Kali ni kan aku nak share dengan korang novel yang aku suka bangat membaca nya hinggakan terbawa ke dalam mimpi…hehehehe poyos jer kan…korang pernah baca tak Trilogi Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid…ni gara2 adik aku seorang pengumpul novel2 tempatan la nie…hari2 aku dok usha almari dia yang penuh dengan novel…aduhhh bukan senang nak pinjam koleksi novel minah nie…dia siap wat index & listing kat novel dia..sah2 laa x leh amik ikut suka ati kan…dia yang bgtau kat aku novel nie best…so aku mula2 sekali baca novel Bagaikan Puteri aku dah jatuh cinta pada watak utama dia…Laksamana Sunan @ Saifudin…
Trilogi Bagaikan Puteri adalah cerita epik thriller yang mengisahkan dengan begitu menarik sekali perhubungan dan kaitan antara tiga watak utamanya iaitu Haryani, Dani dan Laksamana Sunan @ Saifudin... Haryani dan Dani merupakan dua anak muda masa kini sementara Saifudin pula adalah seorang pemuda zaman kurun ke-15.. korang jangan terkejut lak yang Haryani & Dani leh bertemu dengan Laksamana Sunan@Saifudin...jangan dok konpius lak yer macamana pemuda zaman kurun ke 15 leh berjumpa dengan anak muda masa kini…
Mula2 aku baca pun cam moskil gak..p bila aku mula menghayati baru lah aku faham kisahnya…so boleh la di katakan kekuatan trilogi ini adalah pada kebijaksanaan Ramlee Awang Murshid menulis dengan menggunakan teknik merentasi sempadan masa…so kita sebagai pembaca akan terus teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya. ..
Trilogi ini di mulakan dengan kisah Bagaikan Puteri….yang menceritakan episode permulaan pengenalan kepada watak utama & pertemuan mereka…bagaimana terjadinya konflik percintaan antara watak utama…. konflik percintaan mereka berlanjutan apabila kehadiran Ratu Sulaman d hati Laksamana Sunan…..maka terhasil la kisah Cinta Sang Ratu… yang memperjuangkan cinta suci nya hingga ke akhir hayat… Trilogi ini diakhiri dengan detik-detik pernikahan Saifudin dan Haryani yang mendebarkan dan penuh suspen…yang boleh di baca kisahnya dalam Hijab Sang Pencinta…
Ketika aku taip entry ni pun aku dah terbayang kan watak Laksama Sunan@Saifudin...hehehe aku & adik aku siap wat olahan cerita lagi tu…sesiapa yang pernah baca novel karya Ramlee Awang Murshid sure korang x rugi membelinya…aku suka sangat2 pada teknik merentasi sempadan masa yang dia gunakan dalam penghasilan Trilogi Bagaikan Puteri…
12 lovely reply:
Fisa;karya Ramlle Awang Murshid memang best2 belaka. Seolah-olah kita dibawa juga dalam penceritaan tersebut. Macam real .
p/s;wah memang kelas cara adik Fisa menjaga koleksi bukunya. Saya nak cadangkan supaya adik saya pun buat macam tu..
fisa, tak sbar nak habiskan citer nie..baru bace yg part 1
sis pun suka baca novel ye..
kelly dah lama tak baca le sis.. dulu time sekolah minat juga.. ekekke
wahh.. i luv u bebeh... awang murshid nyer novel mmg koleksi aku.... skrg ni aku tgh tunggu latest novel dia...
hehe... nasib aku baik sikit pasal aku adik badik + mak aku kaki novel.. so mak aku la sponsor terbesar dlm membeli novel... kekke n adik aku pun mcm adik ko.. dia siap balut novel2 tu n wat list sape pinjam & bila pulang..( ala mcm pinjam kat library pulak...)
kekkeke.... since mak aku da tak keja.. adik ko nak tak sponsor utk aku lak??? hahahhah
novel ramlee awang mursyid ni famous kan...antaranya 'bagaikan puteri' ni..
lady minat gak baca novel2 melayu tapi dah lama tak beli...
pernah baca trilogi bagaikan puteri tu..tapi,serius kite tak paham..keliru sgt..diorg kat alam mana sebenarnya?kengkadang mcm diorg berhubung dlm mimpi(L.sunan ngn saifuddin tu)ermmmm,nnti nak try baca lagi :p
ummu masyitah...novel karya dia nie memang lain dari yang lain...penulisan dia pun berbeza skit...klau menghayati sure dok terbayang kan kita ada kat dalam citer tu jugak kan...;)
nashays...jangan lupa tau pas abis trilogi nie wat ulasan kat blog ekk...;)
kelly sejak ader irfan nie ader limit time nak baca novel laa...x per la irfan dah jadi pengganti pengisi masa lapang...hehehe..
jaja latest novel dia yang 9 nyawa tu ker..?? klau ko dah baca t ko citer skit arr ekkk...
eh adik kita serupa arrr memang macam pinjam kat library..siap ada date pinjam & pulang...hhaahaha sungguh2 mereka menghargainya...;)
untung arr ko mak ko jadi sponsor terbesar...hehehehe mak ko dh x keje nie kena carik penaja baru la yer...hehehe adik aku nk jadi sponsor aku pun die dah wat muka..hahaha...
Lady novel dia ni adik fisa laa yang selalu promote...tu yang dah terjatuh cinta d watnya...fisa pun dah lama x beli...koleksi adik jer la yang ku harapkan...uhukss
sasha mula2 baca pun fisa x paham & x suka..moskil jer baca..diorng nie kat alam mana..pastu baca untuk kali kedua mula la jatuh cinta dengan watak laksamana sunan..pastu sambung buku 2 & 3 dh mula faham sgt2...;) t cuba baca lagi sekali yer mudah2an sasha memahaminya...
Post a Comment