My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

berita yang baru jek aku baca kat blog Anif..agak terkejut jugak la sebab baru jek aku berborak koskng dengan kawan aku pasal Steve yang telah meletakkan jawatan sebagai CEO Apple...

so aku menggoogle untuk mendapatkan pengesahan cerita ni...maklum ler pagi ni aku belum lagi mendengar berita atau membaca paper..dan artikel ni aku :

Steve Jobs Dies: Apple Chief Created Personal Computer, iPad, iPod, iPhone
By NED POTTER (@NedPotterABC) , COLLEEN CURRY and MICHAEL S. JAMES
Oct. 5, 2011

Steve Jobs, the mastermind behind Apple's iPhone, iPad, iPod, iMac and iTunes, has died, Apple said. Jobs was 56.

Jobs died "peacefully" surrounded by family members, his family said in a statement.

Neither Jobs' family nor Apple revealed where Jobs died or from what cause, though in recent years he had fought a form of pancreatic cancer and had a liver transplant.

"We are deeply saddened to announce that Steve Jobs passed away today," read a statement by Apple's board of directors. "Steve's brilliance, passion and energy were the source of countless innovations that enrich and improve all of our lives. The world is immeasurably better because of Steve. His greatest love was for his wife, Laurene, and his family. Our hearts go out to them and to all who were touched by his extraordinary gifts."

berita lanjut sila click sini

kehilangan yang paling besar dalam dunia Technology...

Assalammualaikum wbt...

wei korang terasa tak gegaran sebentar tadi? lepas aku buat entry tadi tiba-tiba badan aku bergoyang...isk aku ingat kan aku pening kepala ke apa kan...uikss mana la tau kot2 aku dah OVER STRESS sampai kepala aku bergoyang ke...pastu aku tanya staff aku dia kata dia pun terasa gak...then aku tulis arrr status kat FB...rupa-rupanya member2 aku kat PJ, Seri Kembangan,Bangi dan KL pun terasa gak gegarannya...

then bila aku google aku jumpa berita ni:
Jakarta - Setelah semalam melanda Tahuna, Sulawesi Utara, pagi ini gempa bumi kembali mengguncang wilayah Indonesia tepatnya di daerah Tarutung, Sumatera Utara. Gempa berkekuatan 5,5 Skala Richter ini terjadi di kedalaman 10 kilometer dan dinyatakan tidak berpotensi tsunami.

Berdasarkan data yang dirilis situs Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Selasa (14/6/2011), gempa tersebut terjadi pukul 07.08 WIB.

Pusat gempa tercatat berada di 30 Km sebelah tenggara Tarutung, Sumut dan 39 Km sebelah timur laut Sibolga, Sumut. Lokasi gempa tercatat berada di koordinat 1,79 LU dan 99,13 LS.

Belum diketahui dampak dari peristiwa ini.
ni pulak kat Berita Harian Online
Gempa 5.9 magnitud gegar Sumatera Utara
2011/06/14
KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi.
ni aku petik The Star Online
Two quakes hit Sumatra, tremors felt in S'gor, Malacca, Perak, NS, Putrajaya, KL
KUALA LUMPUR: Two earthquakes hit northern Sumatra Tuesday morning sending tremors that were felt in Selangor, Malacca, Negri Sembilan, Perak, Putrajaya and here.

The first 5.5-magnitude earthquake hit Sumatra at 8.08am and the second 5.6-magnitude quake hit the same place at 11.01am Tuesday. Calls came pouring in from Selayang Hospital, KLCC building and other highrises in the Klang Valley as many residents ran out of their buildings. However, there was no tsunami threat, said the Malaysian Meteorological Department.

Information about damage or casualties has yet to come in.


Assalammualaikum wbt..

i'm so sad
aku sedih aku sedih aku sedih...menitik air mata aku bila melihat berita d TV3 mengenai bayi yg di campak dari tingkat 5..

Ya Allah di mana kah sifat perikemanusiaan kita..apakah kita semakin kejam...seumpama binatang yang tidak berakal..walhal ada juga binatang yg pandai sayangkan anaknya..apa tah lagi kita ini manusia yg di beri cukup akal fikirannya...kembali la ke jalan yang benar wahai manusia yang tidak berhati perut...ingat lah setiap perbuatan yang kita lakukan pasti nya ada balasan yg setimpal..bertaubat la wahai manusia yang kejam...

sayu sangat hati aku ni tau...menitik air mata aku...bila malam tadi aku terdengar kan berita ini...
Cukup kejam.
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan, dipercayai dicampak dari tingkat lima sebuah flat di ibu negara.
Kejadian berlaku jam 11.45 malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, ia disedari seorang penduduk yang baru pulang dari kerja.
Ketika ditemui, bayi terbabit masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Gerakan mengesan individu bertanggungjawab masih berjalan.
dan pagi ni pula d muka depan suratkhabar HM terpampang kan berita ini juga..
Angkara ‘binatang’
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan. “Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku. “Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.

“Perasaan sedih kuat menyelubungi diri saya, tapi hendak menangis pun tidak berguna kerana kejadian sudah berlaku,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dicampak dari tempat tinggi iaitu pangsapuri berhampiran berdasarkan kecederaan parah pada kepalanya.

Menurutnya, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu pada kira-kira jam 12.30 tengah malam dan pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati bayi yang cukup sifat itu besar kemungkinan baru dilahirkan berikutan masih bertali pusat. “Di sebelah mayat bayi itu turut ditemui beg plastik yang mengandungi uri,” katanya yang merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu segera menghubungi polis.

Kes pembunuhan dan pembuangan bayi ini yang ketiga berlaku di Lembah Klang dalam seminggu. Harian Metro semalam melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, jam 9 pagi, kelmarin. Bayi perempuan itu dibawa arus sungai berkenaan ke kawasan itu berikutan maklumat orang awam menyatakan ternampak kelibat ‘anak patung’ terapung di kawasan berdekatan Stesen LRT Titiwangsa.

Pada 27 Mei lalu pula seorang penuntut kolej swasta berusia awal 20-an nekad menyimpan mayat bayi lelaki cukup sifat dilahirkannya dalam almari di bilik sebuah rumah di Cheras di sini, selama dua hari. Penuntut terbabit melahirkan bayinya sendirian dan bayi itu dipercayai mati sejurus dilahirkan sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, selepas berasa bersalah dengan tindakannya. Penuntut itu hadir ke balai polis sambil mendukung mayat bayinya yang dibalut tuala.

jawapan paling tepat adalah mereka ini KEJAM mengalahkan binatang...aku rasa macam nak campak je org yang campak kan bayi ni..apa dia rasa pulak...tolong la berpikiran yang waras sewaras nya...andainya si pelaku itu bermasalah dgn mental seperti berita semalam yg aku kongsi kan kita boleh lagi menerima nya..andainya si pelaku itu seorang yang normal TOLONG la TOLONG la jangan lagi di seksa atau di buat begini...aku merayu..aku tak mampu lagi beb nak tengok ada lagi bayi yang menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman manusia lain..

nak taip ni pun air mata aku menitik gak...terpulang la kalau korang nak kata aku terlalu emosi ke atau apa...ada orang lain bersusah payah berusaha nak dapat kan anak..ni sewenang-wenang je nak buang anak yang tidak berdosa ini..kalau dah tak nak sangat serah je la ke badan kebajikan ke...jangan melakukan kekejaman ke atas bayi ini..apa lah daya dia nak melawan kita kann...

haishhh emosi aku betul2 terganggu...

Assalammualaikum wbt...

yuhuuu kawan-kawan...sory naa aku dh tak update story day by day...paham2 je la kan keje sendiri ni tak sama dengan keje dgn orang..time management pun penting gak tu...so nak menyelinap kat sini pun kena ada masa yg sesuai...hehehe...

hari ni aku nak share berita yg aku baca pagi tadi kat HM...jom layan dulu artikel ni ye...



Simpan mayat dalam stor

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

SUNGAI SIPUT: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan mati dipercayai akibat didera ibu bapanya yang sakit mental sebelum mayatnya ditemui di dalam stor, penuh kesan luka dan lebam pada tubuh dan dibalut dengan kain batik berwarna merah.

Mayat bayi itu ditemui bapa saudaranya di rumah sewa dihuni pasangan berkenaan di Taman Muhibbah di sini, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Ketika mayat bayi itu ditemui, ibu bapanya tanpa reaksi sedih memberi alasan mereka tidak tahu anak mereka sudah mati dan memberitahu bayi itu ‘disimpan’ selepas didapati tidak bergerak sejak jam 11 pagi kelmarin.

Bapa mangsa yang bekerja sebagai penjual burger pernah mendapat rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, sebanyak dua kali dan isterinya juga dikatakan turut mengalami masalah serupa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Deputi Superintendan Ernest John berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa saudara mangsa yang dibuat di Balai Polis Sungai Siput pada jam 2.41 pagi semalam.
terharu aku membaca nya...bayi ini menjadi mangsa ibu bapa dia yang tidak sihat..apa la daya bayi ini kan...oooh aku terkenang kan anak aku yg sorang tu...


Assalammualaikum wbt...

memandangkan malam tadi aku dah terbongkang awal di depan TV..makanya jam 3 pagi mata aku dah terkebil-kebil tak mau pejam...nak bangkit dr perbaringan anak bujang aku dok 'tagged' aku jek...macam tau jek ummi dia nak bangun....siap erat lagi dia peluk aku..alahai bertuah betul..last2 aku tak sedar bila aku tertidur balik...sedar-sedar dah subuh...

so pagi ni agak sangap sengap sikit gara-gara OVERDOSE tidur malam tadi...

TAPI mata aku kembali terbeliak bila baca kisah ni...


Tembak isteri miang
KINARUT: Berang melihat isteri kesayangan bermesra dengan lelaki lain, seorang anggota polis yang baru selesai menjalankan tugas bertindak di luar dugaan apabila melepaskan tembakan terhadap pasangan terbabit, semalam.

Anggota polis berpangkat koperal itu yang sedang menunggang motosikal dikatakan terkejut apabila melihat kelibat isterinya bersama seorang lelaki di dalam Proton Waja berhampiran rumahnya di Jalan Papar Lama, di sini, kira-kira jam 7 pagi.

Isteri polis terbabit cuba melarikan diri dengan memecut kenderaan, namun dikejar suaminya sambil mengarahkannya memberhentikan kenderaan.

Bagaimanapun, isteri itu tetap memecut keretanya dan dalam keadaan kelam-kabut itu, suaminya melepaskan beberapa das tembakan, namun tidak mengenainya.
***macam-macam cerita dan kisah suami isteri sekarang ni di paparkan...siapa mau kisah lanjut boleh la dapatkan Harian Metro hari ni kat kedai ye...;)


Assalammualaikum wbt...
Aku nak share dengan korang artikel yang aku petik dari Harian Metro...Artikel ni berkisar kan sifat dan sikap anak-anak muda sekarang yang tanpa segan silu membuat aksi 'sumbang' tidak kira di mana tempat nya walaupun berdekatan dengan masjid...

Kalau diorang membuat sumbangan dari segi kewangan atau pun tenaga alhamdulillah la...ini tidak, boleh pulak diorang buat 'sumbangan' dari segi dosa mata kita ni..Ya Allah sbaar je la kan...yang kaki skodeng pulak sure la berduyun-duyun nak melihat 'aksi' yang di sumbangkan tu..

Isk tak takut kah mereka dengan balasan dan azab yang bakal di terima kelak?kemana hilangnya perasaan malu mereka itu..?kalau korang la kan berdepan dengan situasi sebegini apa yang korang buat ekkk?berani tak korang nak tegur anak-anak muda ni...?
Aksi sumbang dekat masjid
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

MASJID TANAH: Memalukan apabila ada pasangan bercinta menjadikan kawasan pantai Tanjung Bidara, di sini, sebagai ‘port’ untuk melakukan aksi ‘ringan-ringan’.Tambah menjengkelkan apabila terdapat pasangan melakukan aksi sumbang itu secara terang-terangan berdekatan masjid pada hari Jumaat ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Perbuatan itu bukan saja menyakitkan mata, malah menjatuhkan imej pantai yang menjadi tumpuan termasuk pengunjung dari luar negeri ini.Tinjauan Metroplus tengah hari Jumaat lalu mendapati terdapat beberapa pasangan asyik memadu asmara tanpa mempedulikan orang ramai yang pergi dan balik menunaikan solat Jumaat.

Peniaga, Abd Ghani Kedel, 60, berkata dia sering melihat pasangan melakukan aksi memalukan itu tanpa berselindung.“Mereka bercumbuan serta berpelukan tanpa malu dan bersalah apabila perbuatan itu dilakukan di khalayak ramai.“Malah ada pasangan yang asyik memadu kasih tidak menyedari perbuatan mereka ditonton segelintir ‘kaki skodeng’ atau pengintai di situ,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, kaki skodeng di pantai berkenaan datang awal dan bersembunyi di dalam semak semata-mata untuk melihat aksi sumbang dan mengghairahkan pasangan terbabit. “Ini sikap remaja sekarang, tidak kira di mana saja termasuk dalam semak melepaskan rindu. Kalau tengah syok memadu kasih, tiba-tiba kena patuk ular baru tahu.

“Saya kesal dengan situasi ini dan sesuatu perlu dilakukan bagi mengelak ia terus berlarutan dan menjatuhkan imej pantai ini,” katanya. Sementara itu, imam Masjid Tanjung Bidara, Abu Khir Jamaluddin, berkata ibu bapa perlu berperanan bagi mengelak anak mereka daripada terjebak masalah sosial.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Pegawai Syarak negeri berkata, ibu bapa tidak boleh dipersalahkan 100 peratus dalam hal ini kerana sikap remaja boleh berubah serta terpengaruh dengan rakan ketika di luar rumah.“Namun, lebih kesalkan ada segelintir pasangan terbabit tidak mengira waktu untuk memadu kasih sama ada ketika solat Jumaat atau Maghrib.

“Justeru saya nasihatkan mereka menghormati perasaan orang lain dan bertaubat serta menghindari melakukan perkara maksiat,” katanya.
terpikir gak kat benak pikiran aku ni andainya balasan yang di terima d kala mereka-mereka ini 'beraksi' apakah ianya dapat menginsafkan mereka..? renung-renung kan la...


****aku sedih arr melihatkan anak bangsa sendiri yang jadi macam ni...semoga mereka-mereka ini di beri kan keinsafan diri...

Assalammualaikum wbt...

pagi tadi aku baca paper Harian Metro then terpandang kan kes ni..meh korang baca dulu artikel ni ekk...then baru kita komen ramai-ramai...
Anjing gigit payudara
Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my

BUKIT MERTAJAM: Seorang suri rumah yang cedera payudara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd pada Jumaat lalu, kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing berkenaan.

Mangsa, Lee Boon Chen, 44, berkata, walaupun pemilik anjing itu sudah memohon maaf selepas insiden itu, dia tidak akan berdiam diri dan mahu melakukan sesuatu untuk memberi pengajaran kepada pemilik anjing lain yang tidak mengutamakan keselamatan orang awam.

Katanya, dia mahu pemilik anjing lebih bertanggungjawab termasuk menjaga dan mengawal haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelak orang lain menjadi mangsa.

“Selepas kejadian ini, saya trauma, malah kerap bermimpi diserang anjing dan jika saya melihat atau terserempak dengan anjing jenis itu, saya takut dan badan menggigil,” katanya ketika ditemui menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu, Lee nyaris kehilangan payudara kirinya selepas cedera diserang anjing berkenaan ketika dia membawa anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersiar-siar di kawasan perumahan di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini.

dah baca...? ya Allah kesian kan Madam ni..jadi mangsa keadaan...uwaaaa kalau aku kan...dari jauh nampak anjing pun aku yang lari dulu...bukan anjing takut kan aku...aku yang takut dengan anjing..isk isk aku teringat kisah aku kena kejar anjing...memang HANJING betul tau..

aku siap lari masuk rumah orang yang aku tak kenal tau...aku tak kira dah time tu asal kan aku dapat melari kan diri...Alhamdulillah tuan rumah yang aku masuk tu orang Cina so dia la yang menghalau HANJING tu...menangis aku di buatnya tau...walaupun HANJING tu tak dapat nak buat apa2 tapi aku still menggeletar lepas kena kejar tu...

ermmm apatah lagi laa kalau aku jadi mangsa gigitan HANJING ni kan sure aku akan trauma gak...korang ada tak kisah dengan HANJING ni..? meh share citer meh...

ni la jenis anjing German Sheperd yang aku dapat dr google

Assalammualaikum wbt...


Telur oh telur...hehehe isu telur ni sebenarnya dah hangat di pasaran dalam minggu ni...tetapi aku jek yang lambat mengambil tahu hal ni...maklum la aku ni jenis yang suka baca paper semalam maka nya berita nya sudah tidak berapa nak sensasi la kan...kebetulan pagi tadi aku baru jek baca paper semalam so ada gak ar terbaca pasal kes telur tiruan ni yang di katakan sebenarnya telur ayam cacat....aiksss ada gak ekk...jadi tak da la sebenarnya isu telur tiruan ni ye...

ermmmm korang percaya tak...?aku masih lagi ada keraguan ni...hehehe....bila aku baca artikel kat bawah ni yang di petik dari harakah daily..
Awasi telur tiruan di pasaran
SM Mohamed Idris
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:
  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,

Presiden CAP.
maknanya sebelum kita membeli telur HARUS la kita membelek dulu ek...lagi2 kalau kita beli kat kedai runcit...ermmm ketulenannya harus la di ragui betul tak..?

TAPI paper semalam yang aku baca pagi tadi pula menyatakan bahawa telur yang di sebut oleh Presiden CAP tu adalah telur ayam cacat...*blink blink mata aku...ligat otak aku berpikir kebenarannya...ermmm moskil lagi ni... di bawah ni artikel yang aku petik dari berita harian
‘Bukan telur tiruan’
Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Sazarina Shahrim

2011/04/12

DR ABD AZIZ menunjukkan perbezaan telur sebenar dengan telur yang didakwa tiruan (kiri) pada sidang media di Wisma Tani di Putrajaya, semalam. - Foto BERNAMA
DR ABD AZIZ menunjukkan perbezaan telur sebenar dengan telur yang didakwa tiruan (kiri) pada sidang media di Wisma Tani di Putrajaya, semalam. - Foto BERNAMA

JPV sahkan telur ayam cacat dijual di pasaran

PUTRAJAYA: Telur ayam tiruan yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dijual di pasaran negara ini sebenarnya adalah ‘telur ayam cacat’ yang berkualiti rendah dan biasanya tidak dijual kepada umum.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati tidak ada telur ayam tiruan dijual di pasaran negara ini.

“Berdasarkan pemeriksaan juga, telur tiruan yang didakwa CAP minggu lalu adalah telur ayam berkualiti rendah yang ada kecacatan sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengguna dan dianggap telur ayam tiruan,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan perkara itu, semalam. Beliau berkata, penghasilan telur tiruan memerlukan kos yang tinggi dan tidak mungkin boleh dijual lebih rendah daripada telur ayam asli iaitu antara 32 sen hingga 25 sen sebiji mengikut gred.

“Kita akan menyiasat bagaimana telur berkualiti rendah itu boleh dijual kepada orang ramai kerana selalunya telur seperti itu digunakan untuk keperluan industri tetapi bukan dijual kepada pengguna,” katanya.

Berikutan kekeliruan itu, Dr Abd Aziz berkata, satu sistem pensijilan akreditasi akan diperkenalkan bagi memastikan telur ayam yang dijual di pasaran memenuhi piawaian ditetapkan.

“Kita mahu apabila sistem ini diperkenalkan maklumat seperti gred telur, kod ladang, tarikh lupus dicetak pada setiap biji telur supaya pengguna tahu dan yakin mengenai kualiti telur dibeli.
Semua 340 ladang ayam penelur juga akan wajibkan berdaftar dengan jabatan.

Di KUALA LUMPUR, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia mengesahkan sampel telur yang didakwa telur tiruan di Pulau Pinang, adalah telur ayam.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan mengambil empat sampel telur yang didakwa telur tiruan itu dan menghantarnya ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi menentukan ketulenannya.

“Berdasarkan keputusan analisis, didapati kandungan protein sampel telur berkenaan adalah sama dengan telur ayam. Analisis DNA mengesahkan sampel telur itu adalah telur ayam.

“Kementerian berharap orang ramai tampil membuat aduan jika meragui ketulenan telur kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.
SO yang mana satu yang betul ni kan...? ermmm tepuk dada tanya ada selera tak makan telur...



SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.



MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam. Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu. Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.





"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi