My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt...

DSC03177
sebelum kita membeli sesuatu harusla kita ambil tau apa itu KUASA BELI PENGGUNA atau PURCHASING POWER?...kepada yang tidak tau tu meh kita baca dan faham kan sama-sama ye..
by Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Kuasa beli adalah kemampuan pengguna untuk memperolehi barangan dan perkhidmatan dengan pendapatan boleh gunanya. Ia juga merujuk kepada nilai wang dan jumlah barangan atau perkhidmatan yang dapat dibeli dengan satu unit mata wang. Beberapa unsur yang mempengaruhi kuasa beli pengguna ialah;

1. Harga barangan dan perkhidmatan - Pengguna yang bijak akan dapat membelanjakan wangnya dengan baik, jika dia mampu mendapatkan pulangan yang memuaskan untuk setiap nilai wang yang dibelanjakannya pada harga yang tertentu.

2. Permintaan dan penawaran terhadap barangan dan perkhidmatan - Jika permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan meningkat, sementara penawarannya kurang akan menyebabkan kenaikan dalam harga. Kenaikan harga ini akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Namun, jika permintaan kurang dan penawaran berlebihan, harga akan turun dan ini akan menambahkan kuasa beli pengguna.

3. Pendapatan pengguna -Kuasa beli pengguna akan meningkat jika pendapatan pengguna juga meningkat dan kuasa belinya akan turun apabila pendapatannya berkurangan. Bagaimanapun dalam hal-hal tertentu, kuasa beli pengguna juga akan berkurangan walaupun pendapatannya meningkat. Pengguna yang bijak akan dapat meningkatkan kuasa belinya jika dia bijak merancang perbelanjaannya.

4. Cita rasa pengguna - Kuasa beli pengguna juga dipengaruhi oleh tahap cita rasa pengguna itu sendiri. Pengguna yang terlalu mengikut cita rasanya apabila berbelanja akan mengurangkan kuasa belinya dan boleh mengakibatkan dia mengalami kerugian.

Sehubungan dengan itu, adalah penting setiap pengguna memahami kuasa beli masing-masing. Kebijaksanaan pengguna dalam menggunakan kuasa beli akan dapat membantu mereka menambahkan nilai terhadap perbelanjaan, sekaligus memberi erti kepada pendapatan mereka.

Sumber Dari www.kpdnhep.gov.my
SO sebagai pembeli dan pengguna sebenarnya kita juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal harga barang semua jenis barang ye termasuk la harga rumah, harga barang runcit, harga kereta dan semua jenis perkhidmatan juga...kita juga HARUS la tau dan BIJAK menggunakan kuasa kita sebagai pengguna di samping berbelanja mengikut kemampuan kita...
DSC03186
Andainya barang yang ingin kita beli TERLALU MAHAL/TIDAK MUNASABAH harga nya maka keputusan penangguhan membeli harus la di buat agar kita tidak membuat pembelian yang terburu-buru atau mengikut nafsu...guna kan lah KUASA kita dengan memberi tekanan kepada pihak yang membuat kenaikan HARGA MELAMPAU...faktor utama yang boleh kita lakukan untuk menurunkan harga barang adalah dengan menurunkan permintaan sesuatu barang itu dengan drastiknya..kerana seharusnya PERMINTAAN = PENAWARAN bagi menetapkan harga yang sepatutnya...

Di harapkan bukan sahaja kita sebagai pengguna/pembeli memainkan peranan dalam mengawal harga sesuatu barang, kita juga mengharapkan pihak berwajib memainkan peranan dalam membantu kita mengawal selia kenaikan harga yang melampau..kerjasama ini sangat penting dalam menstabilkan harga barang...

Jom kita baca artikel dari Pakar...

KUALA LUMPUR, 19 April — Kuasa membeli di kalangan rakyat negara ini boleh dipertingkatkan dengan pihak berkuasa mengadakan reformasi pasaran agar ia menjadi lebih berdaya saing dan bebas daripada monopoli dan pasaran yang bersifat ‘herot-benyot’, kata pakar-pakar ekonomi.

Laporan Harga dan Upah 2010 oleh bank UBS AG menunjukkan warga Kuala Lumpur hanya memiliki kuasa membeli 33.8 peratus berbanding mereka yang tinggal di New York, 42 peratus jika dibandingkan dengan mereka yang berada di London, 33.7 peratus (Sydney), 32.6 peratus (Los Angeles) dan 31.6 peratus (Zurich).Sehubungan itu, Suhaimi Ilias dari Maybank Investment Bank berkata, kurang daya saingan di Malaysia menyebabkan rendahnya tekanan terhadap kadar harga. “Soal ketidakcekapan dalam ekonomi kita masih tinggi,” kata beliau.

Dr Yeah Kim Leng dari RAM pula berkata, pasaran Malaysia memerlukan saingan yang lebih sihat dan kurang cenderung ke arah bermonopoli. “Kami mendapati industri-industri Malaysia sangat bertumpu pada beberapa peserta (industri sahaja),” kata beliau sambil menambah, paras harga pula adakalanya tidak anjal dan tidak bersifat responsif kepada paras pendapatan.

Bagaimanapun kedua-dua mereka bersetuju bahawa soal ‘mengganggu’ pasaran yang menjadi ciri utama dalam ekonomi Malaysia perlu ditangani demi menjadikan harga dan pasaran menjadi lebih berikat. Menurut Yeah, salah satu sektor yang sangat ‘diganggu’ ialah industri kenderaan di mana rakyat Malaysia perlu memikul paras harga kereta paling mahal di dunia, menyebabkan 20 peratus daripada RM581 bilion hutang isi rumah negara tertumpu dalam soal pembelian kereta, yang nilai asetnya merosot dari semasa ke semasa.

Suhaimi berkata, harga yang rakyat Malaysia bayar sekarang nampaknya tidak masuk akal. “(Misalnya) saya tidak faham mengapa sebuah motosikal seharusnya menelan kos RM6,000-7,000 dan kereta seperti Perodua Viva perlu lebih RM30,000,” kata beliau.

Justeru kata Yeah, dasar automotif kebangsaan perlu disusun semula dan mengurangkan halangan tarif kerana ia baik untuk kedua-dua ekonomi dan industri kereta. “Itu sebabnya kita boleh menarik lebih ramai peserta dan menyusun semula industri kereta supaya ia bersifat serantau,” katanya.

Suhaimi juga khuatir harga sesetengah barang secara sengaja ditekan dan kejutan harga boleh wujud jika subsidi dikaji balik kelak. “Bagi industri-industri yang bergantung sangat pada subsidi, daya saing adalah jawapan,” kata beliau. Malah menurut beliau, kebergantungan negara ke atas pekerja-pekerja asing juga menjejaskan upah pekerja tempatan.

Oleh itu kata Yeah, kerajaan tidak sewajarnya membenarkan upah ‘sengaja’ ditekan. “Tidak perlu ada kemasukan tenaga kerja (asing) murahan,” kata beliau. Tambah beliau, tindakan menurunkan nilai ringgit, yang pernah diamalkan masa-masa lalu untuk menjadikan eksport Malaysia lebih berdaya saing, merupakan satu lagi tindakan ‘memuta belit’ pasaran, yang menjejaskan kuasa beli khususnya ke atas barangan diimport.

Mulai 1 April lalu, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, undang-undang baru yang memberi kuasa untuk mengheret peniaga-peniaga yang menaikkan harga barangan atau makanan secara sembarangan dan melampau, dikuatkuasakan dan akta daya saing akan dilaksanakan tahun depan bagi mengelak sikap antidaya saing. Kerajaan juga dijangka memperkenalkan elaun bagi syarikat yang memohon pengecualian.

Dr Foong Kee Kuan, penyelidik kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengulangi bahawa daya saing yang lebih tinggi diperlukan untuk meningkatkan kuasa membeli. “Kerajaan perlu menuju ke arah itu dan menjadikan industri kita lebih bersifat daya saing,” katanya lagi.
Ini pula artikel dari pihak berwajib...
Pengguna perlu bijak guna kuasa beli untuk kawal harga barang
2011/03/01

KUALA KRAU: Kenaikan harga barang boleh dikawal tanpa bantuan kerajaan sekiranya pengguna bijak menggunakan kuasa membeli selain tidak mengikut hawa nafsu yang mendorong mereka untuk hanya memilih barangan berharga mahal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengguna sebenarnya memiliki kuasa yang paling kuat dalam menentukan kenaikan harga bagi sesuatu barangan.

"Kementerian tidak ada kuasa untuk mengarahkan peniaga mahupun pemilik pasar raya bagi menurunkan harga keperluan kecuali barangan terkawal seperti beras, tepung, gula dan minyak masak. Jika pengguna saling bekerjasama dan sanggup untuk tidak membeli sesuatu barangan yang mahal, maka dengan sendirinya peniaga tidak berani untuk menaikkan harga."....berita selanjutnya..
****pikir-pikir kan la ye yang mana bik dan buruk nya...tindakan kita mencerminkan keperibadian kita...;)
DSC03184


2 lovely reply:

thanks sharing k.fisa.
ye betul..dalam kita berjimat2 menjadi pengguna bijak,kena gaks hati2 kan..jgn smpi lupa kuasa dan hak sebagai pengguna..

p/s.: comel2 je gambo2 dorang posing kat kedai eh.

tu la Ash..sekarang ni makin ramai tak tau kuasa pembeli ni boleh mengubah harga barangan...

p/s : hehehe kat TESCO ni keje adik akak yg suka sgt amik gambar anak2 buah dia...