My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt

haippp setelah berapa hari dok leka dengan kerja...hehehe ari ni aku nak gak menyelit dan mengambil masa skit untuk berkongsi dengan kawan-kawan mengenai Siapa yang sebenarnya yang layak di kena kan Cukai...

aduhai Cukai lagiii...hehe bukan apa memandangkan aku ni dok busy dengan kerja-kerja percukaian makanya info mengenai Cukai je la kan yang aku nak kongsikan...jom jom korang kita tengok Siapa yang kenaaaa....

Adakah saya layak dikenakan cukai
  • Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
  • Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
  • Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Apakah yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukai
  • Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.
  • Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :
  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ; Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ; Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan
  • Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang bermastautin dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan dan diposkan kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses Pengeluaran Am.
  • Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dinyatakan di atas, borang tersebut boleh diperolehi dari :
Cawangan LHDNM yang berdekatan, atau
Jabatan Pemprosesan Maklumat, Pandan Indah, Kuala Lumpur, atau
Muat turun dari laman web LHDNM.

  • Walau bagaimanapun, mulai Tahun Taksiran 2010, pembayar cukai adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuatturun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.
  • Salinan fotostat Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak diterima untuk pengemukaan.
  • Anda adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan e-Filing jika tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan. Sila hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1-300-88-3010 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan e-Filing.
Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing
Jika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM yang berhampiran dalam jangkamasa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.

Apa itu Skop Pengenaan Cukai
  • Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.
  • Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.
SO kawan-kawan macamana...?ADAKAH ANDA BERADA DIDALAM LIST DI ATAS...? heheheehehe jika YA, sila laa daftar ye kawan-kawan...;) Jawapan aku harus la YA kan :D...oh ye sebelum aku terlupa aku nak wish SELAMAT MENDAFTAR!!!


*info dari LHDN

6 lovely reply:

saya dah daftar masa kerja yang lama... masa tu belum layak dipotong pun lagi. sekarang ni, macam dah layak je.. tapi, dah tak ingat nombor dah... huhu..

sya boleh pergi ke LHDN yang berdekatan atau pun boleh menghubungi LHDN Cawangan Jalan Duta di no 03-6209 2568 untuk bertanyakan nombor rujukan LHDN...

kalau dah layak dah kena isi borang ni...;)

Saya tiada kerja,hanya bf yang bagi saya wang setiap bulan.Saya mempunyai sebuah rumah yang bf beli untuk saya punya.
Sekarang saya menerima surat mengenai"Pemberitahuan Pendaftaran Nombor Cukai Prendapatan".Adakah saya perlu buka apa-apa fail??Tapi saya tak ada salinan gaji sebab saya tak kerja.

salam anna...

better u rujuk terus ke kaunter LHDN yang terdekat mengenai hal ini...

salam. saya nak tanya, orang yg tak bekerja pun kena bayar cukai pendapatan ke? sy kena isi borang CKHT, kat situ dia minta no cukai pndptn. kalau org tu tak kerja mana nak tahu no cukai pendapatan dia?

salam apples and roses...

1st of all terima kasih sudi meninggal kan jejak d sini..;)

kalau yang tidak bekerja tidak perlu membayar cukai pendapatan...cukai pendapatan adalah cukai yang di kena kan ke atas semua pendapatan yang kita terima untuk tempoh setahun...

CKHT pula merujuk kepada Cukai Keuntungan Hartanah..sekiranya awak tiada no cukai pendapatan, ruangan no cukai pendapatan perlu la di biarkan kosong sahaja..

untuk maklumat lanjut boleh la lawati www.hasil.gov.my atau hubungi LHDN yang terdekat dengan awak..