alhamdulillah hari ini hari ke3 seluruh umat islam berpuasa termasuk laa diri ku ini. Puasa kali ini agak berbeza dengan puasa tahun lepas dengan kehadiran irfan di meja makan untuk menikmati juadah berbuka bersama-sama..Sedikit tercabar juga kerana aku perlu cepat bertindak dalam menghidangkan juadah silap haribulan irfan yang membantu sekali. Agak huru hara pada hari pertama berpuasa bila tikar di bentang dan juadah di hidang Irfan dah meluru ke pinggan untuk mengisi nasi. Pantas dan tangkas betul anak bujang aku ni.
Oh ya hari ini juga hari ke 3 aku berbuka bersama-sama family aku. Selepas terawikh baru la aku berangkat pulang ke rumah. Agak lain sedikit dari tahun sebelum ni di mana menjadi kewajipan berbuka di rumah sendiri. Ini atas permintaan suami aku sendiri. Oh seronoknyaaaa...:D al maklumlah rumah mak dekat je...ermmm dekat2 pun dalam 30 min gak arr kalau drive tu kan...ehehehe bukannya dekat 5 min je spai tau...:P
eh aku rasa belum terlambat aku nak ucap kan SELAMAT BERPUASA kan...;)
0 lovely reply:
Post a Comment