My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt.

Bismillah. 

Artikel penuh sila klik gambar di atas

Isu kenaikan harga rumah nampaknya tidak akan berakhir. Semakin lama semakin rancak kenaikan harga nya. Pelbagai pandangan dan desakan dari pelbagai pihak agar pihak yang berkaitan dapat menangani isu kenaikan harga rumah ini. Namun ianya bagai kan angin lalu yang tiada perubahan malahan makin meningkat kenaikan harganya. Bagi yang telah memiliki rumah sendiri dan masih di dalam proses membayar bulanan anda seharusnya bersyukur berpeluang memilik rumah sendiri walaupun masih berhutang dengan pihak bank. Bagaimana pula mereka yang baru sahaja ingin memiliki rumah sendiri sebagai rumah pertama? 

Harga tawaran rumah di kawasan bandar tidak perlu kita pertikaikan ketidak masuk akal nya harga tersebut memandang kan peningkatan permintaan rumah tapi penawaran yang makin berkurang. Bagaimana pula harga di pinggir bandar yang mula mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah ini? Terdetik juga di hati ini, berapakah gaji sebulan yang memboleh kan mereka memiliki rumah sendiri? Apabila saya bertanya kepada mereka yang baru sahaja ingin membeli rumah, gaji mereka suami isteri dalam lingkungan RM 5 ribu belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM 300 ribu. Jadi saya bertanya lagi berapa harga rumah yang melayakkan kalian membeli nya? Mereka jawab dalam lingkungan RM 250 ribu. Namun melihat kan keadaan sekarang ni adakah lagi pembinaan bagi rumah di bawah RM 300 ribu? 

Antara beberapa isu yang di kait kan dengan harga rumah adalah : 
- kenaikan harga barang mentah yang sukar di kawal 
- peningkatan permintaan rumah berbanding penawaran tanah yg bakal di bangunkan 
- kenaikan harga tanah bagi membangunkan perumahan 
- kerakusan pemaju yang ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda 
- spekulator juga memainkan peranan dalam kenaikan harga rumah 

Di bawah ini adalah jadual cadangan pembelian hartanah mengikut kemampuan yang saya peroleh dari page FB Bank Negara

Kalian boleh juga membaca maklumat lain di link link di bawah ini mengenai isu kenaikan harga rumah 

 **Mereka yang sebut kan di atas adalah di katakan mereka yang berpendapatan sederhana. Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan rendah? Apakah paras yang boleh di katakan perbendapatan rendah? Adakah di bawah RM 3 Ribu di katakan berpendapatan rendah? Kasih dan kasihan pada mereka ini. Saya terbayangkan hanya mereka yang memiliki kemampuan dan di dalam kategori mereka yang berpendapatan tinggi sahaja mampu dan layak duduk di kawasan bandar. Betul kan tanggapan saya andai saya silap ;)

.

Assalammualaikum wbt... 

Bismillah... 

Sejak sekian lama saya menyepi kan diri dari penulisan di blog ini, tiba tiba saya mendapat email mengenai komen dari star_space dan working mom. Oh baru saya tersedar sekian lama saya menyepi masih ada lagi yang sudi menjejakkan kaki di blog yang tidak seberapa ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada pembaca dan 'follower' blog saya ini ye. In shaa Allah andai saya mempunyai waktu yang terluang akan saya cuba kongsi kan dengan kalian segala maklumat yang saya ada. Oh saya masih lagi menggunakan prinsip 'sharing is caring'. Lagi banyak saya berkongsi di sini lagi banyak rasa nya ilmu baru yang saya perolehi. Terima kasih sekali lagi kepada kalian. Tanpa kalian blog ini mungkin bersawang begitu sahaja..:)