My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

wah..wah..wah...masih ada raya kan ari ni..;) hehehe aku tak kira aku nak gak share cerita pasal raya aku...bukan ape wei aku rasa raya kali ni laaaa yang paling meriahnyaa...so sambungan part 2 ni lebih kepada suasana hari raya kedua...

sebenarnya banyak lagi cerita tapi aku make it short ye..nanti ada lak yang boring baca kisah aku ni kan..*eleehh macam ramai jek yang membacanya pun...ikut kan rancangan suami aku kalau boleh raya kedua pagi dah nak di ajaknya aku balik kampung..atas alasan bukan selalu balik kampung..rumah mak dah hari-hari aku melangut kan...*urgh alasan paling aku tak berapa nak setuju memandangkan suasana raya kan lain dari hari biasa kan...tetapi mengikut rancangan adik beradik aku lak mereka nak ada kan meeting adik beradik mengenai hal-hal yang berkait rapat dengan pemergian ayahanda dan bonda ke Tanah Suci...meeting akan di adakan selepas asar...maka dengan ini en suami aku merelakan laaa balik kampung selepas mesyuarat....:D

Untuk pengetahuan korang kan mesyuarat itu tidak di adakan di rumah Bonda & Ayahanda tetapi di adakan di rumah kekanda ku di Meru..aiksss ape kes kann...hehehe ini kerana rumah kekanda ku ini di jadikan tempat persinggahan untuk aku balik ke Sabak Bernam serta persinggahan kekanda ku yang lain dari Kuala Selangor ke teratak bonda...kiranya tengah2 la kan...ni kes nak sejukkan hati suami ku...hehehehe...

Bila semua ahli keluarga berjumpa dan bertemu maka banyaaaak la cerita yang ingin di kongsi kan hinggakan masing2 terpaksa menguatkan volume suruh mereka diam sebabnya mesyuarat akan bermula...hahahaha lawak sungguh laaa...alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat ilahi mempunyai keluarga yang segalanya perlu di bawa berbincang...

saat paling menyentuh hati semua yang ada bila mendengar ucapan dari ayahanda dan bonda...kata-kata mereka...pesanan mereka sunguhhhh menyentuh naluri dan perasaan masing-masing...air mata mengalir tanpa di pinta...uhuksss sedihnyaaa laaa...semoga kami di beri peluang lagi berhari raya bersama ayahanda dan bonda....selepas mesyuarat solat magrib berjemaah sbg penutup..Alhamdulillah...

Jom layan2 pic yang ado ni hah...;)

tuan rumah sediakan menu mee rebus...;)


anak-anak seronok bermain...siap berbasikal lagi tu...:D


mesyuarat di adakan...

complete pic...semua sekali ada...;)

macam-macam ragam...macam-macam aksi...

masih ada raya lagi kan..hehehehe selagi syawal tak melabuhkan tirainya...selagi tu laa orang dok kata raya raya raya...laa ni dok bz dgn open house sana...open house sini...open office pun ada laa ni...haishhh beraya sakan laaa orang skang ni...*cakap orang aku pun lebih kurang...kuikuikui...

memandangkan tak lama lagi syawal bakal berakhir maka aku tak nak laaa di katakan ketinggalan keretapi la plak kan pasal dalam blog ni tak dak langsung sambutan raya aku kan...ehehehe so entry ni akan ku sajikan dengan pic-pic sambutan raya aku tahun ini...korang ADO..?hahahaha berlagak tak sudah wei...bukan apa bak kata adik2 aku nak tunggu aku upload pic harussss berlapok pic tu baru lerrr aku nak upload...

isk isk isk bukan kehendak aku laaa nak melapok kan pic tu wei...aku punya kelija sudah manyakkk ooo bukan kelija opis shaja maaa...so bagi menghapus kan kata-kata yang sudah lapok itu jomsss layansss pic-pic di bawah ini...:D

Menu 1 Syawal : Ketupat Beras, Ketupat Pulut, Rendang Ayam, Rendang Rempah & Kuah Kacang

irfan terpaka di kejutkan dari tido yang lena..ihikss cousins dia dah ready berbaju melayu..:D

sebelum sesi bersalam-salaman

sesi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan...syahdu beb...mengalir air mata semua orang...uhuks

berbaris mengikut turutan dalam family

Lovely Family

Happy Family!!!!

hulubalang-hulubalang

dayang-dayang

pasangan bahagia

aksi irfan di pagi raya

aksi irfan di ptg raya...songkok & sampin tidak dapat di pisah kan...ehehehe


ahaksss mabuk pic la korang kan...sungguh2 aku menguploadkan semua pic yang ada dalam simpanan aku...bukan setakat itu sahaja tauuu...ada lagi di bawah ini...segala ragam dan aksi pada raya pertama telah di rakam..oooopsss bukan aku yang snap d pic k...guna kamera aku p org lain yang menggunakannya...:P


ZBZHHH1.gif

alhamdulillah seronoknyaaa aku dapat tau sahabat2 aku yang telah di sah kan +ve ni...seronok sesangat2 rasanya...ermmmm bukan sorang dua tau...almost fren yang aku kenal kat RH tengah preggy sekarang ni...hamboi laaa pakat-pakat betol mereka itu...

ermmm aku sebagai sahabat yang mengenali mereka juga terasa tempias kegembiraan..aku juga mengharapkan akan kena juga tempias +ve tu kat aku...:p...*doa kan aku ye..semoga berita gembira ini juga terkena kat aku..yippeee!!! paling terbaru news dari dak sha..siap buat entry exclusively lagi tu...hehehe seronoknyaaa laaaa....sesiapa nak tau gud news dia leh la click kat sini ekk...

Semoga mereka-mereka yang tengah mengandung ini diberikan kesihatan yang baik dan semoga mereka-mereka ini selamat hingga bersalin nanti...:D




menghitung hari detik demi detik...uhukss suspen jek kan...hehehe ni bukan menghitung hari untuk berkahwin tau...juga tiada kena mengena dengan menghitung hari untuk bersalin atau yang sewaktu dengannya...sebenarnya ni menghitung hari untuk keberangkatan ayahanda dan bonda aku ke Tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji...

mereka bakal berangkat ke sana pada 11 Oct 2010...aku mengharapkan semoga segala urusan mereka di sana di permudahkan dan juga semoga ayahanda dan bonda mendapat haji yang mabrur...

oh aku juga mengharapkan agar satu hari nanti aku akan menjejak kan kaki ini ke sana...makin tak sabar hati ini bila aku mentelaah buku panduan haji...oh terasa menusuk kalbu ini...terasa syahdu nya hati ini seakan-akan aku telah berada di sana...uhukss tu baru jek baca buku...andai ianya menjadi kenyataan...alhamdulillah...kat sini aku share kan sikit pengertian haji...andai sesiapa yang berminat leh laa click2 kat sini untuk mengetahui info lebih lanjut kan...:D

Pengertian Haji

Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.

Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.

Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik atau tanghut.

Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan system yang menuju ke arah taghut wajib dijauhi.

Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memsongkan akidah, tetapi bersikap Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya

My Parents