Assalammualaikum wbt...
Apa khabar korang? Maaf la ye aku sekarang ni makin jarang nak update di sini. Kalau nak di ikutkan hati ni memang la kalau boleh hari-hari aku nak buat entry. Hari-hari aku nak berblog walking. Menjelajah kesemua blog rakan-rakan yang sudi follow aku ni. Tapi apakan daya, aku manusia yang lemah dalam menguruskan masa yang bijak. Masa yang ada terasa cukup singkat. Oh tidak aku sendiri yang lalai dalam memenuhi masa dan ruang yang di sedia kan. Aku sedaya upaya menghayati DEMI MASA yang ada. Namun hari-hari yang berlalu aku bagai kan kesuntukan masa.
Malu nya aku pada mereka yang begitu banyak masa yang terbuang. Hingga kan ada yang update di status FB, mereka berada dalam kebosanan. Cemburu pada mereka yang mempunyai lebihan masa hingga kan tiada aktiviti yang dapat mereka lakukan. Aku?ermmm setiap masa di penuhi dengan aktiviti sendiri dan juga aktiviti bersama keluarga. Alhamdulillah ini lah impian aku sejak dulu. Aku ingin menghabiskan masa aku bersama keluarga akhirnya termakbul jua. Hingga kan ada juga rakan-rakan dan kenalan yang terasa dengan aku kerana aku tidak dapat menyediakan ruang masa untuk berjumpa mereka. Maaf ye sahabat ku sekalian bukan ku tak MAHU TAPI MALU dengan masa yang ada. Masa yang cukup singkat.
Oh ya di harap korang jangan pula salah faham pada entry ini ye. Aku bukan mengomel jauh sekali merungut dengan masa yang ada. Aku begitu hargai setiap detik dan masa yang aku ada. Aku agak terasa dan termalu dengan diri sendiri bila ada orang kata :
- 'eh ada pulak masa kau buat blog',
- 'ada pulak masa nak update status kat FB',
- 'sempat juga kau carik maklumat kat internet'
- 'banyaknya masa kau baca info dari internet'
Nampak sangat aku ni memang tak pandai nak isi ruang dan masa yang ada. Hingga kan ada yang kata aku buang masa di sini. Buang masa melayari Internet. Erm akan ku cuba untuk memanfaatkan masa yang ada dengan aktiviti yang sepatutnya dari aku membuang masa di sini kannn...oh tidak AKU MAHU TAPI MALU...