My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

menu buka puasa..? sure ramai yang berpikir-pikir sambil menggaruk kepala yang tak gatal tu dok memikirkan apa la menu untuk berbuka ye…ermmm bagi aku plak menu berbuka puasa aku kali ni bergantung kepada menu yang di tentukan oleh mak aku…aikss apa kaitan la plak mak aku kan..:D sebenarnya tahun ni buat sekian kalinya semenjak aku berkahwin en suami aku telah mengesyorkan agar setiap hari berbuka puasa di rumah mak sahaja…

mengapakah?ihikss bukan aku ngengada nak bermanja dengan mak aku tau tapi en suami aku risau sekiranya aku tidak sempat nak menyediakan menu berbuka..memandangkan beliau punya waktu pulang agak lewat sedikit berbanding aku…sure korang tertanya-tanya kenapa tak beli je juadah di Pasar Ramadhan kan..uhukss bukan ku tak sudi tetapi en suami aku rasakan ianya pembaziran shaja..

Maka rutin harian aku pada bulan puasa bertukar sama sekali…pulang dari kerja aku terus ke rumah mak untuk menyediakan menu untuk berbuka…hehehe bak kata mak aku sekurang-kurangnya meriah juga laa waktu berbuka nanti…kalau tidak hanya ayah, mak & adik perempuan aku shaja..bosan kannn…hehehe bertambah meriah bila irfan pun join berbuka..:D

So semalam menu berbuka puasa aku adalah seperti gambar di bawah…


Feveret aku adalah daging masak lemak cili padi…sedapppp ooo p bertambah sedap kalau letak rebung tau..memandangkan perut aku yang sensitip kalau makan rebung maka mak aku tak syorkan la letak rebung…uhuksss kalau tak puasa tak kisah sebabnya kalau meragam anytime leh makan ubat…hehehe…

Kat sini aku letakkan resepi yang mak aku bagi untuk Daging Masak Lemak Cili Api ye..;)

Bahan-bahan :
½ kilo daging – di hiris nipis
8 ulas bawang merah - blend
5 ulas bawang putih - blend
1 inci halia - blend
1 inci kunyit hidup - blend
20 biji cili padi - blend
1 biji kelapa parut – asingkan santan cair dan santan pekat
3 biji kentang - potong 4
2 batang serai – di ketuk
2 helai daun kunyit
1 keping asam keeping
Garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Rebus daging hingga empuk. Biarkan sehingga air rebusan paras daging.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan cili padi yang telah di blend ke dalam periuk rebusan daging. Masukkan juga kentang, santan cair, serai dan asam keping. Sentiasa kacau.
  3. Setelah kentang empuk masukkan santan pekat, garam dan daun kunyit. Kacau agar santan tidak pecah lemak nya hingga mendidih dan sedia untuk hidangan..

hohoohoho sory la yer ari ni aku citer pasal last weekend...hehehe bukan ape nak update semalam tak dan la plak...semalam aku cuti sebab bawak irfan ke klinik untuk ambil jap untuk setahun setengah punya..supposed last week tapi last week kan dia demam so semalam laa aku bawak dia...

so ape citer weekend aku ekk...ermmm aku 'berweekend' di rumah mak aku bersama-sama adik beradik aku...kebetulan sejak hari jumaat lagi mereka sudah 'berkampung' (*eh kampung ke..ihikss rumah mak aku lagi pekan dari rumah aku daaa)...so apa lagi menu pastinya sungguh istimewa arr kan...

yang paling best bila semua bekerjsama kat dapur untuk menghasilkan menu yg best...ihikss yang tak bestnya la plak tak dan nak ambil pic pun coz masing2 dok ralit berborak...alahaiii fail betul arr...aku lak mana nak jadi photographer kalau dah kat dapur pastu irfan lak dok 'tagged' aku je kan...ermmm ada lafew pic yg sempat ambil p bukan aku yang snap tau...:P

memandangkan semua pic yg d snap berada di dalam kamera aku dan tak dan lagi untuk aku transfer kan so tak dak laa pic untuk di uploadkn...insyaAllah esok lusa aku upload k...:D

anyway last weekend juga cik abang aku balik ke kampung Sabak Bernam untuk menghantar adik kesayangan beliau balik ke asrama di Melaka...aku tak join skali sebab macam tak larat la plak kann dah la ke Sabak pastu nak Melaka lagi haishhh dengan irfan lagi...tak per laaa cik abg arahkan aku dok umah mak jer laa...

anyway bila bersama-sama dengan adik beradik ni paham-paham jer la kan...suasana hiruk pikuknya dah wajib...alhamdulillah aku di kelilingi adik beradik yang HAPPY selalu...hehehe...:D

alhamdulillah hari ini hari ke3 seluruh umat islam berpuasa termasuk laa diri ku ini. Puasa kali ini agak berbeza dengan puasa tahun lepas dengan kehadiran irfan di meja makan untuk menikmati juadah berbuka bersama-sama..Sedikit tercabar juga kerana aku perlu cepat bertindak dalam menghidangkan juadah silap haribulan irfan yang membantu sekali. Agak huru hara pada hari pertama berpuasa bila tikar di bentang dan juadah di hidang Irfan dah meluru ke pinggan untuk mengisi nasi. Pantas dan tangkas betul anak bujang aku ni.

Oh ya hari ini juga hari ke 3 aku berbuka bersama-sama family aku. Selepas terawikh baru la aku berangkat pulang ke rumah. Agak lain sedikit dari tahun sebelum ni di mana menjadi kewajipan berbuka di rumah sendiri. Ini atas permintaan suami aku sendiri. Oh seronoknyaaaa...:D al maklumlah rumah mak dekat je...ermmm dekat2 pun dalam 30 min gak arr kalau drive tu kan...ehehehe bukannya dekat 5 min je spai tau...:P

eh aku rasa belum terlambat aku nak ucap kan SELAMAT BERPUASA kan...;)