hari ni aku nak menceritakan kebaikan dan keburukan bentuk perniagaan yang bakal korang set up secara general sahaja..untuk pengetahuan korang kan di Malaysia, sesebuah perniagaan boleh beroperasi dalam tiga bentuk iaitu:
- Keempunyaan tunggal
- Perkongsian
- Syarikat
Keempunyaan tunggal - hanya seorang pemilik sahaja
Kelebihan
- kebebasan mutlak dalam membuat keputusan.
- tidak memerlukan modal yang besar.
- kejayaan perniagaan adalah kejayaan anda juga.
- mempunyai hubungan langsung dengan para pelanggan.
Keburukan
- bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kegagalan perniagaan.
- menanggung beban semua hutang dan risiko perniagaan.
- untuk mengembangkan perniagaan tambahan modal di perlukan namun dana mungkin terhad.
Perkongsian - mempunyai rakan kongsi
Kebaikan perkongsian
- berkongsi kerja dan berkongsi modal.
- keputusan akan menjadi lebih baik melalui pandangan rakan kongsi.
- sumber kewangan yang lebih dari gabungan rakan kongsi.
- gabungan idea, pengetahuan, kemahiran, buah fikiran dan sumber-sumber daya yang lain.
Keburukan perkongsian
- anda bertanggungjawab ke atas keputusan yang di buat oleh rakan kongsi
- risiko dan hutang-hutang perniagaan akan di tanggung sekalipun ia berpunca dari tindakan rakan kongsi.
- setiap rakan kongsi juga bertanggungjawab melunaskan hutang-hutang yang di tinggalkan rakan-rakan kongsinya.
- Perselisihan faham dan pertikaian mudah berlaku di antara rakan kongsi
- pembubaran perniagaan sekiranya rakan kongsi menarik diri atau meninggal
Syarikat - entiti berdaftar yang ditubuhkan oleh sekurang-kurangnya dua orang dan tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.
Kebaikan Syarikat
- pemegang saham tidak terikat kepada milikan syarikat.
- pemegang saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.
- pemegang saham dilindungi oleh tatacara perundangan.
- potensi perkembangan perniagaan yang lebih tinggi
Keburukan Syarikat
- proses penubuhan melibatkan perbelanjaan yang tinggi.
- liabiliti/tanggungjawab adalah terhad, maka pihak syarikat kewangan akan cukup berhati-hati untuk memberi dana.
- penjualan saham kepada orang awam tidak di benarkan.
keputusan di tangan korang...apakah pilihan bentuk perniagaan yang bakal korang set up nanti...bagi pandangan aku la kan sekiranya korang mempunyai modal yg besar pilih la perniagaan berbentuk syarikat..kerana ianya di jamin risiko bukan milik peribadi kerana syarikat dan korang adalah entiti yang berbeza...
walaubagaimanapun sekiranya korang terasa bagai kan budak baru nak menapak dalam dunia perniagaan milikan tunggal adalah pilihan sebaik-baiknya sebagai asas kepada dunia perniagaan yang sebenar...untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran perniagaan korang boleh la melayari website Suruhanjaya Syarikat Malaysia..
2 lovely reply:
Salam Fisa
wah fisa, terima aksih penjelasan yang detail ni.kalau Fisa jadi cikgu Prinsip Akaun,mesti student senang faham.info Fisa ini juga membantu saya memahami selok belok dunia perniagaan yang baru bagi saya.
salam Ummu masyitah...lamanyaaa tak dengar kabar berita...ku merinduimu...;)
alhamdulillah laaa kalau ilmu yang asaya ada di dapat d manfaat kan bersama...anyway fisa memang minat sangat2 nak ajar Prinsip Akaun insya Allah kalau d mudahkan jalannya...;)
Post a Comment