My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

assalammualaikum wbt...

hari ni short entry dr aku...just nak inform yang aku bakal kesibukan sehingga JUNE 2011...sory yer korang maybe ada or tak da la update dari aku ni...kalau ikut kan hati dan mulut ni sure arr nak berkongsi cerita dengan korang...

BUT memandangkan kepala otak duk ligat berpikir pasal kerja makanya hentikan la lamunan itu kann..hehehe rasanya aku akan bakal merindu korang semua arr...


seperti biasa setiap tahun aku akan melakukan aksi kejar mengejar antara aku dan client...hehehe bukan apa nak mengejar due date LHDN laa kann...;)


*click pic untuk link ye...;)

Assalamamualaikum wbt...

clik pic for link

wah!! tajuk aku kali ni berkisah kan hal rumah tangga ye kawan-kawan...bukan apa aku nak share artikel yang aku baca kat RATUHATI ni...macam best je tau...ermmm ni bukan pengkhususan untuk mewakili para isteri je tau tapi bagi aku yang penting kedua-dua pihak harus la bekerjasama dalam melaksanakan misi kebahagian rumahtangga...:p

jom korang baca artikel ni then kasik komen kalau nak komen la ye...boleh gak kita share-share pendapat untuk misi kebahagian rumahtangga ni kan...;)

Dengarlah Cerita Isterimu
WEDNESDAY, 23 MARCH 2011 10:21 AHMAD SHAFIAI UDA JAAFAR (PAK UTIH)

Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih. Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.


Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full time house wife" tu, meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi. Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim".

Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristewa-peristewa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.

Wahai suami-suami yang dimuliakan,
Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia.Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang.

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu, menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah. Mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya. Menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik. Yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu.

Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya, tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di cafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti.

Sebab kita sudah kenyang. Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.


Fikirkanlah Ya.

Ahmad Shafiai Uda Jaafar
pakutih@ymail.com
http://mahligaikasih.multiply.com
Mobile: 017 7272 307
Suami Memimpin Isteri Mengurus
so dah baca ke..? amacam any comment tak...? hehehe jangan malu jangan segan untuk menitip kan komen korang d sini ye...
clik pic for link

*warning : entry terpanjang aku sempena 10 tahun aku dalam kerjaya...;)

Assalammualaikum wbt....

diam tak diam kan dari tahun 2001 hingga kini 2011 dah 10 tahun aku meninggal kan zaman belajar dari erti kata lain zaman gelaran seorang pelajar....so maksudnya dah 10 tahun aku bergelumang dengan kerjaya aku...*wah!! macam bagus je perkataan kerjaya tu kan...:p

macam seronok je bunyi nya dah 10 tahun tu kan...uhuksss padahal dalam tempoh 10 tahun ni macam-macam cerita dan macam-macam kisah yang terjadi..pahit manis semuanya di adun dalama rasa yang sedap hingga menjilat jari...;) *hahahaha aku bab bermonolog sambil berfantasi memang pandai kan...:p so korang apa yang menarik dan tertariknya dalam tempoh 10 tahun ni kan...jom tengok list yang aku buat ni ekk...*poyos arr siap ada list lagi tu....

after grade tahun 2001 :
  • kerja pertama - cashier kat Econsave time ni asal kan boleh je keje ni...yang penting aku dapat duit...*sebenarnya aku guna SPM je wei nak mintak keje ni...;)
  • gaji pertama - tak silap aku dalam RM 400...skit kan ihikss ni gara-gara tak cukup sebulan kerja aku dah C.A.B.U.T...hahahaha tak tahan wei dok berdiri jek dari start masuk keje sampai balik...tak di bernarkan duduk...sakit kaki aku...
permulaan kerjaya :
  • 2nd kerja - kerani akaun kat opis belakang rumah mak aku jek...time lunch wajib aku merempit balik...;) kat sini aku terima gaji dalam RM 600...
  • dalam tempoh 6 bulan selepas aku 'master' dalam buat akaun gaji d UP kan lagi 2 kali ganda...:D alhamdulillah...
  • bermula la era aku mengenali dunia perakaunan...di sini juga aku mengenali FULL SET OF ACCOUNT...from Balance sheet to Profit & Loss hingga laaa berkaitan semua adjustment...
  • aku kat opis ni lama tak lama ada la jugak tak silap aku sampai 2 tahun...
  • so memandangkan dalam tempoh 1 1/2 tahun aku hanya buat kerja yang sama maka kebosanan telah melanda bilamana aku mencari kepuasan dan cabaran dalam bidang perakaunan...opis ni hanya buat trading account so simple accounting treatment...
  • aku mula mencari kerja lain yang offer lebih dari ini...means bukan sahaja dari segi gaji tetapi cabaran juga harus la berbeza kan...
cabaran bermula
  • alhamdulillah tahun 2002 aku di terima sebagai Finance & Admin Manager di sebuah syarikat kontraktor bumiputera...
  • di sini laa bermula nya era cabaran yang terhebat di mana bukat sahaja aku yang menguruskan akaun syarikat malah aku perlu mencari projek financing...aku perlu membuat cash flow projek..pada masa yang sama aku perlu monitor projek sedia ada...di tambah pula aku perlu mencari tender-tender baru...mengisi BQ adalah tugas aku...bukan sehelai dua helai malah pernah aku sediakan BQ setebal kamus OXFORD!!
  • seperti yang aku jangkakan di sini lah bermula nya juga era di mana aku mengenali dunia perniagaan, selok belok dan permainan politik dalam mengisi dan memohon tender...*cissss tang ni memang aku tak suka beb...
  • aku pernah membuat perjalan yang bermula dari Klang seterusnya aku menuju ke Wangsa Maju dan singgah di Hulu Klang dan meneruskan perjalanan ke Kajang sebelum menuju ke Shah ALam dan berakhir di Klang juga...wah!!semuanya berlaku dari pukul 10 pagi sehinggalah pukul 8 malam...
  • amat2 meletihkan tambahan pula dengan kerja-kerja di pejabat..tetapi aku sentiasa ENJOY sebabnya aku suka kerja-kerja yang begini...yang membuat kan aku rasa tercabar bukan shaja dari segi KESABARAN malahan kualiti kerja aku juga harus berada di dalam keadaan yang TIP TOP...
  • namun jodoh dengan opis ni juga tidak berapa lama selepas aku berkahwin aku terpaksa meletakkan jawatan atas sebab-sebab yang tertentu yang tak perlu la nak aku reveal kan disini...
  • 2004 aku mendapat kerja di pejabat pemaju perumahan...alhamdulillah di sini aku juga mendalami ilmu perakaunan aku dalam industry yang berbeza dari sebelum ini...alhamdulillah di sini aku tidak di perlukan untuk kesana atau kemari...aku hanya berstation di pejabat dari 9 pagi hinggalah 5.30 petang...
  • seperti yang korang maklum kan laa aku ni jenis yang tak suka rutin yang sama maka level KEBOSANAN aku akan mencapai tahap yang maksimum yang mungkin...maka pada 2005 aku nekad untuk berhenti dan bekerja sendiri...sebelum aku berhenti sempat juga la aku membeli sebijik rumah kan...;) alhamdulillah...
era bekerja sendiri
  • tahun 2005 bermula era aku bekerja sendiri...aku berkongsi dengan abang aku membuka firma perakaunan sendiri...tambahan pula mak aku selalu berpesan 'tolong la tengok-tengok kan abang kau tu...' hehehe teringat dialog sebelum aku berhenti...'mak tak kisah asal kan kau dapat tolong abang kau tu'... oooopss korang jangan tanya pulak kenapa mak aku cakap macam tu ekk...adalah kisah di sebalik nya...;) alhamdulillah en suami aku juga memberi green lite memandang kan aku bekerja sendiri ni maka senang la skit dia nak ajak aku kemana2 je pun kan...:p
  • sebelum aku terlupa la kan sebenarnya abang aku pun ada opis sendiri kat Bangi maka aku di saran kan membuka cawangan di Klang
  • opis pertama : di rumah mak...selama setahun bersiaran di sini -2005
  • opis kedua : dalam tahun 2006 berpindah ke Kompleks PKNS...*itu pun selepas mak aku dok bising rumah dia dah penuh dengan kertas2 dan kotak2...hehehe tak boleh nak melawa rumah kata dia...;)
  • opis ketiga : pada tahun 2007 berpindah di Bandar Klang..aku berpindah selepas mendapat tawaran berkongsi pejabat dengan Associates Partner Secretary aku...lagi pun opis kat Kompleks PKNS tu hanya muat 2 biji meja jek...paham-paham je la kan document berlambak-lambak dan berkotak-kotak...last2 ada yang dok atas kotak time nak buat kerja...haru biru maka WAJIB la berpindah kan...lagi pun sewa nya sama jek aku kena bayar dalam RM 500...haishh baik aku pindah Klang je kan tambahan pula senang skit aku dan staff nak balik tak perlu laaa kena bayar tol kan...;)
  • opis terkini : di Bayu Tinggi bersebelahan Bukit Tinggi...selepas hampir 5 tahun bersiaran dan berkongsi pejabat dengan Associates Partner tu aku mengambil keputusan untuk berpindah selepas aku punya dokumen tiada lagi tempat untuk di letak...tambahan pula semenjak firm aku mengambil alih lagi satu firm maka bertambah-tambah la lambakan kotak dan dokumennya...hingga kan Associates Partner aku naik sesak tengok opis...hehehe sebelum dia sound baik aku pindah...betul tak...?hehehe
  • alhamdulillah 2011 aku mempunyai opis sendiri walaupun berstatus PENYEWA...;) itu sudah memadai bagi aku...insya ALlah aku ada merancang untuk memiliki pejabat sendiri...kita tungguuuu je la ye...korang doa kan tau...;)

SO alhamdulillah aku bersyukur kehadrat ilahi atas limpah kurnia rahmat nya aku berjaya menapak setapak demi setapak sehingga kini...semoga aku di beri keizinanNya lagi untuk menambah rezki dan semoga perniagaan aku ini di berkati olehNYA...banyak juga kenangan pahit yang tercatat dalam journal kehidupan aku namun aku hanya mampu menyimpan rapi tanpa perlu untuk aku berkongsi atau membukanya kembali...biarlah kenangan pahit itu di jadikan sempadan dan tauladan serta sebagai pengajaran dalam aku meniti kehidupan ini...

sebelum aku mengakhiri entry ini, aku sentiasa mengingat kan diri sendiri tidak apa yang perlu aku banggakan dengan pencapaian dalam tempoh 10 tahun ini...aku hanya menjalankan amanah yang telah di pertanggungjawab kan oleh mak ayah aku untuk sama-sama membantu abang aku, aku juga di beri lesen keizinan dari suami tercinta maka aku harus menjaganya sebaik yang mungkin tanpa perlu melencong ke arah lain, aku juga memikul amanah dari para pelanggan aku agar mengira dan membuat akaun mereka dengan tepat serta aku turut memikul tanggungjawab dan amanah para pekerja aku yang sama-sama berusaha untuk memastikan hasil kerja yang baik dan berkualiti...tanpa restu mak ayah serta suami aku tidak berada di sini...tanpa kepercayaan pelanggan yang di hormati aku tidak akan bertahan dalam industri ini...tanpa pekerja aku yang berdedikasi aku tidak juga mampu berdiri tegak...masing-masing memainkan peranan yang penting maka aku ingin berkongsi rasa dengan mereka agar mereka turut sama merasai hasil nya..





Assalammualaikum wbt...

pagi ni aku berpeluang menyelak dan membaca Harian Metro semalam (17 Mac 2011)...walaupun berita dan cerita nya mengenai hal yang berlaku semalam aku masih lagi membaca nya juga...bukan apa nak tau juga kan perkembangan semasa ni...semalam nak baca tak dan...selaunya setiap pagi pasti aku kalut melayan karenah bujang sorang tu...

selain dari hal berkaitan malapetaka d Jepun, aku begitu tertarik dengan satu Artikel yang di tulis oleh Hariyati Ariffin mengenai Cabaran Jaga Ibu Bapa Uzur...yang berminat leh la carik artikel ni dalam Metro semalam ye kat mukasurat A20...aku try nak carik kat MyMetro tak dak la pulak...atau pun aku tak berapa nak pandai nak carik kan...;) aku cuma dapat carik blog Pn Hariyati ni sahaja...boleh korang click kat sini...*eh nama dia sama dengan nama mak aku la...;)

kenapa ye aku begitu tertarik dengan artikel ni...?ermmm sebenarnya aku merasakan artikel ini membantu aku bersedia dari segi psikology mengenai penjagaan ibu bapa yang uzur...memandangkan aku masih lagi ada mak ayah serta mak mertua...mana la tahu kan satu hari nanti aku di beri peluang untuk menjaga mereka ke..at least aku dah bersedia kann...

Hakikat yang perlu aku fahami adalah bukan mudah menjaga ibu bapa yang telah uzur...ini adalah kerana urusan penjagaannya bukan lah mudah seperti yang di sangka kan...apa tah lagi ibu bapa yang uzur sentiasa memerlukan perhatian kita...seperti mak dan ayah aku sekarang ni mereka mudah sensitif dengan persekitaran...kalau tersalah cakap mereka mudah kecil hati...maka aku sebagai anak sudah semestinya tidak mahu mengecilkan hati ibu bapa aku...di sini lah aku merasakan cabaran yang bakal aku hadapi...

apa tah lagi kebanyakan ibu bapa yang uzur ini mempunyai permintaan yang mengelirukan dan kebanyakan nya sukar kita sebagai anak memahaminya...paling mudah bila aku pernah tanya 'Ayah nak makan mee tak...?' dia akan jawab 'tak payah nak susah beli kan aku' tapi bila kita tak belikan dia makanan dia akan merajuk dia akan kata 'orang dah tak ingat kat dia'...kalau dulu memang selalu timbul konflik tetapi alhamdulillah kini aku perlahan-lahan cuba memahami kehendak ayah dan mak...

seperti apa yang di tulis oleh penulis dalam artikel tu....
Sikap cerewet dan kembali menjadi keanak-anakan serta suka mengadu perkara yang bukan-bukan kepada anak yang lain menyebabkan mereka yang menjaganya mendapat tekanan amat tinggi.

Sebenarnya ibu bapa yang uzur ini menagih simpati dan kasih sayang anak. Jika tidak berbuat demikian jarang yang ada datang melawat. Semuanya memberi alasan sibuk bekerja. Namun, bagi anak yang kurang perihatin dan tidak sensitif terhadap kehendak ibu bapa yang uzur ini menyebabkan mereka malas melayan perangai remeh temeh melayan ibu bapa sedemikian....
bak kata orang kan menjaga ibu bapa ni terbuka la pencarian pahala yang besar TETAPI ianya juga bakal mengumpul lebih banyak dosa andainya kita sebagai anak kurang sabar melayan karenah mereka...Namun ini harus ku akui ujian dan dugaan akan datang menguji kesabaran kita melayan kerenah ibu bapa yang uzur ini..hakikatnya yang harus kita ketahui adalah perbuatan yang baik di beri ganjaran yang berlipat kali ganda terutamanya melibatkan penjagaan ibu bapa yang uzur...

seperti artikel Pn Haryati di sini..
Jika kita memberi contoh yang baik kepada anak-anak kita dengan menjaga orang tua kita insyaAllah mereka juga akan menjaga kita suatu hari nanti. Pesanan kepada mereka yang mungkin lupa bahawa kita tidak sentiasa muda dan kaya serta sihat, tanggungjawab yang diamanahkan Allah amat penting untuk kita laksanakan. Bagi ibubapa yang sentiasa sibuk dan terlalu mengejar kebendaan dan status, luangkan sedikit masa untuk anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Bagi anak-anak pula janganlah abaikan tanggungjawab terhadap kedua ibubapa yang tua dan uzur hanya kerana kita terlalu sibuk dengan pekerjaan.

Kasihanilah ibubapa kita kerana mereka amat memerlukan perhatian dan kasih sayang untuk mengisi usia yang tersisa dalam hidup mereka. Lupakan apa juga kisah silam mereka, kerana kita juga tidak tahu apa nasib kita apabila kita seusia mereka kelak. Ingatlah bahawa hidup ini satu putaran. Hari ini kita perlakukan pada ibubapa kita , tidak mustahil hari esok anak-anak kita lakukan perkara yang sama keatas kita. Jelaslah ungkapan ` What goes around comes around ' menggambarkan hukuman Allah terhadap setiap perbuatan.

ayahanda tercinta



bonda tercinta



bonda mertua tercinta

Assalammualaikum wbt

hari ni kan aku terbaca kat dunia susu ibu mengenai pengharaman botol susu BPA...agak emosi skit aku baca artikel yang di petik dari Berita Harian Online yang merujuk kepada Kenapa tunggu 2012 haram botol susu polikarbonat ?

kat bawah ni aku share kan full article pasal isu ini...

PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.
PERBEZAAN botol susu diharamkan policarbonate (kanan) dengan botol susu boleh digunakan.

PUTRAJAYA: Mengapa tunggu hingga 2012 jika ia membahayakan? Persoalan yang ditimbulkan berikutan tindakan kerajaan menunggu hingga tempoh itu bagi pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan Bisphenol A (BPA) kerana dikhuatiri boleh mengganggu sistem hormon dan tubuh bayi serta kanak-kanak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan Kabinet yang dicapai pada 2 Mac lalu itu bertujuan memberi tempoh pada pihak industri membuat persediaan menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu.

“Keputusan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik menunjukkan botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA selamat untuk golongan berisiko tinggi khususnya bayi dan kanak-kanak,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), mempersoalkan tindakan itu dan mendesak kerajaan mengharamkan terus penjualan botol berkenaan.

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman, berkata tindakan kerajaan mengharamkannya pada tahun depan hanya akan menyebabkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak berisiko mendapat pelbagai penyakit.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman pula mahu setiap botol susu yang dipasarkan melalui pemeriksaan ketat bagi memastikan penggunaannya tidak membahayakan kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Tiong Lai sebelum itu berkata, kajian terhadap 159 sampel botol susu bayi juga mendapati 85 peratus atau 135 dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 miligram per kilogram.

Katanya, kajian Universiti Malaya (UM) pula menunjukkan kadar migrasi sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius berbanding pada suhu bilik 25 darjah celsius. Kadar migrasi merujuk kepada percampuran bahan BPA itu dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu.

“Dalam tempoh setahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian,” katanya.

Bagaimanapun, katanya orang ramai boleh bertindak awal dengan menukar penggunaan botol susu bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

Beliau berkata, pengharaman ini selaras tindakan sama yang diambil beberapa negara antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan Kesatuan Eropah.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai yang menggunakan botol susu bayi polikarbonat supaya mematuhi arahan pengendalian dan mengelak menggunakan air panas secara terus ketika membancuh susu, selain menggunakan peralatan mencuci botol sesuai bagi mengelakkan permukaan dalam botol rosak serta bercalar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/3653/3655 atau melayari laman web www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

INFO: Bisphenol A (BPA)
  • Bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat
  • Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh bayi
  • Botol susu bayi bebas BPA biasanya dilabel `bebas BPA' pada bahagian bawah botol.
  • Botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA bersifat keras dan lutsinar
  • Ia boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi.
  • Kod terbabit ialah nombor 7, nombor 7 dan PC, nombor 7 dan `other'
  • Alternatif botol susu bayi di pasaran ialah yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan kaca.

INFO: Panduan pengendalian botol susu bayi polikarbonat:
  • Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  • Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  • Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
  • Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.

pelikkan dah tahu benda ni membahayakan masih lagi nak bagi peluang...siap bagi peluang sampai tahun depan lagi tu...haishhh memang agak berasap arr skit kan...bayangkan lah kalau info mengenai botol susu BPA ini tidak di baca oleh mereka-mereka yang menggunakannya..seharusnya laa mereka-mereka ini tidak menitik berat kan penjagaan dan panduan penggunaan botol BPA ni kan...

so apa akan jadi pada anak-anak mereka ini...haishhh aku geram sehhh...nampak sangat peluang yang di beri macam melindungi satu pihak je...oh sory la korang ekkk aku agak beremosi kalau melibatkan hal kanak-kanak ni...

Assalammualaikum wbt...

Announcement!! Pengumuman!!

hehehe hari ini aku mengumumkan hari rajin aku membaca post-post blog yang aku follow...ihikss tak dak angin tak ribut tup-tup dalam mode bz dengan kerja boleh pulak aku menyelinap kat sini kan...;)

alah korang lepak arr...aku kadang2 nak gak release tension ni...so mana lagi tempat yang sesuwei untuk aku menghilangkan ketensenan aku kalau bukan di sini kann...:D so dengan rasa rendah diri *sah-sah aku ni tak berapa tinggi kan..hari ni aku telah membaca 10 post entry yang d buat oleh rakan-rakan yang aku follow blog diorang...ek eleh sure korang cakap 10 je pun bukannya 100 kannn...alah korang bagi aku kan 10 post dah buat kan aku rasa lega sedikit dapat mengikuti prekembangan rakan2 ni tau...

hope esok aku dapat sambung kerajinan aku ni ekk..let's check it out blog yang aku baca dan follow...:D

  1. ibu + abah + khadeja - Penang part I : terasa macam nak ke Penang jek pekena Mee Udang
  2. sebuah kisah klasik untuk masa depan - segmen-cari-gaduh-lelaki-vs-prempuan : lelaki atau perempuan ada pendapat masing-masing kann...
  3. D'eyes of princess dot com - churp2-mastraveller : alangkah bestnya kalau aku ada masa nak join contest ni kan...;)
  4. my happy family -segmen-cari-gaduh-lelaki-vs-prempuan : jawapan member aku ni memang agak brutal..hehehe...
  5. Izah radzi - tsunami-gempa-bumi : terasa bagai kan bumi ini makin singkat usia nya..
  6. Miles of smiles - fm owh fm berapa byk koleksi fm setakat : respek arr siapa yang buat koleksi ni..uhukss aku punya banyak yang orang rembat...
  7. eh ape cite ekk - dasyatnya doa seorang ibu : info yang kak Nora share ni kan membuat kan aku tak sabar nak balik jumpa mak tau...
  8. my diaries - dhia’s 3rd birthday celebration : teringat irfan punya 2nd birthday celebration...
  9. tempat fiza simpan resepi - Kuih Cara Kaya : aku tak pernah makan kuih ni...aduhaiii rajin betul c fiza ni buat kann...
  10. cerita umisofie - "Umi, kenapa Amniy tak sekolah?" : aku sensitip betul arr kalau melibat kan hal2 anak2 ni...uhukss



Assalammualaikum wbt...

hari ni aku akan share dengan korang piccas adik aku yang kahwin last week seperti yang aku janjikan dalam previous post pasal kenduri kawin adik aku kan...sebenarnya semua piccas ni bukan aku yang snap-snap tau...time kenduri tu aku tak pegang langsung 'buah hati SONY' aku...isk kalau nak d ikutkan memang lerrr aku nak jek menggantung kan 'buah hati SONY' di leher...memandangkan aku d beri tugas untuk memantau perjalanan Majlis maka aku serah kan 'buah hati SONY' aku kat adik & abang aku...

jom kita cuci mata...;)


~door gift~


~salah satu barang dalam paper bag~



~frame of roses~


~singgahsana~


~jari jemari c pengantin~


~bunga pahar~


~bouquet of roses~


~centerpiece~


~cake of the day~


~malam berinai~


~budak yang meragam~



~tetamu kecil~


Assalammualaikum wbt....

wah diam tak diam lebih sebulan aku menyepikan diri di sini...hakikatnya sepi aku tanpa rasa sunyi yang boleh membosankan hidup aku...ahaksss bermadah la pulak aku kan...hehehe sebenarnya dalam tempoh sebulan ni aku dok menyibukkan diri dengan urusan kerja dan keluarga...

~selamat tinggal ofis lama ku~
seperti yang aku maklumkan dalam entry sebelum ni mengenai pindah jangan tak pindah, so pada 1hb February 2011 secara rasminya aku telah memulakan operasi kerja di tempat baru...proses pemindahan dan angkut mengangkut telah d jalan kan pada weekend sebelumnya....so 1 week ofis baru aku d penuhi lambakan kotak-kotak dan kertas-kertas yang perlu di kemas dan d simpan...haishhhh sangat2 meletihkan....rasa nya lepas ni dah tak nak pindah lagi dah....aduhaii cabaran proses pemindahan ni amat laaaa besarnya...macam-macam dugaan dan ceritanya...malas nak d ulang cerita cabaran dan dugaan tu...kita cerita hal lain pulak kan...


~asyik melihat~
aku juga nak berkongsi dengan korang yang aku telah membawa irfan ke Zoo Melaka...eh eh bukan dengan irfan saja tau tapi dengan cousins irfan sekali...ermm alhamdulillah time ke sana tak ramai orang so tak de la menyesakkan kepala kan...time tu cuti Maulidur Rasul pada 15hb February 2011...bertolak dari rumah aku menuju ke rumah abang ipar aku d Bukit Subang untuk mengambil biras aku dengan anak dia serta mertua aku..lepas tu terus bergerak ke Melaka singgah berehat d rumah adik ipar aku kat Lorong Pandan...dalam pukul 2 baru kitorang bergerak ke Zoo Melaka...hehe excited betul anak bujang aku tu...1st time bawak dia ke zoo so seronok laa dia tengok haiwan2 kat situ...:D


~dah bujang~
pada 16hb February 2011 anak bujang aku telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 2...tahun ni aku tidak berkesempatan nak buat apa-apa majlis seperti tahun lepas kerana kesuntukan masa dengan kebizian aku dengan kerja-kerja...jadi hanya yang aku sempat buat adalah sesi makan-makan bersama kawan-kawan irfan selepas aku balik dari kerja...ok la kan dari tak buat langsung kan...;)


~semoga subur selepas ni~
so far aktiviti bulan February aku sangat2 enjoy namun pada 24hb February aku menerima panggilan yang kebun sawit aku terbakar...lorrrrr baru jek hubby aku dengan kawan-kawan dia memetik hasil yang pertama selepas 2 tahun menanti..isk isk isk dugaan seh...ermmm hubby aku laa yang agak kecewa sebab dia yang dok berulang alik ke kebun tu...terserlah dari air muka dia...aku pun turut mengalirkan air mata...ihikss rasa best jek bila dapat tau hasil kutipan buah tu..tup tup tup dapat berita sedih ni kan...haishhh...so satu laporan polis telah di buat..ermmm aku tak nak panjang2 kan cerita kat sini....aku hanya mendoakan selepas ni sawit aku dapat mengeluarkan hasilnya lagi...


~tukar title~
ermmm sepi aku juga tak bermakna aku mendiamkan diri sebaliknya bz menguruskan hal-hal yang berkaitan perkahwinan adik aku...yang telah d langsungkan pada 6hb March 2011...*aku pernah buat entry pasal Majlis Pertunangan dia last year...ni lagi satu hal...macam-macam dugaan yang terjadi sehingga laa ke tarikh hari perkahwinan...kalau nak cerita kat sini ya Allah tak tertaip aku di buatnya...yang penting nya kita sentiasa la bersikap positive dalam apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang...ermmm kalau aura -ve dah meresap cepat-cepat la kita berzikir....itu lah kunci ketenangan aku selama ni...

so hari ni aku meluangkan masa untuk membuat entry yang tak berapa nak best untuk di baca...hehehe cuma perkongsian biasa kehidupan aku yang dah lama menyepi di sini sahaja...next entry akan aku masukkan pic2 perkahwinan adik aku ekk...hehehe kena edit dulu before aku upload..;)