Assalammualaikum wbt...
sory la ye aku terlambat nak update blog ni..alhamdulillah anak bujang aku c Irfan dah sembuh dari demam nya...terima kasih kepada semua yang sudi mendoa kan kesihatan anak bujang ku ini...lega rasa nya bila melihat dia kembali cergas dan aktif...syukran syukran...syukran jazilan...;)
isk entry ni sebenarnya nak maklum kan pasal aku g follow up untuk kes demam denggi aku..sebenarnya virus denggi ni telah memberi efek kat hati aku..sebab tu aku kena g follow up semalam..bukan sekadar jumpa doctor tapi darah aku juga d ambil untuk melihat tanda positive pada hati aku..
ermmm masih lagi d duga, bila aku jumpa doctor cakap enzim dalam organ dalaman aku masih lagi tak menunjuk kan tanda positive..so aku kena g lagi buat follow up next week..semoga ujian darah aku next week akan menunjukkan tanda-tanda positive...
ermmm agak 'bercinta' jugak laa nak g follow up ni sebenarnya...bukan apa beb, semalam kan aku kena amik darah pukul 8 pagi kat wad yang aku kena tahan hari tu..then kena jumpa doctor pukul 2 petang kat Kompleks Rawatan Harian..TAPI bukan exactly pukul 2 petang direct jumpa doctor tau..aku kena menanti sampai pukul 4 lebih baru lerr jumpa doctor..huwaaaaa lama kann..nak buat macamana kan dah nama nya hospital kerajaan maka kena la menunggu giliran yang panjannng...:(
konon-konon aku g awal dapat la balik awal..so lepas solat zuhur aku dh gerak ke hospital..dalam kul 1.40 ptg aku dah sampai...
- kena buat pendaftaran dulu..
- beratur nak ambil no giliran..
- menanti nombor giliran d panggil untuk membuat pembayaran..
- naik ke tingkat 1 untuk berjumpa doctor di Klinik Pakar Perubatan..
- beratur untuk masukkan kad appointment ke dlm bakul..
- menanti nombor giliran di panggil..
yang buatkan aku peliknya nombor yang d panggil tidak mengikut nombor giliran..camno tu..terpikir gak aku apa la fungsi nombor giliran ni kan kalau nombor yang d panggil tidak mengikut gilirannya...ni bukan nombor giliran dah namanya...ni nombor rujukan sahaja..aduhaiii...
aku sabar menanti nombor aku d panggil sampai rasa nak tertidur je beb...sabar la hati..sabar jer la menanti...nombor giliran yang di panggil dah la melompat2...tak ikut aturannya so aku tak tau bila nombor aku kena panggil..maka kena la setia menanti dekat situ kann..tak boleh nak kemana2..tu yg membuatkan aku makin mengantok..tambahan pula suhu yang teramat sejukknya...
pukul 4 lebih baru laa nombor aku tu d panggil..jumpa doctor tak sampai 15 minit pun..bile doctor tengok result darah aku yang tak berapa nak cantik tu..dia kata "next week datang lagi ye..sebab virus denggi tu dah efek enzim organ dalaman awak jadi kita kena tengok dalam tempoh seminggu ni macamana..harap semuanya ok next week..then baru saya boleh discharge kan awak"..erkkk kena dtg lagii?? aduhaii aku ckp "doc, jumpa u tak sampai pun 15 min TAPI i kena tunggu 2 jam lebih baru dapat jumpa u then kena dtg lagi next week..mau nangis ooo buang masa macam ni"..doctor tu ckp "maaf la ye akak kena tunggu lama..ramai orang kat sini.." sambil tersenyum...isk patut tak aku marah?? aku nak marah kat siapa pulak??isk isk tak kan nak marah kat doctor pasal aku kena tunggu lama ni kan..doctor tu pun penat gak nak chek pesakit yg ramai..tak kan aku nak marah kat nurse..ermmm nurse pun penat ke hulu ke hilir memanggil pesakit dan juga mengambil laporan...ermmm pada siapa harus ku marah ekk?? jawapan mak aku "kalau nak cepat g la hospital swasta..sedia kan je duit nya...hospital kerajaan ni bayar RM 5 je pun..kena la tunggu dengan sabar.."
hohohohoho conclusionnya kan jangan merungut lebih-lebih...yang penting SABAR...;)
**erkk aku rasa semalam makin hilang sabar bila nombor aku 8148 tak di panggil-panggil TAPI nombor 8170 dah masuk bilik doctor...hehehe ini harus mendatangkan marahhh ni...betul tak??
10 lovely reply:
Ujian datang dalam pelbagai bentuk.. :D Semoga sabar menghadapinya.
ieda pun pernah alami macam nie pegi pukul 9pg tp kul 12thari baru dapat masuk sabo je la...
Anif® memandangkan tahun ni adalah tahun yg penuh Ujian dan Dugaan dari Nya, fisa terima dengan redha...alhamdulillah hati ni makin tenang menghadapinya..
anyway thanx beb mendoa kan diri kwn mu ini..;)
Ieda nampak gaya nya memang kita kena ada level KESABARAN yang tinggi ni kan...;)
kak fisa , moga diberi kekuatan untuk menempuhinya ye
terima kasih Ayu..semoga doa sahabat andai membantu diri ini tabah menghadapi ujian dan dugaan dari NYA..;)
sabar ye...pegi hospital gomen mmg mcm tu...saya setiap 2 bulan kena bawak anak check up mata dia tu, amek nombor kul 8 pagi panggilnya kul 11.30 pagi...adoi la...mmg menguji tahap keimanan betul..
semoga sis dan anak cepat baik yer...
terima kasih banyak2 Wahida...
betul tu Wahida...tahap KESABARAN kita harus la tinggi jika berurusan dengan hospital gomen ni kann...
sabar ye..biasalah kehidupan ni kalau tak ditangani dgn terbaik,alamat kita yang akan terbalik..
thanx Woofer Storm...betul tu..kita kena manage time betul2 agar kita tak terbalik sama kann..;)
Post a Comment