My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

click pic for source
harap maaf yer kawan-kawan.....misi mencari tagged dan mengambil award terpaksa di rehat kan seketika...uhukss aku baru 'terhidu' signal dari LHDN mengenai tarikh akhir penghantaran Borang B...ermmm aku pernah wat entry sikit pasal ni..boleh la korang rujuk kat entry yang ini ye...

selepas tarikh akhir submission form aku akan kembali bersiaran seperti biasa dan juga misi ini akan ku teruskan jua...eh lupa la plak...sempena ketiadaan siaran aku di sini aku harap korang jangan lupa kan aku tauuu :)..(*perasan sungguhh)


click pic for source
maafla yer kawan-kawan yang menanti penuh setia pasal misi lawatan one day one follower....eh ada ke yang menanti...kelewatan misi ini di laksanakan memandangkan aku berada di kampung suami tercinta selama 5 hari....uhukss tak dapat laa aku nak bersiaran secara langsung dengan korang...tu yang blog aku ni tak terupdate dari last week....

seperti yang ku pernah mention kan dalam entry schedule for weekend on 13th Feb 2010 adik ipar aku melangsungkan majlis perkahwinan...kerana itu lah aku berkampung selama 5 hari di sana...maklumlahhh cik abg aku ni merangkap orang kuat majlis....so kena la berada di tempat kejadian hinggalah selesai semuanya....kiranya aku kembali ke rumah ku usai selesai berkemas semuanya rumah ibu mertua ku...

agak meletihkan dan memenatkan time aku kat kampung...oooopsss bukan penat buat keje tau...penat sebab irfan tak nak langsung dengan orang lain...hinggakan nak mandi, nak solat pun kena bergilir dengan cik abg aku...aduhaiiii nak ke toilet pun terlari2 dari dia nampak...iskkkk pemalu sgt laaaa anak aku tu...tak berapa nak mesra alam dengan orang lain...

hari rabu aku mampu lagi ke pejabat...mampu juga aku selesai kan report client...semalam ultimate kepada keletihan aku...hinggakan aku rasa nak baringgg jee...p bukannya boleh tido pun...uhukss nak pejam mata tapi kepala ni ligat pikir pasal kerja...uhukss camno tu...so semalam aku dah tak larat sungguhhh nak masuk pejabat...

dan akhirnyaaa hari ni tenaga aku kembali pulih sedikit...nak di bandingkan semalam hilang tenaga aku di buatnya....insya Allah kalau tak da aral esok akan aku mulakan misi lawatan itu ye...:P

lots of love...:)



siapa yang belom pernah naik sila angkat mouse..siapa yang pernah naik sila angkat keyboard..hehehe aku dah angkat keyboard yer..aku bukan naik sekali jer tau tapi aku dah naik spai 3 kali...hehehe biar betik kan...mabuk cruise namanya...

hahaha bukan apa wei...1st time aku naik river cruise ni kira baru lagi laa...bangunan kiri dan kanan belom sepenuhnya siap...even time ni pun snap pic guna phone lama so gambar yang di ambil terserlah ke'blur'an tu kan...so tak dapat laaa nak ambil gamba yang cantik...yang ada gamba yang agak usang hasilnya...hehehe...
2nd time aku naik bersama-sama dengan family hubby aku...wah!! time ni phone aku dah upgrade skit...mula-mula plan nak melaram dengan camrea phone aku...apa lagi menggila aku ambil video...tup2 kan pic tak sempat nak aku snap phone dah kong...aduhh sadis nya beb....ermmm layan video jer la nampaknya...;)
kali ke3 aku naik kali ni dengan rombongan keluarga aku plak...mula-mula aku malas gak nak naik maklumlah dok ulang laluan je kan...agak-agak aku dah makin hapal laa setiap laluan cruise ni...tetapi aku tergoda kali ni sebabnya rombongan adik beradik aku nak naik time malam...wei mana boleh kalau tak ikut...hehehe agak merugikan tu...time malam lampu-lampu yang di pasang memang chantekkk sangat2..mula lah aku berangan andai nya aku ada DSLR pasti aku dah melepak kat sini..hehehe angan tak sudah kan...:P
*psst psst korang perasan tak...?hehehe aku naik river cruise ni bulan MAY sahaja...pelik tapi benar...hahaha maklumlah birthday aku & hubby pun May jugak...;)



click pic for source

yeppieee!!! cuti sekolah bermula hari ini...hari ini juga aku akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan cousin aku d KL...woohooo macam kan aku yang pergi sekolah ekk...hehehe anak aku pun lom pergi sekolah tapi ummi dia yang excited pasal cuti sekolah...bukan apa saja jer nak meng'havoc' kan keadaan kan..;)

alah korang sebenarnya aku ni cuti sekolah ke tak cuti sekolah sama saja...tak kemana-mana pun...uhuksss keje aku never ending...alhamdulillah dengan rezki yang di berikanNya...tapi cuti sekolah kali ni agak menarik dan tertarik skit sebab kakak aku telah melantik aku sebagai guru persendirian untuk anak dia..ahaksss dah lama sungguhhh aku tinggal kan skill mengajar ni...seingat aku last skali adik aku yang bongsu jadi anak murid aku...itu pun sampai mengalir air mata aku buat...hahahaha adakah anak buah aku ni sanggup menghadapinya...;)

uiksss nampak sangat aku ni guru yang garang...tapi beb garang aku garang bertempat...sudah semestinya aku ni seorang yang mementingkan quality...aku tak nak anak murid aku menjadi orang yang kecundang...cheeewahhh!! eh tapi kan tempat pengajaran aku bukan di rumah...pejabat aku akan di jadikan markas untuk aku mengajar...kalau kat rumah konpem laaa tak jadi belajar....dengan anak bujang aku yang makin baik tu kan...sah-sah laaa bukan aku ajar dia lak yang mengajar...:D

so kepada LUQMAN HAQIM bersedia lah anda sebelum Mak Uda sedarkan anda...hehehehe...
click pic for source

amboi laaa siap berpart-part la plak Majlis Pertunangan adik aku kan...ermmm bukannya apa dah lama sangat rumah mak aku tu tak de majlis sebegini...last sekali pun time majlis aku...hahahaha berapa lama sudah wei...confirm lepas ni dah tak mau citer pasal pertunangan...;)

1. Persiapan sebelum Majlis...
2. Make over adik aku by Rina (sahabat adik aku)



3. Hantaran yang di sediakan oleh adik aku

4. Sesi meminang bermula


5. Kemuncak Majlis Pertunangan
6. Corat - coret sebelum dan selepas majlis..

sesi memasak di dapur...

orang kuat majlis..


selesai sudah upacara meminang....



M - perancang utama MENU pada hari itu adalah mommy tersayang...mak aku bab menu ni memang sungguh-sungguh dia nak menjamu tetamu ni...


A - ketua tukang masak adalah kakak aku ANGAH...hehehe penat sungguh dia...dari hari Khamis dia dah berkampung kat rumah mak aku....
J - segala penyediaan bahan-bahan masakan di bantu oleh JIRAN-JIRAN...

L - adik aku pakar membuat LIPATAN hantaran..so dia laa yang paling sibuk mengubah semua hantaran...kalau aku yang lipat konpem jadi lain..hahaha..

I - alhamdulillah IRFAN tidak meragam langsung..siap lena lagi dia tido...uikss kan bagus kalau hari-hari Irfan macam ni...hehehe
S - hantaran SIRIH JUNJUNG mendapat pujian..macam gubahan bunga cuma kurang skit je bunga mawar yang di letak....ermmm konpem makin mengembang badan adik aku tu..


P - PINGGAN & CAWAN di pinjam dari jiran mak aku yang buat katering..alhamdulillah tak perlu nak keluar kan mak aku punya...penat wei nak mengemas nanti...
E - nama panggilan tunang adik aku ni EJOY..tapi kan aku boleh pulak tak tahu nama penuh mamat ni..aduhaiii bertuah betul aku ni kan...hehehe...

R - RAMAI betul rombongan pihak sana yang datang...dalam 15 buah kereta...terkezut laa jugak family aku di buatnya...sampai tak muat ruang dalam rumah...hehehe
T - nak di jadikan cerita TUDUNG adik aku yang bertunang boleh lesap ntah kemana...haishh kelam kabut mencari tudung lain yang boleh di match dengan baju dia...

U - adik aku yang tukang buat hantaran tu siap dapat cincin untuk adat melangkah bendul..UNTUNG nya...even pihak kami tidak memintanya..
N - psst psst adik aku bg NIKON D3000 beb sebagai hantaran...ni yang aku tak sabar nak rembat DSLR 1 ni...ehehe
A - AYAH melantik ALANG mewakili pihak keluarga sebagai orang perantara..hehehe biar Alang belajar cara-cara menerima peminangan...
N - NENDA tunang adik aku memulakan adat suap gula batu...hehehe adat ni 1st time beb aku tengok...ermmm penuh gula batu dalam mulut adik aku...hahaha...alhamdulillah tak tecekik...:P
G - aksi paling GANAS bila tapis besar mak aku yang dah berusia berbelas tahun lompong dek penangan adik aku menggoreng ayam...hahaha lawak wei...terharu je tengok mak aku tetap simpan tapis tu...
A - ALHAMDULILLAH juadah yang di sediakan cukup hingga boleh laa jiran-jiran yang membantu membawa balik bekalan sedikit....
N - NAMPAK nya Majlis Pertunangan adik aku ni laaa yang paling 'meriah' berbanding adik beradik yang lain...

click pic for source

alhamdulillah selesai sudah Majlis Pertunangan adik aku pada hari sabtu bersamaan 29hb May 2010...Segala nya berjalan seperti yang di rancangkan...

Menu pada hari tersebut telah di sediakan oleh kami adik beradik di bantu oleh jiran tetangga...Alhamdulillah aku mempunyai adik beradik yang ramai so nak kata penat sangat tu adatlah tapi yang penting kepuasan kami menyediakan menu pada hari tersebut..Menu pada hari tu :
click pic for source

- Ayam masak merah
- kari daging
- masak lemak labu
- ikan tenggiri masak kicap
- rojak Penang
- ikan masin
- sambal belacan
- ulam Raja

usai segala menu ini di sediakan ayah telah menjemput jiran tetangga untuk membuat doa selamat...rombongan meminang tiba pada jam 2.30 petang...wah!!! terkezut kitorang bila di beritahu 15 buah kereta mengiringi rombongan meminang...mak aihhh dah macam kenduri kahwin la plak...haishhh meriah sungguh tu...

berdebar jugak dada kitorang khuatir makanan tidak mencukupi memandangkan jiran tetangga ada lagi yang masih bertandang...alhamdulillah rezki hari tu mencukupi hingga dapat la bersedekah kepada jiran tetangga...

kerana kesibukan menguruskan majlis tersebut satu pic pun aku tak sempat nak snap...hehehehe lawak la plak...ermmm t aku upload pic yang adik aku snap k...