My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

click pic for link

Aku dapat email dari sahabat mengenai situasi lelaki yang harus kita sebagai wanita memahaminya. Jom kita tengokkk siapa yang kena...(a♥‿♥a)

1. Bila si dia sibuk........
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
- Ermmm so far cik abang aku memang tak pernah hantar aku ke ofis memandang kan kami berdua mempunyai kenderaan sendiri tambahan pula berlainan arah. Kalau hal membeli belah memang aku kureng sangat nak ajak cik abang aku. Bukannya apa aku lagi selesa shopping berseorangan atau di temani rakan or adik2 aku. Kalau ajak dia sure dia akan buat muka buhsan. hehehe mengganggu konsentrasi aku je nak shopping...✖‿✖

2. Bila si dia ego.......
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
- Oh sudah semestinya mereka tidak akan mengaku keegoan mereka kecuali ego itu memakan diri mereka sendiri. Dah terhantuk baru nak tersedar. Eh macam marah jer aku ni kan...hehehe teremosi la plak...(✿◠‿◠)

3. Bila si dia romantik........
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
- Ermm letak ketepi sahajalah impian nak beromantika d amor ni. Cik abg aku memang tidak romantic langsung. Eh bukan dia je tau aku pun tidak romantic jugak. So harap maklum jer la yer tiada istilah candle light dinner bagi kitorang ni..◤(¬‿¬)◥

4. Bila si dia panas baran........
Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
- Alhamdulillah la cik abg aku bukan jenis yang panas baran. Sebaliknya aku yang panas baran…hahaha selalunya cik abg aku yang berdiam diri kalau aku tengah panas. thanx a lot abg kerana memahami isterimu ini..•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.

5. Bila si dia penat.......
Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
- bukan dia je yang perlukan rehat aku pun memerlukan rehat yang cukup. Jadi aku memang tidak mengadu domba hal yang remeh temeh ni. Sendiri layan perasaan la kan…凸(¬‿¬)凸

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri.........
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
- ni adat la kan kadang2 teralpa juga...ermmm camno tu..(⊙▂⊙)

7. Bila si dia mengongkong.....
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
- Alhamdulillah la cik abg aku tak de langsung sifat mengongkong ni. Mana je aku nak pergi sure dia bagi keizinan. Asalkan aku pandai menjaga maruah dan nama suami aku sudah memadai. ٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶

8. Bila si dia selamba.......
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
- betul2. Aku setuju sangat2 hal ni. Cik abg aku memang seorang yang selamba sangat2. Kalau yang tak tahan sure dok makan hati jer. aku bukan jer makan hati siap dengan tulang2 lagi die bagi makan...hahahahaha konpem arrr 'menyihat'kan isteri dia ni..(*^ -^*)

9. Bila si dia curang.....
Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
- minta la di jauhkan hal sedemikian berlaku di dalam rumah tangga kami.ஜ۩۞۩ஜஜ۩۞۩ஜ

10. Bila si dia lurus bendul......
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.
-Isk tak baik sungguh la kalau ada yang ambil kesempatan ni. Sure kesian aku bertimbun-timbun kalau ada suami yang di perlekehkan oleh isterinya. Isk harus isteri itu di ajar bagaimana cara nak hormat suami.(✖╭╮✖)

click pic for link


Sudah kah korang melaksanakan tanggunggjawab sebagai pembayar cukai..? aku terpanggil nak wat entry ni bila sahabat aku Cik Jah wat entry pasal tarikh tutup bagi penghantaran borang atau e filling bakal berakhir tidak lama. So setiap warganegara bertanggungjawab menjelaskan cukai ke atas pendapatan yang diperolehinya di dalam atau luar Malaysia. Sumber pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan termasuklah pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji, ganjaran, pendapatan, dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas.

click pic for link

Namun harus la korang tahu terdapat perbezaan borang antara Borang BE dan Borang E.
  • Borang BE perlu diisi oleh individu yang bermastautin di Malaysia dan tidak menjalankan apa-apa perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.
  • Borang B ini perlu diisi oleh individu yang bermastautin di Malaysia dan menjalankan perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.
  • Jika anda ada menjalankan perniagaan tetapi menerima Borang BE, sila tukar borang tersebut kepada Borang B di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran.
  • Jika anda tidak menjalankan perniagaan tetapi menerima Borang B, anda boleh samada menggunakan borang tersebut untuk membuat pengisytiharan pendapatan yang diterima. Sila isikan ruangan yang berkenaan sahaja. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi, atau membuat penukaran kepada Borang BE di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran.

click pic for link

Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi individu adalah seperti berikut:
  1. Borang BE - bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.
  2. Borang B - bagi individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
  3. Borang M - bagi individu bukan pemastautin tanpa punca perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.
  4. Borang M - bagi individu bukan pemastautin dengan punca perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
  5. Borang P - bagi perniagaan perkongsian, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
Pembayar cukai dikehendaki menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada atau sebelum tarikh akhir bagi mengelak dikenakan penalti.

Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7). Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai.

Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan memotong jumlah pendapatan beliau dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) Malaysia. Sila lah berkunjung ke laman LHDN untuk penerangan yang lebih lanjut. Sekian dulu laporan aku mengenai Cukai Pendapatan.

Laksanakanlah tanggunggjawab anda sebelum anda di kenakan PENALTI...(✿◠‿◠) saya sudah melaksanakan tanggungjawab saya...


click pic for link




Oh lama sungguh saya tidak bersiaran. Sesungguhnya saya kesempitan waktu untuk meluangkan masa mencatat kan sesuatu di dalam blog kesayangan ini. Seperti firma perakaunan yang lain waktu begini adalah waktu paling sibuk bagi saya. Kebanyakan client saya accounting period mereka berakhir pada 31 December 2009. So saya punya ruang waktu terlalu terbatas untuk meluahkan idea di teratak ini. Saya berharap sangat agar segala kerja-kerja perakaunan saya berakhir pada masa yang telah di rancangkan agar saya dapat bersiaran kembali. Rindu sungguh saya pada kamu semua. muahs..muahs...kita berjumpa kembali di lain waktu ok...;)