My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor


Antara kerja dan gaji…yang mana satu criteria utama korang dalam memilih pekerjaan…adakah korang memilih sesuatu pekerjaan itu berdasarkan kerja yang bakal di laksanakan atau berdasarkan gaji yang bakal di terima…kalau aku laa kan aku akan memilih kerja yang bakal aku laksanakan…aku tidak memandang gaji yang bakal aku terima…bagi aku la kan kerja yang bakal aku laksanakan mestilah sama dengan impian masa depan sekiranya aku bekerja sendiri…aku memang mencari dan mengutip pengalaman dalam pekerjaan yang aku lakukan…agar pengalaman ini dapat ku gunakan pada masa hadapan….tidak kiralah berapa pun bayaran yang ku terima asalkan pekerjaan itu menambahkan pengalaman aku…ianya boleh la ku katakana sebagai value added kepada ijazah yang ku terima...

Terpikir juga di fikiran ku kenapa kini masalah siswazah yang menganggur menjadi isu semasa yang paling kerap di bincangkan…boleh ker aku katakan di sini bahawa kebanyakan siswazah yang mengganggur tidak mempunyai misi jangka panjang…sebelum aku meneruskan hujah ku…ribuan kemaafan ku pohon kan kepada para siswazah yang menganggur…apa yang ku hujah kan ini berdasarkan pandangan peribadi ku semata-mata…bukan semua siswazah berada di dalam kategori ini..ingin ku tekankan di sini KEBANYAKAN siswazah…

Aku pernah menerima resume dari siswazah yang baru sahaja menamatkan pengajian…di dalam resume itu die letakkan expected salary tapi bila aku semak bahagian pengalaman malang sekali dia tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang di pohon malah expected salary yang di pohon tidak setimpal dengan pengalaman yang ada…aku rasa bersimpati sungguh…jelas sekali mereka Cuma mengharapkan agar HANYA mempunyai pekerjaan dengan bayaran yang di rasakan berbaloi dengan ijazah yang mereka perolehi tanpa memikirkan apakah pekerjaan itu benar-benar sesuai untuk mereka…atau pun mereka mengharap kan dapat bekerja dengan government...di mana every month wajib dapat payslip...

Ianya bagaikan menjadi fenomena di mana jika anda pemegang ijazah seharusnya anda di bayar tinggi…aduhaiiii hakikatnya di alam pekerjaan terlalu ramai pemegang ijazah yang mengharapkan perkara yang sama seperti anda…jadi di mana kah value added anda…di mana kah kekuatan dan kelebihan anda…nilah di katakana mind setting…kita dah tetapkan bahawa HIGH EDUCATION should get HIGH PAY…maka terjadilah fenomena lain pula dimana kita akan mengejar high salary pay rather than we build credibility and focusing on work done…

Bila dah kerap menukar kerja kita terasa bangga pula dengan pengalaman kerja di bidang yang berlainan di dalam industri yang berbeza…kita akan rasa gah dengan sikap menukar kerja sebab kita sudah tertumpu kepada gaji yang tinggi sahaja…sedangkan hakikatnya pengalaman yang kita dapat hanya dua tiga bulan sahaja…ermmmm ini berdasarkan pengalaman aku yang mempunyai pekerja yang berhenti hanya kerana mendapat tawaran yang lebih tinggi dari apa yang ku tawarkan…tidak sampai setahun berhenti dari opis aku…terdengar hembusan angin mengatakan sekarang ni dia menjadi penganggur terhormat….dalam tempoh setahun ni dia bekerja di empat syarikat yang berbeza industrinya dan berlainan bidangnya….akhirnya menjadi penganggur terhormat bila mana majikan terakhir merasakan pengalaman yang beliau ada tidak standing dengan jawatan yang di tawarkan….alahaiiii tak terkata ku di watnya…bertambah aku rasa sedih dan simpati…bertambah lagi laa penganggur…

Sebagai majikan di sini ingin ku tekan kan bahawa aku tidak memandang tinggi pada sehelai kertas yang di panggil IJAZAH…apa yang ku harapkan PENGALAMAN dan KREDIBILITI yang bakal di applikasikan….Jadi bagi mereka-mereka yang telah mempunyai perancangan masa depan seharusnya MEMILIH PEKERJAAN yang bakal di laksanakan bukan MEMILIH GAJI yang bakal di terima…

korang boleh juga baca article dari sini sebagai rujukan dalam membuat pilihan kerja...


30 lovely reply:

pada pendapat rozy,

kalau fresh graduate better jangan selective kerja or gaji
tp alangkah baik kalau dapat kerja yg kita suka
bila dah ada pengalaman definitely gaji adalah pilihan utama supaya kita rasa dihargai dan tidak demotivated.

Alhamdulillah.. masa kita dah lepas kan!

Tapi, memang betul terlalu ramai penganggur berijazah sekarang ni and tentunya, mereka tidak boleh memilih hanya pekerjaan yang bergaji tinggi jadi bagi memulakan hidup baru di alam pekerjaan seharusnya mereka concentrate on pekerjaan apa yang di kehendaki and terima gaji seadanya dahulu bagi menimba pengalaman.

Bila ada pengalaman, baru lah mereka boleh nak start untuk demand.

Betul tak??

aini tepatsss sekali..;)

nak demand boleh saja...yang penting ada pengalaman....

rozy yg jadi masalah skang ni kan ramai yang selective sedangkan mereka tak de pengalaman langsung....unless dh ada experience wajar laaa kita demand kan...;)

ina igt lagi, sebelum ina grad ina dah mula cari keja and dapat keja as clerk kat airport bayan lepas penang and buat pertama kalinya dok sesorang kat flat huhu..tp sebab nak bagi ada pengalaman keja dlm resume terpaksa terima apa sj yang di offer..so buat fresh grad, takyah over2 nak memilih koje sebab..yg 4.0 pun la nih susah nak dpt keja apatah lagi yg ala2 je..yg penting attitude and comm skill kena polish selalu,baru leh hop in hop out cari keja yg best wif gaji yg meletup jugak

sama la fisa dulu pun mula2 keje as clerk jer...sbb nak cari pengalaman dulu...

betul tu setuju sgt2 fresh grad tak yah nak memilih keje kan..:)

dulu lepas grad lady memilih gak, nak keje yg lebih gaji bukan apa, di dini kos hidup mahal... nak bayar rumah sewa pun adoi sakit... tapi kalau boleh nak jer pilih kerja yg kita suka walau gaji tak sebanyak yg kita harapkan... apa2 pun enjoy jadi surirumah..

hehehee teramat laaa enjoy nya jadi suri rumah kan...fisa skang ni pun dh cam malas nak masuk opis...;)

bebs, ada 2 situasi skrg ni..

1- aku tak selectif : kelulusan IT.. bila da abis blaja.. taknak buang masa, aku amik je ofer keja yg ada.. matlamat masa tu.. tak nak rugi masa n nak cari duit..(byk utang ngn mak wooooo).. so keja tu keja ni.. sudahnya sampai skrg da 6 taun aku tetap TAK keja kat line aku grad... sbb?? aku takde pengalaman... nape aku tade pengalaman?? sbb?? bila aku g interview, mos of them nak pengalaman wpun aku mintak gaji rendah... at 1 point, aku penah ckp kat interviewer tu "saya da g 10 interview, semua takmo kasi saya keja.. kalau saya TAK PENAH keja, camne saya nak ada pengalaman??" after dat aku gif up.. aku sapu je keja yg ada... skrg keja aku hanyalah kelulusan SPM.. sadiskan?? tapi aku tak selektif....

2- laki aku kelulusan degree.. lec dia ckp.. nak mintak keja, mintak RM1600 sbg starting (ni taun 2003 la..).. tapi sbb dia nak tlg kawan... dia terima ofer keja dgn gaji HANYA RM1000 sahaja... but then lepas dia benti... almos semua company yg dia g interview takmo terima expected salary yg dia mintak (RM1600) sbb?? sbb fes gaji dia adalah 1000 jadi pada diorg paling tinggi laki aku leh mintak is RM1200.. so silap siapa itu?? skrg laki aku antara org terpenting dlm kampeny dia... dia ada knowledge yg ramai org tade.... tapi gaji dia skrg samer dgn gaji budak fresg grad yg tak tahu ape2.. sbb?? sbb dia da mulakan langkah dgn gaji yg kecik...jadi dia susah nak lompat terus ke (what we call - standard price)..da keja 6 taun tapi gaji lebih-kurang-samer ngn fresh grad yg baru 1 2 taun keja..

hermmm.... susah kan nak paham situasi kerja ni??? konklusion kitaorg laki bini ni adalah - kitaorg salah langkah sbb tak memilih kerja n tak demand earlier. ( pada aku, laki aku silap la sbb dia ada knowledge yg ramai tade.. tapi hanya fes step dia tlg kawan... so sampai skrg gitu la REGE perkhidmatan dia)

jus my 2 cen...

waaaaaaaaa jaja komentar ko paling panjang...

aku suka sgt baca...aku rasa betul2 simpati dengan kisah ko & hubby ko...beb hubby ko WAJIB demand arrr coz die punye experience tu mahal ooo....p kan jaja klau grad dalam bidang IT kebanyakan kawan2 aku memang tak kemana...sian sungguh aku tengok...

huby kita grade it gak tp end up jadi cikgu sbb tak byk offer yg dpt. kwn2 dia pun ada yg jd ptd or etc yg tak sama line dgn deg yg ada.psl huby jaja,y not huby jaja apply kat comp mkd atau glc..mebe depa akan appreciate huby jaja.cousin ina penah habaq, kalau keja ngan swasta, kena rajin search and minta keja kat tmpt lg bagus.tak leh stay lama2..lambat naik..kalau ngan gomen tak leh kata apa la..ngikut je lah apa jpa kata..juz my 2 cents..

mmg pun.... IT skrg da tepu... heheh kalau ko lambat polo kemajuan IT ni... jgn mimpi la nak duk dlm IT lane.. aku 4 taun keja HR, bila da benti konon2 nak masuk balik IT..tapi hampeh sbb pala aku da karat... n aku da ketinggalan 4 taun tentang perkembangan IT. so aku try aply masuk line HR since aku ada PENGALAMAN.... but gues wat??? aku tak diterima keja sbb aku tade kelulusan in HR... so how ma???? sudahnya aku tetap disini jadi kerani cabuk... hahhahah

sis..for me..masa fresh grad dulu nak timba pengalaman byk2 + gaji..tapi skang ni..secara peribadinya..me nak kan kepuasan dlm bekerja dan tambah ilmu..kalau nak gaji @ duit byk..better ku meniaga aje..hahaha

ina memang betul tu kebanyakan yg amik IT ni end up jadi cikgu...alhamdulillah gak laa dpt offer jadi cikgu kalau idak lagi sian sebab keje tak sama dgn time study cam jaja...

jaja ko amik la course dlm HR at least bile nk apply keje lain ko dh ada pengalaman....sian ko beb...

sha ilmu tu sangat2 penting kan...;)
lagi rasa berbaloi kalau keje tu betul2 bagi kepuasan kat kita...

p tu la cam jaja sian sebabnya die tak pilih keje end up die still tak dapat keje yg sama dgn kelulusan dia...pening gak tu...

Salam semua,

Terpanggil untuk membuat komen setelah membaca komen-komen yang banyak ini :D

Untuk JajaPLug, Situasi kedua.

Strategi menerima gaji rendah daripada market boleh diguna untuk sementara. Bila sudah berpengalaman, apa yang boleh "suami" lakukan ialah mencari kerja lain. Matlamat mencari kerja lain bukan untuk bertukar kerja, cuma sekadar menguji pasaran.

Bila sudah dapat kerja yang lain, beritahu syarikat sekarang. Kalau syarikat sekarang rasa "suami" itu aset berharga, mereka tentu akan buat "counter offer". Pada Masa itu barulah demand!

Cara itu nampak macam mengugut tetapi itulah yang terbaik untuk mendapatkan respon segera dari majikan.

tetiba kes aku lak jadi study kes kat sini.. malu ai ler... kekekkek

neway, aku tak menyesal.. mmungkin Allah da tentukan rezeki aku kat sini... mungkin Allah bg aku gaji kecik supaya aku tak lupe diri.. khakhakhak (ayat sedapkan ati.. kekke)

thanx anif@ drop ur comment here..;)

anyway hope ur comment akan d baca jaja yer...:P

jaja...aku pun tak sangka gak...hehehe p aku rasa bagus jugak at least ada some arguments...aku suka sgt2 tau...ianya mybe leh bagi tips pada pembaca kat luar nun...;)

Saya gunakan strategi itu untuk dapatkan gaji mengikut pasaran semasa. Kadang-kadang bila dah seronok bekerja, kita lupa sebenarnya kita ni terkurang dibayar.

Sebab itu kita kena sentiasa mencari kerja. Dapatkan kerja kemudian buat perbandingan dengan syarikat sekarang. Pastikan benefit ditempat baru lebih baik atau sekurang-kurangnya setara dengan syarikat sekarang.

Apa-apa pun sebelum beralih angin, beritahu majikan sekarang tentang tawaran yang diterima dari syarikat lain. Insyallah "counter offer" yang diberi akan memuaskan hati. Disinilah skill berunding dan berbincang digilap. Pada masa ini syarikat akan lebih mendengar terutamanya jika yang sedang berbincang itu ialah salah seorang pekerja penting.

Berdasarkan pengalaman, masalah bagi pekerja bumiputera/melayu ialah kelemahan menonjolkan diri dan tiada kemahiran berunding.

Tetapi jika syarikat sekarang tidak memberikan respon yang diharapkan, bersedialah untuk bertukar angin. Tawaran kerja di tempat lain pun sudah ada ditangan. Apa yang hendak dirisaukan?

anif komen awak seriously membuka minda...hope sangat2 ianya dapat membantu sahabat yang lain...;)

Komen berdasarkan pengalaman :D

Saya bekerja di bidang IT tetapi bukan graduate IT. Masa di universiti ambil kursus Ekonomi.

Untuk bersaing dengan graduate IT saya perlu berusaha dua kali ganda lebih hebat daripada mereka.

anif,

thanks... saya setuju ngn kata2 awak "Berdasarkan pengalaman, masalah bagi pekerja bumiputera/melayu ialah kelemahan menonjolkan diri dan tiada kemahiran berunding." sbb itu la masalah asben saya.. dia terlalu byk consider benda yg membuat dia selesa dan maju.. cth : kampeni A kasi gaji RM1500 wpun da 3 taun keja... dpt ofer dr kampeni B dgn gaji RM 1800. tapi kampeni B kena outstation slalu or benefit tak byk mcm kampeni A.. so dia tak akan angkat kaki... kekek susah kan??? even asben saya penah terima ofer gaji tinggi dr 1 kampeni tapi bila dia tgk scop keja dia... sekadar jadi suport kena on call 24 hour... minda dia takkan berkembang.. ilmu kerja dia takkan berkembang, dia sanggup stay kat kampeni A... tapi bila saya ajar dia UGUT kampeni A, ckp nak blah... asben saya tak pandai nak buat...kekekke

fisa, ni kalau laki aku tau dia jadi kes study.. mesti dia mintak bayaran dr ko.. kakhkhakhakha

saya pernah merasa kerja di satu syarikat yang mana saya memohon gaji yang rendah yang membuatkan majikan terbeliak mata dan menawarkan gaji yang lebih tinggi.. hehehe.. apa daa... sebab, masa tu saya hanya fikirkan nak kan pengalaman je... tapi, Alhamdulillah gaji semakin tinggi dan tingi. hinggalah kerja gomen ni.. sedang tu je lah gajinya... :P

Salam Fisa
saya ada juga perhatikan kawan-kawan yang meletakkan gaji yang tinggi dalam keadaan pengalaman tak berapa banyak lagi. Erm sebenarnya, susah kan Fisa, nak cari pekerja yang sanggup susah dan senag bersama kia, bermula sewaktu kita merangkak dan bertatih. kalau kita berperikemanusiaan tinggi, kadag kala ada yang ambil kesempatan atas kebaikan itu tapi Allah maha baik,Allah gantikan dengan perkara lain yang lebih baik.alhamdulillah.
Fisa,silakan ambil award di blog saya ya. sekali lagi sudi memberi komen di teratak syaa walaupun akdang kala entry saya just cuma nak menceritakan keadaan dengan berpuisi sempoi.

anif no wonder laaa awak punya komen amat bernas..;)

oh!! sungguh tak sangka Economist beralih arah ke IT...;)...

jaja....cakap dengan hubby ko kes study dia banyak membantu dalam discussion kta nie...;)

beb nampak gayanya cik abg ko memang seorng yg baik hati...:P

sya tu namanya dah rezki sya...hehehe alhamdulillah wajib grab d opportunity camtu...hehehe...bukan senang orang nak oofer high salary for fresh graduates ni...;)

Salam ummu masyitah...

betul tu ummu masyitah...setuju sangat2 dengan komen ummu masyitah...fisa ada staff yang sama2 hadapi susah senang....fisa juga pernah ada staff yang ambil kesempatan...macam2 ragam staff...;)

oooh thanx 4 d award....hehehe hope hari ni dapat ler kutip & wat award kawan2 yg lain juga...;)