My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt..

i'm so sad
aku sedih aku sedih aku sedih...menitik air mata aku bila melihat berita d TV3 mengenai bayi yg di campak dari tingkat 5..

Ya Allah di mana kah sifat perikemanusiaan kita..apakah kita semakin kejam...seumpama binatang yang tidak berakal..walhal ada juga binatang yg pandai sayangkan anaknya..apa tah lagi kita ini manusia yg di beri cukup akal fikirannya...kembali la ke jalan yang benar wahai manusia yang tidak berhati perut...ingat lah setiap perbuatan yang kita lakukan pasti nya ada balasan yg setimpal..bertaubat la wahai manusia yang kejam...

sayu sangat hati aku ni tau...menitik air mata aku...bila malam tadi aku terdengar kan berita ini...
Cukup kejam.
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan, dipercayai dicampak dari tingkat lima sebuah flat di ibu negara.
Kejadian berlaku jam 11.45 malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, ia disedari seorang penduduk yang baru pulang dari kerja.
Ketika ditemui, bayi terbabit masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Gerakan mengesan individu bertanggungjawab masih berjalan.
dan pagi ni pula d muka depan suratkhabar HM terpampang kan berita ini juga..
Angkara ‘binatang’
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan. “Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku. “Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.

“Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat. “Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.

Kes pembunuhan dan pembuangan bayi ini yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam seminggu. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jam 9 pagi, kelmarin. Bayi perempuan itu dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.

Pada 27 Mei lalu pula seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari. Penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas berasa bersalah dengan tindakannya. Penuntut itu hadir ke balai polis sambil mendukung mayat bayinya yang dibalut tuala.

jawapan paling tepat adalah mereka ini KEJAM mengalahkan binatang...aku rasa macam nak campak je org yang campak kan bayi ni..apa dia rasa pulak...tolong la berpikiran yang waras sewaras nya...andainya si pelaku itu bermasalah dgn mental seperti berita semalam yg aku kongsi kan kita boleh lagi menerima nya..andainya si pelaku itu seorang yang normal TOLONG la TOLONG la jangan lagi di seksa atau di buat begini...aku merayu..aku tak mampu lagi beb nak tengok ada lagi bayi yang menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman manusia lain..

nak taip ni pun air mata aku menitik gak...terpulang la kalau korang nak kata aku terlalu emosi ke atau apa...ada orang lain bersusah payah berusaha nak dapat kan anak..ni sewenang-wenang je nak buang anak yang tidak berdosa ini..kalau dah tak nak sangat serah je la ke badan kebajikan ke...jangan melakukan kekejaman ke atas bayi ini..apa lah daya dia nak melawan kita kann...

haishhh emosi aku betul2 terganggu...

19 lovely reply:

Ya allah! saya pon sedih gak masa tgk berita mlm smalam. Memang zalim, kejam.

Kalau jumpa sapa yg campak bb nih elok kita bako jer...kita bako org nih.

fiza ni dah zalim tahap gaban...gerammmm....

jom kita campak org tu ramai2...

btul kak..kejam btul org2 nie..sedih hati bile bace berita pg nie..huhu

mmg lagi jahat dr setan org mcm ni!!sedih & geram sgt!!

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ - cik puan ledibet rupanya ingat kan siapa la tadi..

orang itu sangat kejam & zalim..

betul tu ara...kita ni nk dpt seorang pun payah tau...ni main suka suka hati jek buat kekejaman..

izwa isk memang tak berhati perut diorang ni...sakit hati je bila pikirkan..

masyarakat hari ni daa macam masyarakat zaman jahiliyah dulu.. bahkan teruk lagi..

yelaa.. mana taknya.. kalau zaman jahiliyah dulu, diaorg tanam bayi tu idup2, tapi sekarang lagi dasyat.. campak camtu je anak..

ni laa jadinya kalau nafsu yg mengawal hidup... hancur abes sumenya..

kalau x nak anak tu, hantar jelaa umah kebajikan.. jangan laa seksa bayi yg x berdosa tu.. kecian sangat..

semoga orang yg terbabit tu akan insaf dan kembali ke pangkal jalan....

eclipsesweet betul tu...kalau tak nak baby ni di luar sana ramai yang nak kan anak...isk

kalo iyerpun benci & takut sgtkan, just letak kat masjid la jgn campak2 :(

tu la kan iedaaurora...ni macam dah hilang akal waras..tu yg main campak macam main campak anak patung je..

sedih..bayi tu tak berdosa pun..takkan takde sekelumit rasa kasih dan sayang pun bila bawak baby dalam perut ke hulu ke hilir kan....sungguh la diorg lagi teruk dari binatang!

tu la kan ramizah...sebab kan hilang kewarasan akal fikiran tu yang tiada langsung sekelumit perasaan sayang..

binatang pun ada yg tau sayang kan anaknya...emmmm sedih tau..

mmg terkejut n sedih sgt..
ish3 tergamak dia buat camtu..
ingat sampah ka apa?
sebenarnya dia tu yg sampah..
rasanya ni mesti bkn dr hasil yg halal ni...

saya tatau tang mana nak sedih da...
da rapuh tul hati ini..

kita yang usaha ni pun...allah je tau rasa itu..
inikan orang2 buang anak sesuka hati..

sofya mereka yg buat kerja ni memang sampah masyarakat..hilang waras dia tu..

ashra betul tu..deep inside ni dah ler rapuh setiap kali tgk baby ni dengar pulak ada yg buat baby macam ni tu yg makin rasa sayu je hati..

Mungkin dia nak tunjukkan cara betul buang bayi.. ni baru namanya buang bayi dari tingkat 5 gila lah.. manusia ni patut dihukum buang juga dari tingkat sama baru dia tahu...

Mah@Mahu jom kita campak pulak dia ke bawah kannn...baru betul kan....