My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt....

wah diam tak diam lebih sebulan aku menyepikan diri di sini...hakikatnya sepi aku tanpa rasa sunyi yang boleh membosankan hidup aku...ahaksss bermadah la pulak aku kan...hehehe sebenarnya dalam tempoh sebulan ni aku dok menyibukkan diri dengan urusan kerja dan keluarga...

~selamat tinggal ofis lama ku~
seperti yang aku maklumkan dalam entry sebelum ni mengenai pindah jangan tak pindah, so pada 1hb February 2011 secara rasminya aku telah memulakan operasi kerja di tempat baru...proses pemindahan dan angkut mengangkut telah d jalan kan pada weekend sebelumnya....so 1 week ofis baru aku d penuhi lambakan kotak-kotak dan kertas-kertas yang perlu di kemas dan d simpan...haishhhh sangat2 meletihkan....rasa nya lepas ni dah tak nak pindah lagi dah....aduhaii cabaran proses pemindahan ni amat laaaa besarnya...macam-macam dugaan dan ceritanya...malas nak d ulang cerita cabaran dan dugaan tu...kita cerita hal lain pulak kan...


~asyik melihat~
aku juga nak berkongsi dengan korang yang aku telah membawa irfan ke Zoo Melaka...eh eh bukan dengan irfan saja tau tapi dengan cousins irfan sekali...ermm alhamdulillah time ke sana tak ramai orang so tak de la menyesakkan kepala kan...time tu cuti Maulidur Rasul pada 15hb February 2011...bertolak dari rumah aku menuju ke rumah abang ipar aku d Bukit Subang untuk mengambil biras aku dengan anak dia serta mertua aku..lepas tu terus bergerak ke Melaka singgah berehat d rumah adik ipar aku kat Lorong Pandan...dalam pukul 2 baru kitorang bergerak ke Zoo Melaka...hehe excited betul anak bujang aku tu...1st time bawak dia ke zoo so seronok laa dia tengok haiwan2 kat situ...:D


~dah bujang~
pada 16hb February 2011 anak bujang aku telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 2...tahun ni aku tidak berkesempatan nak buat apa-apa majlis seperti tahun lepas kerana kesuntukan masa dengan kebizian aku dengan kerja-kerja...jadi hanya yang aku sempat buat adalah sesi makan-makan bersama kawan-kawan irfan selepas aku balik dari kerja...ok la kan dari tak buat langsung kan...;)


~semoga subur selepas ni~
so far aktiviti bulan February aku sangat2 enjoy namun pada 24hb February aku menerima panggilan yang kebun sawit aku terbakar...lorrrrr baru jek hubby aku dengan kawan-kawan dia memetik hasil yang pertama selepas 2 tahun menanti..isk isk isk dugaan seh...ermmm hubby aku laa yang agak kecewa sebab dia yang dok berulang alik ke kebun tu...terserlah dari air muka dia...aku pun turut mengalirkan air mata...ihikss rasa best jek bila dapat tau hasil kutipan buah tu..tup tup tup dapat berita sedih ni kan...haishhh...so satu laporan polis telah di buat..ermmm aku tak nak panjang2 kan cerita kat sini....aku hanya mendoakan selepas ni sawit aku dapat mengeluarkan hasilnya lagi...


~tukar title~
ermmm sepi aku juga tak bermakna aku mendiamkan diri sebaliknya bz menguruskan hal-hal yang berkaitan perkahwinan adik aku...yang telah d langsungkan pada 6hb March 2011...*aku pernah buat entry pasal Majlis Pertunangan dia last year...ni lagi satu hal...macam-macam dugaan yang terjadi sehingga laa ke tarikh hari perkahwinan...kalau nak cerita kat sini ya Allah tak tertaip aku di buatnya...yang penting nya kita sentiasa la bersikap positive dalam apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang...ermmm kalau aura -ve dah meresap cepat-cepat la kita berzikir....itu lah kunci ketenangan aku selama ni...

so hari ni aku meluangkan masa untuk membuat entry yang tak berapa nak best untuk di baca...hehehe cuma perkongsian biasa kehidupan aku yang dah lama menyepi di sini sahaja...next entry akan aku masukkan pic2 perkahwinan adik aku ekk...hehehe kena edit dulu before aku upload..;)



2 lovely reply:

kak fisa..lama tak dengar citer...masuk blog ni teringat blog lama sy..hehe

della..

uhukss bz laa della...aduhaiii kalau boleh nak jenguk hari2...apa kan daya...:(

eh tu la akak pun dah lama tak mengintai blog kawan2 ni...rindu nak terjah rumah korang laa...