kurnia rahmat nya aku berjaya menapak setapak demi setapak sehingga kini...semoga aku di beri keizinanNya lagi untuk menambah rezki dan semoga perniagaan aku ini di berkati olehNYA...banyak juga kenangan pahit yang tercatat dalam journal kehidupan aku namun aku hanya mampu menyimpan rapi tanpa perlu untuk aku berkongsi atau membukanya kembali...biarlah kenangan pahit itu di jadikan sempadan dan tauladan serta sebagai pengajaran dalam aku meniti kehidupan ini...

sebelum aku mengakhiri entry ini, aku sentiasa mengingat kan diri sendiri tidak apa yang perlu aku banggakan dengan pencapaian dalam tempoh 10 tahun ini...aku hanya menjalankan amanah yang telah di pertanggungjawab kan oleh mak ayah aku untuk sama-sama membantu abang aku, aku juga di beri lesen keizinan dari suami tercinta maka aku harus menjaganya sebaik yang mungkin tanpa perlu melencong ke arah lain, aku juga memikul amanah dari para pelanggan aku agar mengira dan membuat akaun mereka dengan tepat serta aku turut memikul tanggungjawab dan amanah para pekerja aku yang sama-sama berusaha untuk memastikan hasil kerja yang baik dan berkualiti...tanpa restu mak ayah serta suami aku tidak berada di sini...tanpa kepercayaan pelanggan yang di hormati aku tidak akan bertahan dalam industri ini...tanpa pekerja aku yang berdedikasi aku tidak juga mampu berdiri tegak...masing-masing memainkan peranan yang penting maka aku ingin berkongsi rasa dengan mereka agar mereka turut sama merasai hasil nya..



8 lovely reply:

firstly,

ayu nak ucapkan TAHNIAH pada akak...wahhh..terharu sungguh la baca entri akak pagi ni..terharu + bersemangat...hehe...kagum dengan akak..entah la bila boleh follow jejak langkah akak ni...

secondly,

semoga company akak akan terus berkembang ye...nnt, klu akak nak buka cawangan lagi kat area ampang n kl ke, boleh la ayu apply nnt..hehe..^_^

Tahniah untuk kejayaan kau... sejujurnya aku bangga ada kawan yang gigih seperti kau dan juga aku yakin, insyallah kau akan berjaya sehingga memiliki ofis sendiri beb!

Aku sentiasa doakan untuk kau sungguhpun sedikit sebanyak ada jugak rasa *jeles* nya sebab aku tak dek bisnes sendiri ;).

Anyways, congratulations on your 10th year!!!!

Muahs :)

ayu....

1stly, thanx a lot sudi membaca entry yang tak seberapa ini...insyaAllah kalau kita yakin dan ikhlas dalam apa jua kerja yang kita buat pasti ada ganjarannya...yang penting KEBERKATAN dalam mencari rezki itu...

2ndly, terima kasih sekali lagi atas doa mu itu...erm memang terpikir juga nak bukak kat KL memandangkan tiada team yang kukuh lagi so tak berani nak bukak kat sana...dulu2 ada juga ura2 nak bukak opis kat KL tapi belum mula ada orang dah buat hal...ermmm simpan je dulu niat tu la nampaknya...;) eh ayu sudi ke nak kerja dengan akak...company kecik je ni...:p

aini,

thanx a lot beb...doa kan aku ekk...ermmm kalau ko nak bukak bisnes dah boleh la tu...hehee ko kan pandai baking membaking ni...mula dari kecik2 dulu insyaAllah ko akan berjaya juga beb...

aku sokong over 100% kalau ko nak bukak bisnes ni tau...;) YAKIN boleh!!

k.fisa,sayu nye ayat..bab2 pikul amanah tu.bangga sungguh saya.btul..tanpa mak ayah..tanpa suami,kita takkan hepi dlm apa yang kita lakukan kan.. =p

congrats..lama tu 10 thn.hehe

hi ashra!!

thanx dear drop ur comments here...ermmm memang berat tanggungjawab yang harus di pikul...yang penting RESTU ibubapa dan suami...tanpa ini kita tak akan kemana...10 tahun macam2 leh terjadi...;)

saya sebenarnya, kagum dengan akak dari dulu lagi... sebab, rasa macam akak muda lagi, tapi dah boleh ada syarikat sendiri...
saya doakan, lepas ni akak boleh beli pejabat sendiri pulak... depan JJ bukit tinggi ke... :P

sya terima kasih yang tak terhingga atas kekaguman itu...malu la pulak...;)

terima kasih juga sudi mendoakan ku dapat membeli pejabat...hehehe depan JJ tu agak2 bahaya skit t tak masuk pejabat dok bz sopping la pulak kan...:p

*masih lagi tersipu-sipu malu atas pujian di atas...tetapi masih rasa kerdil lagi diri ini d bandingkan dengan orang lain..:)