My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

click pic for link
assalammualaikum!!!

wah!! macam real je gambar d atas menunjukkan aku yang terlampau keletihan...serious wei semalam kan aku memang penat fizikal dan mental...

lepas habis meeting dengan client je aku terus merempit balik rumah mak aku...konon nak merehatkan badan dan fikiran la kan...uhukss tak sampai 5 minit aku baring segalanya dah hilang dari ingatan...

mak aku kejutkan aku bagitahu yang dia nak bertolak balik kampung pun aku tak leh nak bangun...hanya angguk dan sebut berhati2 ye..aduhaiii mak aku kata teruk sangat mengantuknya....betul wei aku nak bukak mata pun tak boleh...

aku sedar2 semua dah tak de..uhukss hanya ada along aku jek...along kata kan aku tido macam tak sedar diri...adehhh....yang pastinya aku rasa segarrr dapat melelap kan mata dan menghilangkan segala masalah problem...TAPI lepas je jaga pikiran aku terus terlintas alamak!! kerja tak siap arr...hahahahaha hampeh je kan...:p

assalammualaikum!!

wei korang meh dekat sikit aku nak citer dan bergossip skit ni...

click pic for link

last nite kan ada client aku kol aku tau...uhuksss sebenarnya d larang sama sekali melayan panggilan dari orang luar ni...aku dah tetap kan malam dan weekend adalah hari bersama family and frens sahaja...

tup tup kul 9 malam aku received call...terautomatik jari ni gatal menekan butang accept call...cess salah tekan daaa...nak tak nak kena laa jawab kann...aku ingat kan urgent sangat la kan sampai tak menyempat nak tunggu hari esok...siap cakap hati dia tak tenteram...dia rasa gelisah selagi tak beritahu aku...mak aihhh rasa nak terkeluar taik telinga aku tau...isk isk dah ler client ni LELAKI...walalala bikin hati aku berdegup kencang la pulak kann...ape ke hal la pulak mamat ni...

aku pun buat laa suara terkzut bila dia cakap macam tu kann...pastu dia kata sory2 dia tak maksud apa2 just nak share instinct dia pasal staff dia...lorrrrrrr bikin gempak je wei...aduhaiii berderau darah aku...nak marah tak patut sebab dia client...haiyaaaa bikin hati aku tak keruan je tauu....

rupa2nya dia syak yang staff dia dah buat penyelewangan...dia harap kan aku nak selidik hal tu...ek eleh apesal lak aku yang kena kann...dia kata dia nak tanya direct dia rasa nanti apa kata staff dia...lorrr kalau aku tanya LAGIIII laaaa ape kaitan kann...aduhhh bikin pening je la client ni...so aku cakap laa nanti i ada meeting dengan u hari Jumaat then kita discuss la kann...dia boleh cakap apa tau...
ermmm rasa nya u as an Accountant kena prepare apa yang patut u tanya supaya my staff tak rasa yang kita ni syak dia...
aiksss itu macam kah..? nak je tau aku cakap...
u appointment i as u punya External Accountant bukan Internal Accountant yang perlu monitor your staff...

memandangkan ketika itu en abang aku dah bagi signal mata maka perbualan tersebut harus la di hentikan sebelum jelingan manja aku dapat...ahakss...isk isk isk serius tau aku tak paham apesal laa client tu tak cakap sendiri ekkk...dia tu DIRECTOR of the Company...so ada rights untuk bertanya kan...ermmm macam2 betul laaa kisah client aku ni kann...layannn kan je laa...yang penting fee aku kena bayar k...:p

click pic for link

click pic for link

assalammualaikum!!!

ada orang tak ni...? ermmm ari ni kan aku nak bagitau kat korang yang aku tengah menghitung hari nak pindah....ooopss bukan pindah kan teratak aku ni tau..bukan juga aku pindah rumah...hehehe aku pindah opis daaa...

by next week aku akan berada d tempat kerja yang baru...dengan harapan yang baru...dengan stail keje yang baru...cuma meja dengan kerusi lama jek...uhukss jimat selagi boleh kann...;)

actually kan this week aku dok bz dengan renovation opis baru tu...agak fening laa kefala ini mau carik bajet...uhukss...tak pe2 jangan merungut k...insyaAllah rezki tak kemana...usaha tangga kejayaan...jangan lupa berusaha dan berdoa semoga rezki yang di peroleh di berkati...


click pic for link
let's check it out :
  • partition - done
  • wiring - progress
  • aircond - tomorrow
  • carpet - tomorrow
  • vertical blind - tomorrow
  • packing - this saturday
  • moving - this sunday
  • divider - next week
  • sofa set - next week
semoga semuanya berjalan dengan lancar...;)

click pic for link


assalammualaikum...dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman...

memandangkan teratak ini sudah lama tidak aku mengemas kini...maka dengan ini aku ingin melaporkan berita terkini laporan tidak sensasi dari aku untuk korang yang budiman...:D

untuk pengetahuan korang kan...sepanjang aku menyepikan diri ni aku dok busy menyiap kan kerja-kerja 'membersihkan longkang dan sampah sarap' yang di tinggal kan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab...dah jadi macam Indah Water la pulak kann..memandangkan kerja-kerja ini adalah sumber rezki aku maka tidak harus lah aku membebel dan mengomel akan kebizian yang terlampau ini kann...nanti orang kata tak bersyukur la pulakk...anyway ALHAMDULILLAH aku bersyukur akan limpah kurnia rezkiNYA pada aku...

selain dengan kerja-kerja pejabat...dalam tempoh penyembunyian aku ni kan aku telah di duga dengan ujian NYA d mana hero pujaan aku mengalami demam yang berulang alik...demam ON OFF...sehingga satu tahap aku gagal mengawal emosi bila melihat keadaan dia yang makin lesu...ALHAMDULILLAH aku yakin dengan hikmahNYA maka ayat suci Al Quran dan zikir menjadi sahabat karib ku...ALHAMDULILLAH juga selepas berusaha dan bertawakal hero pujaan aku kembali sihat semula....

sebelum aku mengakhiri laporan tidak sensasi ni...aku nak share dengan korang jugak bahawasanya aku bakal berpindah ke pejabat baru....ALHAMDULILLAH aku bersyukur sangat-sangat selepas hampir 4 tahun aku berkongsi pejabat dengan firma lain...walaupun pejabat baru ini masih lagi berstatus sewa INSYAALLAH aku akan memiliki pejabat sendiri...semoga impian aku akan tercapai....:D


assalammualaikum!!!

ada siapa di rumah..?eh silap ada siapa yang membaca....??hehhe lama bangat seh aku tak update citer kat sini...aku rindu bangat wei nak mengomel dan membebel juga...aduhai apa kan daya badan dan nyawa ku ini di perlukan di tempat lain...uhuks...

wei korang actually ari ni aku ada keje tauu...aku plan pagi ni nak jumpa kontraktor yang buat wiring opis aku....ikut kan temujanji yang di buat staff aku pukul 11 pagi sepatutnya aku jumpa dengan mamat tu...aku pun setia menanti dari pagi lagi...pukul 10 pagi staff aku bagitahu dia terlupa nak mintak kunci opis dekat kontraktor yang buat partition dan pintu opis...lorrrrr bagaimana mau jumpa dengan mamat wiring ni...sabar jer la...cina partition tu pulak ada keje kat tempat lain...dia boleh hantar dalam pukul 1 lebih...aduhaii sabar jer laa lagi....(*jawapan standard di kala menghadapi dugaan dan ujian...)

dah ler segala dokumen dan kerja-kerja yang harus ku lakukan tertinggal di pejabat...aku plan lepas jumpa mamat wiring tu aku akan terus merempit ke opis...uhukss segala perancangan untuk hari ini terpaksa tertangguh dek kerana kesilapan teknikal...uwaaaa dah ler masa itu emas bagi aku...:(

untuk menghalang aura -ve meresap dalam badan aku maka dengan ini aku berjaya membuat entry bagi teratak aku ni...yipee!!!