My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammu'alaikum wbt...

Sudah sekian lama tidak mencoret di sini, malam ini percubaan pertama membuat entry di rumah..Alhamdulillah hero kecil sudah lena beradu selepas seharian di sekolah...

Di sini ingin saya kongsikan sebuah cerita mengenai seorang anak yang sanggup menggadaikan barang kemas bonda tercinta semata-mata taksub kepada produk MLM...

Kisahnya bermula bila bonda kesayangan mengalami sakit sakit badan dan mengharapkan si anak dapat menjaga beliau ketika sakit...Satu hari, si anak mohon untuk meminjam barang kemas bonda kesayangan dengan alasan untuk check berapa beratnya...

Demi kepercaayaan kepada si anak, bonda yang baikhati ini telah menyerahkan semua barang kemas beliau dengan harapan si anak akan memulangkan semula keesokan harinya...Namun sangkaan si bonda meleset sama sekali bila keesokannya si anak telah membawa pulang tilam yang di katakan dapat memulihkan kesihatan si bonda..

Naluri seorang ibu dapat mengesan sesuatu yang berlaku..si bonda telah bertanyakan kepada anak beliau dari mana datangnya duit membeli tilam yang dimaklumkan harga mencecah ribuan ringgit? Dengan jujurnya si anak menjawab "inilah hasil jualan barang kemas mak...mak kan dah tua, bahaya pakai barang kemas ni..lagipun kesihatan mak lagi pentingkan.." jawab si anak tanpa rasa bersalah...Dalam hati si bonda sangat lah kecewa kerana barang kemas tersebut adalah pemberian dari suami tersayang yang telah kembali ke rahmatullah...

Apa kan daya...nasi sudah menjadi bubur...barang kemas sudah menjadi tilam kesihatan...nak tak nak si bonda merelakannya juga...

Saya pernah terbaca artikel mengenai "Salah satu jalan meraih redha Allah adalah dengan mencari keredhaan ibu dan bapa kita"...Di sini saya kongsikan sedikit keratan artikel mengenai nya... 
Mencari keredhaan ibu bapa tampak seperti perkara kecil bagi muda-mudi Islam di zaman moden ini. Ada dari kita yang tidak menjaga adab dengan ibu bapa, ada yang mengaggap ibu bapa seperti rakan sebaya malah ada dari kita yang sanggup membentak dan menderhaka kepada kedua insan yang membesarkan kita dengan penuh susah dan payah. Mengundang kemarahan ibu bapa sama ertinya dengan mengundang kemarahan dan kemurkaan Allah s.w.t. Begitu juga sebaliknya. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan hati ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya." (Riwayat Baihaqi)
Kemarahan ibu bapa kadang kala tidak terlihat di raut wajah mereka. Kita sama sekali tidak tahu mereka berkecil hati terhadap perilaku kita. Oleh kerana itu adalah menjadi kewajiban bagi kita semua untuk menjaga adab dan tingkah laku kita sebagai seorang anak setiap masa sebagaimana firman Allah s.w.t:
"Dan TuhanMu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah antara keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun "Uh", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)." (Al-isra' :23)
Untuk artikel penuh boleh klik di sini Redha Allah Di Atas Redha Ibu Bapa 

3 lovely reply:

hurmmm mcm-mcm..

This comment has been removed by a blog administrator.

Terima kasih Izwa sudi komen di sini :)

Macam macam perkara yang terjadi di depan mata ni Izwa...segala nya di jadi kan pengajaran untuk diri sendiri...