-
Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan mereka berbanding pasangan yang berkenalan selama jangka masa yang lebih pendek...jodoh pertemuan d tgn Tuhan..
-
Keputusan berumahtangga hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan impian kita sendiri. Kita juga patut mendengar pendapat sahabat-handai dan kaum keluarga dengan teliti....jgn biarkn org lain memilih pasangan hidup bg kita...
-
Rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha, kesabaran dan ketabahan. Kajian yang di buat telah melihat banyak rumah tangga yang runtuh kerana pasangan mengharapkan kehidupan yang dipenuhi oleh suasana aman tenteram, waktu berdua-duaan di pantai, nikmat cinta berahi dan keseronokan yang tidak henti-henti...smua ni adalah fantasi..hakikat sbnar sukar utk di hadapi..
-
Masalah keperibadian dan tingkah laku tidak akan hilang apabila kita berkahwin. Jika terdapat ciri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan kita yang menimbulkan persoalan...tnya dri sendiri sama ada sanggup menghabiskan masa hingga ke akhir hayat untuk hadapi masalah ini..
-
Pasangan hendaklah bersama-sama melalui pelbagai keadaan dan situasi yang diperlukan untuk benar-benar mengenali seseorang...belang akan trbongkar biler gagal mnghadapi waktu ssh...
-
Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang berbagai faktor – penampilan, kepintaran, pendidikan, kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah sedar kita boleh menghantui sesuatu hubungan..kiter trlalu mngejar seseorng yg tidak sesuai buat kiter..
-
Jika kita mendirikan rumah tangga yang bahagia bersama pasangan yang amat berlainan sifatnya daripada kita, kita memerlukan banyak persamaan untuk dijadikan ekuiti tetap dalam hidup kita...jika tidak, hubungan kita akan gagal pada peringkat awal lagi...
-
Masalah timbul apabila lelaki dan wanita dari dua dunia yang berbeza menjalinkan perhubungan. Perbezaan sifat mungkin menarik hati ketika sedang brcinta tetapi ia akan menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan...time cinta semua indah biler bersama ada saje masalahnyer..
-
Kesejahteraan sesebuah perkahwinan bergantung pada tahap komunikasi suami isteri. Adalah mustahil untuk membayangkan sebuah rumah tangga yang bahagia tanpa dua orang yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran 2 way communications...biler dh 1 way tu yg jd itik berlatuk ayam bersudu...
-
Jika kita tidak tahu cara yang berkesan untuk menangani perselisihan pendapat berkemungkinan rumah tangga runtuh sama sekali..so berlajar la bagaimana menangani perbezaan pndapat..
-
Pasangan hendaklah teguh dalam kepercayaan agama dan rohani serta mempunyai asas pembinaan yang kukuh bagi hubungan mereka..asas agama & rohani yg tinggi jarang menggoyahkn tiang kebahagiaan...
-
Cinta yg disifatkan oleh daya ikatan teguh yang berasaskan kasih sayang, kegembiraan semasa bersama-sama, sokongan antara satu sama lain, dan persahabatan akrab serta yang jauh lebih mendalam dan berkembang dengan slow and steady berbanding keghairahan yang menyifatkan percintaan awal merupakan resepi kebahagaian dlm jangka panjang..ianya mengambil masa untuk dipupuk, pasangan yang tidak sabar akan menggagalkn hubungan mereka sndiri..
-
Sikap mempercayai mnjadikan pasangan bertambah rapat pada waktu-waktu bahagia dan kekal teguh apabila menghadapi kesukaran..keyakinan dan kepercayaan yg tinggi akan mnjadikan waktu sukar itu kembali bahagia..
-
Fahami sifat psikologi pasangan kita degan dalami perhubungan kekeluargaannya...pengaruh keluarga dalam corak dan cara berhubung akan terbawa-bawa ke dalam perkahwinan kita...secara psikologinyer kenali la keluarga mentua terlebih dlu..
-
Perkahwinan menyediakan suatu kehidupan di mana kita boleh mengalami kegembiraan dan kepuasan – atau kesedihan dan kekecewaan – yang tidak terhingga...jdi kan lah rumah tangga kiter tempat untuk kiter berexpremintasi dgn luahan kebahagiaan..
0 lovely reply:
Post a Comment