My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor


menghitung hari detik demi detik...uhukss suspen jek kan...hehehe ni bukan menghitung hari untuk berkahwin tau...juga tiada kena mengena dengan menghitung hari untuk bersalin atau yang sewaktu dengannya...sebenarnya ni menghitung hari untuk keberangkatan ayahanda dan bonda aku ke Tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji...

mereka bakal berangkat ke sana pada 11 Oct 2010...aku mengharapkan semoga segala urusan mereka di sana di permudahkan dan juga semoga ayahanda dan bonda mendapat haji yang mabrur...

oh aku juga mengharapkan agar satu hari nanti aku akan menjejak kan kaki ini ke sana...makin tak sabar hati ini bila aku mentelaah buku panduan haji...oh terasa menusuk kalbu ini...terasa syahdu nya hati ini seakan-akan aku telah berada di sana...uhukss tu baru jek baca buku...andai ianya menjadi kenyataan...alhamdulillah...kat sini aku share kan sikit pengertian haji...andai sesiapa yang berminat leh laa click2 kat sini untuk mengetahui info lebih lanjut kan...:D

Pengertian Haji

Haji merupakan perlakuan ibadah umat islam yang mempunyai banyak simbolik yang dikemukakan kepada manusia dalam bentuk penonjolan diri, demostrasi atau perisytiharan, bukan menuntut sesuatu yang bersifat kebendaaan atau keduniaan, tetapi demontrasi untuk menyatakan tauhid dengan slogan dan laungan kalimah suci, Allahhu Akhbar, Allah Maha Besar, berulang-ulang kali dengan keyakinan dan ketaqwaan, pengakuan yang jelas dan tegas sekalipun kufur atau musyrikin tidak menyenanginya.

Pengisytiharan tauhid yang jelas dan laungan yang tegas dilakukan serentak menyebut nama Allah, "Labayk Allah Humma Labbyk, Labbaykka La Syarikalak Labbayk, Innal Hamda Wa al- Ni'mata Laka wa al-Mulk, La Syarikalak", dilaungkan bukan kerana sesuatu kekurangan, tetapi penyataan sesuatu ibadah dalam bentuk demontrasi menentang syirik, kezaliman dan kesesatan yang dilakukan oleh manusia yang tidak mentauhidkan Allah.

Sikap dan pendirian yang tegas dalam perkara 'ubudiah yang menjadi ajaran para anbia' sejak zaman-berzaman perlu diisytihar dengan jelas supaya sekali-kali jangan terlibat dengan syirik atau tanghut.

Sebaliknya hendaklah mengabdikan diri semata-mata kerana Allah - diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya semata untuk Allah. Segala bentuk kesesatan, syirik atau penyembahan system yang menuju ke arah taghut wajib dijauhi.

Islam tidak menuntut sikap bertindak balas terhadap pihak yang memsongkan akidah, tetapi bersikap Islam, kebaikan dan keamanan. Bagaimanapun, jika mereka sering dan terus berusaha menyelewengkan manusia daripada mentauhidkan Allah maka diwujudkan suatu amalan ibadah dalam bentuk demonstrasi terang-terangan bagi melawan kerja-kerja mereka yang sesat sekalipun orang-orang musyrikin, golongan kuffar dan munafiqun tidak menyenanginya

My Parents

6 lovely reply:

saya doakan semoga kedua ayah bonda k.fisa selamat pergi dan pulang mengerjakan ibadah haji..
insyaallah..

amin...

ashra..terima kasih atas doa itu..;)

semoga semuanya berjalan dengan lancar..
:)

Aku doakan semuanya selamat dan segalanya di permudahkan beb untuk mak and bapak ko. Insyallah ;).

And sorry ah, hari tu tak dan lah beb! So, bila ni kita nak gether-gether...

Rindu wooo!!

tenkiu Lady!!!

tenkiu beb...

ermmm kena plan next time ni..:D aku pun rindu bangat weeii!!!