My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

Siapa yang dah tengok cerita ni?
Siapa yang tak sabar nak tengok cerita ni?
Siapa yang tak nak tengok cerita ni?

===>sila click penaja aku bg setiap jawapan ye...wakakaka...

hehehehe aku nak review cerita ni TAPI aku nak tau feedback orang dulu macamana...bukan apa aku kan peminat fanatik drama dia...hehehe siap buat Sinopsis Episod by Episod lagi tu...:p SO sure la aku nak tengok dan juga tak sabar nak tengok kann...

sebelum itu jom kita baca apa kata wartawan dari Harian Metro ni...:p
Skrip cuit hati penonton
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

DRAMA bersiri Nur Kasih ditonton hampir 19 juta orang ketika disiarkan di televisyen dan turut dimuat turun di Internet.

Sokongan tidak berbelah bagi diberikan penonton memberikan semangat kepada pengarahnya, Kabir Bhatia dan penulis skrip, Mira Mustaffa membawanya ke layar lebar.

Jalan cerita yang dianggap tergantung dan meninggalkan persoalan menyebabkan penonton setia menyatakan tidak puas dengan episod terakhir siri tersebut. Mereka mahukan lebih lagi. Desakan berkenaan menyebabkan pasangan suami isteri itu sekali lagi bergabung tenaga menghasilkan Nur Kasih The Movie.


Menyaksikan filem itu sewaktu majlis previu baru-baru ini, ternyata ia tidak mengecewakan. Seperti dijanjikan, Kabir dan Mira menjawab segala persoalan yang timbul dalam drama rantaian Nur Kasih sekali gus bertindak sebagai penamat cerita.

Filem Nur Kasih terbitan bersama Primeworks Studios, Film Scape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhd ini masih mengekalkan teraju utama untuk tiga watak penting yang berjaya meninggalkan kesan di hati penonton iaitu Adam dilakonkan Remy Ishak, Nur Amina (Tiz Zaqyah) dan Aidil (Fizz Fairuz).

Bagaimana digambarkan dalam drama bersiri, begitu juga pembawaan watak ditampilkan dalam filem. Persembahan diberikan pelakon ini tidak mengecewakan terutama Tiz dan Remy. Keserasian mereka sebagai pasangan suami isteri berhadapan pelbagai dugaan dizahirkan dengan baik, sehingga penonton dapat merasai kasih sayang yang begitu mendalam dan kesedihan dilalui.

Turut mewarnai filem ini pelakon berpengalaman yang tidak kurang memberi kekuatan dari sudut lakonan sekali gus berjaya menghidupkan lagi jalan cerita ialah Datuk Rahim Razali (Aidil berusia 70), Afida Es (Nur Amina berusia 70), Liza Othman (Hajah Khadijah), Muniff Isa (Mamat), Syafie Naswip (Jamal), Mia Sara (Mariam) dan Mohd Ilyas Suhaimi (Ilyas).

Nadi kepada Nur Kasih The Movie sebenarnya terletak kepada skrip yang dihasilkan Mira. Bertindak bijak, penulis skrip untuk filem Cinta dan Sepi itu cuba mengelak meruntun hati penonton secara keterlaluan seperti sering dipaparkan dalam kebanyakan drama Melayu.

Kekuatan filem ini terletak pada kekuatan pengucapan dialog yang ringkas tetapi penuh makna. Ia sudah cukup untuk mencuit hati penonton untuk bergenang air mata. Janji, reda dan cinta menjadi kata kunci utama kepada filem yang bakal ditayangkan di 70 pawagam termasuk Singapura dan Brunei mulai 19 Mei ini.

Mira berkata, sokongan diberikan penonton sepanjang drama bersiri Nur Kasih disiarkan TV3 dua tahun lalu, memberikannya inspirasi untuk menghasilkan skrip untuk filem. Lebih penting, dia tidak mahu mengecewakan mereka yang begitu meminati drama dihasilkan. Katanya, skrip filem tidak sama dengan drama bersiri dan antara cabaran harus dihadapi adalah menggambarkan perjalanan setiap watak utama.

“Cabaran paling besar apabila saya harus mencari penyudah kepada drama ini, memandangkan ramai yang mengikuti perkembangan watak utamanya bermula dari kecil sehinggalah akhir hayat mereka,” katanya.

Kabir pula berkata, antara sebab mengapa Nur Kasih The Movie dihasilkan kerana Mira sudah jatuh cinta dengan setiap karektor ditampilkan dalam drama bersiri Nur Kasih dan ia sering bermain di dalam kepalanya.

“Kami rasa ada banyak lagi perkara yang mahu diketengahkan membabitkan setiap karektor, tetapi tidak berpeluang untuk dipersembahkan dalam drama. Waktu sama, kami berasakan mempunyai cerita yang kuat untuk ditampilkan dalam filem.

“Begitu pun tidak dinafikan cabaran untuk menghasilkan jalan cerita agar tidak disamakan dengan drama bersiri agak berat. Mira harus mengolah skrip Nur Kasih The Movie beberapa kali sehinggalah kami benar-benar berpuas hati dan berasakan ia kuat untuk dipersembahkan kepada penonton,” katanya.

Kata Kabir, dalam menghasilkan filem ini, dia benar-benar berpegang kepada skrip dihasilkan Mira. Ia menjadi sumber inspirasi. Antara cabaran lain yang dilalui apabila penggambaran dilakukan di luar negara. Perbezaan cara kerja dan suasana memberikan dugaan yang agak besar dalam menyudahkan filem ini.

Bagi mereka yang tidak pernah menyaksikan drama bersiri Nur Kasih tidak perlu bimbang tidak memahami jalan cerita kerana filem ini dihasilkan Kabir dengan susunan plot penceritaan yang sangat baik.

Penekanan Nur Kasih The Movie adalah penghayatan emosi yang bakal menyentuh nurani penonton kerana isi filem ini benar-benar jujur menceritakan kehidupan manusia yang hidup sementara di dunia fana ini.

Nur Kasih The Movie turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisahkan kehidupan enam tahun kemudian membabitkan tiga jiwa yang sentiasa diuji. Aidil, seorang lelaki yang tabah meneruskan hidupnya bersama dua anak kecil tanpa isteri tercinta di sisi.

Adam yang mula menemui jalan lurusnya, berusaha untuk mengekalkan laluan hidupnya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri.

Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia antara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat.
amacam syahdu tak?rasa nya kalau sesiapa yang emosi nya pantang di jentik atau di usik d harap bawak kotak tisu banyak2 ye...:p

***huwaaaa suspen jek apa lah yg terjadi kat Adam ni ekk..?
***source pic dr facebook Nur Kasih The Movie..

20 lovely reply:

excited ye na tgk ? org pon cm na follow gak . awk byr . :D

kak fisa...........syoknya baca entri ni....jum tengok wayang jummmm

klu cerita pasal dramanya saya pun dah jatuh hati dengan ceritanya...filem belumlah tgk.sekarang anak dah ramai ni tak de lah nak pergi panggung....kena tgk kat astro lah kalau keluar nanti...

ieda jom jom kita tengok Pirates...;)

***ek eleh tetiba lak lanun kannn...

ayu jom jom kita tengok...hehehe bawak stok tisu k..:D

CT tu ar kan...bila dh ada anak ni yg payah nak ke panggung ni...:p

wah2..nak tengok gak! :)

bila la dpt tgk yg the movienye nih..huhu

tak sabo nak tau feedback orang ramai.saya nak gi wayang,mmg tak dapat la..

kena tunggu dvd la gamaknya.kalu k.fisa da tgk nanti,update eh..hehe

rasa nak ambil cuti je pastu gi tgk wayang sorang2...hihihihi :p

kak oi....yg drama pun tak tgk mcm mane nk tgk movie nie?hehhehe...

nureenina cepat-cepat pergi tengok...hihihihi jgn lupa bawak banyak tisu tauu...:D

FMTY nampak gayanya kena laaa balik M'sia dulu...hehehe tak pun kena tunggu DVD la ye...

Ash sebenarnya akak dh tengok time 1st day lagi...hihihihi saje nak tengok reaksi org lain dulu...;)

***nanti akak UPDATE ekk...:D

ramizah apa lagi...hehehe sila-sila la ambil cuti ye...:)

izwa awat tak tengok yg drama nya tu...hihiiihi kena tengok drama & movie la nampak gaya ye..;)

Nak tengok, tapi tak der masa lagi...huhuhu...

FIZA...kena ambil cuti la nampaknya...;) weekend sure ramai kan...:D

wah suspenya gambar yg censored itu.. huhu

hehehe kena g tengok apakah maksud gambar itu..:p