My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Sudah kah korang melaksanakan tanggunggjawab sebagai pembayar cukai..? aku terpanggil nak wat entry ni bila sahabat aku Cik Jah wat entry pasal tarikh tutup bagi penghantaran borang atau e filling bakal berakhir tidak lama. So setiap warganegara bertanggungjawab menjelaskan cukai ke atas pendapatan yang diperolehinya di dalam atau luar Malaysia. Sumber pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan termasuklah pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji, ganjaran, pendapatan, dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas.

click pic for link

Namun harus la korang tahu terdapat perbezaan borang antara Borang BE dan Borang E.
  • Borang BE perlu diisi oleh individu yang bermastautin di Malaysia dan tidak menjalankan apa-apa perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.
  • Borang B ini perlu diisi oleh individu yang bermastautin di Malaysia dan menjalankan perniagaan di dalam tahun yang ditaksir.
  • Jika anda ada menjalankan perniagaan tetapi menerima Borang BE, sila tukar borang tersebut kepada Borang B di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran.
  • Jika anda tidak menjalankan perniagaan tetapi menerima Borang B, anda boleh samada menggunakan borang tersebut untuk membuat pengisytiharan pendapatan yang diterima. Sila isikan ruangan yang berkenaan sahaja. Ruangan yang tidak berkenaan tidak perlu diisi, atau membuat penukaran kepada Borang BE di mana-mana cawangan LHDNM yang berhampiran.

click pic for link

Tarikh akhir penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan bagi individu adalah seperti berikut:
  1. Borang BE - bagi individu yang tiada punca pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.
  2. Borang B - bagi individu yang mempunyai punca pendapatan perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
  3. Borang M - bagi individu bukan pemastautin tanpa punca perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 April setiap tahun.
  4. Borang M - bagi individu bukan pemastautin dengan punca perniagaan, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
  5. Borang P - bagi perniagaan perkongsian, tarikh akhir penghantaran adalah pada atau sebelum 30 Jun setiap tahun.
Pembayar cukai dikehendaki menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada atau sebelum tarikh akhir bagi mengelak dikenakan penalti.

Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7). Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai.

Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan memotong jumlah pendapatan beliau dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) Malaysia. Sila lah berkunjung ke laman LHDN untuk penerangan yang lebih lanjut. Sekian dulu laporan aku mengenai Cukai Pendapatan.

Laksanakanlah tanggunggjawab anda sebelum anda di kenakan PENALTI...(✿◠‿◠) saya sudah melaksanakan tanggungjawab saya...


click pic for link



10 lovely reply:

alhamdulillah.. siap sudah ;)

alhamdulillah bagus2...:D

sudah juga dan nanti tunggu refund dari lhdn ;-)

info yg bagus.
myluv tak tau pun beza BE dan B. hehehe.. pepun. urusan cukai myluv thn ni siap awal. taknak jadi mcm thn lepas yg gi LHDN 30 April pukul 5.30 petang. nyaris2 nak tutup.

rozy...kalau lewat dapat refund tu kena keep on calling depa tau...:P

ok gud myluv dah settle...:D
kalau last minit sure kelam kabut kan...

kekkeke.... aku cuma nak ckp 2 benda je...

satu - terima kasih la jah sbb fofular kan blog haku yg nan ado tu...

dua - aku tak tau dan tak penah amik tau pasal segala mak nenek borang yg ada tu.. ko tulis ni baru aku tau.. tapi aku masih malas nak amik tahu pasal gaji aku tak sampai pun 2K... so aku tak yah pk ah pasal e-filing ni... kekkekeke....

neway, berinformasi tul entry ko ni...

jah aku pun nak bgtau 2 perkara gak..(¬▂¬)

pertama kasih mu ku terima...blog mu wajar d beri penghormatan sbab merapu ko memang aku boleh layan di kala aku tgh stress..٩(-̮̮̃•̃)۶

kedua ko wajar amik tau gak sbb nya mana la tau kan ada adik beradik ke sedara mara ke yg bertanya kat ko...boleh gak arr ko terangkan...tak pun mana la tau kan rezki ko dapat gaji lebih $3k ker..g pastinya WAJAR ko tau jahh..(◕‿-)

last but not least aku sukaaa sharing is caring...(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)

fisa, ayu setuju sangat...
btw, ayu mmg bekerja berkaitan cukai pendapatan ni..kerja ayu kira cukai individu , perkongsian n syarikat..so, skrg ni dah ada e-filing..lg la best..^_^

ayu thanx sudi bg komen kat sini..:D

oh ayu keje kat audit firm ekk...hehehe ama la kita ni...:P