Assalammualaikum wbt...
Ramai ke di kalangan kita yang dah buat pelaburan? aku ni sebenarnya baru je nak berjinak jinak or baru je nak buat sesi suaikenal dengan pelaburan ni..sebelum ni aku agak ragu ragu utk keluar kan duit aku untuk melabur ni..bukan apa kes takut melabur jadi lebur je...
Kenapa perlu melabur? jangan gelak tau..ni soklan bg org yg mula2 nk belajar melabur :p..mari kita tau dulu makna Pelaburan (Investment) ye..
Pelaburan adalah sebahagian daripada perancangan kewangan keseluruhan anda. Sekiranya anda mempunyai sedikit simpanan, anda mungkin hendak melabur untuk memaksimumkan pulangan. Pelaburan berbeza daripada simpanan. Dalam simpanan, pada umumnya anda akan mendapat semula simpanan anda, bercampur faedah. Walau bagaimanapun, dalam pelaburan, anda mungkin atau mungkin tidak mendapat semula jumlah yang dilaburkan atau anda mungkin mendapat lebih daripada jumlah awal pelaburan. Potensi untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi ini adalah sebagai ganjaran bagi risiko yang lebih tinggi yang anda telah ambil.
Ooooook...faham faham...sebelum nak buat pelaburan ni aku mula la mencari maklumat mengenai apakah pelaburan yang sesuai untuk hati dan naluri aku..dekat
web ni ada menerangkan Panduan Sebelum Melabur...ada 4 langkah yang kita perlu tahu sebelum kita melaburkan wang kita..
Langkah 1: Tahu mengapa anda hendak melabur
- dalam fikiran aku adalah beberapa sebab kenapa aku nak melabur..malu nak nyatakan di sini :p
Langkah 2: Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur
- yang ini memang aku kena paham paham paham kan lagi..buleh rujuk kat
sini utk membaca isu utama tu ya
Langkah 3: Tahu strategi dan konsep melabur
- strategi penting untuk memaksimunkan pulangan dan meminimumkan kerugian..penerangan lanjut buleh tengok kat
sini
Langkah 4: Tahu pelaburan mana yang sesuai untuk anda
- memandangkan aku ni jenis yang takut menghadapi kerugian maka aku ambil langkah selamat melabur dalam pelaburan yang biasa...tak perlu la aku nk ambil HIGH INCOME HIGH RISK...click
sini utk tahu info selanjut nya.
dah selesai membaca maklumat mengenai Pelaburan ni..apa yang aku boleh simpulkan adalah :
- pelaburan adalah untuk JANGKA MASA PANJANG...sebab tu kita kena fahamkan dulu konsep pelaburan ni
- pelaburan di mana sahaja pasti ada KEUNTUNGAN/KERUGIAN...jangan pandang pada untung sahaja..jangan sesekali abaikan faktor kerugian tu ye :p
- pelaburan berlaku sekiranya kita mempunyai lebihan simpanan BUKAN melabur dengan hasil PINJAMAN tau!
- akhir sekali aku kena gali gali lagi ilmu pengetahuan mengenai pelaburan ni..
SELAMAT MELABUR!