My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...
DSC03233
Apa khabar korang? Maaf la ye aku sekarang ni makin jarang nak update di sini. Kalau nak di ikutkan hati ni memang la kalau boleh hari-hari aku nak buat entry. Hari-hari aku nak berblog walking. Menjelajah kesemua blog rakan-rakan yang sudi follow aku ni. Tapi apakan daya, aku manusia yang lemah dalam menguruskan masa yang bijak. Masa yang ada terasa cukup singkat. Oh tidak aku sendiri yang lalai dalam memenuhi masa dan ruang yang di sedia kan. Aku sedaya upaya menghayati DEMI MASA yang ada. Namun hari-hari yang berlalu aku bagai kan kesuntukan masa.

Malu nya aku pada mereka yang begitu banyak masa yang terbuang. Hingga kan ada yang update di status FB, mereka berada dalam kebosanan. Cemburu pada mereka yang mempunyai lebihan masa hingga kan tiada aktiviti yang dapat mereka lakukan. Aku?ermmm setiap masa di penuhi dengan aktiviti sendiri dan juga aktiviti bersama keluarga. Alhamdulillah ini lah impian aku sejak dulu. Aku ingin menghabiskan masa aku bersama keluarga akhirnya termakbul jua. Hingga kan ada juga rakan-rakan dan kenalan yang terasa dengan aku kerana aku tidak dapat menyediakan ruang masa untuk berjumpa mereka. Maaf ye sahabat ku sekalian bukan ku tak MAHU TAPI MALU dengan masa yang ada. Masa yang cukup singkat.

Oh ya di harap korang jangan pula salah faham pada entry ini ye. Aku bukan mengomel jauh sekali merungut dengan masa yang ada. Aku begitu hargai setiap detik dan masa yang aku ada. Aku agak terasa dan termalu dengan diri sendiri bila ada orang kata :
  • 'eh ada pulak masa kau buat blog',
  • 'ada pulak masa nak update status kat FB',
  • 'sempat juga kau carik maklumat kat internet'
  • 'banyaknya masa kau baca info dari internet'
Nampak sangat aku ni memang tak pandai nak isi ruang dan masa yang ada. Hingga kan ada yang kata aku buang masa di sini. Buang masa melayari Internet. Erm akan ku cuba untuk memanfaatkan masa yang ada dengan aktiviti yang sepatutnya dari aku membuang masa di sini kannn...oh tidak AKU MAHU TAPI MALU...



Assalammualaikum wbt...

wahhh lama betul aku tak berinteraksi di sini kann...ermm memandangkan hari yg sibuk dengan tax sudah berlalu so boleh gak aku menyelinap kat sini kan...;) cuma aku mungkin tak sempat nak berblogwalking macam dulu la...kalau sempat nanti aku merayap kat blog korang k..

gagah berdiri...

semalam memang hari jalan-jalan lalu highway...hehehe saje je kann...kebetulan aku balik dari kampung so ambil ler peluang lalu highway yg di kata kan baru jek di buka...aku keluar dari Sabak Bernam pukul 6 ptg...seperti biasa hubby aku suka ikut jalan sawah padi kebetulan ada jalan yg di tutup untuk pembinaan jambatan baru so kena la lalu main road yg terkenal dengan jammed yg terlampau kann...

keluar dari Sungai Besar jalan dah mula banyak kereta...dah agak dah pun sure jammed la ni...sebelum sampai Sekinchan dah mula jammed...ermmm lepas jek Sekincan line clear...Alhamdulillah kat Tanjung Karang tak jammed seperti selalu sampai laa kat Kuala Selangor...lepas jek TESCO Kuala Selangor kereta dah mula bergerak perlahan...uhukss tak pernah-pernah jammed ni ape kesahnya kann...rupa-rupanya ada xciden...no wonder laa...lalu kat kawasan xciden tu aku tengok keadaan dua buah kereta tu agak teruk arr...lepas jek kawasan exiceden tu jalan dah clear balik...fuhhh legaa...hehehe TAPI sure jalan kat Sungai Buluh & Kapar jemm kann...tu yg bila ternampak signboard LATAR highway kat Assam Jawa terus jek hubby aku follow highway tu...

hahahaha punya la nak xplore highway tu exit dekat mana kann...lepas jek Bukit Rotan dah nampak signboard masuk highway tu...based on perjalanan kitorang yg nak balik ke arah Telok Panglima Garang so kitorang main redah je follow signboard kat highway...ada dua tol ye korang kena lalu...memandangkan highway ni baru bukak so toll free sampai bila aku tak sure:)..then kitorang keluar kat Guthrie Highway...exit ke Bukit Jelutong nak masuk Elite Highway sebelum masuk Kesas highway dan akhirnya masuk ke Jalan Kebun...hehehe..

nak tau berapa tol yang aku kena bayar? meh kita kira ye..

LATAR highway - tol free sampai bila tak sure
GUTHRIE highway- RM 1.40 x 3 = RM 4.20
ELITE highway - RM 1.20
KESAS highway - RM 2.20
so total tol = RM 7.60
**psst psst ni tak termasuk tol kat LATAR highway tau kalau masuk agak2 korang berapa ekk?

selain kena bayar TOL yang tinggi ni sure la perjalanannya sangat la lancar tanpa perlu melalui traffic jammed kann ;) Alhamdulillah aku sampai rumah dengan selamatnya selepas melalui 4 highway...terasa adventure je kann...

tapi kan lagi adventure bila menjaga 3 orang budak ini...hehehe dok terjerit2 mak-mak diorang ni tauu...uhukks kadang-kadang baik sampai berpeluk2..kadang-kadang bergado sampai tolak menolak...kadang-kadang bergurau sendai akhirnya ada je yang menangis...sorang duk diam sorang lagi menyakat...hahahaha sangat2 terhibur...yang adventure nya bila mereka-mereka ini mengguna kan rumah atas nenek sebagai trek larian mereka...drumm drammm drumm drammm sampai rasa nak gugur lantai papan rumah nenek...haishh laaa...