Assalammualaikum wbt...
pagi ni aku berpeluang menyelak dan membaca Harian Metro semalam (17 Mac 2011)...walaupun berita dan cerita nya mengenai hal yang berlaku semalam aku masih lagi membaca nya juga...bukan apa nak tau juga kan perkembangan semasa ni...semalam nak baca tak dan...selaunya setiap pagi pasti aku kalut melayan karenah bujang sorang tu...
selain dari hal berkaitan malapetaka d Jepun, aku begitu tertarik dengan satu Artikel yang di tulis oleh Hariyati Ariffin mengenai Cabaran Jaga Ibu Bapa Uzur...yang berminat leh la carik artikel ni dalam Metro semalam ye kat mukasurat A20...aku try nak carik kat MyMetro tak dak la pulak...atau pun aku tak berapa nak pandai nak carik kan...;) aku cuma dapat carik blog Pn Hariyati ni sahaja...boleh korang click kat sini...*eh nama dia sama dengan nama mak aku la...;)
kenapa ye aku begitu tertarik dengan artikel ni...?ermmm sebenarnya aku merasakan artikel ini membantu aku bersedia dari segi psikology mengenai penjagaan ibu bapa yang uzur...memandangkan aku masih lagi ada mak ayah serta mak mertua...mana la tahu kan satu hari nanti aku di beri peluang untuk menjaga mereka ke..at least aku dah bersedia kann...
Hakikat yang perlu aku fahami adalah bukan mudah menjaga ibu bapa yang telah uzur...ini adalah kerana urusan penjagaannya bukan lah mudah seperti yang di sangka kan...apa tah lagi ibu bapa yang uzur sentiasa memerlukan perhatian kita...seperti mak dan ayah aku sekarang ni mereka mudah sensitif dengan persekitaran...kalau tersalah cakap mereka mudah kecil hati...maka aku sebagai anak sudah semestinya tidak mahu mengecilkan hati ibu bapa aku...di sini lah aku merasakan cabaran yang bakal aku hadapi...
apa tah lagi kebanyakan ibu bapa yang uzur ini mempunyai permintaan yang mengelirukan dan kebanyakan nya sukar kita sebagai anak memahaminya...paling mudah bila aku pernah tanya 'Ayah nak makan mee tak...?' dia akan jawab 'tak payah nak susah beli kan aku' tapi bila kita tak belikan dia makanan dia akan merajuk dia akan kata 'orang dah tak ingat kat dia'...kalau dulu memang selalu timbul konflik tetapi alhamdulillah kini aku perlahan-lahan cuba memahami kehendak ayah dan mak...
seperti apa yang di tulis oleh penulis dalam artikel tu....
Sikap cerewet dan kembali menjadi keanak-anakan serta suka mengadu perkara yang bukan-bukan kepada anak yang lain menyebabkan mereka yang menjaganya mendapat tekanan amat tinggi.Sebenarnya ibu bapa yang uzur ini menagih simpati dan kasih sayang anak. Jika tidak berbuat demikian jarang yang ada datang melawat. Semuanya memberi alasan sibuk bekerja. Namun, bagi anak yang kurang perihatin dan tidak sensitif terhadap kehendak ibu bapa yang uzur ini menyebabkan mereka malas melayan perangai remeh temeh melayan ibu bapa sedemikian....
bak kata orang kan menjaga ibu bapa ni terbuka la pencarian pahala yang besar TETAPI ianya juga bakal mengumpul lebih banyak dosa andainya kita sebagai anak kurang sabar melayan karenah mereka...Namun ini harus ku akui ujian dan dugaan akan datang menguji kesabaran kita melayan kerenah ibu bapa yang uzur ini..hakikatnya yang harus kita ketahui adalah perbuatan yang baik di beri ganjaran yang berlipat kali ganda terutamanya melibatkan penjagaan ibu bapa yang uzur...
seperti artikel Pn Haryati di sini..
Jika kita memberi contoh yang baik kepada anak-anak kita dengan menjaga orang tua kita insyaAllah mereka juga akan menjaga kita suatu hari nanti. Pesanan kepada mereka yang mungkin lupa bahawa kita tidak sentiasa muda dan kaya serta sihat, tanggungjawab yang diamanahkan Allah amat penting untuk kita laksanakan. Bagi ibubapa yang sentiasa sibuk dan terlalu mengejar kebendaan dan status, luangkan sedikit masa untuk anak-anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Bagi anak-anak pula janganlah abaikan tanggungjawab terhadap kedua ibubapa yang tua dan uzur hanya kerana kita terlalu sibuk dengan pekerjaan.Kasihanilah ibubapa kita kerana mereka amat memerlukan perhatian dan kasih sayang untuk mengisi usia yang tersisa dalam hidup mereka. Lupakan apa juga kisah silam mereka, kerana kita juga tidak tahu apa nasib kita apabila kita seusia mereka kelak. Ingatlah bahawa hidup ini satu putaran. Hari ini kita perlakukan pada ibubapa kita , tidak mustahil hari esok anak-anak kita lakukan perkara yang sama keatas kita. Jelaslah ungkapan ` What goes around comes around ' menggambarkan hukuman Allah terhadap setiap perbuatan.
ayahanda tercinta
bonda tercinta
bonda mertua tercinta
4 lovely reply:
Alhamdulillah, ibu bapa dan mertua ada lagi... moga berpeluang menjaga mereka nanti...
pernah berpengalaman jaga nenek waktu uzur, bersabar tu adalah kunci utama... sama seperti dia bersabar waktu kita kecik2 dulu, kan? :)
memang mencabar jaga orang tua yang uzur ni,wlaupun nuyue tak pernah merasai nyer lagi tapi nuyue cukup kagum dgn mak & ayah nuyue yang mana sekarang tengah jaga atuk & nenek yang tengah sakit.mmg peragai mereka mcm kanak2..sekejap cakap camtu..sekejap ckp camni...tapi mak sabar melayan kerenah diaornag...
sya kunci penjagaan orang tua ni adalah SABAR...itu yang harus ada di dalam diri...itu juga laa yang menjadi garis sempadan kita kan...;)
nuyue orang tua yang uzur lagi laaa cabarannya tidak terkata..ya Allah semoga kita seperti ibu bapa kita yang sabar melayan kerenah orang tuanya ye...
Post a Comment