My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor


Sebelum korang memulakan perniagaan seharusnya faktor2 di bawah ni korang kena consider..
  • Jenis perniagaan yang bakal dijalankan.
  • Saiz perniagaan
  • Modal yang diperlukan
  • Rancangan jangka panjang
  • Jenis dan kadar Cukai Kerajaan dan syarat-syarat serta peraturan-peraturan perundangannya
next step pulak before korang boleh mulakan perniagaan nie kan...korang kena laa mendaftarkan perniagaan yang telah korang pilih dan mendapatkan lesen & permit yang berkaitan...oopss jangan lupa plak dengan lokasi perniagaan korang yerr...;)

Untuk pengetahuan korang kan perniagaan tidak semestinya menjual produk or jual barang2 jer...perniagaan juga boleh sebagai sebuah organisasi yang menyediakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan dan menggunakannya...termasuklah setiap bentuk perniagaan, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan untuk tujuan mendapatkan keuntungan. u got what i mean...;)..so profession yang aku involved sekarang more or less menyediakan perkhidmatan perakaunan kepada mereka-mereka yang memerlukannya...hehehhe...aku x dak jual barang yer...;)




Pendaftaran perniagaan tertakluk d bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956...so korang di kehendaki mendaftarkan perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)...terdapat 5 bentuk jenis perniagaan iaitu:-
  1. Perniagaan Perseorangan -Perniagaan ini dimiliki oleh seorang sahaja dan dijalankan atas namanya sendiri.
  2. Perniagaan Perkongsian - Perniagaan ini mengandungi sekurang-kurangnya dua orang ahli atau lebih tetapi tidak melebihi 20 orang. Ahli-ahli kongsi ini berpakat dan bersama-sama mengeluarkan modal menjalankan perniagaan.
  3. Syarikat Sendirian Berhad - Bilangan ahli pemegang saham sekurang-kurangnya 2 orang tetapi tidak melebihi 50 orang.
  4. Syarikat Umum Berhad - bilangan pemegang saham mestilah sekurang-kurangnya 7 orang atau lebih dan had maksimanya tidak ditetapkan.
  5. Syarikat Kerjasama (Koperasi) - ditubuhkan dan dikendalikan dengan berlandaskan konsep serta semangat kerjasama, dan saling bantu membantu ahli-ahli Syarikat. Oleh itu kebajikan dan kerjasama adalah dititikberatkan daripada pembahagian laba. Jumlah ahli Syarikat lazimnya tidak kurang daripada 100 orang.

Contoh Borang 9 - Syarikat Sdn Bhd & Syarikat Bhd

Contoh Borang D - Perseorangan & Perkongsian

SELAMAT MENDAFTAR...pilihan d tangan anda...;)

4 lovely reply:

sis.. nnt lana nak bukak bisnes lana nak sis jadi penasihat boleh tak?.. ehehe

teringat dulu pernah daftar perniagaan ni.. tapi, business tu mak yang punya... sayang tak teruskan, kan?

lana boleh saja...;)

sya bisness apa tu..??? memang sayang klau bisness tu dah ader market nya...ermmm still x leh continue ke..??