My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor


Assalammu'alaikum wbt

hari ini 17 Dec 2010...esok 18 Dec 2010...macam tak sabar jer nak join reunion sekolah ni...almaklumlah selepas SPM masing-masing membawa hala tuju sendiri...memang tidak berjumpa...terutama diri aku ni hah d mana memang terkenal dengan sifat malu2 meoww..:D *uiksss macam tak percaya jekkk aku ni pemalu orang nya...

click pic for source

kiranya esok akan menjadi sejarah arrr bagi sesiapa yang join reunion ni...last sekali jumpa masing-masing baru sweet 17...laaa ni still sweet but not tooo sweet....hehehhe masing-masing dah 34 tahun soooo ada yang tak berjumpa selepas 17 tahun tau!!!...uiksss lama kann...

ini lah pic ahli kelas aku pada tahun 1993...

wah!!! rindu beb dengan zaman sekolah....tapi zaman sekolah aku agak dull maklum laaa aku ni kan dara sunti...banyak laaa halangan dari parents aku kalau nak join apa2 aktiviti pun...BUT aku tak regret langsung beb ni semua untuk kebaikan kannn...;) anyway even aku tak berapa nak aktif but still aku rindu kenangan zaman persekolahan...sure korang pun sama kan...;)

semoga aktiviti esok hari berjalan lancar...yippeee!!




Assalammu'alaikum wbt...

hari ni kan aku try menggodek hard disk aku bagi mencari sekeping dua gamba bujang aku dalam emosi tak keruan...uiksss jenuh jugak aku nak bukak one by one folder nya...aduhaiiii memang konpem kaki posing betul laaa anak bujang aku tu...walaupun nangis macamana pun bila kata nak ambil gambar terus diam sambil sengih...:D

oh ye sure korang tertanya gak kan apa kaitan gamba irfan dengan tip tangani anak mengamuk kan...hehehehe konon-konon aku nak kait kan la pic irfan tu dengan tips yang aku ambil dari sini...:p dan akhirnya selepas puas menggodek terjumpa laaa aksi air mata mengalir sambil sengih...hahhahaha....jom-jom tengok pic dia...:D


ini lah wajah dan aksi ketika amukan....


bila sedar aksi d rakam terus cuba sengih dengan air mata berjuraian...:D


tadaaaaa kembali senyum selepas puas beraksi di depan lensa....:p

SO dengan ini ingin di maklumkan tiada cara atau kaedah yang very scientifik bagi mengelakkan anak-anak kecil ini membuat amukan...TETAPI ianya juga boleh di tangani dengan menggalakkan sikap yang positif kepada anak-anak agar mereka memahami situasi amukan itu boleh mendatangkan keburukan...hehehehe walaupun d saat dia membuat amukan itu kadang-kadang terkucil sifat kesabaran kita..harus laaa kita sebagai ibu bapa sedar cepat-cepat sebelum dengan kita sekali ternaik AMUKAN nya...

Kat bawah ni tip-tip yang boleh di guna pakai d kala anak-anak membuat amukan...

1. Konsisten – Adakan rutin harian yang tetap bagi memudahkan jangkaan anak seperti waktu tidur mengikut waktu ditetapkan....
~~ hah yang ini harus di beri perhatian ye para ibu bapa...anak yang tidak cukup tidor ni memang ragamnya amatlaaaa mencabar kesabaran kita ni...kita kena perhatikan time tidor mereka...kadang-kadang tu ada juga ibu bapa yang tak perasan time tidor anak mereka jadi puas laaa di 'hayak' anak tu ke sana ke mari...bila anak-anak dah mula buat perangai atau mengamuk, ibu bapa pula yang naik hangin kan...jadinyaaa kena la alert time tidor anak-anak ye...cukup tidor cukup la senyuman yang mereka berikan...

2. Buat perancangan awal – Jika perlu membeli-belah barangan keperluan, lakukan seawal mungkin iaitu pada waktu pagi ketika anak tidak lapar atau keletihan. Bawa sekali bekalan snek atau permainan untuk anak jika ada kemungkinan anda perlu beratur panjang.
~~ planning perlu ada agar anak-anak tidak buat hal di kala kita yang sudah kepenatan ini ye...jangan salah kan anak-anak andainya kita ni yang semborono membuat sebarang aktiviti tanpa perancangan awal...

3. Kreatif – Galakkan anak anda bercakap. Jika dia masih belum boleh bertutur, gunakan kreativiti anda dengan mengajarnya bahasa isyarat ringkas dan mudah difahami bagi merujuk perkataan seperti ‘Saya Mahu’, ‘Cukup’, ‘Sakit’ dan ‘Penat’. Lebih mudah komunikasi anda dan anak, lebih kurang anda berdepan masalah anak mengamuk.
~~kalau anak-anak yang pandai bercakap sangat mudah laaaa nak ajar...ihikss kalau irfan yang cakap sebutir-sebutir ni agak tercabar juga la minda untuk mengajar dia secara kreatif ni....hehehehe yang pastinya kalau irfan buat hal kena bagi details explanation kenapa dan mengapa...jangan sesekali sebut JANGAN...:D

4. Buat pilihan – Benarkan anak kecil membuat pilihan bagi membolehkannya berasakan dia juga boleh memilih. Ini seperti menyuruhnya memilih antara baju warna putih atau biru, jenis buah-buahan yang diingininya atau mainan pilihan.
~~bab ni aku tak nafi kan...aku dah pun praktikkan kat irfan bila aku memberi pilihan kepada dia untuk memilih buku di kedai buku...wah!!! bukan main semangat lagi dia pilih buku yang boleh dia pusing2 board...bila aku tunjukkan buku yang biasa-biasa terus sebut NANAK!!...nak NI!!...hehehe siap staff Kedai Buku Popular tu pun gelak tengok aksi dia pilih buku...:D

5. Beri pujian – Pujilah anak anda jika dia berkelakuan baik seperti berkongsi mainan, patuh dan mendengar arahan.
~~yeszaaaa sudah semestinya....setiap kali irfan membantu buat kerja ucapan terima kasih tak lekang dari mulut ni...makin rajin laaa dia membantu...so far nampak laa bila dah main dia akan simpan dan kutip balik mainan masuk dalam kotak...bila dah makan sure dia akan angkat pinggan dan cawan ke sinki...bila bangun tido dia akan kemas kan bantal sendiri walau pun susunan tak berapa nak lurus..tetapi aku tetap puji dia...sengihhhhh je kalau aku memuji hasil kerja dia...:D tapi kan kadang-kadang tu aku ni saje jek tau....hehehe d sebab kan kerajinan dia tu apa lagi aku banyak gak arr suruh ambil tu ambil ni...hehehe last2 laki aku yang marah aku...hahahaha...:p


Mari lah kita sama-sama mencuba tips di atas agar kita menjadi ibu bapa yang penuh SABAR...:D Selamat Mengamal ye kawan-kawan...

click pic for source


Assalamu'alaikum wbt...

merujuk kepada tajuk di atas...sebenarnya post ini secara tidak langsung berkait rapat dengan post semalam kisah anak suka menggigit...aku rasa kebanyakan anak-anak memang suka mengamuk kerana mereka rasa kan kita ni sebagai ibu bapa mereka tidak memahami apa kehendak mereka...irfan pun kadang-kadang mengamuk kalau kehendak nya aku tak ikut..memang satu cabaran yang hebat kalau kita gagal mengatasi anak yang kuat mengamuk ni...

so far amukan irfan masih lagi di bawah kawalan....alhamdulillah dia jenis yang mendengar kata...cuma kena bagi sedikit penerangan kat dia...contohnya kalau dia berdiri kat atas baby seat apa kesudahannya...kalau dia memanjat kerusi apa kesudahannya...kita tak boleh cakap terus perkataan JANGAN....lagiiii laaa dia akan buat...bertuah betul lagi di tegah lagi sukaaa di buat..so kena psiko sikit dia baru laaa dia kendur sikit...but still akan buat balik...:p

ada juga anak-anak kawan-kawan aku yang jenis cepat mengamuk dan lambat nak memujuk...kesian juga tengok mereka-mereka ni berusaha untuk memujuk anak mereka...selalu sangat mengambil masa untuk makan pujukan....aku nak share sikit la info pasal anak mudah mengamuk ni kan...
artikel Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
Sindrom Anak Mengamuk
Kanak-kanak lingkungan usia dua hingga tiga tahun cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami.

‘Temper tentrum’ atau mudah marah dialami budak gagal berkomunikasi dengan baik.

sambungan artikel ini lagi..
Pakar sebuah pusat perubatan Amerika Syarikat, Dr Jay Hoecker menyifatkan tantrum adalah satu proses tumbesaran yang normal. Ia juga bukan penyakit dan mulai hilang apabila usia kanak-kanak semakin meningkat.

“Apatah lagi jika anda dan dia sudah boleh berbual dan berkongsi pendapat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh. Sebenarnya, tantrum dilihat oleh kebanyakan pakar psikologi kanak-kanak sebagai luahan rasa kekecewaan seseorang kanak-kanak tidak kiralah sama ada ia dari sudut fizikal, mental atau emosi.

“Kekecewaan itu ada kalanya kerana kesukaran anda sebagai ibu bapa memahami kehendaknya disebabkan penguasaan perbendaharaan kata yang sedikit,” katanya yang menulis di Mayoclinic.com.

Tantrum dianggap normal kerana sebahagiannya berpunca daripada kegagalan anak kecil itu menguasai kemahiran asas. Misalnya, gagal membuka atau menutup butang baju. Ini disebabkan ada segelintir kanak-kanak memiliki kecenderungan untuk mudah marah berbanding kanak-kanak lain dan lazimnya faktor seperti letih, lapar atau tertekan menyebabkan mereka mengamuk.

Apabila usianya semakin bertambah, dia akan belajar menangani emosi yang mencetus kemarahan. Dia juga selalunya sudah mampu menguasai pertuturan dengan baik serta semakin berdikari.

Namun, dalam lingkungan usia dua hingga tiga tahun, anak kecil ini cenderung untuk mudah marah kerana kehendaknya tidak difahami. Membaling barang, menghentak-hentak kaki atau menjerit sekuat-kuat hati adalah cara meluahkan kekecewaan itu. Ada kala luahan kemarahan itu berlaku selama 20 saat atau mungkin hingga berjam-jam lamanya.

Dr Hoecker berkata, kanak-kanak mula memperlihatkan kemarahan (tantrum) pada usia dua atau tiga tahun. Namun, ada juga kanak-kanak yang mula mempamerkan sikap tantrum pada usia yang lebih muda daripada itu. Apabila dia berusia empat atau lima tahun, dia masih mudah mudah tetapi apabila usia semakin meningkat, penguasaan bahasanya juga meningkat dan anda boleh mengajaknya berbual dan mudah bertolak ansur.

Tantrum ialah tingkah laku untuk menarik perhatian. Justeru, satu cara untuk meminimumkan tantrum si kecil anda adalah dengan tidak mempedulikannya. Selalunya, dia akan menjerit lebih kuat dan menarik perhatian. Jadi, ambil peluang itu untuk berbincang tentang sikapnya.

Apabila si kecil meradang, penting untuk anda bertenang dan mengawal kemarahan. Menjerit padanya atau memukul hanya akan memburukkan lagi keadaan. Selalunya, apa yang terbaik untuk anda dan si kecil yang mengamuk ialah suasana senyap tanpa anda mengalah dan tunduk padanya. Dia akan diam dengan sendiri apabila dia gagal menarik perhatian anda.

Jadi perlukah anda menghukumnya sebagai balasan ‘mengamuk’? Logiknya tentulah tidak. Walau sebesar mana pun kemarahan anda kepadanya, cara terbaik ialah mengingatkannya sikap itu tidak betul.

Justeru, mengelak kemarahan anak kecil itu adalah lebih baik. Mulakan dengan diri sendiri dengan memberi perhatian dan pujian padanya bagi membina keyakinan dirinya. Secara tidak langsung dia tahu anda menyayangi dan mengambil berat.

Perhatikan juga tanda-tanda yang boleh menyebabkannya marah dan cuba alihkan perhatiannya.

Beri sedikit kebebasan pada si kecil anda. Misalnya, jika memesan minuman tanya dia apakah air yang diinginkan, jus atau teh. Jika memintanya memberus gigi tanya padanya, hendak berus gigi sebelum atau selepas mandi?

Beri perhatian kepada permintaannya dan jika tidak boleh ditunaikan beritahu sebabnya. Sebagai ibu bapa anda lebih memahaminya, jadi jangan bawa dia membeli belah pada waktu tidur semata-mata hendak mengejar jualan murah.

Bagaimana jika dia tiba-tiba mengamuk walaupun anda sudah cuba sedaya upaya mengelak berlaku tantrum?

Jangan marah, sebaliknya cuba bertenang dan senyum.
Cuba fahami mengapa si kecil anda marah.
Alih perhatiannya.
Dakapnya, belai rambutnya dan tenangkan dia – mungkin kadang kala anak-anak akan terus menjerit, jadi tinggalkan dia sekejap. Jangan pedulikan dia dan lihat bagaimana reaksinya.
harapan aku pada mereka yang mempunyai anak yang kuat mengamuk ni agar SABAR la menghadapi kerenah anak2 ini...juga aku mengharapkan agar aku juga dapat berSABAR dalam melayan karenah bujang aku sorang tu...isk isk isk kadang2 terkucil jugak sabar aku tu...




assalamu'alaikum...

korang hari ni kan aku nak share dengan korang kisah pelik tapi benar...aduhhhai macam-macam arr kisah yang terjadi di depan mata aku ni...segala yang terjadi aku jadi kan pedoaman dan pengajaran untuk diri sendiri serta berkongsi kisah ini agar dapat korang jadi kan pedoman ye...

aku ni nak menasihatkan orang bukan la pandai sangat..maklumlah anak aku pun baru sorang yang belom cukup kematangannya kann..tapi bila aku menggunakan akal fikiran yang ada ni idak ler aku sanggup membiarkan atau merelakan anak aku yang tak matang tu gigit aku semata-mata bagi kepuasan c kecik tu kann...aduhaiiii macam mana laaaa ada orang tu kann sanggup biar kan anak dia menggigit anggota badan nya hanya kerana tak nak tengok anak dia mengamuk...wallaaaweiiii terbontang bijik mato aku ni tauu...bila dia guna kan alasan tu...

click pic for source

berdasarkan pemikiran aku yang tak cukup pengalaman ni kan.....tak wajar laa c ibu tu merelakan anaknya menggigit...bukan apa di khuatiri akan terbawa-bawa sekiranya dia bermain dengan kanak-kanak lain dan dia tidak dapat apa yang di ingini sure anak dia akan menggigit untuk mendapatkan apa yang di ingini nya....ayoooo siapa yang susah looo kalau hal ini tidak di tangani dari kecil lagi kan....

mula-mula aku tak perasan kan kisah anak dia yang suka menggigit ni memandangkan anak dia pun jenis yang kuat mengamuk maka aku tak ambil pusing sangat la kan...tapi bila tetiba jek orang tu terjerit dengan kuat...aku pun terkejut juga arr ingat kan dia sakit ke apa...

'awat kak..? terkejut den d buatnya...' dengan muka terkezutt...
'iskkkk budakkk ni hahh menggigit...' sambil tunjukkan tangan yang lebam..
'looorrr awat yang dia gigit tu...?' dengan muka pelik bin ajaib...
'dia tak dapat nak main barang tu..tu yang dia gigit...nak lepas kan geram..' dengan muka kesakitan..
'lorrrrr kenapa di biarkan dia gigit...tak sakit ke..?' ahakss dengan muka sengal...
'isk ada ke tak sakit...tengok ni dah lebam...'aksi menahan sakit...berkerut dahi..
'hehehehe dah tau sakit kenapa di biarkan dia gigit...' dah tergelak2 tengok muka orang tu...
'kalau tak biarkan nanti teruk dia mengamuk lagi...tu yang biarkan dia gigit dari dia mengamuk...' jawapan penuh konfiden...
'hah..? biar betul kak...ini dah kes psikologi dah ni..takut di biarkan jadi kebiasaan la pulak..' wah macam terror jek jawapan yang di berikan....
'abis tu nak buat macamana..? kalau dia mengamuk lagi susah berjam-jam nangisnya nanti..' muka buntu...
'ohhh ye ke...akak merelakan tak per la...tahan jer laa sakit tu nampaknya...' muka tak bersalah...
'tu la dia...ni hah tengok ni lebam kat bahu, kat tangan, kat jari , kat mana2 yang dia sempat gigit la...' muka simpati...

tu la dia antara dialog2 aku dan orang itu...alhamdulillah anak aku bukan jenis yang mengamuk ni maka aku tak dapat la nak bantu orang itu bagaimana menangani masalah anak dia..isk isk isk...kalau korang kan agak2 nya rela tak membiarkan diri korang lebam sana..lebam sini...gara-gara tak nak anak mengamuk...? kalau aku frankly speaking i tak rela uuu....sakitt tauuu kalau kena gigit ni...aku pernah kena gigit dengan irfan time gigi dia nak tumbuh...dia gigit nenen aku tau...rasa nak terkucil pun ada...so aku guna teknik2 yang d ajar oleh nurse agar anak tidak menggigit...alhamdulillah sampai laaa ni dia tak gigit....TAPI kalau gigitan manja i like very muchhhh tauuu...:p



click for pic source
assalammu'alaikum...korang-korang aku nak share skit cerita yang bikin hati aku panas dan menggelegak sikit...tajuk kat atas tu merujuk kepada kisah yang terjadi di depan mata aku tauu...alahai kesian sungguhhh laaa c ibu ni bersungguh-sungguh merayu kat anak dia supaya menemaninya di kampung...c anak boleh buat dekkk je bila c ibu tanya...

alkisahnya bermula bila c ibu ni mendapat tahu yang anak dara nya telah memulakan cuti pengajian selama sebulan maka c ibu ni pun menghubungi c anak dan mengajak c anak ni pulang bersama dengannya ke kampung memandangkan c ibu ni sudah berkelana selama 2 bulan d rumah anak lelaki nya yang telah berkahwin....hakikatnya anak lelaki dan menantu mak cik ni tak kisah tetapi hati orang tua kan yang tak berapa nak selesa duduk rumah orang lain lama-lama ni kan...jadi bila dapat tahu anak dara dia dah start cuti semester apa lagi mak cik ni pun menyuruh anak dara nya datang ke rumah anak lelaki dia....

memang betul c anak dara ni datang tetapi datang hanya sebagai lawatan untuk melihat ibu nya sahaja...alangkah kecewa nya hati c ibu ni.....puas memujuk c anak buat muka selamba jek...tak dak bersuara apa-apa pun...alahai kalau adik2 aku buat macam tu dah lama aku melaser kan diorang...aku sebagai orang luar yang melihat kan kejadian tu pun rasa sedih jek tau tengok muka mak cik tu...hanggok betul arr anak dia tu...hangin aku tauuu...isk isk apa kan daya aku hanya orang luar maka hanya dapat menonton sahaja drama yang terjadi d depan mata aku ni...antara dialog diorang
c ibu : 'petang ni kita balik kampung ye...'
anak : ' tak tahu pun nak balik..kenapa tak cakap awal-awal...'
c ibu : ' tadi kan mak dah bgtahu nak balik kampung...'
anak : 'tak perasan arr...mana nak tahu...'
c ibu : 'kalau macam tu malam nanti baru kita balik la...'
anak : 'orang tak bawak baju...tak de baju nak pakai nanti...'
c ibu : 'kat kampung kan ada banyak baju lain....'
anak : 'tu baju buruk...old fashion arrr...' (padahal baru jek 6 bulan sambung belajar)
c ibu : 'laaaa mana ada buruknya kan elok di susun dalam almari...'
anak : 'isk IC pun orang tak bawak arr...tak yah arr balik kampung...bukannya ada apa pun....'
haiyaaaa apaaa laaa yang susah sangat mau balik kampung weiii....kesian laaa kat ibu tu...aduhhh aku betul2 tak paham tau...kenapa c anak tu sanggup buat ibu dia macam tu...aku yang emo terlebih tengok 'drama' ni tau....KALAU laa aku boleh menyampuk sure aku guna dialog ni...
'wei badigol apa ke susah sangat ko nak balik kampung ni..'
'balik jer arrr....baju2 yang ko tak bawak tu cantik sangattt keee...'
'apa punya anak arrr ko ni...memang tak sedar diri d mana asal ko tu...'
'baru 6 bulan keluar kampung dah nak berlagak....'
'cakap macam bagus2 jek...'
'mak ko tu sanggup bergolok bergadai nak bg ko sambung belajar...ko buat mak ko macam ni pulak...aku hempukk kangg...'
ermmm aku sedar lontaran dialog ni tersekat kat kerongkong aku je la memandang kan aku tak berani nak menyampuk hal rumah tangga orang ni kan...kalau korang kan apa yang korang buat ekk..?

click for pic source

hari ni kita layan pic-pic keberangkatan mak mertua aku pula ye...alhamdulilah sepanjang perjalanan dari Sabak Bernam ke Kelana Jaya tiada halangan....kami bertolak dalam kul 2.30 petang dan selamat sampai 5.00 petang...rombongan di sertai oleh orang-orang kampung selain adik beradik suami....meriah betul...ihiks...:D

perjalananan di mulai dengan bacaan doa

ahli rombongan

aktiviti sementara

ibu mertua ku

saat melangkah ke Kompleks Tabung Haji







semalam layan pic kenduri rumah mak aku kan...so hari ni layan pic mak & ayah aku berangkat ke Tanah Suci...rombongan menghantar ke Kelana Jaya hanya di sertai oleh adik beradik aku serta Pak Lang & Mak Lang aku sahaja...oh ye maap laaa yer pic kenduri rumah mak mertua aku tak dak...ada masalah yang tidak dapat di elakkan...jom cuci mata tengok pic-pic ni ye...

perjalanan di mulai dengan bacaan doa

sesi bermaafan

ayahanda

bonda

saat paling syahdu bila melangkah kan kaki ke dalam Kompleks






kenduri kesyukuran dan doa selamat ni di adakan sempena keberangkatan mak & ayah aku ke Tanah Suci...jom kita layan pic-pic ye memandangkan kenduri ni pun dah dua bulan berlalu...hahahaha aku tak kira tetap nak cerita kan jugak...rugi ooo kalau aku tak post kat sini...:p memandangkan hari ni aku free terlampau...*padahal kerja berlambak tak kira aku dah tak tertahan nak post jugak....hahahahaha....


bacaan yassin



antara tetamu jemputan


sesi kemas mengemas


sesi cuci mencuci



click pic for link
kenapa aku terlalu busy kebelakangan ini..?ermmm meh kita tengok list hal-hal yang bersangkut paut mode kebizian aku yang terlampau sampai tidak sempat nak berblog atau beronline...

click pic for link
  1. 02 Oct 2010 - kenduri kesyukuran rumah mak & ayah
  2. 09 Oct 2010 - kenduri kesyukuran rumah mak mertua
  3. 11 Oct 2010 - mak & ayah menunaikan fardu haji
  4. 18 Oct 2010 - mak mertua menunaikan fardu haji
  5. 23 Oct 2010 - bacaan yassin di rumah mak bersama-sama adik beradik
  6. 30 Oct 2010 - kenduri kahwin d Melaka & bacaan yassin di rumah abang
  7. 05 Nov 2010 - bercuti dengan adik beradik
  8. 07 Nov 2010 - baby sitter irfan bersalin
  9. 13 Nov 2010 - kenduri doa selamat untuk mak, ayah dan mak mertua sempena keberangkatan mereka ke Padang Arafah
  10. 20 Nov 2010 - gotong royong kemas rumah mak mertua
  11. 26 Nov 2010 - ketibaan mak & ayah dari Tanah Suci
  12. 27 Nov 2010 - kenduri kesyukuran sempena mak & ayah pulang dari Tanah Suci
  13. 03 Dec 2010 - ketibaan mak mertua dari Tanah Suci
  14. 04 Dec 2010 - kenduri kesyukuran sempena mak mertua pulang dari Tanah Suci
walalalala...almost every week hidup aku penuh dengan aktiviti kekeluargaan...busy kan aku ni...hehehehe selain dari penuh dengan aktiviti keluarga, aku juga busy dengan kerja-kerja yang memang tidak pernah habis.....alhamdulillah dengan rezki yang tidak putus ini....oh ya lupa pulak aku nak bagitahu sepanjang BS irfan berpantang ni aku menjaga irfan sendiri di rumah...aku tidak menghantar ke tempat lain dan aku juga tidak masuk opis dalam tempoh tersebut....

alhamdulillah aku ni bekerja sendiri kan...so staff aku laa yang kena berulang alik ke rumah mak aku andai nya ada dokumen atau pun hal-hal yang berkaitan dengan kerja yang perlu di selesaikan...so korang paham-paham jer la kan kalau dah bekerja di rumah bersama c bujang yang sedang meningkat naik di mana ke aktifan dia berada d puncak...maka aku juga harus mempunyai stamina yang tinggi...hehehehe....

agak stress juga mula-mulanya....maklumla irfan kan breast feed so bila dia bersama dengan aku botol d tolak ketepi...jenuh ku sua botol jawapannya NO NO NO...aduhaiiii...makin kuat mengempeng sekarang ni...kalau aku nak buat kerja hanya pada waktu dia tido...waktu lain tidak di benar kan selain melayan aktiviti-aktiviti dengan dia...

alhamdulillah sejak cuti sekolah bermula ni dia kurang la skit mengempeng sebabnya dah ada kawan-kawan sepermainan...siapa lagi kalau bukan dengan sepupu-sepupu dia yang melepak sekali time cuti sekolah ni...legaaaa laaa skit....alhamdulillah...tu yang aku sempat nak buat entry ni...:D dia tengah leka bermain so tiada gangguan...kihkihkih....

ok la korang panjang pulak entry aku kali ni...t aku post kan pic-pic untuk aktiviti-aktiviti di atas ye...maklumla aku ni gila amik gamba skit...ahakss...jumpa korang lagi k...MISS U ALLs!!!!

click pic for link