My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

Selamat hari Isnin!!hehehe monday blues monday mood..alhamdulillah pagi ni boleh masuk dashboard dan boleh buat entry...yipeee!!

rindu sehh berapa hari tak boleh nak masuk sini...aku rasa blog ni makin tenat gamaknya...isk isk jenuh betul last week tak boleh nak masuk...mula-mula aku ingat pc aku problem tak pun password aku tak ingat ke..cuba punya cuba tak boleh gak...bila aku masuk forum RH baru ler aku tau bukan aku jek yg bermasalah...hehehe ada gak kawan2 yg masalah dengan blog ni...

hope blog ni akan kembali pulih & aku kembali boleh key in entry...hehehe rindu gak nak mencurah apa yg ada kat kepala ni...:D walaupun kerja tengah menggunung d atas meja...sekali sekala nak gak menyelinap kat sini kann...masuk kat sini boleh arr d kategori kan sebagai terapi minda gak selain dr cuci mata kat shopping komplekss...wakakakaka...

so sekarang ni boleh la aku tersengih macam ni kan...

Assalammualaikum wbt...

sorry ye kawan-kawan this week aku banyak kerja yg perlu selesai kan...aku akan kembali bersiaran bila kerja dah settle ok...sebelum korang keluar dr sini jom layan PEMBANTU PERIBADI aku yg tengah busy bekerja..;)







Assalammualaikum wbt...

Siapa yang dah tengok cerita ni?
Siapa yang tak sabar nak tengok cerita ni?
Siapa yang tak nak tengok cerita ni?

===>sila click penaja aku bg setiap jawapan ye...wakakaka...

hehehehe aku nak review cerita ni TAPI aku nak tau feedback orang dulu macamana...bukan apa aku kan peminat fanatik drama dia...hehehe siap buat Sinopsis Episod by Episod lagi tu...:p SO sure la aku nak tengok dan juga tak sabar nak tengok kann...

sebelum itu jom kita baca apa kata wartawan dari Harian Metro ni...:p
Skrip cuit hati penonton
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

DRAMA bersiri Nur Kasih ditonton hampir 19 juta orang ketika disiarkan di televisyen dan turut dimuat turun di Internet.

Sokongan tidak berbelah bagi diberikan penonton memberikan semangat kepada pengarahnya, Kabir Bhatia dan penulis skrip, Mira Mustaffa membawanya ke layar lebar.

Jalan cerita yang dianggap tergantung dan meninggalkan persoalan menyebabkan penonton setia menyatakan tidak puas dengan episod terakhir siri tersebut. Mereka mahukan lebih lagi. Desakan berkenaan menyebabkan pasangan suami isteri itu sekali lagi bergabung tenaga menghasilkan Nur Kasih The Movie.


Menyaksikan filem itu sewaktu majlis previu baru-baru ini, ternyata ia tidak mengecewakan. Seperti dijanjikan, Kabir dan Mira menjawab segala persoalan yang timbul dalam drama rantaian Nur Kasih sekali gus bertindak sebagai penamat cerita.

Filem Nur Kasih terbitan bersama Primeworks Studios, Film Scape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhd ini masih mengekalkan teraju utama untuk tiga watak penting yang berjaya meninggalkan kesan di hati penonton iaitu Adam dilakonkan Remy Ishak, Nur Amina (Tiz Zaqyah) dan Aidil (Fizz Fairuz).

Bagaimana digambarkan dalam drama bersiri, begitu juga pembawaan watak ditampilkan dalam filem. Persembahan diberikan pelakon ini tidak mengecewakan terutama Tiz dan Remy. Keserasian mereka sebagai pasangan suami isteri berhadapan pelbagai dugaan dizahirkan dengan baik, sehingga penonton dapat merasai kasih sayang yang begitu mendalam dan kesedihan dilalui.

Turut mewarnai filem ini pelakon berpengalaman yang tidak kurang memberi kekuatan dari sudut lakonan sekali gus berjaya menghidupkan lagi jalan cerita ialah Datuk Rahim Razali (Aidil berusia 70), Afida Es (Nur Amina berusia 70), Liza Othman (Hajah Khadijah), Muniff Isa (Mamat), Syafie Naswip (Jamal), Mia Sara (Mariam) dan Mohd Ilyas Suhaimi (Ilyas).

Nadi kepada Nur Kasih The Movie sebenarnya terletak kepada skrip yang dihasilkan Mira. Bertindak bijak, penulis skrip untuk filem Cinta dan Sepi itu cuba mengelak meruntun hati penonton secara keterlaluan seperti sering dipaparkan dalam kebanyakan drama Melayu.

Kekuatan filem ini terletak pada kekuatan pengucapan dialog yang ringkas tetapi penuh makna. Ia sudah cukup untuk mencuit hati penonton untuk bergenang air mata. Janji, reda dan cinta menjadi kata kunci utama kepada filem yang bakal ditayangkan di 70 pawagam termasuk Singapura dan Brunei mulai 19 Mei ini.

Mira berkata, sokongan diberikan penonton sepanjang drama bersiri Nur Kasih disiarkan TV3 dua tahun lalu, memberikannya inspirasi untuk menghasilkan skrip untuk filem. Lebih penting, dia tidak mahu mengecewakan mereka yang begitu meminati drama dihasilkan. Katanya, skrip filem tidak sama dengan drama bersiri dan antara cabaran harus dihadapi adalah menggambarkan perjalanan setiap watak utama.

“Cabaran paling besar apabila saya harus mencari penyudah kepada drama ini, memandangkan ramai yang mengikuti perkembangan watak utamanya bermula dari kecil sehinggalah akhir hayat mereka,” katanya.

Kabir pula berkata, antara sebab mengapa Nur Kasih The Movie dihasilkan kerana Mira sudah jatuh cinta dengan setiap karektor ditampilkan dalam drama bersiri Nur Kasih dan ia sering bermain di dalam kepalanya.

“Kami rasa ada banyak lagi perkara yang mahu diketengahkan membabitkan setiap karektor, tetapi tidak berpeluang untuk dipersembahkan dalam drama. Waktu sama, kami berasakan mempunyai cerita yang kuat untuk ditampilkan dalam filem.

“Begitu pun tidak dinafikan cabaran untuk menghasilkan jalan cerita agar tidak disamakan dengan drama bersiri agak berat. Mira harus mengolah skrip Nur Kasih The Movie beberapa kali sehinggalah kami benar-benar berpuas hati dan berasakan ia kuat untuk dipersembahkan kepada penonton,” katanya.

Kata Kabir, dalam menghasilkan filem ini, dia benar-benar berpegang kepada skrip dihasilkan Mira. Ia menjadi sumber inspirasi. Antara cabaran lain yang dilalui apabila penggambaran dilakukan di luar negara. Perbezaan cara kerja dan suasana memberikan dugaan yang agak besar dalam menyudahkan filem ini.

Bagi mereka yang tidak pernah menyaksikan drama bersiri Nur Kasih tidak perlu bimbang tidak memahami jalan cerita kerana filem ini dihasilkan Kabir dengan susunan plot penceritaan yang sangat baik.

Penekanan Nur Kasih The Movie adalah penghayatan emosi yang bakal menyentuh nurani penonton kerana isi filem ini benar-benar jujur menceritakan kehidupan manusia yang hidup sementara di dunia fana ini.

Nur Kasih The Movie turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisahkan kehidupan enam tahun kemudian membabitkan tiga jiwa yang sentiasa diuji. Aidil, seorang lelaki yang tabah meneruskan hidupnya bersama dua anak kecil tanpa isteri tercinta di sisi.

Adam yang mula menemui jalan lurusnya, berusaha untuk mengekalkan laluan hidupnya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri.

Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia antara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat.
amacam syahdu tak?rasa nya kalau sesiapa yang emosi nya pantang di jentik atau di usik d harap bawak kotak tisu banyak2 ye...:p

***huwaaaa suspen jek apa lah yg terjadi kat Adam ni ekk..?
***source pic dr facebook Nur Kasih The Movie..

Assalammualaikum wbt...
Malam tadi aku tengok drama Berpaling dari Jannahmu yg d siarkan di Astro Prima jam 9 malam...sungguh meruntun hati dan perasaan ini..uhukss air mata aku terasa nak mengalir tengok lakonan mantap Kak Ogy, Nasir Bilal Khan dan Adik Mia Sara...

Rugi ooo siapa yang tak tengok...terasa aku bagaikan berada di dalam situasi tersebut...sikap Aida lakonan Kak Ogy sedikit sebanyak serupa dengan aku sampai kan anak aku c Irfan tu pun bgtau kat Mak Ngah dia kat tv 'tu Mi'...hehehe pastu bila Mak Ngah dia tanya ummi marah macamana dia siap kata 'mas mas angan epah' sambil tangan tu menepuk peha dia...huhuhuhu nampak sgt ar kan aku ni garang..

leka betul Irfan tengok citer ni sambil tangan tu duk menyuap nasi goreng...paling syok bila dia tengok Kak Ogy membebel tanpa henti marahkan c Mia yg buat sepah..habis je Kak Ogy lontarkan dialog tu terus dia bunyi macam lega...'huuuh'..aku dengan kakak aku dah tergelak-gelak tengok aksi Irfan..

bila Kak Ogy memeluk Mia time kaki dia berdarah aku pura-pura la nangis sama...dia tengok aku dengan muka bersalah dan siap pegang tangan aku lagi macam nak memujuk...alahai...aku lak yang terasa syahdu nya...maklumla aku pun dapat anak lambat gak macam dalam citer tu...

Part yg paling aku tak tahan sekali bila c Mia kena langgar dengan kereta dan aksi Kak ogy yg kehilangan anak buatkan air mata aku ni nak mengalir sama sebab dok terpikir kan andainya kejadian itu terjadi kat aku...dah ler anak aku sorang je tu..tengah aku sok asyik melayan perasaan sedih tiba-tiba Irfan menangis teresak-esak siap tunjukkan aksi Kak Ogy memeluk Mia...menangis berjuraian air mata...

terkejut betul aku dengan reaksi Irfan...oh anak aku dah pandai beremosi...kakak aku pun terkejut sama...uhukss kakak aku punya air mata jangn cakap lah dah mengalir laju sekali tu tengok Irfan menangis teresak-esak terus jadi gelak...siap peluk aku lagi tu..

so aku ambil la peluang buat pertanyaan...
'Irfan nak buat Ummi marah tak?' dia terus geleng...
'Irfan sayang Ummi tak?' dia kata 'ayang'..
'Irfan kena jadi anak yg baik tau' dia kata 'ok'..

terus Irfan jadi anak yg baik...tak de lagi berlari-lari sebelum tidur...tidur pun senang je...usap kan rambut dia lepas drama tu habis...terus dia lena..tak yah nak mengempeng lagi..TAPI itu aksi malam tadi..semoga berkekalan laa hendaknya...

Cerita ini begitu memberi pengajaran kat aku...uhuksss jgn ler terlalu obses dengan kebersihan...uhuksss terbayang kan Irfan yg dh tak pernah lagi bawak mainan dia keluar bilik...terbayang kan Irfan yg lap lantai kalau dia tertumpah kan air...terbayang kan Irfan memegang penyapu, mop lantai dan vacuum...uhukss semua tu stail aku kalau kat rumah...

hargailah peluang yg telah di beri kan...terbayangkan yg aku melahirkan Irfan d kala usia perkahwinan aku berusia 4 tahun..hargai lah setiap saat dan ketika apabila bersama orang yg tersayang...terbayangkan kalau aku balik kerja dan tak berapa nak melayan Irfan sure dia akan merengek-rengek...kalau aku layan dia sure dia terkekek kekek bergelak ketawa...

***Insaf betul aku bila tengok cerita ni..

Assalammualaikum wbt..

Siapa sini suka main guli? sila click fund aku tu ye...hehehehe...aku kecik2 dulu suka main guli tau...maklumla ketika itu gang sepermainan aku adalah abang-abang aku dan rakan-rakan mereka...ermmm selalu nya aku sorang je terselit 'anak dara' d kalangan 'teruna'...hehehe aku kecik-kecik memang agak kasar penampilannya...tiada istilah rambut tocang-tocang ni ye...rambut aku sentiasa d cantas...alergik kalau rambut panjang ni...wakakaka itu dulu arr...

oh ye berbalik cerita pasal guli ni kan, aku teringat dulu-dulu kalau lepas main guli sure kuku jari penuh dengan 'taik'...tapak tangan boleh bersepuk atau merah...aku punya koleksi guli pernah capai 1 tin milo..yang tak bestnya hehehe kalau mak aku dh naik hangin...huahauahau kalau dh main sure tak ingat nak balik kan...so apa lagi dia akan hidangkan guli dlam pinggan bagi kitorang makan...

adehhhh time tu dah ketaq kepala lutut wei...mak aku garang tau...lagi2 aku ni kan 'anak dara' yg perlu d jaga lebih...:D ermmm bila teringat balik dok terbayang kan aksi mak aku melemparkan tin milo dengan guli keluar rumah...siapa kutip siap arr...so terkebil-kebil arr kitorang ni memandang nya...

ermmm sekarang ada gak guli yang aku beli tapi tak der la nak main macam dulu kan...hehehe aku guna time main congkak je...meh aku share dengan korang cara nak main guli yang aku ambil dari en wikipedia...

Permainan
Permainan guli biasanya melibatkan lontaran guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang
Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garis pusat 1 m. Di tengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10 cm lebar dan sedalam 7 cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3 m daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Cara bermain
  • Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya.
  • Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
  • Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.
  • Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
  • Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran.
  • Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

***psst psst dulu-dulu tak tau pun ukuran nya berapa...hehee main agak-agak je pun...



Assalammualaikum wbt...
tengahari tadi aku terbaca kat blog anamizu mengenai one of our fren in blogger line telah kembali ke rahmatullah...namun aku tak berkesempatan nak mengomen or membuat entry...then kali ni baru aku berkesempatan...

blogger ini di kenali sebagai Telurdibasuh...kerap kali juga shoutbox aku di datangi oleh arwah...tagline TELUR tak pernah miss...semoga roh Abdul Hakim Bin Mohd Kamal di rahmati dan di tempat kan di kalangan orang-orang yang beriman...Amin~

***sila click FB Tubelawak for details


Assalammualaikum wbt...

hari aku begitu terharu..uhuksss terharu yang amat sangat...terasa nak mengalir je air mata ni...huwaaaaaaaaa apa kah kisah nya ini...?

meh sini aku cerita kan...hari ni merupa kan tarikh Hari Lahir aku...aku plan dengan si dia nak celebrate in advance semalam memandangkan semalam kan hari cuti...tup tup petang semalam hujan la pulak...tiada rezki la nak melepak di tepi pantai..so kitorang tukar plan terus ke rumah mak aku...sampai rumah mak aku lak tup tup tiada sesiapa pun yg ada kat rumah...pintu berkunci...uhukss bila call adik aku rupa nya mereka pergi ke rumah adik aku yg d Bangi..tapi mereka dh on the way balik...

ada lah dalam 40 minit menanti, sementara tu kitorang plan la nak makan dekat mana kunun nak bawak family aku sekali...sekali tu bila diorang sampai diorang kata cousin aku c Fadil nak datang rumah hantar album perkahwinan adik aku...lol tak jadi arr nak keluar...tak jadi jugaa laa nak celebrate apa-apa pun..

pagi ni lak bila aku masuk opis memang aku langsung tak jangka apa-apa pun..macam biasa staff aku wish then masing2 bz dgn keje...cuma lunch aku ajak diorang keluar ke JJ Bkt Tinggi p carik mamam tengahari..Staff aku ajak g Kenny Rogers tapi aku nak tengok dulu restoran apa yang aku nak masuk...bersungguh2 dia ajak g Kenny Rogers gak so aku pun ikut kan jer la...aku order macam biasa...dan juga kami berborak macam biasa juga...havoc borak nya padahal hari-hari dah borak kat opis...hehehe..

tiba-tiba suasana yang hanya kedengaran bunyi orang berborak bertukar bunyi rentak lagu yang rancak...aiksss pelik gak aku kan...tetiba dengar lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU..rentak yang sangat catchy siap aku punya kaki pun bergerak sekali...aiksss kebetulan lak ekkk ada orang sambut birthday dengan aku...
bila aku angkat jek kepala nak tengok siapa punya gerangan empunya birthday tu..sekali aku tengok semua mata tertumpu kat meja aku & staff dan pelayan membawa kek yang siap dengan lilin nya...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku punya laaaa...terharu sangat-sangat...sob sob sob...lagu tu pulak tak berhenti-henti sampai la aku tiup lilin...huwaaaaaaaaaaa lagi sungguh terharu...terasa nak mengalir air mata je...hihihihi malu pun ada juga sebab nya semua mata tertumpu kat meja kitorang kan...:p


thanx a lot korang!! seriously i really have a great day to day...u all brighten my day....what a wonderful day...terharu sangat wei...

oh ye on d way ke parking kereta kan...aku by pass one of the booth kat area JJ tu yang membuat kan aku tertarik untuk merembat ini sempena birthday aku...yippeee!!!cute je bile d letakkan kat sebelah meja aku ni hah...


Assalammualaikum wbt...

Hari ini hari apa?
Hari ini hari Isnin.

Hari ini berapa haribulan?
Hari ini 16hb May 2011.

Apakah peristiwa penting hari ini?
Hari ini adalah Hari Guru.

SELAMAT HARI GURU kepada semua yang bergelar GURU..
tidak kira di mana kalian mengajar...
tidak kira di sekolah mana kalian mengajar...
ilmu yang kalian turunkan tidak akan padam buat selama-lamanya...
jasa yang kalian curah kan amat lah di hargai...
tanpa kalian siapa la kami hari ini...

Assalammualaikum wbt...

korang suka tak pekena sup time musim panas ni..?aku suka sangat-sangat tau menikmati sup panas ni...lagi sedap d letakkan cili padi potong dengan kicap...fullamak terangkat wei...meh sini aku nak share resepi ringkas sup aku...

Bahan-bahan:
beberapa keping ayam (bahagian tulang temulang)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 bungkus sup bunjut
2 biji kentang (potong 4)
garam secukup rasa
daun sup, daun bawang & bawang goreng

***bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk halus

Cara-cara :
  1. tumis kulit kayu manis dan bunga lawang
  2. dah naik haruman masukkan bahan-bahan yang telah di tumbuk
  3. kemudian masukkan ayam dan masukkan air sehingga paras melebihi sedikit ayam
  4. masukkan juga sup bunjut, kentang yang telah di potong dan garam secukup rasa
  5. biarkan sup mendidih sehingga kentang tadi empuk
  6. setelah kentang empuk boleh la api nya di tutup
  7. taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng ketika menghidangkannya...
ermmmm sup ayam ni enak di hirup dan juga di makan ketika panas...;)


Assalammualaikum wbt...

hok aloh wei...macam2 betui laa...wall FB aku penuh dengan status :
Please do your part in PREVENTING SPAM by VERIFYING YOUR ACCOUNT. Click VERIFY MY ACCOUNT right next to comment below to begin the verification process...
10 minutes ago via iPhone · Like · · See Friendship · ==VERIFY MY ACCOUNT==
WARNING!!! JANGAN VERIFY OR CLICK BEB ..once korang click verify my account tu maka akan termuntah laaa status tu kat wall kawan-kawan korang..dia automatic send...

huru hara dah wall FB aku dengan status kawan-kawan ni...memang mabuk Iphone betul arr tu...uikksss kalau bg Iphone free ok gak...cissss....SEMAK BETUL!!

***Mark as Spam tau korang...jgn click apa-apa...


Assalammualaikum wbt...

to all the Chupers out there...hihihihi korang ferasan tak dekat dashboard korang ada GRAPEVINE...? aku ferasan dan dok tertanya-tanya gak..apa ko bonda ehh tu...hehehe so hari ni aku dah dapat jawapannya...;)

kat bawah ni petikan dari blog ChurpChurp
What is Grapevine? Noticed it on your dashboard?

With the revolutionary Grapevine, ordinary banner ads now have an additional social media element implemented, making it easier for you to share cool and interesting ads with your friends through Facebook, Twitter and other social media platforms.

Say you’ve stumbled upon an awesome promotion running on the Grapevine that you MUST share with your friends, all you need to do is to follow these two simple steps:

Step 1: See the 4 icons? You can click on any one of them to start sharing the ad/promo with your friends, and if you want to share the link on more platforms, just click ‘Share’ to copy the link which you can then share with your friends.

Step 2: To redeem your earnings, all you need to do is fill in your email address at the bottom of the banner, and click ‘Go’. You will then get a notification email to further guide you how you can redeem your earnings! Remember that you will only get rewarded for every unique click generated through sharing.

Now with Grapevine, you can get rewarded just by sharing cool and interesting ads you see on blogs as well! Isn’t that awesome? : )

Have fun!

Jacqueline Rowena
ChurpChurp Relations Dept.

yang ini pulak aku petik dari Nuffnang
Do visit blog ChurpChurp for more information.

Yes, it’s that easy! What’s more, sharing of the URLs is NOT limited to Nuffnangers only. Even your blog readers who are not registered with Nuffnang can also share campaigns on the Grapevine and be rewarded for doing so! See why we named it the Grapevine? Now EVERYBODY can be a social media influencer, and talk about that cool ad running on your blog! :D

So spread the word, Nuffnangers! Get all your friends to join in the fun and get rewarded for hearing about (and spreading) something through the Grapevine :)
SOOOOO apa lagi kawan-kawan jom jom jom kita menjemput kawan-kawan yang lain untuk melibatkan diri...;) jangan lupa click d sini untuk menyertai nya yer...:|


Assalammualaikum wbt...

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi akhirnya ayah aku dah discharged petang tadi...segala urusan di Hospital di urus kan adik aku Cik Nescafe dan juga Cik Ida wheng...

Ayah aku admitted kat Hospital dari Khamis lepas kira nya 1 week gak arr ayah berehat di hospital...aku juga di maklumkan ayah akan di rujuk ke IJN...pihak hospital akan memaklum kan tarikh appointment di IJN...

Semoga ayah kembali sihat...amin~