My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

click pic for source

wah sakan betul aku skang ni...busynya mengalahkan ahli politik nak turun padang je...bukan setakat weekdays je aktiviti aku penuh dengan kerja-kerja yang melimpah ruah...(alhamdulillah rezki semua tu...:P) weekend pun aku bakal membusykan diri dengan aktiviti kenduri kendara merangkap aktiviti makan-makan...(alhamdulillah rezki maknan plak kan...:P)


jom tengok jadual aku..:
click pic for source
29th May - Saturday
start weekend ni rumah mak aku di jadikan lokasi majlis pertunangan adik aku...

5th June - Saturday
cousin aku akan melangsungkan perkahwinan di KL...

13th June - Sunday
adik ipar aku punya turn untuk majlis perkahwinannya di Sabak Bernam...

19th June
rumah abang aku kat Bangi buat House Warming....

tu diaaaa aktiviti weekend aku telah di penuhi dengan jemputan-jemputan ini...kepada sahabat-sahabat yang ajak ber'reunion' tu harap maaf aku tidak dapat menghadirkan diri...kirim salam sayang kepada teman-teman yang hadir...


aku dah tak tahu nak kata apa lagi dah...kesesakan kat bandar Klang dah hampir ke tahap terlampau sudah...aku tak tahu la bila jalan yang under construction ni nak di siap kan...aku dah hampir fed up nak masuk bandar Klang...apakan daya opis aku betul-betul berhadapan dengan construction tu...nak atau tidak aku harus menempuhnya...mana jalan atau lorong aku tak lalu...kalau boleh nak elakkan jem...tetapi semakin hari semakin sesak nafas aku di buatnya...

bayangkanlah construction jalan ni telah di mulakan sejak pertengahan tahun 2007 dan dijangka siap akhir tahun 2009...tapi apa dah jadi sekarang dah masuk pertengahan tahun 2010...terdengar-dengar jangkaan siap adalah pada tahun 2011..dari aku lom ada anak lagi spai aku mengandung spai laaa anak aku dah setahun tak siap-siap lagi..walalala berapa tahun lagi harus ku tempuh kesesakan ini...makin memburukkan keadaan bila jalan depan opis aku ni di tutup laluannya...semua tertumpu di Jalan Bt 3 Lama...mana la tidak sesak...aduhaiii serabut naik bot aku di buatnya...dah la tak de alternative jalan lain...aku tiada pilihan...tak kan nak pindahkan opis aku plak kan...

pembinaan ni memang bagi efek skit la bila client aku bersungut nak datang opis...mereka tidak sanggup nak tempuh kesesakan yang terlampau ini...nak tak nak aku laaa yang kena ke tempat client...aduhh letih mak nonnn...semoga cepat la pihak SPAZ SDN BHD menyiapkan jambatan ni...

click pic for sources

wah majlis pertunangan la plak...hehehehe dah lama tak update blog tetiba citer majlis pertunangan...harus pelik ni...actually entry ini adalah sambungan bagi entry merisik yang pernah aku buat...siapa lagi kalau bukan adik aku yang akan bertunang....

berdasarkan ino yang aku dapat dari sini sebenarnya

Ikatan pertunangan adalah satu perjanjian yang dipersetujui oleh pihak keluarga lelaki dan perempuan untuk menjodohkan anak mereka dalam tempoh tertentu selepas upacara merisik dan meminang dijalankan. Lazimnya di hari pertunangan, pihak lelaki turut menghantar belanja yang disertai dengan beberapa hadiah iringan.

Dalam adat ini, hantaran tepak sirih merupakan satu bingkisan paling utama, penuh bermakna lagi syahdu berbanding daripada bingkisan–bingkisan lain yang dipersembahkan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Daun sirih terpilih digubah indah disertai kapur, gambir dan buah pinang yang telah dikacip.

Di antara barangan hantaran yang kebiasaannya dibawa oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan iaitu

- sirih junjung yang digubah cantik untuk mengelapai hantaran
- sebentuk cincin pertunangan
- satu set bahan persolekan
- bunga rampai
- sepasang baju
- kuih muih
- buah-buahan

Setiap jenis hantaran diletakkan di dalam sebuah pahar dan hantaran-hantaran tersebut akan dikelapai oleh sirih junjung yang telah digubah tadi. Pada kebiasaannya, bilangan barangan hantaran adalah berangka ganjil dan mengikut kemampuan pihak lelaki serta mengambil kira kemampuan pihak perempuan.

Buah-buahan dan bunga rampai lazimnya merupakan barang hantaran wajib kerana sifatnya yang manis dan berbau wangi. Ia boleh dianggap sebagai harapan kedua-dua belah pihak agar perjanjian perhubungan tersebut akan berterusan dan berkekalan hingga ke ikatan perkahwinan.

Semasa upacara pertunangan rombongan lelaki akan disambut mesra dan dihulur tepak sirih yang telah disusun kepada tetamu sebagai mengalukan kedatangan rombongan tersebut. Seperti diketahui umum, sirih, pinang, kapur dan gambir sememangnya begitu sinonim dengan masyarakat Melayu.

Manakala hantaran-hantaran pertunangan akan diletakkan di tengah-tengah majlis dihadapan sekalian hadirin. Ketua perwakilan pihak lelaki duduk berhampiran dengan ketua perwakilan pihak perempuan. Sirih junjung diletakkan dihadapan mereka sebagai bunga majlis. Rundingan seterusnya adalah berkisar tentang tempoh pertunangan, jumlah hantaran belanja dan perjanjian untuk menghadapi takdir jika pertunangan itu putus atas apa-apa jua sebab.

Selepas mendapat kata putus mengenai perkara-perkara yang dibincangkan, istiadat menyarungkan cincin akan dijalankan. Cincin disarungkan ke jari manis tangan kanan gadis. Maka dengan tersarungnya cincin pertunangan ini, rasmilah pertunangan tersebut.


memandangkan majlis ini bakal di adakan pada hari Sabtu minggu hadapan maka rumah mak aku telah di jadikan markas dalam membuat barang-barang hantaran...alhamdulillah adik aku lagi sorang tu berseni orangnya maka hantaran yang akan di beri adalah dari kretiviti adik aku...harap maklum hanya adik sorang sahaja yang mempunyai seni kraftangan ini...hehehe aku hanya ada seni mencari duit....kalau nak aku buat konpem bentuk bunga jadi bentuk angsa....hahahah....keras wei tangan aku ni hah...:D



apa yang aku tak sudi ni...hehehe bukan aku tak sudi untuk update blog ini tetapi lambakan kerja di dalam bilik pejabat aku ni hah mengekang aku dari menaip bait2 kata di dalam blog kesayangan ku ini..setiap pagi masuk je pejabat himpunan document dan file2 paasti bercambah di dalam pejabat aku...eh ini bukan rungutan tau...aku bersyukur ke hadrat ilahi atas limpahan kurnia rezkinya yang tidak putus..banyak kerja berrmaksud banyak ler rezki aku..hehehe i like it...
click pic for source

TETAPI lambakan kerja ini juga menjadi kan aku seorang yang wanita yang teramat busy hinggakan terabai nya blog ini...aku cuba juga mencari ruang untuk aku selit kan sebarang dua kata untuk memeriah kan blog ini namun hakikatnya nak masuk ke blogger home pun aku tidak berkesempatan..seharian di pejabat di penuhi dengan tilikan nombor2 di atas kertas dan di screen monitor...

kadang2 ada juga aku by pass blog2 sahabat2 ada yang sempat ku titip kan komen ada yang aku melaluinya sahaja tanpa sapaan...bukan aku tak sudi untuk menyapa atau menyinggah...sekiranya aku menyinggah sudah pasti aku akan TERPAKU dengan entry2 shabat2 yang best2 itu :P...dan pengakhirannya sudah semestinya aku terasa bagaikan dokumen dan nombor2 itu merenung tajam pada diri ku...depa dok jeles la kalau aku dok ralit je kat blog kawan2...:D

hari ini aku dah janji dengan nombor2 yang aku perlukan masa yang singkat untuk update blog aku...pastu aku akan kembali pada dia...kerana AKU TERLALU MERINDUI SAHABAT2 AKU...jangan marah arrr nombor2...:D

click pic for source