Assalammualaikum wbt..
Bismillah..
Adakah kita bersedia untuk memulakan perniagaan?
Adakah kita bersedia dari segi mental dan fizikal?
Jika YA ==> sila tekan button ON utk mulakan KITARAN HAYAT PERNIAGAAN kita...:)
Langkah pertama adalah dengan membuat PERANCANGAN mengenai perniagaan apa yang perlu kita ceburi. Beberapa perkara yang perlu di ambil kira di dalam perancangan kita adalah :
- Jenis perniagaan yang bakal dijalankan.
- Saiz perniagaan
- Modal yang diperlukan
- Rancangan jangka panjang
- Jenis dan kadar Cukai Kerajaan dan syarat-syarat serta peraturan-peraturan perundangannya
Dalam proses perancangan ini, kita akan belajar bagaimana untuk mempersiapkan diri dan bersedia dari segi fizikal dan mental, melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan akhir sekali set the business on standby mode!
Langkah kedua adalah dengan mendaftarkan perniagaan kita dengan SSM dan mendapatkan lesen serta permit yang berkaitan.
Untuk makluman kalian,perniagaan tidak semestinya menjual produk or jual barang sahaja. Perniagaan juga adalah sebagai sebuah organisasi yang menyediakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan dan menggunakannya...termasuklah setiap bentuk perniagaan, perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan untuk tujuan mendapatkan keuntungan..
Di sini ada beberapa NOTA mengenai perniagaan :
0 lovely reply:
Post a Comment