My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan membawa wang yang berlebihan daripada anggaran harga keperluan yang disenaraikan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Beli barangan keperluan secukupnya. Pembelian yang berlebihan adalah membazir.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Berubah kepada produk generik (house brand) dan utamakan Barangan Buatan Malaysia.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses.
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan.



yeeeehaaaa sekarang ni time cuti sekolah yang panjang sudah tiba. so macamana planning percutian sahabat-sahabat semua..?? sure dok busy mencari tempat percutian atau merancang aktiviti-aktiviti untuk anak-anak...tidak kira la kita merancang percutian di mana pun either bercuti di dalam or luar negara apa yang penting PERANCANGAN mengikut kemampuan atau BUDGET poket kita..;)..sekiranya percutian tanpa perancangan kadang kala boleh menyesakkan poket (kewangan) kita...terutamanya jika penggunaan kad kredit untuk percutian..di mana ia menjadi punca kepada tanggungan hutang dan secara tidak sengaja akan mengganggu perjalanan kewangan kita..

SO...apa yang harus kita lakukan untuk merancang PERCUTIAN kita..??

mulakan langkah PERTAMA dengan menyenaraikan tempat percutian yang ingin pergi dan anggaran perbelanjaan untuk pergi bercuti termasuklah penginapan, makan, minum, pengangkutan dan bayaran lain seperti minyak, tol, cenderahati dan lain-lain lagi..

langkah KEDUA lak kita hendaklah merajin kan jari jemari kita yang lentik ini untuk melayari internet atau menyelak-nyelak iklan di akhbar untuk mengetahui lebih lanjut tempat yang bakal di terjah..

seterusnya melangkah ke BUDGET kita...adakah budget mencukupi atau tidak...sekiranya budget tidak mengizinkan untuk kita bermalam maka seharusnya percutian kita adalah untuk sehari saja..jangan bersedih la plak kan sebab tidak boleh bermalam...ada juga tempat yang menarik boleh di jadikan lokasi percutian untuk sehari sahaja seperti di kawasan perkelahan di sungai dan laut yang berhampiran rumah kita...bagi yang mempunyai bajet yang lebih, tidak salah keluar dari daerah kita untuk menuju ke destinasi pelancongan menarik di Malaysia...boleh la CUTI-CUTI MALAYSIA...;)

sekiranya keputusan telah di ambil untuk bermalam di tempat percutian maka seharusnya kita memilih hotel atau resort yang sesuai dengan budget yang telah di rancangkan...dengan membuat semakan harga dan hendaklah kita menempah awal hotel atau resort agar tidak di kenakan caj yang tinggi...

seelok-eloknya kita membawa bekalan makanan yang kering seperti roti & serunding untuk di jadikan bahan lapik perut sebelum main meal kita...harus juga di ingat kan bawalah pakaian yang bersesuaian dengan tempat percutian kita misalnya di pantai atau tanah tinggi bagi mengelakkan kita terpaksa membeli sebab ketiadaan pakaian yang bersesuaian...

setelah sampai ke tempat percutian hendaklah kita lakukan perbelanjaan yang berhemah supaya tidak terlebih budget yang boleh menyebabkan mood selepas bercuti juga terganggu akibat daripada sikap boros kita yang boleh menjadi punca kepada gangguan perjalanan kewangan...





ni email yg ku dapat dr sahabat ku...rahsia tulisan ni analisa yang d buat oleh pakar motivasi Dr Fadzilah kamsah...tulisan sememangnya mencerminkan peribadi seseorang..kenali la bentuk tulisan mereka maka anda bakal mengenali siapa mereka...hehehhe tulisan aku camna ekkk...???


Pertama : Tekanan



i. Tekanan yang kuat

Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif


ii. Tekanan yang ringan

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit


Kedua : Bentuk Tulisan



i. Tulisan yang bulat-bulat

Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)


ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper

Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan



i. Condong ke kanan

· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah


ii. Condong ke kiri

· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang


iii. Tegak

· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah


iv. Campur-campur

· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan



i. Jarang-jarang

· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.


ii. Rapat-rapat

· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z



i. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)



i. Tinggi

· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah

· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah

· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana






wah cam iklan lak aku nie kan...kihkihkih...apa yang perlu di jimat kan nie yer...apa lagi kalau bukan $$ kita...hahahaha maklumla financial matters memang field aku so itu jer laa yang aku nak kongsikan...klau aku nak kongsikan resepi cam pelik la plak...kahkahkah memasak pun x berapa cekap...nak share resepi konpem aku kena pelangkung naik tong....;)

meh sini aku nak share dengan korang cara penjimatan yang cukup berbaloi..tak RUGI kalau korang nak ikut..ianya lagi mengUNTUNGkan korang adalah...ianya nampak mudah dan senang tetapi kita kan manusia biasa mudah lupa jika nampak benda yang berkenan mula la prinsip penJIMATan hilang entah kemana..ianya terbukti pada diri aku sendiri la kan..so apa kata kita ramai-ramai membuat penJIMATan ini...hehehe..

List kan perbelanjaan harian kita – sebelum kita membeli sesuatu, kita boleh lah refer pada list perbelanjaan harian kita. Cek balik barang yang nak di beli tu termasuk dalam list atau tidak. Atau tanya diri kita : Adakah kita betul-betul perlukan ini? Bolehkah kita mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah? kalau boleh kita buat la semkan harga dulu sebelum memulakan perbelanjaan.

Perbelanjaan yang melibatkan peruntukan yang besar kita elak kan dari bajet bulanan kita - contohnya la kalau kita berhajat nak beli TV baru ke or tukar mesin basuh or tukar sofa set ke elak kan la sekiranya barang yang lama masih elok d guna lagi..utamakan perbelanjaan yang penting untuk keperluan kita..ada orang hobi dia tukar barang-barang umah..pelik tapi benar..seharusnya kita yang harus jaga barang-barang umah supaya sentiasa dalam kondisi yang baik..

Energy saving – kalau boleh la tidak perlu lah kita terangi umah kita dengan lampu yang terang benderang sampai seluruh rumah dapat di lihat dari luar..seharusnya tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga..kurangkan penggunaan hawa dingin lagi pun hawa dingin kan tidak berapa elok untuk kulit kita...sekiranya kita gunakan mesin basuh, basuh lah pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan...

Kurangkan sampah – seharusnya mula kan pengurangan sampah melalui pengunaan kertas..limit kan penggunaan kertas dengan gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat..bertambah elok jika buat catatan tanpa kertas..jadi macam BILL GATES la pulak kan...sampah juga boleh di kurang kan dengan mengelakkan penggunaan disposable diapers...seeloknya gunakan kain lampin atau sekarang ni kain lampin moden (CLOTH DIAPERS)yang mula di perkenal kan..

Reuse or recycle – sekarang ni sampah pun kita leh wat duit so apa lagi jom kita recycle paper lama, tin-tin kosong, besi-besi buruk, botol-botol kaca...macam-macam lai la yang kia boleh buat dengan sampah kat rumah kita..jom buat DUIT..

Maintenance baik punya - kalau boleh jaga la peralatan atau barang kita dengan sebaik yang mungkin agar ianya bertahan lama...selagi boleh di baiki kita perbaiki la...jangan di tambah beban baru dengan pemblian barang baru..sekiranya terpaksa membeli barang baru carilah barang yang buatan Malaysia...beli la ketika jualan murah...

banyak cara lagi yang boleh kita amal kan dalam menjurus ke arah PENJIMATAN ni..pokok pangkal tanya la diri kita sendiri..ukur baju di badan sendiri..tepuk dada tanya poket..berkepuk-kepuk atau kempis..hehehe...selamat berJIMAT yer..;)






Sebut pasal fakta atau auta susu ibu nie kan aku pernah masuk pertandingan susu ibu anjuran Ratuhati ku. so aku copy & paste jer lah kat sini. ader jugak lak informasi tambahan pasal fakta atau auta susu ibu nie..JOM LAYANSSS...

1st of all nk bgtau kengkawan bahawasanye ku merupakan 1st timer jd ibu…so mmg zero knowledge about penyusuan susu ibu..p susu formula mmg ku master coz environment ku d kelilingi oleh mereka2 yg mnyusu dgn susu formula…termasukla dri ku ini….

D takdir kn dri ku mngandung so ku search la kat internet info2 pasal kehamilan, sebelum & selepas bersalin…1 hari biler ku beli majalah Pa & Ma dlm tu ader topic pasal penyusuan susu ibu..so terdetik gak la boleh ke aku menyusukn bby ku…??persoalan ini la yg bermain didlm fkiran ku…so bermula la pncarian ku mengenai susu ibu…

X ku sangka rupa2nyer mmg byk info2 psl penyusuan susu ibu ini…biler baca info2 tersebut…ku rasakan penyusuan itu sesuatu yg mudah…so ape lg ku pun amik mudah jela biler mmbacanyer…bile kndungan ku dh mula melepasi bulan ke 7…ku mula mmbeli peralatan & bhn2 keperluan utk menyambut bby ku…utk pengetahuan kengkawan, driku ini telah d sahkn mngandung ketika usia prkahwinan ku memasuki 4 thn…so xcited terlebih la bile bab2 membeli nie…

Ermmm ku siap search kat internet list brgn utk bayi & ibu…uhukss semangat gilers beb…bileku g shopping ku slalu bwk penasihat ku merangkap ibu ku sndri…mklumla ku nie tergolong dlm kategori anak emas…hehehe bak kata adik beradik ku la…bukan ku yg kata..ahakss..en suami ku mmg mmberi green lite utk bwa ibuku kemana sja klau melibatkn pembelian brgn bby…

Ketika ini la berlakunye dugaan utk ku mnjayakn penyusuan susu ibu…uhukkksss ketika ini la juga bermulanyer segala fakta & auta mngenai susu ibu yang ku dgr & baca…


1. Puting

Advisor : wajib ader nie t anak nangis senang sumbat je dgn puting sure diam…
Aku : eh bukan ke dlm internet org baca puting leh konpius kn bby…puting asli dgn tiruan
Advisor : pndai je la tu..x kn nk biarkn anak dok bergantung je..beli je la 1 bru brp ringgit je(dgn nada perli)
Aku : errrrmm ok.. (mls nk bersoal jwb lg)


2. Botol susu

Advisor : beli 2 je dulu..beli yg kecik nie…
Aku : org nk bg susu sndiri still kna beli botol gak ke..??
Advisor : yer laa t leh bg air suam dgn bancuh susu..
Aku : org plan x mau campur dgn susu tin.
Advisor : engat susu sndri ckup ker?..t anak dh melalak baru terhegeh nk beli botol..(nada dh lain)
Aku : errrrmm ok.. (takut dgr nada dh lain)


3. Pam susu

Aku : org baca kat internet rupa2nye kiter leh pam & simpan dlm peti wat stok t nk keje senang
Advisor : mmg leh pam p x pnh la dgr spai leh wat stok
Aku : tula kebnyakan nyer beli pam yg canggih sket la so tu yg diorng leh wat stok spai beratus
Advisor : brp ringgit 1 pam
Aku : ermmm yg biasa2 tu murah la p org plan nk beli yg 1 set dlm RM 600 kot
Advisor : amboiiiii mahalnyer..x yah beli mmbazir je..blom tentu ader byk susu..(nada jerit)
Aku : ooook (nada ikut printah)


4. Susu tin (formula)

Advisor : nk kena spare 1 tin kecik dulu
Aku : nk wat pe..org kn plan nk bg susu org…
Advisor : degil tul la…t klau susu sndri x ckup & anak x kenyang camner…???
Aku : insya Allah ckup punye…
Advisor : ye la tu pndai ckp je…t anak dh melalak spai ilang suara baru la nyesal nape la aku x beli susu tin (nada mengejek)…
Aku : yer laaa org beli… (malas nk dgr ejekan)

ooopss adeer lagi tau fakta & auta nie..sat ekkk layan d bwah nie lak...;)

Auta #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan. Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur; ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.


Auta #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.
Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

Auta #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.
Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu.

Auta #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.
Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Auta #5: Payudara kecil, susu kurang.
Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi. Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

Auta #6: Kolostrum adalah susu kotor, nanah daripada payudara.
Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Auta #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.
Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Auta #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).
Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Auta #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.
Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.

Auta #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.
Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

Auta #11: Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!
Fakta #11 : Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak.

Auta #12:Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?
Fakta #12 : Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul.

Auta #13: Penyusuan susu ibu menyusahkan!
Fakta #13 : Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

Auta #14: Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.
Fakta #14 : Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam.

SO SAHABAT KU SEKALIAN JANGAN LAH MENAFIKAN HAK ANAK KITA..





1st of all sebelum memulakan langkah untuk melaksanakan misi penyusuan adalah di galakkan untuk kita mengetahui tentang penyusuan susu ibu dan membuat perancangan yang diperlukan. Teramatla pentingnya kita mengetahui kesemua perkara mengenai penyusuan susu ibu bila kita dah mencapai kata putus to SAY YES TO BREASTFEED nie.

Apa yang perlu kita mula kan ialah MIND SETTING. Ianya amat penting sebagai langkah pertama kerana breastfeeding process is more on psychology than physically. Yakin lah pada diri sendiri bahawasanya kita boleh melaksana kan misi penyusuan ini dan pasti berjaya. Terap kan sikap yang positif dalam diri.

Selepas dah set kan fikiran yang positif seharusnya kita kena ada TARGET on tempoh penyusuan kita. Mula-mula set kan target 6 bulan penyusuan selepas itu naik kan ke 12 bulan seterusnya ke 18 bulan dan akhirnya 24 bulan. Selepas itu boleh la kita merancang either nak teruskan misi ini atau tidak. Tepuk dada tanya selera anak kita.

MORAL SUPPORT juga memainkan peranan dalam misi penyusuan kita. Jadi berbincang lah dengan suami dan terangkan lah kebaikan-kebaikan breasstfeeding ini agar mereka mejadi tulang belakang or ketua pasukan sorak untuk misi penyusuan kita. Pastikan diri anda dikelilingi dengan orang yang menyokong anda. Sebab utama kita harus mendapat sokongan padu dari suami adalah kita bakal menghadapi komentar-komentar yang berunsur negatif ketika perlaksanaan misi ini. Terlalu ramai di luar sana yang kurang faham atau mempunyai tanggapan yang tidak benar mengenai breasstfeeding.

Jadi sebagai perisai kepada komentar-komentar yang negatif itu seharusnya lah kita MENCARI INFORMASI berkaitan breastfeeding melalui pembacaan di laman-laman web, perbincangan dengan pakar penyusuan, melibatkan diri dalam kumpulan sokongan penyusuan serta berkenal lah dengan ibu-ibu yan telah berjaya melaksanakan misi penyusuan ini.

So selamat berjaya kepada mereka yang ingin melaksanakan BREASTFEEDING..mission is not impossible..;)



terkenang semasa dulu...selama 4 yrs kahwin dalam rumahtangga aku hanya ada aku & suami...kini selepas 5 tahun perkahwinan ku alhamdulillah hadirlah bayi yg ku nanti kan selama 9 bulan dalam kandungan...bermula laa era aku sebagai seorang ummi...

Sebagai insan yang baru bergelar ibu bapa, perasaan gembira tidak dapat nak digambarkan dengan kata-kata...ada masanya aku juga berdepan dengan stres dan rasa bimbang...so aku perlu lah mengetahui apa yang akan berlaku dan bagaimana cara mengatasinya...alhamdulillah ianya dapat membantu aku dan cik abg aku bergembira dengan kehadiran si comel irfan dalam keluarga yang hampir lengkap ini...

kat bawah ni aku sertakan tips bagaimana aku belajar menerima orang baru dalam rumahtangga ku...info nie ku amik dari sini..

Bersedia menghadapi perubahan dramatik
Walaupun kehadiran bayi membawa detik-detik yang indah dalam hidup anda, anda juga perlu bersedia untuk detik-detik yang tidak menyeronokkan seperti tidak dapat tidur setiap malam, kerunsingan yang baru dan tanggungjawab yang bertambah. Berbincang dan buatlah rancangan dengan pasangan anda bagaimana membahagikan tugas-tugas seperti tugas menjaga bayi, rutin rumah dan pembayaran bil. Sentiasa bersedia akan membantu anda menyokong antara satu sama lain dengan lebih baik.
- yesszaa...alhamdulillah aku mendapat kerjasama yang baik dari cik abg ku dari segi pembahagian tugas rumah tangga & penjagaan bayi...thanx a lot abg...

Kongsi harapan anda tentang keluarga idaman
Wawasan anda berhubung keluarga idaman mungkin berbeza dari pasangan anda. Jangan menganggap gabungan wawasan keluarga ideal anda akan berlaku dengan sendiri. Berkongsi antara satu sama lain jenis keluarga yang anda harapkan dan tetapkan matlamat yang bermakna untuk anda berdua.
- oh berbeza sungguh matlamat kitorang p kitorang berjaya mencari kata sepakat akan matlamat keluarga baru kitorang...aper yang penting matlamat itu berada d landasan yang d redhai Allah...

Berbual antara satu sama lain
Kegagalan berkomunikasi secara terbuka dan jujur antara satu sama lain akan menyebabkan kemarahan dan masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan. Berusahalah untuk berbual antara satu sama lain – ketika bersiar-siar dengan bayi anda, selepas bayi tidur, atau tetapkan satu masa setiap minggu hanya untuk berbual-bual bersama pasangan anda...
- yang nie memang menjadi masalah klau aku x speak out...sbbnyer cik abg aku nie banyak mendiam kan dri...so aku ken rajin membukak mulut ku ini agar discussion dapat d lakuka....selalu nyer sessi perbincangan d wat time dalam keta...x kira laa nk kemana pun..asal dalam keta jer ader la benda yang nk diskus kan...klau dalam umah tu cam ader limit skit arr sbb adik ipar lelakiku dok skali...cik abg ku nie lak jenis yg x suka nk diskus2 depan adik die...so aku kena la carik time utk die...org kata kena pandai laa curik time tu kan...jgn salah time yer...;)


Harapan ayah
Peranan seorang ayah melibatkan diri secara aktif untuk membesarkan bayi adalah amat penting. Selalulah menyentuh, memegang dan berbual dengan bayi anda. Anda juga boleh membantu memandi, menukar lampin dan menenangkan bayi anda, terutamanya apabila bayi anda bangun pada waktu malam.
- nie teramat2 penting tau at least dgn bantuan dari ck abg nie kurang la tekanan kat kite kan...kurang la bebanan keje skit...

Jangan menjadi celupar
Jangan menyalahkan antara satu sama lain apabila berlaku pergaduhan. Contohnya, jika anda rasa pasangan anda tidak melakukan kerja rumah yang telah ditetapkan, tegur pasangan anda dengan tenang dan membina. Nasihati pasangan agar menegur anda jika anda melakukan hal yang sama.
- ohhhhh yang nie kan aku x yah nk tegur sbb nyer cik abg aku tau jer keje2 yg harus die lakukan...kadang2 jer aku kena bgtau what should do or should not..

Temu janji dengan pasangan anda
Bermula dari sekarang dan seterusnya, pilihlah satu malam untuk anda keluar bersama pasangan anda. Tinggalkan bayi anda dengan ahli keluarga atau kawan yang dipercayai. Jangan berasa bersalah kerana perkahwinan yang kukuh adalah asas bagi sebuah keluarga yang bahagia dan menjadi ibu bapa yang penyayang adalah hadiah terbaik yang anda beri kepada anak anda.
- misi ni aku lom wat lagi sbb nyer cik abg aku bersetuju lagi nk berdating berdua...ermmm kena tunggu cik abg aku bg green lite...maklumlah dah 4 tahun dok dating berdua jer kan...so kena la pas nie dating bertiga lak...;)






sebut pasal financial strenght nie kan...time aku anak dara..muda remaja...dalam kepala otak aku nie cuma bagaimana aku nak cari duit...bagaimana aku nk survive biler dh kawin...biler dah kawin nie..aku dok terpikir lak biler dh ader anak nie camne la kewangan aku nanti...ermmm tu la kan otak kiter nie x berhenti berpikir...kihkihkih...(otak aku jer kot)...biler dh ader anak...alhamdulillah laa segala yg aku rancang & pikirkan pasal financial matters nie berjalan dgn lancar...syukur sgt2 Allah makbul kan doa aku...

aper yg aku wat mula2...TETAPKAN MATLAMAT
sebabnye dgn matlamat ianya akan membantu kita menguruskan wang serta mendorong kita untuk mengawal dan merancang. aku wat gak matlamat jangka pendek & panjang...matlamat jangka pendek aku macam kereta aku & kereta cik abg aku...matlamat jangka panjang aku lak rumah dan pendidikan anak aku.

lepas aku wat matlamat aku kena la wat PEMANTAUAN
aku kena laa masuk bajet tiap2 bulan all the payments untuk keta, umah, insurans dan lain2 lg..aku kena monitor semua duit kuar aku...uhukss p kan kadang2 aku nie termiss gak pasal pemantauan nie...ahakss mner nyer x termiss klau dh merayap kat JJ ternampak la plak sales...maunyeer termiss gak pantauan aku ni...hehehe...

pehtu aper lagi kena ler KAJI SEMULA
Jadi, adakah tabiat perbelanjaan aku nie baik? selalu sangat aku tanya diri aku cuba tgk barangan yang mengandungi barang 'indah di mata' berbanding barangan yang lebih penting...

akhirnyer aku kena laa MERANCANG
berapakah pendapatan bulanan aku...
Monitor jumlah perbelanjanan aku...
Peruntukkan jumlah untuk kecemasan atau perbelanjaan seperti cukai jalan atau pembaharuan insurans wajar aku sediakan..

so sahabat ku sekalian...bagaimana financial strenght anda...??
wah dh cam talk show la plak...(*O*)





uiksss aku yg keletihan kah ini..??meh sat rasa nk cubit pipi sendiri p x rasa sakit sbb nyer cubit sayang jer...hehehe...aku mmg terasa keletihan..sbbnyer..semalam aku bertolak dari kg sabak bernam menghala ke umah mak aku kat klg...aduaiiii jem nyer jalan...dah ler cik irfan x mau dok kat car seat die...kena laaa pegang pastu die nak nenen kena laa aku pangku...naik kematu urat punggung ku ini...

letak jer dalam car seat die sedar...isk isk mmg bertuah anak ku ini..last2 spai kat tanjung karang baru laa die x sedar biler aku letak dalam car seat...pergh!! lega sgt2 otot2 kaki aku nie...sepanjang jalan dlm keta aku x dpt nk pejam kat mata...semalam kereta mmg banyak kat jalan...maklumlah cuti raya lama skit kan..tu yg ramai balik kg or bercuti kot...spai umah mak kul 8 malam...terus aku meluruskan pinggang...arrghhh leganyer...mlm td spai jer umah sndri aku trus landing atas tilam dgn irfan...sedar2 pg td cik abg aku yg kejutkan...hehehe mmg letih sgt nama nye tu...


errmmm sebut pasal investment nie aku betul2 tertarik dgn Insurance + Investment...ia umpama pelan persaraan untuk dri aku....ianya juga merangkap simpanan hari tua aku...yer laa org yg carik gaji sndri cam aku nie kena laa prepare financial matters...langit x selalunyer cerah..sediakan payung sebelum hujan...so aku kena laa mencari alternative untuk mndapat kan pencen...hopefully aper yg ku rancang kan ini d mudah kan perjalanannya....amin...

kat sni aku nk share dgn korang pasal polisi insurans berkaitan pelaburan....aku dpt info dari website kegemaran aku...positive parenting.....eh korang jangan ingat aku agen insurans tau...aku tiada kaitan dgn mane2 insurans...insurans provider pun x lantik aku sbg agen...hhehehee aku nk share info dgn korang jer..;)

POLISI INSURANS BERKAITAN PELABURAN
Polisi berkaitan pelaburan adalah sejenis perlindungan insurans yang mengintegrasikan insurans nyawa tradisional dengan pelaburan. Premium digunakan untuk perlindungan insurans nyawa dan pelaburan dalam pilihan ekuiti, bon atau dana terurus yang sesuai dengan profil risiko anda.

Polisi berkaitan pelaburan semakin menjadi pilihan menarik bagi ibu bapa hari ini. Satu daripada sebabnya adalah kefleksibelan dan kawalan. Anda boleh menukar jumlah perlindungan insurans anak anda tanpa menjejaskan premium, menukar pelaburan antara satu dana dengan dana yang lain, menambah pelaburan dengan pembayaran sekaligus atau membuat pengeluaran untuk membayar pendidikan anak anda pada bila-bila masa.
Polisi berkaitan pelaburan diuruskan oleh ahli-ahli profesional yang mahir membaca trend pasaran serta mencari peluang pelaburan yang berpotensi dalam memberikan pulangan yang lebih banyak agar anda dapat membina dana pendidikan anak-anak anda dengan lebih cepat.

Seperti semua jenis pelaburan yang lain, polisi berkaitan pelaburan mungkin tidak akan menjaminkan pulangan tetapi apabila anda disokong oleh sebuah syarikat bereputasi baik yang mempunyai banyak sumber dan kepakaran, anda boleh yakin bahawa kemungkinan untuk kehilangan semua wang hasil kerja keras anda adalah sangat minimum.

Di samping mengembangkan dana pendidikan anak-anak anda, polisi berkaitan pelaburan juga memastikan kesejahteraan anak-anak anda. Ia menyediakan perlindungan untuk kematian, kehilangan upaya kekal dan menyeluruh, kemalangan, penyakit kritikal, kemasukan hospital serta pembedahan. Ia juga membenarkan anda menggunakan pilihan pembayar premium yang akan membayar premium polisi walaupun anda sudah tidak ada lagi. Ini memastikan dana pendidikan anak-anak anda akan sentiasa terlindung.

Pelaburan untuk dana pendidikan anakanak anda adalah suatu usaha serius. Buatlah keputusan pelaburan yang bijak demi memastikan masa depan yang cerah untuk anak-anak anda.

last week irfan terkena sakit mata...menjangkit dari umah ibu Ana die...ari selasa petang aku tgk mata die merah skit jer...so malam tu aku malas laaa nk g klinik sebab x ketara sangat merah nyer...sangkaan ku meleset bile tengahmalam mata die makin merah berserta dgn taik mata skali ader...

so cepat2 ler aku titis kan susu ku kat mata die...dalam kul 3 pagi irfan mula merengek...oooouch panas nyer badan die...demam skali rupenyer...maybe efek dari sakit mata kot....punyer laa die meragam spai x tau aku nk wat aper...serba x kena...baring x nak...riba kan pun x nak...pas bagi makan ubat maybe lega skit kot lena laa die d pangkuan aku...rabu pg aku trus bawak irfan g klinik...

tghari lak cik suami aku bg mesej kata mata die mula gatal2 & sengal2..aku reply sruh g klinik cepat2 before mnjangkiti org lain...time tu mata aku kool lagi...kul 5 ptg aku lak terasa sesuatu dalam mata nie...gatal + pedih...perghhh mata ku pulak merah...isk isk isk...cepat2 aku bubuh susu ku sendiri...hehehe hope x cpt laa baik nyer...

uiksss x pasal2 1 family jadi mata keliwon...hehehe...







ari nie lagi 2 hari, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan nama lain Hari Raya Korban..Aidiladha di sambut secara besar2an dan istimewa bagi umat Islam selain daripada sambutan Aidilfitri..Ianya disambut pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun..bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah dan diikuti dengan solat sunat dan khutbah Aidiladha serta mengadakan ibadah korban samada pada 10,11,12 atau siang 13 Zulhijjah..

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t...

bagi dri ku plak aku tertanya2 pada diri sendri...apakah pengorbanan yang telah aku lakukan..???x kira la pengorbanan kepada keluarga, agama, bangsa dan negara...(negara tu cam besar jer kan)...kadang2 terlintas jugak fikiran aku ini adakah perkara yang aku lakukan selama ini yang aku anggap sebuah pengorbanan itu hanyalah untuk kepentingan diri aku sendiri...namun aku harus akui sepanjang perjalanan hidup ku harus ader pengorbanan yang di lakukan sama ada ianya mencukupi atau tidak...sama ada pengorbanan itu satu penghargaan untuk diri sendiri atau penyesalan yang x dapat untuk aku berpatah balik...

berkali-kali aku selalu mengingati diri aku sendiri, tiada istilah penyesalan dalam kamus hidup ku andai aku tersalah langkah...untuk berpatah balik bukan jalan terbaik maka haruslah ku anggap kan ia sebagai satu pengorbanan...perjalanan harus d teruskan dan berdoa moga terdapat sinar d penghujung jalan...

maka sempena ketibaan Aidiladha ini, ingin ku ucapkan kepada semua sahabat2 tersayang SALAM AIDILADHA dari aku sekeluarga...ingat la pengorbanan yang di lakukan tiada penyesalan di sebaliknya...berkorban lah selagi masih ada peluang, bukan sekadar pada sambutan semata-mata, tetapi biarlah berterusan sepanjang masa...HARUS juga d ingat kan laksana la pengorbanan itu pada sesuatu yang d redhai Allah...




to all my lovely followers...give me some times to read your blog...i need time to read all blogs and i'll leave a comment in your blog k...

phewww banyak gak entry2 yg perlu ku baca....errmm bagus tul kawan2 aku nie yer...rajin mereka mengUPDATE blog mereka...blog aku...???hahahaha....lu pkir sndiri laa...


aper laa yg wat kan aku nie busy teramat sgt yer...ni laa nk aku habaq kat korang nie...aku nie bukan keje makan gaji...means aku keje sndiri..kena cari gaji sndri...maka berusaha laa aku untuk mencari rezki aku dgn membz kan dri dgn keje2 agar aku dapat menikmati rezki yg halal...cuba tgk sat gambaq kat bawah nie...


uiksss...sekiranya aku berada d bawah timbunan kertas ini konpem aku sendri meletakkan jawatan...hahaha...anyway keje aku x der laaa sebegini teruknyer...cuma when it's involved with financial analysis mmg headache arr sket kan otak aku nie...

selain mmz kan dri dgn keje2 d opis ku...aku juga bz dgn keje2 umah tangga ku...chewahhh cam banyak jer keje umah aku tu kan..padahal anak baru sorang...bz nyer ngalahkan anak dh ramai...hahahaha...korang tgk pic kat bawah nie kan...agak2 korang dpt bayang kan dak keje2 aku nie...errrmm yer last week aku x dpt masuk opis sbb nyer anak bujang ku x sihat...aku pun kena tempias x sihat die tu...dlm erti kata lain aku kena gakk arrr jangkitan dr die...


dalam sibuk menguruskan keje2 d opis dan menguruskan hal2 umah tangga...(cheewah cam bagus tul aku nie..isk isk x baik riak kn dri...)..sempat gak arrr aku membaik pulih blog bujang ku sorang tu...klau korang nk layan kesah anak bujang ku leh arrr g melawat blog die yg dh d kemas kini...jom klik sni ekk perghh!! sempat sehhh aku wat keje nie...


amacam korang...busy kan aku nie...hehehe ni lom masuk lagi urusan umah mak aku lak...penat sememangnyer penatp kan klau kiter anggap segala keje yg kiter wat tu ade kebaikannye sudah semestinyer kite berjaya melaksanakan nyer dgn sempurna...jgn laa plak mengharapkan 100% perfect yer...we r not perfectionist...so aku nk ucap kan SELAMAT 'MEMBZKAN' DRI ANDA...



1st of all i wanna say millions of sorry not updating my story here...phewww i'm quite bz with my daily routine plus i'm having red eye & fever...uikkks alasan ku makin mencambah..

anyway ini bukan alasan ku semata sbb tidak 'mengupdate' cerita2 ku...seriously mmg bz dgn job yg adhoc...maklumla dh akhir tahun nie kan...so frens out there from d bottom of my heart i would like to say:




alhamdulillah...akhirnye siap gak aku mengecat umah...aduyaiiii jenuh gak laaa nk siap kan...kepada sahabat ku syang jgn marah nooo...abih berhabuk semua kena tempias yer...
ermmm agak2 la berapa lama laa aku leh bertahan dgn cat baru nie kan...aper2 pun jom layan umah baru jap...





1- Apakah yg anda lakukan jika anda marah?
baik diam kn dri klau ader yg ganggu gugat konpem org tu akan jd mangsa amarah ku...

2- Kalau anda terkejut..boleh tak buat anda marah?
nie terkejut psl ape nie...isk soklan cam x abih jer nie...terkejut dpt berita ker or terkejut sbb d beri hadiah ker...mcm2 expresi leh wat nie..x kan la semendang nk marah jer..

3- Lama tak anda marah?
tgk mud time tu

4- Apa yang anda buat untuk hilangkan marah?
layan game kat PC or h/phone

5- Selalu tak anda buat org marah?

kadang-kadang, jarang-jarang..

6- Kerap tak anda marah?
uikss klau dok marah jer konpem arrr darah tinggi namanyer tu...

7- Siapa yang anda nak tag? Kalau dieorg tak buat, anda marah tak?
nk tag semua follower & reader...x wat ku x marah p klau wat ku hargai nyer..

1. Anda rasa anda hot?
ermmm selalu naik HOT adelah..

2. Upload gambar2 kesayangan anda!


gambar nie dok ulang tgk jer...

3. Kenape anda suka/sayang gambar ini?
yer la mau nyer x suka sgt...pas kawin 4 thn baru laaa c comel nie kuar...& after byk ujian & dugaan d hadapi...alhamdulillah ader hikmah & rahmatnyer..

4. Bila kali terakhir anda tak puasa?
puasa utk ramadhan ker nie ekk...ermmm thn nie sbb irfan nenen & terlajak sahur...

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
errrmmm last skali dgr lagu burung kakak tua...hehehe nyanyi dgn irfan..

6. Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
layan fasebuk & RH

7. Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama ape?

ape ader pada nama...hehehe sure la ku x sbr nk irfan panggil UMMI..

8. Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan.
dengan banggannye ku usul kan tag ini kpd follower & reader ku tersayang...:)