My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

Dugaan melanda lagi...malam tadi badan Irfan panas balik...cek suhu 38.5..terus aku bg makan ubat demam then time nak tidur cek suhu 36.6..alhamdulillah dah turun..TAPI jam 2.30 pagi tadi suhu naik balik 38.9...aduhai anak..semoga kamu kuat dan cepat sembuh...pagi tadi terus aku bawak jumpe doctor...sebelum pergi kerja aku tengok dia ok dah skit...semoga dia akan sembuh sepenuhnya...


tak semena-mena pg tadi kepala aku pun berpinar sekali..Ya Allah dugaan betul...dan juga aku telah melakukan kesilapan bila 'ter' merungut..terus mak aku marah dia kata ini dugaan untuk keluarga kita tahun ni..kena la banyakkan BERSABAR...istighfar aku banyak kali...isk hati ni kan mudah sangat tau tak keruan...

Assalammualaikum wbt..

190920113482
Sejak Irfan tak sihat, aku memang tak masuk opis langsung...so means hampir 2 weeks la aku tak masuk opis...then ari Isnin 12hb September 2011, aku masuk la opis selepas 2 weeks bercuti kan...elok jer sehari aku masuk opis, ari Selasa 13hb September aku pulak rasa demam dan segala urat sendi aku sakit sangat2...petang tu aku ke klinik then doctor bagitau kalau sampai ari khamis aku tak ok aku kena amik darah...doctor suspek denggi...bercuti laa aku gara-gara demam dan sakit sendi ni..

ari khamis, demam aku masih lagi tak kebah...kepala sakit sangat2...badan terlalu panas...aku g klinik..doctor terkejut suhu aku dah capai 40..terus dia suruh aku makan ubat dan refer aku ke hospital..sampai kat hospital bahagian kecemasan, aku terus d bawa dgn wheel chair ke Zon Separa Kritikal...mak aihhh punya la berdebar dada aku ni...suhu aku still tak turun2 even dh bedal ubat demam...denyutan nadi dan jantung aku makin laju..doctor masuk kan air dan arah kan aku berehat..darah aku d ambil..aku di beri oksigen memandangkan degupan jantung aku makin laju...aku berehat di Zon Kuning ni dari jam 7 petang sampai la kul 12.30 tgh malam sebelum di tolak masuk wad..2 botol air dah masuk dalam badan aku ni...suhu still maintain kat 39..tak mau turun2...dugaan dugaan dugaan..doctor suspek aku kena DEMAM DENGGI....

1st time aku berpisah dengan Irfan..alhamdulillah Irfan dah baik dari sakit nya...alhamdulillah juga dia tak meragam dan mencarik aku..bersyukur sangat2 juga rumah mak aku dekat dengan hospital so anak & hubby aku melepak kat rumah mak jer la sepanjang aku kena tahan wad...aku duk di hospital dari 15hb September hingga lah 21hb September...seminggu di tahan, bacaan darah aku menurun sampai capai bacaan 58...suhu badan aku betul2 maintain normal ari sabtu petang...alhamdulillah...kalau tak suhu badan aku tak turun2 bawah 38...demam yang lama dan sakit kepala yang berpnjangan buat kan aku lena jer kat katil wad...tidur tidur tidur je keje aku...aku tak larat nak duduk lama..duduk lama je kepala aku berpinar...

sepanjang dok hospital ni, 4 kali sehari darah aku kena ambil...on average 4 botol air sehari masuk dalam badan ni...aku d arah kan minum air yang banyak..sampai terkucil-kucil aku di buatnya...minum je terkucil...minum je terkucil...selera makan hilang terus...yg lalu masuk ikut tekak aku ni cuma bubur je..yg lain tak lalu...minum air kosong pun dh rasa pahit..100 plus aku rasa macam minum ubat...aduhaii dugaan betul laa...

ari Isnin doctor kata aku mungkin boleh keluar arii Selasa..so aku dh excited giler arr kan..dah ler rindu yang teramat sangat dengan Irfan..TAPI ari Selasa pagi, doctor maklum kan virus denggi tu dah efek kat hati aku...bacaan darah aku utk hati tu makin meningkat..so aku tak boleh balik kena tunggu bacaan darah kat hati aku menurun...Ya Allah sabar jer la..alamdulillah ari Rabu bacaan darah untuk hati aku menurun then doctor kata boleh keluar wad TAPI lagi 2 weeks aku kena dtg balik amik darah...phewwww lega nya hati aku...aku dh boleh balik..tak sabar nak peluk cium Irfan...

dan selepas hampir seminggu aku keluar wad, tanda-tanda virus denggi tu masih ada lagi...badan aku berbintik merah...gatalnya tuhan je yg tau...miang satu badan aku..ayik tergaruk2 je..time garuk tu memang sedap..tapi bila dh lama rasa pedih je kulit ni jadi nya...sekarang ni, kaki aku terasa lemah lagi...aku tak boleh buat banyak kerja berdiri...selain kaki aku rasa lemah, aku rasa cepat penat...orang kata akan amik masa juga untuk aku pulih...Ya Allah semoga aku cepat pulih dan sembuh dari virus denggi ni...bahaya wei denggi ni...ianya juga boleh meragut nyawa tau...jom baca artikel kat sini...
"Denggi tidak memilih mangsanya dan sebab itulah semua orang perlu bertanggungjawab untuk bertindak membanterasnya bagi memastikan keluarga serta persekitaran kediaman kita bebas daripada penyakit maut ini,"
Jom baca penulisan Gentar Rasa yang menyedarkan aku bahawa Kasihnya Allah pada diri ku ini..
JANNAH DI SEBALIK MUSIBAH
Untuk diriku, dirimu dan kita semua… ini satu pesanan ringkas dariku:

Allah lebih kasihkan hamba-Nya melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Apabila si ibu sayangkan anak-anaknya, dia akan mengawal anak-anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan walaupun sesuatu yang membahayakan itu sangat disukai oleh si anak. Misalnya, anak yang baru belajar merangkak, merangkak di tepi tangga. Dia akan menangis jika dihalang… Mengapa?

Fikiran si anak yang masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu. Si anak hanya tahu hendak main sahaja, tanpa mengetahui bahayanya bermain di tepi tangga. Jangkauan fikiran sianak masih cetek dan pendek. Sebaliknya, siibu yang melarang dan menegah sudah nampak bahaya yang bakal berlaku.

Satu ketika yang lain, sianak sakit. Siibu menyuapkan ubat. Anak meluahkannya semula. Pahit. Tetapi puas ibu memujuk, itu ubat. Sianak masih berdegil, lalu siibu memaksa anak meminum ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas.

Begitu kita dengan Allah (walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh). Akal manusia adalah terbatas. Sedangkan ilmu Allah Maha luas. Begitu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian, pasti ada hikmah di sebaliknya. Kekadang, hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak.

Namun contohilah orang beriman. Apabila Nabi saw menyampaikan perintah Allah, para sahabat akan terus berkata, “kami taat dan kami patuh” walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit. Dan apabila berlaku satu musibah, para sahabat akan berkata, “telah berlakulah janji Allah.” Mereka bukan insan tanpa perasaan dan fikiran, tetapi apabila iman mendominasi hati, fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan Ilahi.

Bila datang perintah, orang beriman akan memberi respons yang telah digambarkan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“Hanyasanya ucapan orang beriman apabila diperintahkan melakukan sesuatu ialah kami dengar, kami taat.”
Manakala apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata:
“Mereka yang apabila ditimpa musibah akan berkata, kami milik Allah kepada-Nyalah kami akan dikembalikan.”

Mereka yakin setiap perintah Allah seperti solat, puasa, sabar dan sebagainya itu semuanya bermaksud baik belaka. Dan mereka juga yakin setiap musibah seperti kematian, kesakitan, kegagalan, kemiskinan dan sebagainya, pasti ada hikmah di sebaliknya. Justeru, jika kita ingin menteladani mereka, paksalah diri supaya akur dengan setiap perintah dan menerima dengan sabar setiap musibah. Yakinlah, bahawa Allah swt inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat kita dengan segala perintah dan musibah-Nya.

Namun begitu, mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh pada perintah dan tidak sabar dengan musibah? Ini semua kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman. Dengan ilmu kita sedar setiap musibah ada hikmahnya. Dengan iman kita boleh menteramkan hati dengan mengingati Allah. Bagi orang-orang yang benar-benar beriman, apa sahaja yang datang daripada Allah adalah baik walaupun buruk pada pandangan diri mereka sendiri. Mereka beriman dengan apa yang Allah swt tegaskan dalam sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.” (HR Ibnu Majah (no: 1597)

Tidak salah bersedih dengan musibah. Tidak salah terasa menderita sewaktu mentaati perintah Allah. Namun jangan membantah dengan sombong. Dan jangan bersedih secara keterlaluan. Apakah kita tidak yakin lagi Allah Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui?

Alangkah malangnya sianak yang meluahkan ubat yang disuapkan ibunya… Namun lebih malang lagi seorang hamba yang menolak hikmah musibah yang “dihadiahkan” oleh Tuhannya! Dia akan menderita dua kali. Pertama, menderita oleh musibah itu. Kedua, oleh terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu.

Justeru, jika sekarang aku, kau dan kita dilanda musibah… cubalah tersenyum (walaupun pedih amat), kenang-kenangkan bujukan Allah. Mudah-mudahan kita mendapat jannah (syurga) di sebalik musibah ini! Amin.

Wallahua’lam
Ujian dan dugaan yang bertalu2 yang melanda aku, aku anggap sebagai Kasihnya Allah pada aku...ianya makin mendekat kan aku pada DIA...ianya juga mengajar aku erti kesabaran dalam menghadapi musibah ini...semoga segala ujian dan dugaan ini, tersembunyi hikmah yang besar...
DSC08037

Assalammualaikum wbt..

Sepanjang bulan Ramadhan yang lepas, aku, hubby & irfan menjadi peneman setia mak berbuka puasa...boleh di kira dengan jari berapa kali aku berbuka puasa d rumah sendiri...selebihnya aku berada dengan mak aku..lepas terawih baru la aku balik rumah sendiri...itu la rutin harian ku d bulan puasa...lagi 3 hari nak menyambut Syawal, aku di duga dengan keadaan Irfan yang demam panas...suhu tak nak turun bawah 38...bila malam raya Irfan still lagi demam dan suhu cecah 40 terus aku & hubby bawak ke Hospital Sabak Bernam...ermmm memang ke laut la mud raya aku tahun ni...alhamdulillah bila d ambil darah tiada tanda2 yang merbahaya...raya pertama dia dah boleh berlari & bermain...syukur sangat2...

290820113474
tangan yang kena amik darah...kena pegang sampai dia tidur tempat balutan ni...isk isk



Cukup seminggu dia sihat dan cergas, Irfan di duga dengan muntah dan berak pulak...Ya Allah kesian betul anak aku ni..kali ni memang dia kena teruk sampai badan dia macam melidi jek...padahal kalau dia sihat kita peluk dia pun rasa sedapp je badan dia..ni time dia kena muntah berak bila peluk rasa tulang jek...kesian betul tengok Irfan...dia start mengadu sakit perut & muntah hari ahad 6 Syawal...aku terus bawak je Klinik...ari Selasa 8 Syawal dia start berak cair...mengalir macam air...terus bawak ke Hospital...doctor kata faktor pemakanan tu yg dia kena muntah & berak...

Ari rabu aku just monitor berak & muntah dia..still berak cair yang amat sngat dan muntah bila makan...apa yg masuk dia keluar balik...ari Khamis dia sendiri yg mintak suruh bawak jumpa doctor...dia kata perut dia sakit..aku terus bawak jumpa Doctor Pakar Kanak-kanak....doctor maklum kan Irfan mengalamai masalah penghadaman...so dia perlu pam kan najis dalam usus yang tidak habis keluar...kesiannn Irfan...lepas masukkan ubat kat punggung dia, dia menjerit2 cakap 'nak yak2...sakit perut'...aku tengok pun dh rasa macam menyengat je perut...lepas dia membuang segala apa yg ada dlm perut dia muntah pulak...Ya Allah time tu aku dh mula cuak...kesian ptengok muka dia berkerut menahan sakit...

Doctor bg ubat prebiotic dan ubat2 lain...doctor suruh monitor lepas 3 hari kalau tak ok juga Irfan perlu d beri rawatan lanjutan...Alhamdulillah, selepas makan prebiotic tu dia tak muntah dan mula nak makan...alhamdulillah juga najis dia tak cair lagi...but then aku still monitor takut2 melarat lagi ke...cukup 1 week dia di duga dgn muntah berak dia kembali cergas seperti biasa...Alhamdulillah aku syukur sangat2...tahun ni memang aku tak beraya kemana jadi nya...mud raya hilang bila lihat kan Irfan yang menahan sakit...

gambar raya pun tak banyak mana..padahal aku ni memang la suka mengambil gambar kann..tapi kali ni nak pegang kamera pun tak de mud...dh ler 1st time beraya tanpa ayah...di duga pula dengan kesihatan Irfan...ermmm memang la mud nak bergambar tu tiada langsung...ada pun tak sebanyak thn lepas punya gamba...



Assalammualaikum wbt..

beach
Setiap ujian dan dugaan melanda diri aku ni aku anggap ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya...tersembunyi HIKMAH yang besar....mudah-mudahan tersembunyi Jannah di sebalik ujian dan dugaan yang di beri kan...liku kehidupan insan manusia ini memang tidak lari dari ujian dan dugaan...ianya mematangkan fikiran dan mengajar kita menjadi seorang yang tabah dan sabar..mengajar kita memahami hikmah dan rahmat yang tersembunyi...di mana hakikatnya akal manusia terbatas dalam memahami dan menafsirkan apa yang tersembunyi...
Menurut Ibn Manzur dalam Lisanu al-‘Arb, bala’ itu adalah ujian yang terdiri daripada yang baik juga yang buruk. Seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;
ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]

Al-Hafiz Ibn Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang putus harap.
namun ujian dan dugaan yang di berikan kepada kita bergantung kepada tahap kita sendiri sebenarnya...tidak perlu la kita persoal kan kenapa kita di uji..? tidak perlu la kita bertanya kan kenapa kita selalu di uji?
Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan...
Sesiapa yang mengikuti cerita hidup ku pastinya telah maklum dugaan dan ujian yang ku hadapi...siapa yang ingin mengetahui boleh la click kat sini ye...
  1. Suka duka kisah rombongan
  2. Everyone has a story
  3. Everyone has a story II
  4. Air mata ini mengalir jua
  5. Dia pergi tak kan kembali
Ujian dan dugaan ini bermula ketika percutian keluarga aku di Langkawi bila mana ayah telah di tahan di ICU Hospital Langkawi pada 30 May 2011...seterus nya pada 6hb June 2011, ketiga-tiga saluran jantung ayah telah di sahkan tersumbat dan pada hari yang sama Itam (abang aku) mengalami kemalangan di tempat kerja....terngiang-ngiang di telinga aku bila ayah kata tak nak buat pembedahan by pass...dan juga terimbau kembali kenangan aku di wad kecemasan menanti berita dari Itam...

alhamdulillah hampir 2 bulan kemalangan tu, Itam dah boleh berjalan sendiri perlahan-lahan tanpa bantuan tongkat...aku bersyukur sangat2 melihat kan perubahan positif Itam...namun segala yang terjadi adalah di bawah perancangan Yang Esa...pada pagi 26hb July 2011, aku menerima panggilan telefon dari Along mengatakan Ayah nazak..dan ketika itu aku dh on d way ke rumah mak...tak sampai 10 min aku menerima panggilan itu, aku menerima panggilan lagi sekali dari Adik menyatakan Ayah telah pergi buat selamanya..Allahuakbar...Allahuakbar...

terimbau di dalam benak fikiran aku ni, pada 25hb July 2011 aku tak masuk ofis..hanya melepak di rumah mak sahaja..ada beberapa perkara yang aku rasa kan pelik bila Ayah tak suruh aku buat kan air untuk dia...dia tak suruh Along cari kan kuih...bila aku buatkan air dia tak minum seperti selalu..Ayah banyak mendiam kan diri...namun segalanya hanya terbuku d hati sahaja..bila aku tanya 'Ayah tak sihat ke ?' dia hanya menggeleng sahaja....dan yang pastinya selama ni aku akan balik rumah selepas maghrib tapi pada hari tu aku balik awal selepas asar...dan aku balik tanpa berjumpa ayah dulu...memang aku sangat ralat dgn tindakan aku ni...makin ralat bila Along maklum kan malam tu ayah cari Irfan...sangat2 ralat tauu...

Aku bersyukur bila d maklum kan yang Ayah cuma mengadu sakit dada selepas Subuh dan dia menghembuskan nafas terakhir dalam 7.30 pagi..sakitnya sekejap sangat...alhamdulillah aku redha dengan pemergian arwah...walaupun ketika itu lagi 1 week kita akan menyambut Ramadhan...aku anggap kehilangannya adalah satu dugaan dan ujian yang hebat yang harus ku tempuh tahun ni...


Assalammualaikum wbt...

step

Pergi Tak Kembali
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


Puas atau tidak curahan dan luahan kasih sayang kita kepada yang tersayang, kita harus pasrah pada perpisahan yang tiba di saat kita merasakan masih tak puas bermanja dengan yang tersayang…lidah kelu dan hati makin sayu..rela kan lah perpisahan ini...dia pergi buat selamanya...dia pergi tak kan kembali...Al Fatihah untuk Arwah AYAH yang telah pulang ke rahmatullah seminggu sebelum umat Islam menyambut Ramadhan yang mulia baru-baru ni....

Kerana ini lah aku banyak mendiam kan diri...kerana ini juga aku tidak mengemas kini cerita di sini mau pun d sana...aku redha dan aku pasrah...namun aku tidak dapat nak meluahkan apa yang ku rasa kan...aku cuba mencari diri aku sendiri...namun aku tidak ketemu hingga lah aku tidak sedar bahawasanya aku banyak mendiam kan diri...ramai yang menegur aku yang CERIA menjadi PENDIAM...ermmm bukan niat ku untuk mengubah diri ini...namun aku teralpa seketika...

dalam kepayahan untuk aku mengharungi dan menghadapi ujian dan dugaan ini...aku terpikat dan tertarik dengan olahan dan luahan penulisan Gentar Rasa yang membuatkan aku tersedar dari lamunan yang panjang...di sini aku kongsikan penulisan yang membuat kan aku kembali kepada diri sendiri...
ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU
Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.

Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.

Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.

Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah!

Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.

Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.

Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah! Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.

Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi. Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula pergi. Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.

Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.

Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!

Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.

Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi.

Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!

Kepada isteri-isteri yang kehilangan suami, dan mereka yang kehilangan orang tersayang, atau kita yang bakal kehilangan…yang menziarahi blog ini untuk mendapat sedikit cicipan ketenangan, aku yang daif ini cuma mampu menghadiahkan satu tulisan yang telah ku muatkan dalam bukuku ‘DI MANA DIA DI HATIKU” – tajuknya:

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.

Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!

Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.

Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”

Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.

Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.

Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:

“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”

Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”

KETIKA RASULULLAH PERGI…

Tengah hari itu…
gugur butiran air mata di wajah mu
Hibanya hati melepaskan Rasul pergi

Bukan tidak reda,
Tapi itulah hati seorang isteri
pasti ada rasa cinta!

Pada akrab sekian lama yang terpisah
Bagai isi dan kuku…
Tapi hakikatnya kita semua hamba
Yang terpaksa akur dengan takdir-Nya
Jalan mujahadah menggamit kelangsungan budi

Setia seorang isteri tanpa teman menabur jasa
makam itu cuma semadi jasad…
Tapi dian batinnya terus menyala
Pada sebuah amanat di sisi isterinya

Wahai srikandi cinta Rasul yang masih hiba
Duhai srikandi budi yang masih lara
Sepuhlah air mata di usia muda
Melangkahlah semula dengan kukuh
kerna jalan ini masih jauh

Yang wafat cuma jasad
Bukan niat dan semangat!
Citra ini mengimbau sejarah ‘si merah’
– Umamahatul Mukminin Siti Aisyah

di usia remaja menjadi isteri Rasulullah
Teman Rasul ketika berjuang membela umat
Teman Rasul ketika di amuk sakarat
di ribaannyalah baginda wafat

Sepeninggalan Rasul…
Dialah gedung ilmu yang mendidik tanpa jemu
Dialah gunung budi yang berbakti tanpa henti
Dia hanya kehilangan suami
Tapi bukan kehilangan misi!

Sesekali ketika rawan diusik kenangan…
Berteduh di sejuk wuduk menawar gundah
Istirahat hati pada satu hakikat…
Cintaku hanya sedebu cinta-Nya
Relakanlah dia pergi…
Menemui temannya di daerah tinggi!

Assalammualaikum wbt!!


anybody here??? wallaaaa lama nyaa tak berupdate di sini...ermmm d sana FB pun dah jarang-jarang...why?why? ermmm sure there'll be a reason rite...;) bukan suka suka tidak berupdate d sini...but then ada ke orang yang drop here to read d story mory of mine...:D

alhamdulillah kalau ada yang sudi membacanya...let's welcoming to my self here..hehehe...i'll update later d story of mine since dah lama tak update d sini kan...so banyaaaakkkkk cerita yang aku nak kongsi kan tau...