My Life...begins with my Journey

my Life...my Journey..my History.. as a Human Being...i'm not a Perfectionist.. every step I have made has Defined who I am..

My Sponsor

Assalammualaikum wbt..


hari ni aku masuk ofis lepas lunch..ada urusan dekat SSM..aku sign in je FB ramai yg dok bercerita mengenai adik Faris Nur Danial yang telah meninggal dunia kerana pEnyakit barah darah...terkedu terkelu lidah ku...



aku cuba membaca kisah adik ni namun aku rasa teramat-amat sebak hingga laju air mata aku membasahi pipi ni...aku tak mampu nak menghabis kan bacaan..aku dah teresak-esak..hanya dengan melihat beberapa keping gambar sudah membuat kan hati dan naluri aku meruntun..tak tergambar bagaimana perasaan keluarga adik ni...

terus aku teringat kan entry yang pernah aku buat mengenai pemergian ayahanda tercinta...aku berkongsi artikel yang di tulis oleh Genta Rasa mengenai Andai Dia Pergi Dulu Sebelum Mu


dalam artikel ini menyatakan

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.
artikel ini amat menyedarkan aku..setiap kali aku menerima berita kematian setiap kali itu juga aku akan membaca kembali artikel ini..
Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.
Selain itu artikel ini juga menyedarkan aku bahawa
Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”


Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.


Al fatihah ~



2 lovely reply:

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Anif : semoga keluarga adik faris tabah