My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

rumah ku syurga ku
Aku nak tanya kawan-kawan semua siapa yang dah beli/memiliki rumah?click-click la apa yang patut kann ;)...aku pun dah beli/memiliki rumah..alhamdulillah ketika aku beli rumah tu harga nya agak murah berbanding dengan harga yang kawan-kawan aku yang lain beli...rumah aku tak da la besar mana pun..dan juga cuma rumah setingkat sahaja...besar tanah dalam 40' x 80'..luas rumah cuma 24' x 75'...time aku beli tu dalam tahun 2005 harga rumah ni tak sampai pun RM 150k..

TAPI sekarang bila aku survey harga rumah teres dua tingkat yang luas nya 22' x 75'...bila aku tengok rumah contoh wow! besar dan menarik la design nya...ianya berharga RM 450k!! membuat kan mata aku bagaikan nak terkeluar...huwaaaaaaaaa mahal giler sehh...so aku survey lagi harga paling murah sekarang ni RM 230k untuk rumah teres setingkat yang bersize 20' x 70'..apa lagi aku try ler g tengok rumah contoh...ayorkkss kecik sangat2..besar lagi rumah teres mak aku tu hah...huwaarghhhhhh mahal nyaa rumah sekarang....

aku pun mula la mengira dan menghitung bayaran bulanan untuk kedua-dua jenis rumah tu kan..yang rumah harga RM 450k tu bayaran bulanan yang perlu d buat dalam RM 2k lebih..kalau yang harga RM 230k tu dalam RM 1k lebih...ayorkkkkk rumah aku sekarang ni bayaran bulanan pun tak sampai RM 1k...terkebil-kebil mata aku di buatnya...

isk aku terbayangkan dengan paras pendapatan isi rumah dan juga perbelanjaan isi rumah yang naik sekarang ni dengan gaji RM 3k pastinya tidak mencukupi...Ya Allah kesian betul pada mereka-mereka ini...pastinya mereka ini hanya mampu memiliki rumah flat sahaja..oh nampak sangat jurang d sini..makin terserlah yang KAYA makin KAYA...

nampak gaya nya kalau harga rumah makin meninggi yang sengsara nanti ialah golongan yang berpendapatan serdahana...dahlah tak mampu nak beli rumah teres...layak ke nak dapat rumah PPRT....kalau macam ni la nanti pasaran hartanah hanya milik orang-orang kaya dan investor je laa...

ermmm aku memang tak puas hati sangat pasal HARGA RUMAH sekarang ni kan..tapi ada ker orang yang nak dengar suara picisan macam aku dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya..ada ker orang yang nak bantu mengawal harga rumah ni?...berbaloi ker kalau nak beli rumah yang melampau tinggi harga nya dan belum tentu kualiti rumah tu ada..terutama melibatkan keretakan yang mengambil masa untuk menyerlah kan garisan 'cantik'nya itu...adakah kenaikan harga rumah yang melampau ini BUKAN MASALAH BESAR bg pihak berwajib?..hingga kan bajet yang terkini pun pinjaman rumah bagi kakitangan kerajaan naik sampai RM450k!!

paras gaji minima berapa yang oleh mencapai loan RM 450k ni? sure bulanan kena lebih RM 3k gaji mereka kann...ermmmm pikir jangan tak pikir...wah wah wah makin melompat lebih tinggi la para pemaju bila kerajaan sendiri mengikut trend harga mereka bukan mereka yang mengikut harga kawalan kerajaan...atas tiket 'kos pembinaan makin meningkat berdasarkan pergantungan pada kenaikan harga petrol'...

wahai kawan-kawan di luar sana yang juga bakal pembeli-pembeli rumah di mana kah KUASA kita sebagai pembeli?...hilang sudah kah KUASA kita ke atas duit kita sendiri hingga kan kita bagaikan beli kerana kita berada atas landasan TERPAKSA?...nampak gaya nya lepas ni aku kena study balik mengenai PURCHASING POWER la pulak kann :p...kes belajar nak lulus so kena la study balik...

sesiapa yang berminat nak tau pasal trend harga rumah boleh ler rujuk kat bawah ni...
Overview: The price of the 'average terraced house' in 2010 stood at RM182,129. This price inched higher by 8.3% from 2009 at RM168,109. Meanwhile, the 'average high rise unit' in 2010 was RM170,339, a marginal increase of 2.4% from RM166,337 in 2009.
SELANGOR TERRACE HOUSE AND HIGH RISE (2007-2010) CHART
di sini juga aku share kan artikel mengenai Harga Rumah..
Oleh Helmy Abd Rahman
helmy@hmetro.com.my

“Pendapatan rakyat kita tidak naik seiring dengan peningkatan harga jualan rumah di Kuala Lumpur kerana kuantiti kawasan sememangnya tidak mencukupi, tetapi permintaannya tinggi.

kat bawah ni pula artikel mengenai Pasaran hartanah di Malaysia..
October 12, 2011
Malaysia property cycle and how to mitigate its risk?

Malaysia’s Property Market
For the past few years, property prices within the Klang Valley and Penang have appreciated dramatically between 20% to 80%. Property prices in smaller towns and the rural area have also appreciated. The price appreciation began with the upper-medium to high-end Condominiums and landed residential property such as Semi-Ds and Bungalows. Foreigners can now buy an unlimited number of property costing above RM500,000 in Malaysia. If a buyer sells their property within 5 years of owning it, they will only have to pay a Real Property Gains Tax (RPGT) of 5%. This relatively low RPGT and easy financing has encouraged speculation on properties above RM500,000 by foreigners as well as by locals. The price appreciation has also spilled over to affect medium cost residential, commercial property and land. The latest trend is interest in the primary market for small sized property such as the Small Office Home Offices (SoHos) and in the secondary market for Condominiums in Petaling Jaya and shop offices....read more

***oh ye survey yang aku buat kat atas tu dekat area Bukit Tinggi, Bandar Botanic, Bandar Puteri dan Kota Bayuemas...

18 lovely reply:

mmg tak berumah la kami sampai bila bila..:(

betul, harga rumah mmg melambung tinggi skrg ni, dahlah harga rumah mahal, nak dapatkan loan rumah pun susah, cmana tu

izwa tu la kan..ku pun dok pikir kan pasal adik-adik yang belum beli rumah ni...macamana la diorang nak beli rumah kalau harga rumah yg tak masuk dek akal ni..isk..

tu la Tina, fisa rasa kan hal ni bukan hal kecik tau...ni sebenarnya HAL BESAR yang perlu di tangani..HARGA RUMAH MAHAL..LOAN SUSAH..dilema kita sekarang ni...

sebab tu la kalau di biarkan sure pemilikan hartanah pada masa depan hanya di miliki oleh golongan tertentu sahaja..silap haribulan kita ni macam merempat di tanah air sendiri...uhukss...

betul!
kitaorang dek terlambat membeli,skang tgh tercari2..
mmg harga mengarut!

ada baiknya kerajaan bantu semua golongan dgn kawal dan penetapan harga.

harga je mahal melampau,tapi materials yang dorang guna pun,bukan tip top.retak bagai gak..

uhukk..sedih..tatau tang mana nak terjah beli rumah selagi duk dlm klang valley ni.

tu la pasal...lagi lama, makin teruk n tinggi kalau gomen tak tangani...kami rumah yg kami duduk ni, buat sendiri-upah tukang la... tp ikutkan kos bahan pun skrg dah tinggi gak..isk!!

Ash sebab tu la ku kata kan ini bukan MASALAH KECIK...tapi MASALAH BESAR untuk kita yang belum memiliki rumah ni..

kalau sebut KLANG VALLEY memang terus set kat minda harga rumah TIDAK MUNASABAH...lagi-lagi permintaannya TINGGI tapi keluasan TANAH yang ada berapa kerat so pemaju akan manipulasi harga berdasarkan permintaan yang ada ni...

harap ada lah jalan penyelesaiannya...sekarang ni ramai yg bising tapi tiada TINDAKAN langsung di ambil bagaimana nak mengatasi HARGA RUMAH yang mahal ni...tu yg agak terkilan sungguh haishh...

Mizah rasa nya kalau ada tanah sendiri bagus juga upah orang naikkan rumah..tapi ni kalau yang tiada tanah macamana pula?

kalau upah orang rasa nya harga tidak la semahal beli rumah di kawasan perumahan...lagi pun kita boleh pilih sendiri bajet mengikut kemampuan kita sendiri kann...

tu la rasa nya kena advice adik-adik beli tanah dulu kot..then berakit-rakit membina rumah..kalau tak buat macam ni rasa nya tak akan ada pemilikan hartanah sendiri la nampak gayanya...kena la travel jauh utk ke tempat kerja macam kes orang Jepun sekaran ni..

nak harap kan pihak berwajib mengambil langkah macam tak nampak je TINDAKAN yg nak d ambil tu..

Bagus entri kak fisa ni..kitaorg walaupun dah ada rumah, tapi alahai..rumah kecik je kak, 900 lebih sq ft je…untuk anak2 beranak ok la..tapi, suami ada juga hasrat nak beli rumah yang selesa sikit..tapi tu la…harga rumah makin mahal..melampau2 plak rasanya..tah la macam mana..

alhamdulillah kita ni dah membeli rumah kan Ayu..cuma kalau boleh nak jugak merasa keselesaan andai kata ada tetamu ramai yg nak berkunjungkann...

entry ni akak buat pun pasal nya ada kawan tu kata berbaloi buat pelaburan dalam hartanah ni..tu yg dok buat survey..tapi tu la spekulator & investor ni juga merupakan faktor harga rumah naik..masing2 nak untung cepat kann...isk

balik mesia kena duk kg la gayanya cmtu..takde rumah lagi..mahall lak tu..isk2

dok ngan mak ayah la sampai tua.. T_T

erm..bagus entri nie kak..umah mmg mhal2..kami beli rumah 20x60 je rm 230k..mhal sgt2..tapi apakan daya..itu je yang kami mampu..dan anggaran 25kn ke opis, ada rumah yang besar skit semi-d tgok tanah tak sesuai pulak tanah paya..ada yang murah skit tapi tanah lombong...isk..isk..macam-macam hendak dipikirkan bila beli rumah..

kesian kawan hubby beli rumah rm 250k baru je dapat kunci 3 bulan lepas rumahnyer dah mendap.. katanya di frust sangat2..rumah cantik tapi tanah paya..kesiankan rakyat macam kita yang tak mampu nie..gaji yang ada skrang dengan taraf hidup yang tinggi mmg membuatkan terlalu ramai orang macam kita nie muflis/bankrap dengan hutang..

アヌム ちゃん bertuah dan bersyukur andai nya kita memiliki tanah sendiri d kampung...uhukss tapi bagaimana pula pada kawan-kawan yang tidak memiliki tanah sendiri...isk kesian kann..sure mereka juga di dalam dilema untuk membeli rumah nanti kann..

NuR 'aQiLaH alhamdulillah kalau ibu dan ayah kita masih ada dan memiliki rumah sendiri kann...;)

betul tu Vill banyak faktor yg perlu kita ambil kira sebelum membeli rumah ni..aduhaii boleh memeningkan kepala di buatnya kann..

kesian betul kat kawan hubby Vill tu..sure betul2 tertekan kann..ermmm kes yg macam ni la yg buat kan kita ni makin geram je mendengar nya..

Harga rumah makin naik disebabkan oleh polisi kerajaan yg menekankan kadar faedah bank yg rendah,kononnya utk menggalakkan perniagaan yg saya rasa memang salah besar,sebab ia menggalakkan lebih banyak spekulasi.
Kalau nak berniaga,tahulah si peniaga membayar hutangnya,kenapa harus semua org tanggung.

betul tu Thomas...sekarang ni SEMUA ORANG terkena tempias kenaikan HARGA RUMAH yang MELAMPAU ni kan...grrrrrr geram tapi tu la ada ker mereka nak dengar suara kita ni...isk