Assalammualaikum wbt..
Sekian lama tidak update blog ni terasa kerinduan yang amat mendalam untuk aku meluah kan apa yang ada di fikiran.
aku tidak mahu memanjang kan isu kenapa aku dah lama tidak update blog...kepada mereka yang dah lama 'kenal' aku sure dh agak saban tahun waktu ini adalah waktu yang amat bz bg aku..tapi hari ini keinginan aku begitu meluap untuk meluahkan apa yang terlintas di fikiran ini...
apa yang korang paham mengenai pemakaian purdah? serius aku bukan dari background sekolah agama so aku agak terkeliru juga mengenai pemakaian purdah...oh ye kenapa tiba tiba isu purdah pulak yg aku bangkit kan setelah sekian lama menyepi kan diri..uhukss ini kerana dlm beberapa minggu lepas aku berjumpa dengan seseorang yang amat ku kenali telah berpurdah..whoopss aku bukan memandang perkara ini sebagai satu perkara yang -ve ye...aku anggap ianya perubahan yang paling positif...Alhamdulillah...
so selepas aku berjumpa dengan si dia aku terus mencari maklumat mengenai purdah ini...1st thing yg aku buat sure la aku menggoogle info mengenai purdah...
en wiki menyatakan
Purdah is a curtain which covers the head and neck of a woman, between the community as a whole and the family which is its heart, between the street and the home, the public and the private, just as it sharply separates society and the individual.[1]
pencarian aku tidak terhenti di sini shaja...aku mencari lagi maklumat mengenai nya dan sungguh tertarik dengan artikel dari sini ...ianya penerangan yang ringkas tapi cukup bagi aku untuk memaham kan kenapa kenalan aku berpurdah..
kesempatan untuk berjumpa dengan dia seperti terbuka ruang dan jalan untuk aku memahami lagi kenapa mereka memakai purdah...dulu kalau aku terserempak dengan mereka yang berpurdah aku selalu terpikir kenapa mereka berpurdah? serius kerap pertanyaan ini terlintas dalam hati aku...TAPI sekelumit pun tidak pernah terkeluar untuk aku bertanya mahu pun mencari jawapan untuk persoalan aku ini...
semenjak aku berjumpa dengan kenalan aku ini...hati aku begitu melonjak lonjak untuk bertanya kan kepada beliau kenapa dia berpurdah...
1. awak berpurdah ni kerana terpaksa ke?
- tiada paksaan dari sesiapa...Ustaz/Ustazah juga tidak memaksa saya..ianya datang dari dalam diri saya ...hati saya semakin tenang...
2. awak berpurdah sepanjang masa ke?
- tak de la...saya hanya berpurdah bila keluar atau mahu ke kelas...di dalam kelas Ustaz/Ustazah juga tidak memaksa saya tidak berpurdah atau berpurdah..ianya pilihan masing masing...seelok-eloknya berpurdah bagi mengelakkan pandangan lelaki yang bukan muhrim..
3. awak selesa ke berpurdah?
- saya rasa sangat sangat selesa..saya rasa sangat sangat selamat dengan memakai jubah dan berpurdah...bila berpurdah tiada lagi gangguan dari orang orang lelaki...tiada lagi pandangan lelaki yang menakutkan saya..
4. awak berpurdah kerana kawan-kawan lain berpurdah atau lebih kepada ikutan je?
- saya berpurdah kerana saya rasa sangat selesa...ada juga rakan yang lain tidak berpurdah....ianya bukan ikutan tetapi keselesaan berpurdah itu sendiri...
ada lagi beberapa persoalan yang aku tanya pada beliau...pertanyaan dari aku yang tidak tau makna sebenar di sebalik pemakaian purdah...Alhamdulillah alhamdulillah aku rasa sangat2 lega selepas menerima jawapan dari si dia...sekian lama aku ingin mencari jawapan di sebalik purdah itu sendiri...ini kerana aku telah terbiasa di momokkan dengan 'cerita-cerita' tentang purdah yang aku rasa bukan tujuan sebenar orang berpurdah...
kat sini aku serta kan link yang buleh membantu kita fahami pemakaian purdah itu sendiri
***seriusly hati aku makin terusik
3 lovely reply:
Mudahan saya akan lebih sempurna jaga aurat satu hari nanti..insyaallah.
Purdah?hehe.wallahuam..
Ashra....
mudah mudahan...sama sama la kita berubah ke arah yang lebih positif lagi kan...
tq for sharing.. :)
Post a Comment