My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

Hamboi bukan main semangat aku buat entry ari ni...wakakaka semangat tak sabar nak cuti ni sebenarnya...SERIOUSly aku memang tak sabar nak bercuti kali ni kerana :
  • tempat percutian ni pertama kali aku jejaki
  • bercuti bersama-sama keluarga tercinta
  • semua adik beradik aku JOIN kecuali adik aku yang akan berHANIMUN dengan hubby dia
  • biasa nya konvoi dengan kereta kali ni ROMBONGAN BAS daaaa
  • Jiran-jiran terdekat dan yang rapat juga turut serta
Jangan terkezut beb family aku sekarang dah makin membesar...Ahli keluarga aku sekarang ni ada dalam 29 orang...memandangkan perjalanan agak jauh dari biasa so kalau konvoi beramai-ramai agak tak praktikal kerana ia akan melibatkan 6 atau 7 kereta...dengan duit minyak lagi duit tol lagi sure melibatkan belanja yang besar dan juga penat lagi...maka kata sepakat telah memilih BAS sebagai kenderaan utama...

Memandangkan bas boleh memuatkan 42 orang jadi kami telah mempelawa jiran-jiran yang rapat yang berminat nak mengikuti rombongan ni..Alhamdulillah jiran-jiran yang belum pernah pergi juga ikut serta dalam rombongan kami ini...hehehe tu yang rasa makin seronok..sure meriah dalam bas nanti...

tak sabar nak melepak di tepi pantai


tak sabar nak mandi-manda


tak sabar nak ambil gambar



** pic di atas adalah dari koleksi peribadi aku ye...
** peringatan pada diri sendiri...beringat la dalam bergembira...

Assalammualaikum wbt..
yippeee!!!hari ni dah hari Jumaat...esok hingga Isnin adalah hari cuti...malam ni aku akan bertolak ke tempat percutian bersama keluarga yang tercinta...doa kan kami selamat ketika dalam perjalanan yer...Semoga kami selamat sampai ke tempat yang di tuju dan pulang dengan selamat nya...Semoga percutian kami sekeluarga di lindungi dari sebarang bencana...amin

SELAMAT BERCUTI!!!! kepada semua rakan-rakan serta pembaca tersayang...;)




Assalammualaikum wbt...

Weekend ni kan cuti terlajak sampai Isnin sempena cuti HARI BURUH yang jatuh hari Ahad so kena la berjangkit cuti nya ke hari Isnin..korang dah plan nak kemana-mana ke...? apa plan korang ek selain pergi bercuti..?kalau bercuti korang suka pergi ke tempat yang macamana...?
  • suka pergi pantai ke ?
  • suka pergi air terjun ke ?
  • suka pergi tempat yang bersejarah ke?
  • atau korang suka melepak kat shopping kompleks?
  • tak pun korang just melepak sambil melunjur kan kaki kat rumah?

yang mana satu pilihan korang ekk...?


aku pilih bercuti di tepi pantai...sambil menikmati hembusan angin laut kan...weeee best best...rindu nak melepak kat tepi pantai...last sekali aku pergi akhir bulan 12 tahun lepas...kat tepi pantai ni boleh tengok matahari terbit dan terbenam...sangat2 mengasyikkan..syahdu je rasa nya...

TAPI yang pali teruja kalau pergi pantai ni tak lain tak bukan hero aku tu la kan...dia pantang tengok air laut ni...lagi best kalau bawak mainan ni...semua orang nak di tembaknya...


Assalammualaikum wbt...

hari ni Hari Khamis...esok dah Jumaat...lusa Sabtu...hahahaha mengira hari pulak aku ni kan...bukan apa wei aku dok mengira hari-hari terakhir bago Si Pembayar Cukai...hari Sabtu adalah hari terakhir penghantaran Borang Pengiraan Cukai Pendapatan (yang ni bagi punca pendapatan bukan perniagaan)

e-Filing

korang camno wei..dah kira dan hantar ke..?ermmm ada yang dah hantar awal-awal tu dan ada pulak tax credit bertuah arr...dapat pulangan balik dengan kadar segera pulak tu..sekarang ni LHDN makin efficient tau...so far client aku pun ada yang dah settle gak...yang lambat-lambat ni jenis yang bagi feedback kat kitorang pun lambat...ermmm kelam kabut skit arr kalau lambat-lambat ni...aku memang advise kat client dari awal tahun lagi...



Piagam Pelanggan LHDNM bagi memproses bayaran balik lebihan cukai pendapatan tahun semasa adalah seperti berikut:.
* 30 hari bekerja bagi penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan melalui kaedah e-Filing.
* 90 hari bekerja bagi penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan melalui kaedah borang kertas (manual).


Bagi tempoh 1 Mac 2011 sehingga 31 Mac 2011, LHDNM telah menerima 207,005 Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 melalui kaedah e-Filing dan daripada bilangan tersebut sebanyak 147,601 pembayar cukai mempunyai amaun cukai terlebih bayar dan layak untuk dibayar balik.



Sebagai memenuhi Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan, sehingga tarikh 26 April 2011 LHDNM telah berjaya memulangkan semula amaun baki cukai terlebih bayar bagi Tahun Taksiran 2010 kepada 135,777 (91.98%) orang pembayar cukai. Baki sebanyak 11,224 kes lagi masih dalam peringkat pemprosesan dan akan diselesaikan dalam tempoh Piagam Pelanggan yang telah ditetapkan.


Peanut Dancing Animated Clipartso siapa nak cepat bayaran balik cukai terlebih bayar guna lah e-filling...



Assalammualaikum wbt...

Semalam aku share dengan korang cara buat tapai pulut kan...hari ni lak aku nak share korang cara buat tempe Mak Mertua aku...siapa yang suka makan tempe boleh la belajar buat tempe sendiri ye...;) aku suka gak tempe p tak pernah lagi buat sendiri...wakakaka aku kan selalu balik kampung jadinya aku rembat jer la stok tempe Mak Mertua aku..Mak Mertua aku ni memang terkenal dengan Tempe kat kampung...selalu gak arr orang order kat dia...aku tumpang makan jer la gamaknya kan..;)

cepat-cepat siapa yang nak buat sendiri tempe click kat penaja aku tu hah...hehehe jom kita tengok bahan-bahan & cara-cara nya ye...;)

Bahan-bahannya :
1kg Kacang Soya
serbuk tempe kering (tempe di jemur sampai kering & di blend)
daun pisang

Cara-caranya :
  1. Basuh kacang soya sehingga bersih
  2. Kemudian rebus kacang soya yang telah siap di basuh selama 45 min
  3. Selepas di rebus, tos kacang soya dan di keringkan (biarkan sehingga sejuk)
  4. Setelah kacang soya rebus sejuk, taburkan serbuk tempe kering dan di gaul sebati *
  5. Siap di gaul bermula la proses pembungkusan dengan daun pisang
  6. Selesai di bungkus, di biarkan 2 malam di mana semalaman di dalam bekas yang bertutup kain dan semalaman di angaikan di tempat terbuka
  7. Habis 2 malam boleh laa tempe itu di guna kan
* serbuk tempe tu biasanya Mak Mertua aku main agak2 je..

tempe yang siap di rebus, di tos dan di sejukkan



proses menabur serbuk tempe dan gaul sebati


prosess pembungkusan



siap di bungkus dan di biarkan 2 malam




sedia untuk di masak

aku suka tengok tempe yang putih salju ni..macam gebuss je...aku suka tempe yang buat sendiri sebab nya macam fresh je rasa nya...hehehe aku dh try yang beli kat kedai yang di bungkus dengan plastik tu...ermmm agak2 kureng sebab rasa nya lain dari yang fresh ni...

***pst pst korang tempe ni selalu buat masak apa ekk...kalau laki aku dia suka sangat makan tempe goreng..kalau buat kuah dia kata tak puas...:D

******ooopss sebelum terlupa sila tinggal kan sebarang pertanyaan nanti akan ku usul kan dekat MIL ku yang tercinta..weeehoooo...

Assalammualaikum wbt...

Memandangkan semalam aku blank dengan idea..hari ni aku rasa ok la skit kann...mula-mula aku nak tanya siapa yang suka TAPAI PULUT sila click kat tabung aku ye...(hahahaha tabung tajaan tu..:P) aku suka dengan TAPAI PULUT yang mak mertua aku buat aje...bukan apa tau kadang-kadang tu yang orang buat atau jual ada yang manis sangat sebab diorang campur kan gula...yang mak mertua aku buat tak guna gula pun...so manis-manis skit je la...aku bab manis ni memang fail skit..tak tahan manis la wei...

kat sini aku share dengan cara mudah mak mertua aku buat tapai pulut..try arr kalau korang nak..;)

Bahan-bahan :
1kg beras pulut
1/2 biji ragi di tumbuk halus
daun pisang

Cara-cara :
  1. Tanak atau kukus pulut sehingga masak
  2. Selepas masak tuang kan ke dalam dulang bagi proses penyejukkan
  3. Taburkan ragi ke atas pulut yang telah sejuk
  4. Gaul rata dan biarkan ragi sebati dengan pulut
  5. Setelah di biarkan seketika boleh la memulakan proses pembungkusan
  6. Pulut yang telah siap di bungkus di peram selama 2 malam
  7. Selepas 2 malam TAPAI PULUT sedia di makan...;)



proses penyejukkan dalam dulang selepas di tanak



proses merata kan ragi



prosess pembungkusan



selepas 2 malam di peram..sedia di jamu

TAPAI PULUT ni feveret en abang aku...aku paling suka kalau masukkan TAPAI PULUT ni ke dalam air sirap sejuk...sedapppp je rasanya kalau minum time hari panas...mak mertua aku memang rajin buat tapai ni..ramai gak arr orang yang order tapai kat dia...kalau ada orang order dia buat sorang2 jek...rajin kann...hehehe kalau aku ada aku tukang tengok je..bukan apa seni nak membungkus tu aku tak de langsung...kihkihkih aku pernah gak ada hajat nak membantu time membungkus tapai tu kan..last2 kena gelakkan ada la...buruk betul cara pembungkusan aku tu...ntah ke mana seni nya ntah...wakakaka...


****psst psst resepi ni resepi MAK MERTUA aku tau..kalau korang nak tanya sila tinggalkan soklan nanti aku tanya kat MAK MERTUA aku k...:D

Assalammualaikum wbt..

hari ni NO ENTRY dari aku yer..harap maklum kesibukan dengan kerja tambahan pula mata yang bak teratai layu di tasik madu ni menghalang idea-idea nak keluar dari minda..sungguh hari ni aku ketandusan idea..tiada apa yang nak di luah kan...

semoga esok aku segar dalam mengeluarkan idea-idea yang nak di kongsikan bersama di sini...segar seperti terung di bawah ini...uiksss freshh je kan...

****hari ni aku cuma jalan-jalan cuci mata semoga mata aku kembali segar...


Assalammualaikum wbt..

hari ni aku busy skit..so tak sempat laa aku nak terjah ke blog-blog lain yer...kesibukan aku bermula di sini..

Shah Alam untuk menambah bidang perniagaan kemudian menuju keKlang membuka Current Account dan meneruskan perjalanan ke Bayu Tinggi...ketika berada di aku dok busy membelek document..


Lunch time pulak aku menuju ke yang berada di Persiaran Raja Muda Musa untuk mencuci mata sambil merembat barang..selepas ini pula aku plan nak ke Food Court nak makan Sizzling Yee Mee...yummmy!! oh ye pukul 4 ptg nanti aku nak ke Shah Alam balik nak melawat kawan aku yang sedang berpantang...

***conclusion hari ni aku tak tau apa kerja yang sebenarnya aku buat...uhukss



Assalammualaikum wbt...
Aku nak share dengan korang artikel yang aku petik dari Harian Metro...Artikel ni berkisar kan sifat dan sikap anak-anak muda sekarang yang tanpa segan silu membuat aksi 'sumbang' tidak kira di mana tempat nya walaupun berdekatan dengan masjid...

Kalau diorang membuat sumbangan dari segi kewangan atau pun tenaga alhamdulillah la...ini tidak, boleh pulak diorang buat 'sumbangan' dari segi dosa mata kita ni..Ya Allah sbaar je la kan...yang kaki skodeng pulak sure la berduyun-duyun nak melihat 'aksi' yang di sumbangkan tu..

Isk tak takut kah mereka dengan balasan dan azab yang bakal di terima kelak?kemana hilangnya perasaan malu mereka itu..?kalau korang la kan berdepan dengan situasi sebegini apa yang korang buat ekkk?berani tak korang nak tegur anak-anak muda ni...?
Aksi sumbang dekat masjid
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

MASJID TANAH: Memalukan apabila ada pasangan bercinta menjadikan kawasan pantai Tanjung Bidara, di sini, sebagai ‘port’ untuk melakukan aksi ‘ringan-ringan’.Tambah menjengkelkan apabila terdapat pasangan melakukan aksi sumbang itu secara terang-terangan berdekatan masjid pada hari Jumaat ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Perbuatan itu bukan saja menyakitkan mata, malah menjatuhkan imej pantai yang menjadi tumpuan termasuk pengunjung dari luar negeri ini.Tinjauan Metroplus tengah hari Jumaat lalu mendapati terdapat beberapa pasangan asyik memadu asmara tanpa mempedulikan orang ramai yang pergi dan balik menunaikan solat Jumaat.

Peniaga, Abd Ghani Kedel, 60, berkata dia sering melihat pasangan melakukan aksi memalukan itu tanpa berselindung.“Mereka bercumbuan serta berpelukan tanpa malu dan bersalah apabila perbuatan itu dilakukan di khalayak ramai.“Malah ada pasangan yang asyik memadu kasih tidak menyedari perbuatan mereka ditonton segelintir ‘kaki skodeng’ atau pengintai di situ,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, kaki skodeng di pantai berkenaan datang awal dan bersembunyi di dalam semak semata-mata untuk melihat aksi sumbang dan mengghairahkan pasangan terbabit. “Ini sikap remaja sekarang, tidak kira di mana saja termasuk dalam semak melepaskan rindu. Kalau tengah syok memadu kasih, tiba-tiba kena patuk ular baru tahu.

“Saya kesal dengan situasi ini dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak ia terus berlarutan dan menjatuhkan imej pantai ini,” katanya. Sementara itu, imam Masjid Tanjung Bidara, Abu Khir Jamaluddin, berkata ibu bapa perlu berperanan bagi mengelak anak mereka daripada terjebak masalah sosial.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Pegawai Syarak negeri berkata, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini kerana sikap remaja boleh berubah serta terpengaruh dengan rakan ketika di luar rumah.“Namun, lebih kesalkan ada segelintir pasangan terbabit tidak mengira waktu untuk memadu kasih sama ada ketika solat Jumaat atau Maghrib.

“Justeru saya nasihatkan mereka menghormati perasaan orang lain dan bertaubat serta menghindari melakukan perkara maksiat,” katanya.
terpikir gak kat benak pikiran aku ni andainya balasan yang di terima d kala mereka-mereka ini 'beraksi' apakah ianya dapat menginsafkan mereka..? renung-renung kan la...


****aku sedih arr melihatkan anak bangsa sendiri yang jadi macam ni...semoga mereka-mereka ini di beri kan keinsafan diri...

Assalammualaikum wbt...

pagi tadi aku baca paper Harian Metro then terpandang kan kes ni..meh korang baca dulu artikel ni ekk...then baru kita komen ramai-ramai...
Anjing gigit payudara
Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my

BUKIT MERTAJAM: Seorang suri rumah yang cedera payudara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd pada Jumaat lalu, kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing berkenaan.

Mangsa, Lee Boon Chen, 44, berkata, walaupun pemilik anjing itu sudah memohon maaf selepas insiden itu, dia tidak akan berdiam diri dan mahu melakukan sesuatu untuk memberi pengajaran kepada pemilik anjing lain yang tidak mengutamakan keselamatan orang awam.

Katanya, dia mahu pemilik anjing lebih bertanggungjawab termasuk menjaga dan mengawal haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelak orang lain menjadi mangsa.

“Selepas kejadian ini, saya trauma, malah kerap bermimpi diserang anjing dan jika saya melihat atau terserempak dengan anjing jenis itu, saya takut dan badan menggigil,” katanya ketika ditemui menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu, Lee nyaris kehilangan payudara kirinya selepas cedera diserang anjing berkenaan ketika dia membawa anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersiar-siar di kawasan perumahan di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini.

dah baca...? ya Allah kesian kan Madam ni..jadi mangsa keadaan...uwaaaa kalau aku kan...dari jauh nampak anjing pun aku yang lari dulu...bukan anjing takut kan aku...aku yang takut dengan anjing..isk isk aku teringat kisah aku kena kejar anjing...memang HANJING betul tau..

aku siap lari masuk rumah orang yang aku tak kenal tau...aku tak kira dah time tu asal kan aku dapat melari kan diri...Alhamdulillah tuan rumah yang aku masuk tu orang Cina so dia la yang menghalau HANJING tu...menangis aku di buatnya tau...walaupun HANJING tu tak dapat nak buat apa2 tapi aku still menggeletar lepas kena kejar tu...

ermmm apatah lagi laa kalau aku jadi mangsa gigitan HANJING ni kan sure aku akan trauma gak...korang ada tak kisah dengan HANJING ni..? meh share citer meh...

ni la jenis anjing German Sheperd yang aku dapat dr google

Assalammualaikum wbt...

oh ye sebelum aku memula kan budi bicara dekat sini...mintak maap ler lelaki-lelaki di luar sana ye...ini hakikat yang sepatutnya korang telan tau...aduhaii kenapa laaa kebanyakan kaki yang berbau busuk itu ada lah dari kalangan LELAKI...?

kenapa ekk..? eeee nak termuntah bila teringat haruman yang 'memual' kan tu...ya Allah nak jek aku cakap "Encik tak cuci kaki ke..?" ====> harusss laaa aku kena pelakung kann...kalau aku cakap macam ni "Encik, sila cuci kaki dulu sebelum masuk ofis saya boleh?"=====>agak-agak korang sopan tak..?ada tak aku kena pelakung...?

wakakaka....serius wei aku tak tahan dengan kaki yang berbau busuk ni...korang camne ek kalau 'terjumpa' orang yang kaki nya mengeluarkan 'haruman semerbak sampah tu"..? apa korang buat ekk...? bukan apa tau ofis aku ni kalau nak masuk kasut harus la di buka maka nya itu lah haruman yang terpaksa aku hidu kan...uhukss...

aku try google then terbaca artikel ni kat Utusan

Kaki berbau akibat peluh


SElalulah gunakan sabun antibakteria untuk membersihkan kaki. - Gambar hiasan


SESEORANG yang mengalami masalah kaki berbau busuk dan masam akibat peluh pastinya merasa malu, rimas dan gusar untuk melakukan aktiviti seharian.

Masalah yang dialami kebanyakan orang itu juga mampu membuatkan orang di sekiling mereka juga kurang selesa tambahan jika baunya terlalu kuat.

Bagaimanapun, penghidap masalah ini seringkali tidak mendapatkan rawatan atau kurang mengambil perhatian serius berhubung masalah itu.

Mungkin kerana mereka kurang pengetahuan bagaimana untuk menangani masalah itu, tidak memahami kesan buruknya dan malu bertemu doktor.

Pakar Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr. Nani Deraman berkata, masalah kaki berbau akibat peluh itu berpunca daripada banyak faktor.

Ujarnya, kebiasaan, masalah itu timbul akibat keadaan kaki terutama tapaknya yang lembap. "Sesetengah orang mempunyai kulit kaki lembap, menyebabkannya mudah berpeluh dan dijangkiti bakteria yang menjadi punca kaki berbau. "Bagi sesetengah orang pula, masalah ini berpunca daripada kaki, kasut atau stokin yang basah akibat terkena air tetapi tidak ditukar segera yang menyebabkan ia lembap dan berbau. "Selain itu, individu yang kerap memakai kasut jenis tertutup lebih berisiko mendapat masalah berkenaan kerana kaki mudah berpeluh," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Dr. Nani memberitahu, selalunya, pada peringkat awal, masalah kaki berbau akan menyebabkan gatal sebelum menjadi lebih teruk apabila ia dijangkiti kulat dan berair terutama di celah jari. Katanya, masalah itu perlu diatasi segera di peringkat awal dengan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Menurut beliau, penghidap perlu sedar dengan kata-kata 'mencegah lebih baik daripada merawat' supaya tidak perlu menanggung kesakitan dan kepayahan.

"Bila bertemu doktor, mereka akan dinasihatkan memakai kasut terbuka atau mengelakkan punca masalah yang dikenal pasti. "Doktor akan memberikan ubat krim sapu jika masalah itu pada peringkat awal dan krim sapu berserta pil makan sekiranya ia serius. "Penghidap masalah kaki berbau juga dinasihatkan tidak membeli ubat-ubatan secara sendiri tanpa saranan daripada pegawai perubatan,'' ujar Dr. Nani.

aku google gak bagaimana nak mengatasi kaki berbau ni kan then terjumpa la artikel kat sini
Atasi Masalah Kaki Berbau!
Penjagaan tubuh yang baik adalah bila kita dapat menjaga diri dari ujung rambut sampai ke ujung kaki. Jika penampilan anda sudah sempurna, cantik dan kacak, tapi kaki sering mengeluarkan bau tak yang kurang menyenangkan memang spoil.

Bromhidrosis adalah nama medic untuk bau kaki. Penyebabnya adalah kaki yang mengeluarkan peluh yang bercampur dengan bakteria, dan menghasilkan isovaleric acid (zat yang berbau kurang menyenangkan). Kaki dipercayai dapat menghasilkan sekitar 570 ML peluh dalam sehari. Ya,memang bukan jumlah yang sikit. Kita juga harus ingat peluh yang keluar bukan air semata semata. Tapi peluh yang bercampur bakteria yang menjadi punca kaki berbau.

Berikut adalah diantara tips yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah ini:

Gosok celah-celah jari kaki
Setiap kali mandi jangan lupa bersihkan celah-celah jari kaki, karena kawasan itu adalah kawasan yang paling lembab. Dan jika terlampau kotor dapat menjadi punca bau yang kurang menyenangkan. Gunakan sabun mandi dan berus lembut untuk menggosok.

Potong kuku

Rajinlah memotong kuku. Jangan biarkan kotoran berkumpul pada kuku-kuku anda. Lakukannya seminggu sekali.

Rendam kaki dengan teh,garam atau serbuk kopi

Teh dipercayai mampu menghilangkan bau yang kurang enak. Caranya hanya dengan merendam kaki dalam besen yang telah diisi air panas/suam dan hampas teh, rendam selama 10 minit. Selain teh, boleh juga gunakan garam dengan cara yang sama. Serbuk kopi pula boleh dibungkus dengan kain bersih, kemudian masukan ke dalam kasut selama semalaman.

Pola makan
Ternyata pola makan yang tidak seimbang dapat mempengaruhi bau pada kaki. Makanan pedas dan yang tinggi kalori dapat membuat tubuh dan kaki menjadi lebih mudah berpeluh.

Material yang digunakan untuk membuat kasut

Penyebab bau kaki juga adalah kerana pemilihan kasut dari jenis material yang salah. Material daripada plastik/getah cenderung membuat kaki berpeluh kerana panas dan tiada pengaliran udara. Lebih baik pilih kasut yang mempunyai alas dari bahan berasaskan kain.

Simpan kasut ditempat yang sepatutnya
Jangan menyimpan kasut sebarangan. Selain dapat menyebabkan kasut lebih cepat rosak, ia juga boleh menimbulkan bau yang tidak enak. Simpan kasut ditempat yang aliran udaranya lancar, atau gunakan silica gel jika menyimpan kasut di dalam kotak.

Gunakan Foot Patch

Foot Patch merupakan alternatif untuk menghilangkan toksin dalam badan. Toksin kadang kadang boleh menjadi punca kenapa kaki berbau. Tampalkan foot patch sebelum tidur, dan lihat toksin yang telah disedut keluar oleh herba yang terdapat pada foot patch tersebut.

Berjumpa doktor
Cara terakhir jika bau kaki anda tidak hilang juga, cara terbaik berjumpalah dengan doktor supaya doktor boleh memberikan antibiotik untuk menghapuskan bakteria yang membiak di kaki.

Kaki berbau merupakan masalah biasa. Tapi kita jugak haruslah berusaha untuk menghilangkan bau tu supaya bau busuk tu tak menganggu orang lain.

****agak-agak korang la kan ok tak kalau aku print then pas kat client aku yang kaki dia berbau...hehehe ok tak..? mana la tau kan dia tak tau cara nak mengatasi nya...so aku memudah kan diorang la kan dalam erti kata lain aku membantu diorang tau...aduhai sanggup ke aku nak buat ni wei...nampak gaya aku ni dah ler jenis yang tak nak menyinggung hati orang...takut kang ada yang tersinggung lak kan...tapi camno dengan diri aku yang tak dapat nak menahan 'haruman' itu..? aduhaii....tak pun aku pakai topeng camni ok dak..?