My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

oh ye sebelum aku memula kan budi bicara dekat sini...mintak maap ler lelaki-lelaki di luar sana ye...ini hakikat yang sepatutnya korang telan tau...aduhaii kenapa laaa kebanyakan kaki yang berbau busuk itu ada lah dari kalangan LELAKI...?

kenapa ekk..? eeee nak termuntah bila teringat haruman yang 'memual' kan tu...ya Allah nak jek aku cakap "Encik tak cuci kaki ke..?" ====> harusss laaa aku kena pelakung kann...kalau aku cakap macam ni "Encik, sila cuci kaki dulu sebelum masuk ofis saya boleh?"=====>agak-agak korang sopan tak..?ada tak aku kena pelakung...?

wakakaka....serius wei aku tak tahan dengan kaki yang berbau busuk ni...korang camne ek kalau 'terjumpa' orang yang kaki nya mengeluarkan 'haruman semerbak sampah tu"..? apa korang buat ekk...? bukan apa tau ofis aku ni kalau nak masuk kasut harus la di buka maka nya itu lah haruman yang terpaksa aku hidu kan...uhukss...

aku try google then terbaca artikel ni kat Utusan

Kaki berbau akibat peluh


SElalulah gunakan sabun antibakteria untuk membersihkan kaki. - Gambar hiasan


SESEORANG yang mengalami masalah kaki berbau busuk dan masam akibat peluh pastinya merasa malu, rimas dan gusar untuk melakukan aktiviti seharian.

Masalah yang dialami kebanyakan orang itu juga mampu membuatkan orang di sekiling mereka juga kurang selesa tambahan jika baunya terlalu kuat.

Bagaimanapun, penghidap masalah ini seringkali tidak mendapatkan rawatan atau kurang mengambil perhatian serius berhubung masalah itu.

Mungkin kerana mereka kurang pengetahuan bagaimana untuk menangani masalah itu, tidak memahami kesan buruknya dan malu bertemu doktor.

Pakar Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr. Nani Deraman berkata, masalah kaki berbau akibat peluh itu berpunca daripada banyak faktor.

Ujarnya, kebiasaan, masalah itu timbul akibat keadaan kaki terutama tapaknya yang lembap. "Sesetengah orang mempunyai kulit kaki lembap, menyebabkannya mudah berpeluh dan dijangkiti bakteria yang menjadi punca kaki berbau. "Bagi sesetengah orang pula, masalah ini berpunca daripada kaki, kasut atau stokin yang basah akibat terkena air tetapi tidak ditukar segera yang menyebabkan ia lembap dan berbau. "Selain itu, individu yang kerap memakai kasut jenis tertutup lebih berisiko mendapat masalah berkenaan kerana kaki mudah berpeluh," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Dr. Nani memberitahu, selalunya, pada peringkat awal, masalah kaki berbau akan menyebabkan gatal sebelum menjadi lebih teruk apabila ia dijangkiti kulat dan berair terutama di celah jari. Katanya, masalah itu perlu diatasi segera di peringkat awal dengan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan. Menurut beliau, penghidap perlu sedar dengan kata-kata 'mencegah lebih baik daripada merawat' supaya tidak perlu menanggung kesakitan dan kepayahan.

"Bila bertemu doktor, mereka akan dinasihatkan memakai kasut terbuka atau mengelakkan punca masalah yang dikenal pasti. "Doktor akan memberikan ubat krim sapu jika masalah itu pada peringkat awal dan krim sapu berserta pil makan sekiranya ia serius. "Penghidap masalah kaki berbau juga dinasihatkan tidak membeli ubat-ubatan secara sendiri tanpa saranan daripada pegawai perubatan,'' ujar Dr. Nani.

aku google gak bagaimana nak mengatasi kaki berbau ni kan then terjumpa la artikel kat sini
Atasi Masalah Kaki Berbau!
Penjagaan tubuh yang baik adalah bila kita dapat menjaga diri dari ujung rambut sampai ke ujung kaki. Jika penampilan anda sudah sempurna, cantik dan kacak, tapi kaki sering mengeluarkan bau tak yang kurang menyenangkan memang spoil.

Bromhidrosis adalah nama medic untuk bau kaki. Penyebabnya adalah kaki yang mengeluarkan peluh yang bercampur dengan bakteria, dan menghasilkan isovaleric acid (zat yang berbau kurang menyenangkan). Kaki dipercayai dapat menghasilkan sekitar 570 ML peluh dalam sehari. Ya,memang bukan jumlah yang sikit. Kita juga harus ingat peluh yang keluar bukan air semata semata. Tapi peluh yang bercampur bakteria yang menjadi punca kaki berbau.

Berikut adalah diantara tips yang boleh diguna pakai untuk mengatasi masalah ini:

Gosok celah-celah jari kaki
Setiap kali mandi jangan lupa bersihkan celah-celah jari kaki, karena kawasan itu adalah kawasan yang paling lembab. Dan jika terlampau kotor dapat menjadi punca bau yang kurang menyenangkan. Gunakan sabun mandi dan berus lembut untuk menggosok.

Potong kuku

Rajinlah memotong kuku. Jangan biarkan kotoran berkumpul pada kuku-kuku anda. Lakukannya seminggu sekali.

Rendam kaki dengan teh,garam atau serbuk kopi

Teh dipercayai mampu menghilangkan bau yang kurang enak. Caranya hanya dengan merendam kaki dalam besen yang telah diisi air panas/suam dan hampas teh, rendam selama 10 minit. Selain teh, boleh juga gunakan garam dengan cara yang sama. Serbuk kopi pula boleh dibungkus dengan kain bersih, kemudian masukan ke dalam kasut selama semalaman.

Pola makan
Ternyata pola makan yang tidak seimbang dapat mempengaruhi bau pada kaki. Makanan pedas dan yang tinggi kalori dapat membuat tubuh dan kaki menjadi lebih mudah berpeluh.

Material yang digunakan untuk membuat kasut

Penyebab bau kaki juga adalah kerana pemilihan kasut dari jenis material yang salah. Material daripada plastik/getah cenderung membuat kaki berpeluh kerana panas dan tiada pengaliran udara. Lebih baik pilih kasut yang mempunyai alas dari bahan berasaskan kain.

Simpan kasut ditempat yang sepatutnya
Jangan menyimpan kasut sebarangan. Selain dapat menyebabkan kasut lebih cepat rosak, ia juga boleh menimbulkan bau yang tidak enak. Simpan kasut ditempat yang aliran udaranya lancar, atau gunakan silica gel jika menyimpan kasut di dalam kotak.

Gunakan Foot Patch

Foot Patch merupakan alternatif untuk menghilangkan toksin dalam badan. Toksin kadang kadang boleh menjadi punca kenapa kaki berbau. Tampalkan foot patch sebelum tidur, dan lihat toksin yang telah disedut keluar oleh herba yang terdapat pada foot patch tersebut.

Berjumpa doktor
Cara terakhir jika bau kaki anda tidak hilang juga, cara terbaik berjumpalah dengan doktor supaya doktor boleh memberikan antibiotik untuk menghapuskan bakteria yang membiak di kaki.

Kaki berbau merupakan masalah biasa. Tapi kita jugak haruslah berusaha untuk menghilangkan bau tu supaya bau busuk tu tak menganggu orang lain.

****agak-agak korang la kan ok tak kalau aku print then pas kat client aku yang kaki dia berbau...hehehe ok tak..? mana la tau kan dia tak tau cara nak mengatasi nya...so aku memudah kan diorang la kan dalam erti kata lain aku membantu diorang tau...aduhai sanggup ke aku nak buat ni wei...nampak gaya aku ni dah ler jenis yang tak nak menyinggung hati orang...takut kang ada yang tersinggung lak kan...tapi camno dengan diri aku yang tak dapat nak menahan 'haruman' itu..? aduhaii....tak pun aku pakai topeng camni ok dak..?


Assalammualaikum wbt...

hah! aku dah tau kenapa ari ni aku macam blur giler..no wonder la ari ni aku tak dak idea nak share dengan korang...sebenarnya kan aku MENGANTUK GILER!!!
serius korang...mengantuk aku sampai kan mata ni dok berair jek...mula-mula aku pikir tak kan arr pagi2 aku dh mengantuk kan...so aku proceed gak buat keje then tu yang aku tak dak idea nak tulis apa-apa...aku rasa kan fikiran aku ni dah tepu...pastu staff aku tolong buatkan air Indocafe..but still aku rasa slow sangat-sangat...konon-konon minum air tu dapat la UP kan energy aku ni...ermmm sama jek...then tengahari aku belasah lak makan nasi dengan tom yam..

mak aihhhh makin kurang bertenaga jadinya...makin lalok ada lah...time aku ambil air sembahyang aku betul2 basuh muka ni...ermmm segar arr skit lepas sembahyang then baru laaa boleh buat kerja dengan khusyuknya dan juga boleh laaa berkongsi cerita dengan korang kann...

hehehe then aku try search guna en google mencari tips untuk mengurangkan rasa mengantuk ni...terus terjumpa tip-tips kat bawah ni yang aku petik dari sini...meh kita tengok siapa yang kena...:p
1. Dapatkan tidur yang mencukupi
Anda sering mendengar “kamu tidak cukup tidur ni..” dan perkara ini ada betulnya. Tetapi bagaimana tidur dengan cukup yang dimaksudkan? Tidur dengan cukup pada pandangan saya ialah apabila anda bangun dari tidur pada keesokan hari, anda akan merasa lebih segar dan tidak ingin untuk sambung tidur. Waktu tidur yang normal biasanya adalah daripada 7 hingga 8 jam. Tips dari saya, untuk belajar bangun awal daripada biasa, anda memerlukan latihan. Sama seperti latihan fizikal sekalipun supaya ia menjadi habit. Tekniknya, dalam satu hari, cuba tidur 5-10 minit dalam 2 atau 3 kali sehari. Semasa anda tidur, letakkan jam loceng berjauhan dari anda. Pastikan jauh jam loceng tersebut sehingga memaksa anda untuk bangun untuk memadamkannya. Kemudian renggangkan badan anda dan seterusnya membasuh muka. Jadikan ia sebagai latihan dan percayalah ia akan membantu anda untuk bangun lebih awal!
===>malam tadi aku tidur pukul 12 tengahmalam selepas mata ni dah tak mampu nak tengok game Liverpool...tapi aku kerap bangun memandangkan anak aku ni masih lagi mengempeng...nak melekat je kejenya...aku bangun pukl 6 pagi...ermmm tak cukup tidur le tu gamaknya....

2. Setkan waktu bangun dengan tetap
Pada setiap hari anda hanya perlu fokuskan kepada waktu bangun anda sahaja. Cuba tidak fokus pada waktu untuk tidur. Setkan jam pada waktu yang anda ingin untuk bangun dan cuba konsisten bangun pada waktu tersebut, anda boleh lakukannya dengan melakukan latihan seperti di atas. Pada waktu malam, biasakan tidur pada ketika anda berasa mengantuk sahaja. Sekiranya anda mengantuk pada pukul 3 pagi, pastikan anda bangun pada pukul 6 pagi. Keesokannya, anda pasti akan tidur dengan lebih awal dan bangun pada waktu yang sama. Konsepnya di sini, kita tidak ingin cara tidur kita mengganggu ritma circadian badan yang sudah ditetapkan.
===>isk memang hari2 aku bangun pukul 6 pagi but still kalau aku tidur lewat macam mlm tadi sure aku ngantuk giler di siang hari...camno tu ekk...?

3. Tingkatkan untuk tidur lebih awal dari sebelumnya
Dapatkan tidur yang lebih awal dari hari-hari yang sebelumnya. Cuba tidur dengan 15 ritma lebih awal dari sebelumnya. Ubah secara perlahan-lahan supaya cara kita tidur tidak terkejut dengan ritma yang baru. Cara ini lebih baik dari tidur 1 jam awal dari sebelumnya. Apabila sudah tidur 15 minit awal, cuba kekalkan ritma tersebut.
===>hah ni baru betul nak dapatkan ritma tidur ni la yang selalu nya aku fail...ermmm aku tidur cuma time mengantuk jek...kadang-kadang kul 10 mlm aku dah tidur...time tidur aku memang tidak menentu...ermmm ni kena perbaiki kot...:p

4. Dapatkan habit pemakanan yang tetap
Pastikan anda menjaga waktu makan anda. Anda wajib mendapatkan sarapan supaya ia dapat membekal tenaga kepada anda. Pada waktu tengah hari cuba tidak memakan makanan yang betul-betul berat. Sekiranya anda tidak bersarapan anda akan cenderung untuk memakan lebih banyak pada tengah hari. Ini juga akan menggannggu ritma circadian. Anda harus kekalkan ritma circadian anda. Apabila tidak makan, kita akan merasa lebih letih dan cenderung untuk tidur, begitu juga apabila anda makan secara berlebihan. Ia akan menyebabkan anda lebih nyenyak untuk tidur.
===>kihkihkih konpem mengantuk gilers kalau overdose makan ni wei..macam kes aku ni la kan..

5. Bersenam setiap hari
Anda digalakkan bersenam, sama ada di waktu petang atau di waktu pagi. Saya amat menyarankan anda untuk bersenam di waktu pagi kerana ia akan membantu anda untuk lebih fokus dan kreatif. Apabila anda bersenam, ia juga akan membantu anda untuk tidur dengan lebih awal. Awas! Elakkan untuk bersenam 2-3 jam sebelum tidur. Perkara sebaliknya akan berlaku kepada anda.
===>pagi2 tak dan nak bersenam...aku cuma sempat buat renggangan lepas bangun tidur then buat kerja-kerja rumah mak aku mcam menyapu dan mengemas rumah...ni rutin harian aku...bila lak aku nk bersenam ni wei...haishhh...

6. Susun semula jadual anda
Sekiranya anda merasakan badan anda perlu tidur 7-8 jam, elakkan melakukan perkara-perkara penting sebelum tidur. Cuba lakukan perkara-perkara yang penting di awal pagi. Pada waktu pagi anda mempunyai tenaga yang banyak dan ini akan meningkatkan fokus dan produktiviti anda. Cuba tinggalkan tugas-tugas yang kurang penting atau tidak penting untuk memudahkan anda tidur dan mendapatkan kualiti masa yang anda inginkan. Tugas-tugas tersebut anda boleh lakukan pada waktu pagi dan juga petang. Jangan serabutkan kepala anda dengan tugas-tugas yang berat di waktu malam. Pastinya ia akan menggannggu tidur anda.
===> semenjak irfan dah mula pandai 'membantu' aku buat kerja aku dah mula tak bawak balik kerja-kerja opis ke rumah...selepas makan malam sure aku akan melepak atau melayan irfan bermain jek...ermmm irfan ni kalau kat rumah sure nak ajak ayah or ummi layan dia dulu baru dia nak tidur...

7. Dapatkan tidur yang sebentar pada waktu tengah hari
Dapatkan 15-20 minit untuk anda tidur pada waktu tengah hari, ia baik untuk mengembalikan tenaga anda semula semasa bekerja. Tetapi pada waktu 15-20 minit ini, pastikan anda setkan jam anda dan pada waktu ini, anda tidak perlu untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Cukup sekadar pejamkan mata anda dan rehatkan fikiran anda. Cukup masa, terus bangun dan teruskan kerja anda.
===> tak dan haishhh aku nak tidur ni...semenjak pindah opis baru ni memang aku belom pernah lagi tidur tengahari...hehehe kalau opis lama tu selalu gak aku melelap kan mata dalam 5 10 min...;)

8. Pastikan katil anda hanya untuk tidur
Jangan lakukan perkara lain selain tidur dan hubungan kelamin (untuk yang berkahwin). Apabila anda melakukan banyak perkara di atas katil, anda mungkin sukar untuk tidur dan mungkin juga anda akan tidur berlebihan. Fungsi katil adalah untuk tidur. Ingat tu! Sekiranya anda sedang belajar, jauhkan tempat belajar anda dengan katil. Supaya anda tidak terus tidur, walaupun anda tidak habis belajar.
===> uiksss memang arr katil untuk tidur jek...dulu2 time aku bawak balik kerja pun aku tak guna kan katil untuk buat kerja k...

9. Jumpa doktor pakar
Sekiranya anda mendapati anda tetap tidur dengan berlebihan walaupun anda sudah tidur dengan cukup, ataupun sentiasa tertidur ketika melakukan kerja tanpa menunjukkan tanda-tanda mengantuk, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Anda mungkin mengalami penyakit ‘narcolepsy’ atau ‘sleep apnea’ iaitu masalah bernafas ketika tidur. Tidur berlebihan dan sentiasa lemah mungkin merupakan penyakit yang anda hidapi walaupun tanpa anda sedari.
===> hehehehe sebelum aku declare berjumpa dengan doktor pakar harus la aku mencuba dulu tips kat atas ni ye...;)

semoga aku berjaya melaksana kan tips di atas supaya aku tidak lagi mengantuk di siang hari macam hari ni..semoga mata aku ni tidak layu di tasik madu...hehehe biar terbuntang macam mata anak aku ni hah...:D
***kepada korang yang menghadapi masalah macam aku ni hah apa kata korang try test tips kat atas ye...SELAMAT BERJAYA!!!

Assalammualaikum wbt...
ada tak sesiapa di sini banyank angin dalam perut ? aku banyak sangat angin nya tau...uhukss tu yang kadang-kadang sampai ke kepala leh buat naik hangin...kebetulan ari ni aku p terjah blog Kak MJ..terjumpa laa resepi nak buang angin tu kan...

apa kata korang yang banyak angin tu cuba...aku pun nak cuba gak...hehehe mana la tau kan meletop2 angin keluar...jangan meletop di khalayak ramai sudah la yer...harusss ada yang PITAM..:D
Ini ada caranya:

1. cara pertama
  • Ketuk halia muda atau tua
  • masukkan ke dalam gelas
  • tuang air panas yang mendidih ke atasnya
  • Biarkan sebentar, minum panas – panas
2. cara kedua
  • Ketuk bawang putih seulas
  • lakukan seperti di atas juga
3. cara ketiga
  • Perah limau nipis pekat – pekat atau buah oren sunkist atau sunquick
  • Sedikit air
  • Gula lebih sikit
  • minum
Bawang putih atau halia boleh dicampurkan. Kalau nak, boleh tambah gula dalam minuman ini. Fungsi halia, membuang angin. Bawang putih memecah angin. Kalau lagi berani nak minum, tambah sedikit lada hitam, ditumbuk halus. Lada hitam elok untuk memanaskan badan dan perut.
***sure angin dalam perut menggelegak nak meletus kan...INGAT tau jangan di khalayak ramai...ooooooopppppppssssss...:D