My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

amboi laaa siap berpart-part la plak Majlis Pertunangan adik aku kan...ermmm bukannya apa dah lama sangat rumah mak aku tu tak de majlis sebegini...last sekali pun time majlis aku...hahahaha berapa lama sudah wei...confirm lepas ni dah tak mau citer pasal pertunangan...;)

1. Persiapan sebelum Majlis...
2. Make over adik aku by Rina (sahabat adik aku)



3. Hantaran yang di sediakan oleh adik aku

4. Sesi meminang bermula


5. Kemuncak Majlis Pertunangan
6. Corat - coret sebelum dan selepas majlis..

sesi memasak di dapur...

orang kuat majlis..


selesai sudah upacara meminang....



M - perancang utama MENU pada hari itu adalah mommy tersayang...mak aku bab menu ni memang sungguh-sungguh dia nak menjamu tetamu ni...


A - ketua tukang masak adalah kakak aku ANGAH...hehehe penat sungguh dia...dari hari Khamis dia dah berkampung kat rumah mak aku....
J - segala penyediaan bahan-bahan masakan di bantu oleh JIRAN-JIRAN...

L - adik aku pakar membuat LIPATAN hantaran..so dia laa yang paling sibuk mengubah semua hantaran...kalau aku yang lipat konpem jadi lain..hahaha..

I - alhamdulillah IRFAN tidak meragam langsung..siap lena lagi dia tido...uikss kan bagus kalau hari-hari Irfan macam ni...hehehe
S - hantaran SIRIH JUNJUNG mendapat pujian..macam gubahan bunga cuma kurang skit je bunga mawar yang di letak....ermmm konpem makin mengembang badan adik aku tu..


P - PINGGAN & CAWAN di pinjam dari jiran mak aku yang buat katering..alhamdulillah tak perlu nak keluar kan mak aku punya...penat wei nak mengemas nanti...
E - nama panggilan tunang adik aku ni EJOY..tapi kan aku boleh pulak tak tahu nama penuh mamat ni..aduhaiii bertuah betul aku ni kan...hehehe...

R - RAMAI betul rombongan pihak sana yang datang...dalam 15 buah kereta...terkezut laa jugak family aku di buatnya...sampai tak muat ruang dalam rumah...hehehe
T - nak di jadikan cerita TUDUNG adik aku yang bertunang boleh lesap ntah kemana...haishh kelam kabut mencari tudung lain yang boleh di match dengan baju dia...

U - adik aku yang tukang buat hantaran tu siap dapat cincin untuk adat melangkah bendul..UNTUNG nya...even pihak kami tidak memintanya..
N - psst psst adik aku bg NIKON D3000 beb sebagai hantaran...ni yang aku tak sabar nak rembat DSLR 1 ni...ehehe
A - AYAH melantik ALANG mewakili pihak keluarga sebagai orang perantara..hehehe biar Alang belajar cara-cara menerima peminangan...
N - NENDA tunang adik aku memulakan adat suap gula batu...hehehe adat ni 1st time beb aku tengok...ermmm penuh gula batu dalam mulut adik aku...hahaha...alhamdulillah tak tecekik...:P
G - aksi paling GANAS bila tapis besar mak aku yang dah berusia berbelas tahun lompong dek penangan adik aku menggoreng ayam...hahaha lawak wei...terharu je tengok mak aku tetap simpan tapis tu...
A - ALHAMDULILLAH juadah yang di sediakan cukup hingga boleh laa jiran-jiran yang membantu membawa balik bekalan sedikit....
N - NAMPAK nya Majlis Pertunangan adik aku ni laaa yang paling 'meriah' berbanding adik beradik yang lain...

click pic for source

alhamdulillah selesai sudah Majlis Pertunangan adik aku pada hari sabtu bersamaan 29hb May 2010...Segala nya berjalan seperti yang di rancangkan...

Menu pada hari tersebut telah di sediakan oleh kami adik beradik di bantu oleh jiran tetangga...Alhamdulillah aku mempunyai adik beradik yang ramai so nak kata penat sangat tu adatlah tapi yang penting kepuasan kami menyediakan menu pada hari tersebut..Menu pada hari tu :
click pic for source

- Ayam masak merah
- kari daging
- masak lemak labu
- ikan tenggiri masak kicap
- rojak Penang
- ikan masin
- sambal belacan
- ulam Raja

usai segala menu ini di sediakan ayah telah menjemput jiran tetangga untuk membuat doa selamat...rombongan meminang tiba pada jam 2.30 petang...wah!!! terkezut kitorang bila di beritahu 15 buah kereta mengiringi rombongan meminang...mak aihhh dah macam kenduri kahwin la plak...haishhh meriah sungguh tu...

berdebar jugak dada kitorang khuatir makanan tidak mencukupi memandangkan jiran tetangga ada lagi yang masih bertandang...alhamdulillah rezki hari tu mencukupi hingga dapat la bersedekah kepada jiran tetangga...

kerana kesibukan menguruskan majlis tersebut satu pic pun aku tak sempat nak snap...hehehehe lawak la plak...ermmm t aku upload pic yang adik aku snap k...




click pic for source

wah sakan betul aku skang ni...busynya mengalahkan ahli politik nak turun padang je...bukan setakat weekdays je aktiviti aku penuh dengan kerja-kerja yang melimpah ruah...(alhamdulillah rezki semua tu...:P) weekend pun aku bakal membusykan diri dengan aktiviti kenduri kendara merangkap aktiviti makan-makan...(alhamdulillah rezki maknan plak kan...:P)


jom tengok jadual aku..:
click pic for source
29th May - Saturday
start weekend ni rumah mak aku di jadikan lokasi majlis pertunangan adik aku...

5th June - Saturday
cousin aku akan melangsungkan perkahwinan di KL...

13th June - Sunday
adik ipar aku punya turn untuk majlis perkahwinannya di Sabak Bernam...

19th June
rumah abang aku kat Bangi buat House Warming....

tu diaaaa aktiviti weekend aku telah di penuhi dengan jemputan-jemputan ini...kepada sahabat-sahabat yang ajak ber'reunion' tu harap maaf aku tidak dapat menghadirkan diri...kirim salam sayang kepada teman-teman yang hadir...


aku dah tak tahu nak kata apa lagi dah...kesesakan kat bandar Klang dah hampir ke tahap terlampau sudah...aku tak tahu la bila jalan yang under construction ni nak di siap kan...aku dah hampir fed up nak masuk bandar Klang...apakan daya opis aku betul-betul berhadapan dengan construction tu...nak atau tidak aku harus menempuhnya...mana jalan atau lorong aku tak lalu...kalau boleh nak elakkan jem...tetapi semakin hari semakin sesak nafas aku di buatnya...

bayangkanlah construction jalan ni telah di mulakan sejak pertengahan tahun 2007 dan dijangka siap akhir tahun 2009...tapi apa dah jadi sekarang dah masuk pertengahan tahun 2010...terdengar-dengar jangkaan siap adalah pada tahun 2011..dari aku lom ada anak lagi spai aku mengandung spai laaa anak aku dah setahun tak siap-siap lagi..walalala berapa tahun lagi harus ku tempuh kesesakan ini...makin memburukkan keadaan bila jalan depan opis aku ni di tutup laluannya...semua tertumpu di Jalan Bt 3 Lama...mana la tidak sesak...aduhaiii serabut naik bot aku di buatnya...dah la tak de alternative jalan lain...aku tiada pilihan...tak kan nak pindahkan opis aku plak kan...

pembinaan ni memang bagi efek skit la bila client aku bersungut nak datang opis...mereka tidak sanggup nak tempuh kesesakan yang terlampau ini...nak tak nak aku laaa yang kena ke tempat client...aduhh letih mak nonnn...semoga cepat la pihak SPAZ SDN BHD menyiapkan jambatan ni...

click pic for sources

wah majlis pertunangan la plak...hehehehe dah lama tak update blog tetiba citer majlis pertunangan...harus pelik ni...actually entry ini adalah sambungan bagi entry merisik yang pernah aku buat...siapa lagi kalau bukan adik aku yang akan bertunang....

berdasarkan ino yang aku dapat dari sini sebenarnya

Ikatan pertunangan adalah satu perjanjian yang dipersetujui oleh pihak keluarga lelaki dan perempuan untuk menjodohkan anak mereka dalam tempoh tertentu selepas upacara merisik dan meminang dijalankan. Lazimnya di hari pertunangan, pihak lelaki turut menghantar belanja yang disertai dengan beberapa hadiah iringan.

Dalam adat ini, hantaran tepak sirih merupakan satu bingkisan paling utama, penuh bermakna lagi syahdu berbanding daripada bingkisan–bingkisan lain yang dipersembahkan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Daun sirih terpilih digubah indah disertai kapur, gambir dan buah pinang yang telah dikacip.

Di antara barangan hantaran yang kebiasaannya dibawa oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan iaitu

- sirih junjung yang digubah cantik untuk mengelapai hantaran
- sebentuk cincin pertunangan
- satu set bahan persolekan
- bunga rampai
- sepasang baju
- kuih muih
- buah-buahan

Setiap jenis hantaran diletakkan di dalam sebuah pahar dan hantaran-hantaran tersebut akan dikelapai oleh sirih junjung yang telah digubah tadi. Pada kebiasaannya, bilangan barangan hantaran adalah berangka ganjil dan mengikut kemampuan pihak lelaki serta mengambil kira kemampuan pihak perempuan.

Buah-buahan dan bunga rampai lazimnya merupakan barang hantaran wajib kerana sifatnya yang manis dan berbau wangi. Ia boleh dianggap sebagai harapan kedua-dua belah pihak agar perjanjian perhubungan tersebut akan berterusan dan berkekalan hingga ke ikatan perkahwinan.

Semasa upacara pertunangan rombongan lelaki akan disambut mesra dan dihulur tepak sirih yang telah disusun kepada tetamu sebagai mengalukan kedatangan rombongan tersebut. Seperti diketahui umum, sirih, pinang, kapur dan gambir sememangnya begitu sinonim dengan masyarakat Melayu.

Manakala hantaran-hantaran pertunangan akan diletakkan di tengah-tengah majlis dihadapan sekalian hadirin. Ketua perwakilan pihak lelaki duduk berhampiran dengan ketua perwakilan pihak perempuan. Sirih junjung diletakkan dihadapan mereka sebagai bunga majlis. Rundingan seterusnya adalah berkisar tentang tempoh pertunangan, jumlah hantaran belanja dan perjanjian untuk menghadapi takdir jika pertunangan itu putus atas apa-apa jua sebab.

Selepas mendapat kata putus mengenai perkara-perkara yang dibincangkan, istiadat menyarungkan cincin akan dijalankan. Cincin disarungkan ke jari manis tangan kanan gadis. Maka dengan tersarungnya cincin pertunangan ini, rasmilah pertunangan tersebut.


memandangkan majlis ini bakal di adakan pada hari Sabtu minggu hadapan maka rumah mak aku telah di jadikan markas dalam membuat barang-barang hantaran...alhamdulillah adik aku lagi sorang tu berseni orangnya maka hantaran yang akan di beri adalah dari kretiviti adik aku...harap maklum hanya adik sorang sahaja yang mempunyai seni kraftangan ini...hehehe aku hanya ada seni mencari duit....kalau nak aku buat konpem bentuk bunga jadi bentuk angsa....hahahah....keras wei tangan aku ni hah...:D



apa yang aku tak sudi ni...hehehe bukan aku tak sudi untuk update blog ini tetapi lambakan kerja di dalam bilik pejabat aku ni hah mengekang aku dari menaip bait2 kata di dalam blog kesayangan ku ini..setiap pagi masuk je pejabat himpunan document dan file2 paasti bercambah di dalam pejabat aku...eh ini bukan rungutan tau...aku bersyukur ke hadrat ilahi atas limpahan kurnia rezkinya yang tidak putus..banyak kerja berrmaksud banyak ler rezki aku..hehehe i like it...
click pic for source

TETAPI lambakan kerja ini juga menjadi kan aku seorang yang wanita yang teramat busy hinggakan terabai nya blog ini...aku cuba juga mencari ruang untuk aku selit kan sebarang dua kata untuk memeriah kan blog ini namun hakikatnya nak masuk ke blogger home pun aku tidak berkesempatan..seharian di pejabat di penuhi dengan tilikan nombor2 di atas kertas dan di screen monitor...

kadang2 ada juga aku by pass blog2 sahabat2 ada yang sempat ku titip kan komen ada yang aku melaluinya sahaja tanpa sapaan...bukan aku tak sudi untuk menyapa atau menyinggah...sekiranya aku menyinggah sudah pasti aku akan TERPAKU dengan entry2 shabat2 yang best2 itu :P...dan pengakhirannya sudah semestinya aku terasa bagaikan dokumen dan nombor2 itu merenung tajam pada diri ku...depa dok jeles la kalau aku dok ralit je kat blog kawan2...:D

hari ini aku dah janji dengan nombor2 yang aku perlukan masa yang singkat untuk update blog aku...pastu aku akan kembali pada dia...kerana AKU TERLALU MERINDUI SAHABAT2 AKU...jangan marah arrr nombor2...:D

click pic for source


click pic for link

Aku dapat email dari sahabat mengenai situasi lelaki yang harus kita sebagai wanita memahaminya. Jom kita tengokkk siapa yang kena...(a♥‿♥a)

1. Bila si dia sibuk........
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
- Ermmm so far cik abang aku memang tak pernah hantar aku ke ofis memandang kan kami berdua mempunyai kenderaan sendiri tambahan pula berlainan arah. Kalau hal membeli belah memang aku kureng sangat nak ajak cik abang aku. Bukannya apa aku lagi selesa shopping berseorangan atau di temani rakan or adik2 aku. Kalau ajak dia sure dia akan buat muka buhsan. hehehe mengganggu konsentrasi aku je nak shopping...✖‿✖

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
- Oh sudah semestinya mereka tidak akan mengaku keegoan mereka kecuali ego itu memakan diri mereka sendiri. Dah terhantuk baru nak tersedar. Eh macam marah jer aku ni kan...hehehe teremosi la plak...(✿◠‿◠)

3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
- Ermm letak ketepi sahajalah impian nak beromantika d amor ni. Cik abg aku memang tidak romantic langsung. Eh bukan dia je tau aku pun tidak romantic jugak. So harap maklum jer la yer tiada istilah candle light dinner bagi kitorang ni..◤(¬‿¬)◥

4. Bila si dia panas baran........
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
- Alhamdulillah la cik abg aku bukan jenis yang panas baran. Sebaliknya aku yang panas baran…hahaha selalunya cik abg aku yang berdiam diri kalau aku tengah panas. thanx a lot abg kerana memahami isterimu ini..•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
- bukan dia je yang perlukan rehat aku pun memerlukan rehat yang cukup. Jadi aku memang tidak mengadu domba hal yang remeh temeh ni. Sendiri layan perasaan la kan…凸(¬‿¬)凸

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
- ni adat la kan kadang2 teralpa juga...ermmm camno tu..(⊙▂⊙)

7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
- Alhamdulillah la cik abg aku tak de langsung sifat mengongkong ni. Mana je aku nak pergi sure dia bagi keizinan. Asalkan aku pandai menjaga maruah dan nama suami aku sudah memadai. ٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶

8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
- betul2. Aku setuju sangat2 hal ni. Cik abg aku memang seorang yang selamba sangat2. Kalau yang tak tahan sure dok makan hati jer. aku bukan jer makan hati siap dengan tulang2 lagi die bagi makan...hahahahaha konpem arrr 'menyihat'kan isteri dia ni..(*^ -^*)

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
- minta la di jauhkan hal sedemikian berlaku di dalam rumah tangga kami.ஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜ

10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.
-Isk tak baik sungguh la kalau ada yang ambil kesempatan ni. Sure kesian aku bertimbun-timbun kalau ada suami yang di perlekehkan oleh isterinya. Isk harus isteri itu di ajar bagaimana cara nak hormat suami.(✖╭╮✖)

click pic for link


Sudah kah korang melaksanakan tanggunggjawab sebagai pembayar cukai..? aku terpanggil nak wat entry ni bila sahabat aku Cik Jah wat entry pasal tarikh tutup bagi penghantaran borang atau e filling bakal berakhir tidak lama. So setiap warganegara bertanggungjawab menjelaskan cukai ke atas pendapatan yang diperolehinya di dalam atau luar Malaysia. Sumber pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan termasuklah pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji, ganjaran, pendapatan, dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas.

click pic for link

Namun harus la korang tahu terdapat perbezaan borang antara Borang BE dan Borang E.
  • Borang BE perlu diisi oleh individu yang bermastautin di Malaysia dan tidak menjalankan apa-apa perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.
  • Borang B ini perlu diisi oleh individu yang bermastautin di Malaysia dan menjalankan perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.
  • Jika anda ada menjalankan perniagaan tetapi menerima Borang BE, sila tukar borang tersebut kepada Borang B di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran.
  • Jika anda tidak menjalankan perniagaan tetapi menerima Borang B, anda boleh samada menggunakan borang tersebut untuk membuat pengisytiharan pendapatan yang diterima. Sila isikan ruangan yang berkenaan sahaja. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi, atau membuat penukaran kepada Borang BE di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran.

click pic for link

Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi individu adalah seperti berikut:
  1. Borang BE - bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.
  2. Borang B - bagi individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
  3. Borang M - bagi individu bukan pemastautin tanpa punca perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.
  4. Borang M - bagi individu bukan pemastautin dengan punca perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
  5. Borang P - bagi perniagaan perkongsian, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
Pembayar cukai dikehendaki menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada atau sebelum tarikh akhir bagi mengelak dikenakan penalti.

Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7). Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai.

Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan memotong jumlah pendapatan beliau dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) Malaysia. Sila lah berkunjung ke laman LHDN untuk penerangan yang lebih lanjut. Sekian dulu laporan aku mengenai Cukai Pendapatan.

Laksanakanlah tanggunggjawab anda sebelum anda di kenakan PENALTI...(✿◠‿◠) saya sudah melaksanakan tanggungjawab saya...


click pic for link




Oh lama sungguh saya tidak bersiaran. Sesungguhnya saya kesempitan waktu untuk meluangkan masa mencatat kan sesuatu di dalam blog kesayangan ini. Seperti firma perakaunan yang lain waktu begini adalah waktu paling sibuk bagi saya. Kebanyakan client saya accounting period mereka berakhir pada 31 December 2009. So saya punya ruang waktu terlalu terbatas untuk meluahkan idea di teratak ini. Saya berharap sangat agar segala kerja-kerja perakaunan saya berakhir pada masa yang telah di rancangkan agar saya dapat bersiaran kembali. Rindu sungguh saya pada kamu semua. muahs..muahs...kita berjumpa kembali di lain waktu ok...;)