My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s. a. w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s. w. t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32
- Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s. w. t. Kita umat Muhammad Kita orang Islam

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s. w. t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s. w. t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba Tiupan 11 - Hancur Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76
- Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur? Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan ke patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut Baca pada air 100x) Dan berdoa apa sahaja hajat



Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi kita untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.Semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

aduhhhhaiiii...sabtu & ahad hari utk aku mengemas umah...dr ruang tamu hinggala ke dapur..dr bilik utama hinggala ke bilik belakang...ruang depan umah hingga ruang belakang umah...bayangkn la umah tidak berkemas selama brp minggu...isk isk mner x nyer...weekend je x der kat umah..weekdays lak jgn harap la nk ngemas ape2...kuar awal pg blk awal mlm..camner tu..??SmileyCentral.com

so ari sabtu ku amik kesempatan utk mmulakan misi ku...p cabaran ku ader la anak bujang ku syg...mner nk ulik die mner nk mula kemas...en suami ku lak pg2 lg dh blk ke kg Sabak Bernam...dpt panggilan dr mak tercinta...mmg kaluts ku d watnyer...
SmileyCentral.com

awal2 pg anak bujang ku dh bgn...so konpem die x kn tdo spai kul 10 pg...aper yg ku leh wat ader la mengemas pakaian dlm almari & at the same time leh main2 dgn die..hehehe...ngam2 kul 10.30 ank bujang ku dh mula menyanyikn lg Dayang Senandung....alhamdulillah kul 11 pg die dh lena d pangkuan ku..
SmileyCentral.com

slpas memastikan anak bujang ku tdo dgn lena ape lg bermula la misi mengemas ruang tamu & ruang tgk tv...sidai baju & melipat baju...alhamdulillah kiranyer bergerak la aktiviti mengemas ku...kul 1.30 ptg anak bujang ku menguik & mula mmbuka mata..uhuksss dh bgn anak ku...oooppss terbengkalai la aktiviti mengemas...
SmileyCentral.com

ku plan nk smbung pas die tdo ptg...errrrmm nk wat camno dgn dri ku skali trtdo sambil memeluk anak bujang ku spai ke ptg...uhukss..so berlalu la ari sabtu ptg tnpa mengemas ape2...sblknyer rombongan adik bradik ku lak yg dtg..ahakss...dan ptg tu juga en suami ku kembali ke umah dr kg...
SmileyCentral.com

ari ahad laks...pg2 lg ku dh mula aturkn langkah ku dgn mengemas bilik tengah...best2 cepat jer siap tanpa ader gangguan c kecik tu...
SmileyCentral.com...biler ank bujang ku dh bgn...terpaksa la ku mengemas kini kn anak bujang ku...d sbbkn die bgn ari nie lewat so dlm kul 10 die still x mau tdo...ku trpaksa masukkn die dlm walker agar misi mngemas umah akan dpt d laksanakan...

errrrmm 1 hal la plak anak bujang ku ni...sejak dh mula laju dgn walker die lak mengikut kemana sahaja aku pergi...adeeessss seyyy anak ummi niee...nk jd pembantu ke nk jadi pembantut keje2 ummi...hehehehe
SmileyCentral.com

alhamdulillah kul 2 lebih baru la sgala2nyer selesai bab2 housekeeping nie dgn bantuan en suamiku...tankiu yer abang...next time tlg la lagi...
SmileyCentral.com

uikss smlm aku g TTDI Jaya...opis client ku...ku gerak dr umah mk kul 11 pg...mula2 plan nk g kul 10 pg..p c mas staff ku kol dlm kul 9 pg bgtau opis client ku tu black out so postponed..dlm kul 1o lak c mas kol blk kata line clear dh leh g opis client tu...

so ku tunggu c mas staff ku spai dlm kul 11 pg..peh sapi jer trus ku zooommm ke opis client...spai dlm kul 11.45 pg...adooyaiii ku fening nengok akaun yg x siap...biler wat investigate...rupe2nyer ader error since 2005 punyer akaun..masalah lain lak audit dh wat spai 2007...camner tu..??? x ker mnambahkn fening kpla den d watnyer...

nk ku tnya staff nyer yg lama dh berenti la plak...so ape lg kna la menggodek PC kat opis client tu...Director lak x tau dlm file mner...errrmmm :-L sakit nyer otak nie...dgn PC yg old & slow nie...ahaksss biler ku tgk ghupe2nye data since 1998 pun ader...adooiyaaaiii...biar bebenor...berpinor mata den d watnyer...nk wat camno...dh namanyer pun keje ku so ape lg CHAIYOK!! CHAIYOK!! go go FISA go...hehehe..






  1. Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan mereka berbanding pasangan yang berkenalan selama jangka masa yang lebih pendek...jodoh pertemuan d tgn Tuhan..


  2. Keputusan berumahtangga hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian kita sendiri. Kita juga patut mendengar pendapat sahabat-handai dan kaum keluarga dengan teliti....jgn biarkn org lain memilih pasangan hidup bg kita...


  3. Rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan. Kajian yang di buat telah melihat banyak rumah tangga yang runtuh kerana pasangan mengharapkan kehidupan yang dipenuhi oleh suasana aman tenteram, waktu berdua-duaan di pantai, nikmat cinta berahi dan keseronokan yang tidak henti-henti...smua ni adalah fantasi..hakikat sbnar sukar utk di hadapi..


  4. Masalah keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila kita berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan kita yang menimbulkan persoalan...tnya dri sendiri sama ada sanggup menghabiskan masa hingga ke akhir hayat untuk hadapi masalah ini..


  5. Pasangan hendaklah bersama-sama melalui pelbagai keadaan dan situasi yang diperlukan untuk benar-benar mengenali seseorang...belang akan trbongkar biler gagal mnghadapi waktu ssh...


  6. Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang berbagai faktor – penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar kita boleh menghantui sesuatu hubungan..kiter trlalu mngejar seseorng yg tidak sesuai buat kiter..

  7. Jika kita mendirikan rumah tangga yang bahagia bersama pasangan yang amat berlainan sifatnya daripada kita, kita memerlukan banyak persamaan untuk dijadikan ekuiti tetap dalam hidup kita...jika tidak, hubungan kita akan gagal pada peringkat awal lagi...


  8. Masalah timbul apabila lelaki dan wanita dari dua dunia yang berbeza menjalinkan perhubungan. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang brcinta tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan...time cinta semua indah biler bersama ada saje masalahnyer..


  9. Kesejahteraan sesebuah perkahwinan bergantung pada tahap komunikasi suami isteri. Adalah mustahil untuk membayangkan sebuah rumah tangga yang bahagia tanpa dua orang yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran 2 way communications...biler dh 1 way tu yg jd itik berlatuk ayam bersudu...

  10. Jika kita tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat berkemungkinan rumah tangga runtuh sama sekali..so berlajar la bagaimana menangani perbezaan pndapat..


  11. Pasangan hendaklah teguh dalam kepercayaan agama dan rohani serta mempunyai asas pembinaan yang kukuh bagi hubungan mereka..asas agama & rohani yg tinggi jarang menggoyahkn tiang kebahagiaan...

  12. Cinta yg disifatkan oleh daya ikatan teguh yang berasaskan kasih sayang, kegembiraan semasa bersama-sama, sokongan antara satu sama lain, dan persahabatan akrab serta yang jauh lebih mendalam dan berkembang dengan slow and steady berbanding keghairahan yang menyifatkan percintaan awal merupakan resepi kebahagaian dlm jangka panjang..ianya mengambil masa untuk dipupuk, pasangan yang tidak sabar akan menggagalkn hubungan mereka sndiri..

  13. Sikap mempercayai mnjadikan pasangan bertambah rapat pada waktu-waktu bahagia dan kekal teguh apabila menghadapi kesukaran..keyakinan dan kepercayaan yg tinggi akan mnjadikan waktu sukar itu kembali bahagia..

  14. Fahami sifat psikologi pasangan kita degan dalami perhubungan kekeluargaannya...pengaruh keluarga dalam corak dan cara berhubung akan terbawa-bawa ke dalam perkahwinan kita...secara psikologinyer kenali la keluarga mentua terlebih dlu..


  15. Perkahwinan menyediakan suatu kehidupan di mana kita boleh mengalami kegembiraan dan kepuasan – atau kesedihan dan kekecewaan – yang tidak terhingga...jdi kan lah rumah tangga kiter tempat untuk kiter berexpremintasi dgn luahan kebahagiaan..



1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.



Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. "Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya