My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt... 

Ramai ke di kalangan kita yang dah buat pelaburan? aku ni sebenarnya baru je nak berjinak jinak or baru je nak buat sesi suaikenal dengan pelaburan ni..sebelum ni aku agak ragu ragu utk keluar kan duit aku untuk melabur ni..bukan apa kes takut melabur jadi lebur je... Kenapa perlu melabur? jangan gelak tau..ni soklan bg org yg mula2 nk belajar melabur :p..mari kita tau dulu makna Pelaburan (Investment) ye..
Pelaburan adalah sebahagian daripada perancangan kewangan keseluruhan anda. Sekiranya anda mempunyai sedikit simpanan, anda mungkin hendak melabur untuk memaksimumkan pulangan. Pelaburan berbeza daripada simpanan. Dalam simpanan, pada umumnya anda akan mendapat semula simpanan anda, bercampur faedah. Walau bagaimanapun, dalam pelaburan, anda mungkin atau mungkin tidak mendapat semula jumlah yang dilaburkan atau anda mungkin mendapat lebih daripada jumlah awal pelaburan. Potensi untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi ini adalah sebagai ganjaran bagi risiko yang lebih tinggi yang anda telah ambil.
Ooooook...faham faham...sebelum nak buat pelaburan ni aku mula la mencari maklumat mengenai apakah pelaburan yang sesuai untuk hati dan naluri aku..dekat web ni ada menerangkan Panduan Sebelum Melabur...ada 4 langkah yang kita perlu tahu sebelum kita melaburkan wang kita.. 

Langkah 1: Tahu mengapa anda hendak melabur 
- dalam fikiran aku adalah beberapa sebab kenapa aku nak melabur..malu nak nyatakan di sini :p 

Langkah 2: Tahu isu utama yang perlu diambil kira apabila melabur 
- yang ini memang aku kena paham paham paham kan lagi..buleh rujuk kat sini utk membaca isu utama tu ya  

Langkah 3: Tahu strategi dan konsep melabur 
- strategi penting untuk memaksimunkan pulangan dan meminimumkan kerugian..penerangan lanjut buleh tengok kat sini 

Langkah 4: Tahu pelaburan mana yang sesuai untuk anda 
- memandangkan aku ni jenis yang takut menghadapi kerugian maka aku ambil langkah selamat melabur dalam pelaburan yang biasa...tak perlu la aku nk ambil HIGH INCOME HIGH RISK...click sini utk tahu info selanjut nya.

dah selesai membaca maklumat mengenai Pelaburan ni..apa yang aku boleh simpulkan adalah :
  • pelaburan adalah untuk JANGKA MASA PANJANG...sebab tu kita kena fahamkan dulu konsep pelaburan ni
  • pelaburan di mana sahaja pasti ada KEUNTUNGAN/KERUGIAN...jangan pandang pada untung sahaja..jangan sesekali abaikan faktor kerugian tu ye :p
  • pelaburan berlaku sekiranya kita mempunyai lebihan simpanan BUKAN melabur dengan hasil PINJAMAN tau!
  • akhir sekali aku kena gali gali lagi ilmu pengetahuan mengenai pelaburan ni..

SELAMAT MELABUR!

Assalammualaikum wbt...

oh lama nya aku tidak bersiaran di sini...rindu serindunya utk mencoretkan sesuatu...sepi dari sini tidak bermakna hidup ku sunyi...Sepi itu indah...sukar di gambar kan dengan kata kata...:)

Pantai Kuala Linggi

Assalammualaikum wbt..


Sekian lama tidak update blog ni terasa kerinduan yang amat mendalam untuk aku meluah kan apa yang ada di fikiran.



aku tidak mahu memanjang kan isu kenapa aku dah lama tidak update blog...kepada mereka yang dah lama 'kenal' aku sure dh agak saban tahun waktu ini adalah waktu yang amat bz bg aku..tapi hari ini keinginan aku begitu meluap untuk meluahkan apa yang terlintas di fikiran ini...




apa yang korang paham mengenai pemakaian purdah? serius aku bukan dari background sekolah agama so aku agak terkeliru juga mengenai pemakaian purdah...oh ye kenapa tiba tiba isu purdah pulak yg aku bangkit kan setelah sekian lama menyepi kan diri..uhukss ini kerana dlm beberapa minggu lepas aku berjumpa dengan seseorang yang amat ku kenali telah berpurdah..whoopss aku bukan memandang perkara ini sebagai satu perkara yang -ve ye...aku anggap ianya perubahan yang paling positif...Alhamdulillah...



so selepas aku berjumpa dengan si dia aku terus mencari maklumat mengenai purdah ini...1st thing yg aku buat sure la aku menggoogle info mengenai purdah...


en wiki menyatakan
Purdah is a curtain which covers the head and neck of a woman, between the community as a whole and the family which is its heart, between the street and the home, the public and the private, just as it sharply separates society and the individual.[1]
pencarian aku tidak terhenti di sini shaja...aku mencari lagi maklumat mengenai nya dan sungguh tertarik dengan artikel dari sini ...ianya penerangan yang ringkas tapi cukup bagi aku untuk memaham kan kenapa kenalan aku berpurdah..


kesempatan untuk berjumpa dengan dia seperti terbuka ruang dan jalan untuk aku memahami lagi kenapa mereka memakai purdah...dulu kalau aku terserempak dengan mereka yang berpurdah aku selalu terpikir kenapa mereka berpurdah? serius kerap pertanyaan ini terlintas dalam hati aku...TAPI sekelumit pun tidak pernah terkeluar untuk aku bertanya mahu pun mencari jawapan untuk persoalan aku ini...



semenjak aku berjumpa dengan kenalan aku ini...hati aku begitu melonjak lonjak untuk bertanya kan kepada beliau kenapa dia berpurdah...



1. awak berpurdah ni kerana terpaksa ke?
- tiada paksaan dari sesiapa...Ustaz/Ustazah juga tidak memaksa saya..ianya datang dari dalam diri saya ...hati saya semakin tenang...



2. awak berpurdah sepanjang masa ke?
- tak de la...saya hanya berpurdah bila keluar atau mahu ke kelas...di dalam kelas Ustaz/Ustazah juga tidak memaksa saya tidak berpurdah atau berpurdah..ianya pilihan masing masing...seelok-eloknya berpurdah bagi mengelakkan pandangan lelaki yang bukan muhrim..



3. awak selesa ke berpurdah?
- saya rasa sangat sangat selesa..saya rasa sangat sangat selamat dengan memakai jubah dan berpurdah...bila berpurdah tiada lagi gangguan dari orang orang lelaki...tiada lagi pandangan lelaki yang menakutkan saya..



4. awak berpurdah kerana kawan-kawan lain berpurdah atau lebih kepada ikutan je?
- saya berpurdah kerana saya rasa sangat selesa...ada juga rakan yang lain tidak berpurdah....ianya bukan ikutan tetapi keselesaan berpurdah itu sendiri...


ada lagi beberapa persoalan yang aku tanya pada beliau...pertanyaan dari aku yang tidak tau makna sebenar di sebalik pemakaian purdah...Alhamdulillah alhamdulillah aku rasa sangat2 lega selepas menerima jawapan dari si dia...sekian lama aku ingin mencari jawapan di sebalik purdah itu sendiri...ini kerana aku telah terbiasa di momokkan dengan 'cerita-cerita' tentang purdah yang aku rasa bukan tujuan sebenar orang berpurdah...

kat sini aku serta kan link yang buleh membantu kita fahami pemakaian purdah itu sendiri


***seriusly hati aku makin terusik



Assalammualaikum wbt..


hari ni aku masuk ofis lepas lunch..ada urusan dekat SSM..aku sign in je FB ramai yg dok bercerita mengenai adik Faris Nur Danial yang telah meninggal dunia kerana pEnyakit barah darah...terkedu terkelu lidah ku...



aku cuba membaca kisah adik ni namun aku rasa teramat-amat sebak hingga laju air mata aku membasahi pipi ni...aku tak mampu nak menghabis kan bacaan..aku dah teresak-esak..hanya dengan melihat beberapa keping gambar sudah membuat kan hati dan naluri aku meruntun..tak tergambar bagaimana perasaan keluarga adik ni...

terus aku teringat kan entry yang pernah aku buat mengenai pemergian ayahanda tercinta...aku berkongsi artikel yang di tulis oleh Genta Rasa mengenai Andai Dia Pergi Dulu Sebelum Mu


dalam artikel ini menyatakan

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.
artikel ini amat menyedarkan aku..setiap kali aku menerima berita kematian setiap kali itu juga aku akan membaca kembali artikel ini..
Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.
Selain itu artikel ini juga menyedarkan aku bahawa
Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”


Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.


Al fatihah ~



from the moment of your birth
you've been the treasure of my heart
you're my son, my dearest one
the best that heaven could impart


if I was sitting down to write
a birthday card to you today
i would search my heart to find the words
i'd really like to say


no greater joy my life could bring
than to give my life away
for all i give, is then to you
my heart of love on your birthday



God bless you my dear
On this your special day

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!


Assalammualaikum wbt..

Awal Februari ari tu aku dapat tau yang rumah mertua ku ada penyewa baru seramai 6 orang..mereka adalah pelajar yang mengambil jurusan Guru Pra Sekolah..ini bermakna mereka adalah bakal-bakal guru..so apa yang terlintas di kepala otak aku ini adalah
  • alhamdulillah ada juga peneman ibu mertuaku selama 3 bulan...
  • alhamdulillah dapat la jugak pendapatan dari hasil sewa yg tak seberapa tu kann..
  • kalau bakal guru sure mempunyai tatasusila yang tinggi..
  • pasti memiliki adab dan sopan santun..
sebabnya sebelum ni pun ada pelajar bakal guru yang menyewa rumah ibu mertua ku..alhamdulillah baik budi pekerti mereka even ada Indian girl sorang..dah anggap ibu mertua ku seperti ibu mereka..tidak segan silu untuk makan bersama..tidak segan silu juga untuk beramah mesra dengan anak menantu serta cucu ibu mertua ku..kerana mereka ini lah aku beranggapan serupa juga dengan penyewa baru ini...

NAMUN kesilapan tanggapan bila aku balik kg last weekend..huwaaaaaaa terkezut makk non bila terdengar larian di tingkat atas umah (maklum ler rumah kayu maka derapan larian tu dh macam bunyi gegaran)..belum lg kedengaran hilaian ketawa mereka...uhukss kalau bukak tv kat atas sampai kat bawah dengar...humaaakkkk aihhh ini ke bakal2 guru??

aku seperti biasa melakukan risikan antarabangsa dengan adik ipar aku apa cer mereka-mereka ini...hehehe kelakar pun ada dengar cerita adik ipar aku...yang pastinya sikap & perangai mereka tidak mencerminkan yang mereka bakal menjadi guru kepada anak2 kita...huwaaaa sadiss sehh...paling tak tahan malam jumaat last week ibu mertua ku tgh mengaji kat bawah mereka boleh melompat2 kat atas...tak ke terkejut ibu mertua ku..aduyaiii...

ari sabtu petang baru ler aku nampak batang hidung masing-masing..itu pun mereka plan nak keluar rumah..kalau tidak sure aku tak akan bertemu muka dgn mereka..ermmm ada la 3 orang yang datang dan salam aku...lagi 3 orang lagi tu terus masuk kereta..haiii baguss betul la kan...tak pe2...bila aku tgk jam time tu dh nk pukul 7 malam..aikss main keluar rumah tanpa mengangkat baju mereka di ampaian dan juga tanpa menutup tingkap!! semua tingkap kat atas tak di tutup ok! hebakk betull mereka kann...

tapi kan macamamana pun layanan mereka ibu mertua ku tetap melayan mereka seperti tetamu yang lain..makananan di hidang & di bawa naik ke atas...aku tgk pun terkezut gakk...awatnya mereka tak turun amik sendiri makanannya...pastu ibu mertua ku jugaa yg mengutip dulang hidangan lepas mereka makan...kalau tak di kutip mereka biarkan shaja...hadoiii sakan sungguhhh laaa....

mulut aku mula la nk melaser tapi mengenangkan tuan rumah merangkap ibu mertua tidak kata apa2 maka aku pun tak wajar laa nak melaser kan mulut ni..cuma aku suruh husband aku discuss dgn ibu dia & better dia sendiri yg menegur anak2 dara ituu...bertuah betul mereka mendapat tuan rumah yg sudi menghidang kan makanan utk mereka tau!

TAPI aku ni pun satu hal gak dah tau mereka2 itu begitu awat laaa aku tak p jumpa mereka dan beramas mesra sekali kann...ermmm jadi jangan lerr nk mengata org andai diri sendiri pun tak berapa nk betui kann..:p hehehe peringatan untuk diri sendiri jugak ni..





Assalammualaikum wbt..

sekian lama tidak ku jejaki ke teratak kecil ku ini..terasa diri ini di dalam mode kerinduan..rindu untuk meluahkan...rindu untuk berkongsi rasa..rindu untuk membalas kunjungan sahabat-sahabat sekalian..perghhhh ayat tak boleh tahan beb! tapi serius korang, aku rindu betul dgn korang semua...

ok-ok tak mau intro panjang2 kang tak sempat aku nak berkongsi rasa..hehehe...1st of all aku nak tanya korang..pernah tak korang buat praktikal atau latihan amali time belajar dulu? aku dengan jujurnya ingin memaklumkan aku tidak pernah membuat sebarang latihan amali ketika belajar...sebenarnya kan apa tujuan korang membuat latihan amali atau praktikal ini ekk?

setahu aku la kan siapa yang gagal dalam menjalani latihan amali tidak akan memperolehi Ijazah atau pun Diploma..betul ke? kalau salah sila la tampilkan diri anda untuk membetulkan tanggapan aku ini...

kat sini aku nk berkongsi pengalaman mengambil student praktikal..so far ada yang serius untuk mempraktikkan ilmu yg mereka perolehi ketika belajar dan juga serius untuk menimba ilmu pengetahuan..NAMUN ada yang mempraktikkan secara lewa dan tidak serius untuk menimba ilmu baru..ada juga yang dalam kategori parah bila tidak tahu apa yang perlu di praktikkan..adoyaii...

korang kan tau aku ada firm akaun sendiri so mostly aku memang amik student praktikal dalam bidang perakaunan..tak kira la budak Diploma atau Ijazah..sepanjang tempoh dari tahun 2007 hingga tahun 2012 ni hampir 30 org student praktikal yang pernah menjalani latihan amali mereka di tempat aku..macam-macam ragam macam-macam karenah budak2 yang praktikal ni..

bg mereka yang serius menjalani praktikal sure tidak kena tempias ribut taufan aku..tapi bg mereka yang suka mengambil kesempatan sure laa ribut taufan aku akan melanda....setiap kali budak praktikal mendaftar aku akan briefing apa yang perlu buat dan juga apa yang tidak boleh d buat...mana yang masuk telinga kanan dan simpan dalam hati dan otak sure perjalanan praktikal mereka akan manis belaka..pada yang masuk telinga kanan keluar kat telinga kiri memang terasa mcam bekerja dengan dictator la jawabnya..

nasihat aku la kan kepada mereka yang bakal menjalani latihan amali make sure korang FAHAM kenapa perlu korang menjalani latihan amali..tempat aku bukan seperti di kebanyakan tempat lain di mana budak2 praktikal ni sekadar tukang buat air, tukang photostate, tukang kemas atau tukang pergi kedai...sebaliknya aku suka berkongsi ilmu yang aku ada dengan mereka-mereka yang betul2 serius sahaja untuk belajar...penat sehhh kalau dah terang dan siap tunjuk kan then still lg tak paham basic accounting better korang jgn amik course account la kann...

sekian luahan aku untuk mereka-mereka yang sedang dan bakal menjalani latihan amali...Practice makes perfect!

***terima kasih banyak2 kepada semua pelajar praktikal yang telah menjalani latihan amali anda di tempat saya..:D

Assalammualaikum wbt...


Setiap pagi aku akan melalu 3 sempadan sebelum sampai ke rumah mak aku...dasat kan 3 sempadan lagi tu...punyaa la 'jauh' umah mak aku...3 Sempadan tu adalah sempadan Daerah Kuala Langat, Sempadan Klang & Sempadan Shah Alam...hehehehe sempadan daerah jer la pun kann...macam kan sempadan negeri atau negara la pulak :p

Aikss awatnya tetiba cerita jalan ni kan...bukan apa tau pagi tadi aku lalu rasa seronok jek jalan dah di tar...smooth je perjalanan dari umah aku maklum ler jalan baru tar la kata kan...ingat kan sepanjang jalan ler jalan baru kan..sob sob rupanya diorang tar sampai kat Kolam Memancing Rabok Bay je wei...elok jer jalan baru tar tu terhenti kat signboard sebelah kiri SEMPADAN DAERAH KLANG...sebelah kanan SEMPADAN DAERAH SHAH ALAM...dohhhhh ku pikir kan jalan baru sampai ke KESAS highway...

so aku buat ler conclusion dema tak tar pasai nya bukan area dema gamaknya...dah tu Jalan Kebun tu terletak di tengah2 sempadan...sebelah kiri milik Klang...sebelah kanan milik Shah Alam...hah cer teka siapa yang berhak untuk tar jalan itu? hahahaha tak memasal pagi-pagi kepala aku ligat memikior kan keja siapakah yang sepatutnya tar jalan tersebut..

tengah memikirkannya tup tup laki aku siku tangan aku...hahahahaha nampak sgt mengelamun sampai dia cakap pun aku buat dekkk jek...buleh pulak isu jalan masuk kepala aku pagi ni..cessss buang energy je kan..;)